Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Restoran bertikus: KKM arah tutup 14 hari, MPAJ batalkan terus lesen niaga premis kotor

Susulan tular video seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan premis terbabit ditutup selama 14 hari. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh penguatkuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu mendapati tahap kebersihan makanannya tidak begitu memuaskan.  Sehubungan itu, notis penutupan premis selama 14 hari  telah dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.  Sementara itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta terhadap premis tersebut.  Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan itu selaras dengan tindakan KKM yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu. Berdasarkan rekod pemeriksa...

Pengasuh tekup kepala bayi dengan plastik, tarik rambut, heret tangan dengan kasar, dihukum penjara & denda RM32,000

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM32,000 terhadap seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) kerana menganiaya dua kanak-kanak berusia setahun.  Tertuduh, Siti Rosliza Mukhtar, 47, mula menjalani hukuman penjara sejak kelmarin akan dipenjara selama 18 bulan sekiranya gagal membayar denda RM32,000.  Hukuman itu diputuskan oleh dua hakim, Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi dan Norina Zainol Abidin, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di atas dua pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit.  Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan penganiayaan dengan menekup kepala kanak-kanak perempuan dengan plastik yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Tertuduh juga didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki dengan menarik dan mengheret tangan mangsa dengan kasar, serta menarik rambutnya yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan fizikal.  Dua pertu...

Fitnah terima gaji RM15 juta, Anwar Ibrahim saman Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasai memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Anwar, 75, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Muhyiddin, 75, sebagai defendan tunggal. Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 5 Disember lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah berkenaan. Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa ucapan dalam ceramah itu diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula di aplikasi TikTok di bawah nama "@beritakini8", yang mendapat tontonan mel...

Semua Ahli Bersatu Sabah keluar parti & akan tubuh parti tempatan baharu - Hajiji Noor

Terkini, semua ahli dah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah dilaporkan keluar dari parti berkuatkuasa hari ini.  Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat selepas pihaknya mempertimbangkan keadaan landskap politik negara terutamanya di Sabah. Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turut memaklumkan semua bekas Ahli Bersatu akan menubuhkan parti tempatan baharu dan buat masa ini akan menjadi ahli GRS.  "Melangkah ke hadapan, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS.  "Kami berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara," katanya. Sumber: Astro Awani

'DAP disanjung ramai sebab berdiam diri, tetapi tak pernah ubah dasar & ideologi yang dipegangnya' - Hadi Awang

Umum tahu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melakukan serangan agresif terhadap DAP sejak gagal menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).  Presidennya, Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin Pas yang lain mengeluarkan kenyataan sedemikian yang dipercayai untuk meraih persepsi bahawa Perikatan Nasional (PN) yang sepatutnya membentuk Kerajaan Pusat.  DAP bagaimanapun memilih untuk bersabar dan berdiam diri serta tidak mahu memberi respon terhadap kenyataan pemimpin Pas.  Tindakan DAP itu mengundang rasa kurang senang Pas yang kemudian mengatakan DAP kini disanjung ramai kerana mengamalkan sikap berdiam diri, tetapi tidak pernah mengubah dasar dan ideologi yang dipegangnya.  "Kini, DAP yang dikatakan kononnya sudah berubah sedang disanjung, walaupun ideologi dan pendekatannya secara terang-terangan bersikap anti-Islam.  "Hal ini demikian kerana mereka berdiam  diri tanpa mengubah dasar partinya, bersama parti-parti yang berseko...

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dilantik dalam Kabinet Anwar

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau, meluahkan rasa kecewanya di Facebook kerana tiada seorang pun wakil partinya dilantik dalam barisan Kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.  Larry berkata, beliau kecewa kerana PDM adalah antara pihak terawal yang menyatakan sokongan terhadap Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.  Walaupun tiada wakil PBM dilantik dalam Kabinet, Larry berkata PBM akan tetap memainkan peranannya dalam mengukuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh PH demi kepentingan negara.  "Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kekecewaan saya terhadap barisan kabinet (yang baru dilantik), sedangkan PBM adalah antara parti yang terawal menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.  "Namun sebagai sebuah parti, kita tidak boleh membiarkan kepentingan peribadi kita menghalang kepentingan negara.  "Semasa negara bergerak ke hadapan, kita (PBM) juga akan mem...

Kementerian Pertanian nafi keluar kenyataan 'Bekalan telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh'

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM)menafikan gambar tular yang mendakwa pihaknya mengeluarkan kenyataan punca kekurangan bekalan telur adalah disebabkan ayam enggan bersetubuh.  Dalam kenyataan KPTM di Facebook menjelaskan, gambar posting tajuk berita yang tular di media sosial bersama dengan gambar Menteri Pertanian Mohamad Sabu, adalah palsu.  "Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Untuk makluman, ini merupakan suntingan akaun palsu dan bukan akaun rasmi Astro Awani.  "Orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya.  Sementara itu, Astro Awani juga tampil menafikan posting tersebut.  "Astro Awani tidak pernah mengeluarkan laporan seperti yang tular di media sosial. Laporan ini dipercayai disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab".  Di ruangan komen, netizen menggesa kerajaan bertindak pantas dalam menangani sebarang info palsu y...

Warga emas ditahan selepas menghubungi polis lebih 2,060 kali hanya untuk memaki hamun

Foto Hiasan Seorang lelaki warga emas di Jepun baru-baru ini ditahan polis selepas menghubungi Balai Polis Presint 2 lebih dari 2,060 kali dalam tempoh sembilan hari semata-mata mahu menjerit memarahi kakitangan yang menjawab panggilannya dan menggelar mereka sebagai pencuri cukai dan bodoh. Antara 30 September dan 8 Oktober, lelaki berusia 67 thaun dari Wilayah Saitama menelefon Ibu Pejabat Polis Wilayah sebanyak 2,060 kali untuk menjerit dan memarahi kakitangan dan memaklumkan mereka semua harus dipecat.  Tidak tahan dengan gangguan itu, polis membuat serbuan ke rumah lelaki itu dan menahannya atas dakwaan menghalang kakitangan awam dari melaksanakan tugas.  Suspek mengakui sengaja berbuat demikian dan berkata, "Saya tahu polis akan datang untuk menahan saya suatu hari nanti".  Semasa disoal siasat, suspek yang tidak didedahkan identitinya itu enggan memberi kerjasama dan sehingga kini polis masih belum mengetahui motif sebenar suspek membuatkan gang...

Warga emas meninggal dunia dalam ambulans gara-gara pintu pagar sempadan tidak dapat dibuka

Seorang wanita warga emas dari Lawas meninggal dunia apabila ambulans yang sepatutnya menghantarnya ke Hospital Miri tidak dapat melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, Miri awal pagi Selasa lalu.  Wanita yang menghidap sakit jantung itu dikatakan mengalami masalah pernafasan pada malam kejadian. Anak saudaranya, Billy John, segera menghubungi Hospital Lawas dan meminta ambulans. Billy mendakwa ketika ambulans tiba di kompleks berkenaan pada jam 1:30 pagi, tiada sesiapa yang kelihatan di pintu pagar itu. “Pemandu ambulans membunyikan hon tetapi pengawal keselamatan berkata, individu yang memegang kunci tiada pada masa kejadian, justeru pintu pagar tidak dapat dibuka. “Sepanjang perjalanan dari Lawas, paramedik melakukan CPR (Resusitasi Kardiopulmonari) ke atasnya beberapa kali dan dia kelihatan baik-baik sahaja, tetapi di ICQS (Sungai Tujuh, Miri) kami terpaksa menunggu pengawal keselamatan untuk mendapatkan pembawa kunci berkenaa...

Cemuh presiden, parti & berkempen untuk parti lain, Annuar Musa dipecat dari UMNO - Sumber

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah dipecat, menurut sumber yang enggan mendedahkan namanya.  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Puad Zarkashi terdahulu memaklumkan, keputusan mesyuarat MKT malam tadi telah sebulat suara memutuskan untuk memecat tiga pemimpin parti termasuk dua ketua wanita bahagian UMNO.  Puad yang tidak menyebut nama mereka secara khusus memaklumkan, tiga pemimpin parti itu dipecat kerana mencemuh parti dan berkempen untuk parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).  Menurut laporan MalaysiaKini, Annuar sebelum ini dilihat menggesa UMNO bekerjasama dengan Pas dan Bersatu, selain menggesa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.  Di PRU15 lalu, Annuar digugurkan UMNO dari bertanding di kerusi Parlimen Ketereh dan digantikan dengan Marzuani Ardilla Ariffin.  Walaupun tidak dinamakan sebagai calon, Annuar ketika it...

'Mana ada kami sorok telur?' - Persatuan Penternak Telur & Ayam mahu kerajaan hapuskan harga siling & subsidi | Nampak tak?

Beberapa hari lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, memaklumkan Kerajaan akan mengimport telur ayam dari luar bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dalam negara.  Pengumuman itu menimbulkan banyak persoalan rakyat di media sosial yang menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal kerana Malaysia merupakan pengeksport bersih makanan itu ke Singapura dan Hong Kong.  Malah, ada pengusaha pasar raya terkemuka menganggap tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan sumber protein berkenaan. Walaupun dalam kenyataan itu, Mohamad Sabu menjelaskan tindakan itu dibuat bukan bertujuan menekan pengusaha telur ayam tempatan, tetapi ia telah membangkitkan kebimbangan golongan itu.  Persatuan Penternak Ayam Selangor menyangkal dakwaan bekalan telur ayam berkurangan dan mahu bertemu dengan Mohamad Sabu untuk membincangkan isu tersebut.  "Saya mahu berjumpa dengan menteri untuk membincangkan isu ini kerana kita memahami keadaan yan...

'Takkan benda camni nak rakyat ajar?' - Netizen tegur Fahmi Fadzil biarkan media cipta naratif negatif terhadap kerajaan

Media massa merupakan medium terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Kendatipun media sosial sudah menjadi medium nombor satu masyarakat, namun masih ada masyarakat yang mengharapkan informasi yang benar-benar sahih melalui berita-berita di televisyen. Disebabkan itu, peranan yang cukup besar bagi sesebuah produksi televisyen menyampaikan berita yang tepat dan jelas tanpa memihak kepada mana-mana individu, organisasi atau parti politik.  Suhu politik di Malaysia pada ketika ini masih panas, setiap hari rakyat bercakap mengenai isu-isu politik walaupun Perdana Menteri dan Kabinetnya telah dilantik. Serentak dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membuat beberapa pengumuman 'panas' antaranya isu monopoli beras, bagi membela kepentingan rakyat khususnya golongan pesawah miskin. Namun begitu, netizen berpandangan bahawa ada beberapa penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri telah disalahertikan oleh sesetengah rakyat. Netizen men...

Peniaga terpaksa naikkan harga roti canai telur RM3.20 sekeping, sebab sukar dapatkan bekalan telur

Gara-gara kekurangan bekalan telur ayam, peniaga roti canai di Kedah terpaksa menaikan harga roti canai telur RM3.20 sekeping, lapor Berita Harian.  Menurut Mohd Najmudin Md. Nor, 32, berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana dia terpaksa membeli telur gred B dengan harga RM19 sepapan, berbanding RM13.40 sepapan sebelum ini.  Harga sekeping roti canai telur sebelum ini dijual pada harga RM2.50, tetapi harga itu berubah kepada RM3.20 sejak dua minggu lalu.  "Adakalanya saya terpaksa membeli telur premium lebih mahal pada harga RM8 iaitu 80 sen sebiji berbanding 40 sen sebelum ini.  "Saya juga pernah menggunakan telur ayam kampung yang dibeli di pasar disebabkan bekalan telur ayam terputus dengan harga 70 sen sebiji," katanya yang berniaga di Medan Selera Alor Bakar Bata.  Bagi peniaga Mohd Nazri Ahamed Khan, 29, harga roti canai yang dijualnya terpaksa dinaikkan sebanyak lima kali disebabkan masalah yang sama.  "Nak dapatkan tel...

Muhyiddin: 'PN menang di Padang Serai bukti rakyat tolak PH-BN', tapi Mahfuz dakwa PN menang sebab main sentimen perkauman, keagamaan sempit

Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) di Padang Serai semalam dianggap sebagai bukti rakyat menolak penipuan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).  Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, calon PN yang mendapat majoriti besar di kawasan parlimen tersebut menunjukkan tanda positif.  "Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.  "Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-dua parti ini telah beralih arah menyokong PN," katanya.  Bagaimanapun, Pengerusi PH Kedah, Mahfuz Omar, menyangkal kenyataan Muhyiddin itu. Sebaliknya calon PN menang di Padang Serai adalah kerana pengundi terpengaruh dengan agenda perkauman dan agama yang dimainkan oleh PN.  "Keputusan Padang Serai tidak ada kena mengena dengan kerjasama PH-BN... Apa yang berlaku di Padang Serai ia adalah rentetan gelombang ditiup...

PU Azman didakwa lagi atas 4 pertuduhan lakukan amang & komunikasi seksual terhadap 3 remaja lelaki

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias didakwa di dua mahkamah berasingan hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki pada Februari, Jun dan Ogos lalu, lapor Harian Metro.  Azman, 41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said, di Mahkamah Sesyen Klang dan satu pertuduhan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid di Mahkamah Majistret Klang. Di Mahkamah Sesyen, Azman didakwa dengan dua kes amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah inap desa di Sungai Udang pada jam 12.15 tengah malam 20 Februari dan 1 pagi pada 29 Jun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.  Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengalakkan seorang lagi mangsa yang juga berusia 17 tah...

Kerajaan akan import telur ayam untuk atasi masalah kekurangan bekalan - Mat Sabu

Kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. “Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan. Segala protokol dan tatacara ditetapkan kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi. “Kementerian menyedari keperluan bekalan telur ayam merupakan makanan seharian berprotein yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan,” katanya. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup termasuk mengurangkan harga ...

'Muhyiddin & sekutu perlu contohi DAP yang pentingkan negara, hormat kedudukan Islam, Raja & orang Melayu' - Zahid Hamidi

Tiga hari lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menggesa Muhyiddin dan sekutunya berhenti meroyan dan belajar menjadi pembangkang berwibawa.  "Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu.  "Muhyiddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai perdana menteri dan tidak sampai 24 jam kabinet angkat sumpah, Muhyiddin menuduh pembentukan kerajaan dan kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat," katanya memetik laporan MalaysiaKini, 4 Disember 2022.  Selain itu, tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PAS yang berterusan menyerang DAP yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan juga dilihat tidak wajar.  Sedangkan pimpinan DAP telah memberi jaminan untuk menghormati empat perkara, termasuk ...

'Saya takkan jawab isu politik bila berada dalam bangunan MOT' - Menteri Anthony Loke mahu fokus 100% pada kerja

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dilaporkan enggan menjawab pertanyaan media mengenai isu politik semasa hari pertamanya bertugas di kementerian itu, pada Selasa.  Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata, dia hanya akan menjawab persoalan media mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kementeriannya sahaja sekiranya sidang media diadakan di pejabatnya.  Terdahulu, media bertanya mengenai kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mendakwa wakil rakyat DAP banyak mendapat manfaat dalam Kerajaan Perpaduan.  "Pendekatan saya, kalau saya berada di dalam bangunan Kementerian Pengangkutan, saya tidak akan menjawab apa-apa isu politik. Saya akan fokus kepada isu berkaitan Kementerian Pengangkutan.  "Biarlah pihak lain nak cakap apa, itu hak dia. Kita telah pun diberi mandat, diberi tanggungjawab oleh Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai menteri. Jadi, tugas saya ialah fokus kepada tugas sebagai Menteri Pengangkutan. ...

'Pelekat OKU pengadu berbeza dengan versi dikeluarkan JPJ & Kerajaan Selangor' - MPKL jawab video viral driver OKU disaman

Ahad lalu, seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya (OKU) mengadu dikompaun kerana meletakkan kenderaannya di petak khas bagi golongan OKU di Pantai Morib.  Roslan Jajuli melalui video yang dimuat naik di TikTok mempertikaikan tindakan anggota penguatkuasa tempatan yang berbuat demikian, sedangkan dirinya adalah OKU dan kenderaannya juga mempunyai pelekat OKU.  Baca:  (Video) 'Aku kena saman sebab parking kereta di parking OKU' - Pengadu tuntut penjelasan MPKL Menyedari video tersebut tular di media sosial, pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) tampil memberi penjelasan agar semua pihak faham mengapa tindakan itu dikenakan terhadap pengadu.  "MPKL menerima aduan di lokasi menyatakan pelekat kenderaan OKU yang digunakan adalah meragukan.  "Hal ini kerana terdapat individu bukan OKU dengan sewenang-wenangnya membeli pelekat kenderaan OKU di kedai hanya untuk menggunakan kemudahan parkir khas tersebut. "Individu yang videonya tular di media...

Ibu tunggal ditemui maut, disyaki terjatuh dari tingkat 12

Mayat seorang wanita ditemui berlumuran darah oleh orang awam di Taman Melaka Raya, semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah hotel.  Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada jam 10.52 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa. Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Banda Hilir kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan kepalanya berlumuran darah. Semakan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hotel  menunjukkan, mangsa bukan tetamu masuk ke premis itu kira-kira jam 10.23 pagi. Mangsa naik ke tingkat 12 dan selepas minit kemudian, mangsa dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel.  Siasatan awal mendapati, mangsa adalah seorang ibu tunggal berusia 55 tahun bekerja sebagai penjual produk kesihatan. Namun, mangsa kehilangan kerja selepas negara dilanda Covid-19, menye...

'Takiyuddin jangan gopoh, saya sekarang di Kementerian Kewangan & ada dokumen bersama saya' - Anwar Ibrahim

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, menyifatkan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Perikatan Nasional (PN) menggunakan duit judi untuk berkempen di PRU15, sebagai fitnah.  Takiyuddin juga meminta Anwar mengemukakan bukti sekiranya dakwaan itu benar atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana memfitnah.  Bagaimanapun, Anwar menasihatkan Takiyuddin tidak terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan penafian mengenai perkara itu kerana beliau sedang meneliti dokumen yang berkaitan.  "Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh. Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya," katanya.  Sementara itu berhubung isu pemberian kontrak RM600 bilion tanpa tender, Anwar juga memberi peringatan kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk mencabarnya.  "Saya nak beri peringatan kepada Muhyiddin, jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dan beber...

'Keadaan cukup sesak dalam tren, saya faham kesulitan dihadapi penumpang' - Anthony Loke turun padang, tinjau perkhidmatan LRT

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Pengangkutan pada Mei 2018 sehingga Februari 2020.  Dalam tempoh perkhidmatan singkat itu, tidak dinafikan ada banyak pembaharuan yang dilaksanakan sebelum kerajaan diguling oleh Bersatu (PPBM). Malah, pelbagai pihak terutamanya agensi pengangkutan meluahkan rasa kagum dengan cara kerjanya berbanding bekas-bekas menteri sebelum ini.  Beberapa minggu lalu sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu, memohon agar Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melantikan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kali kedua.  Cadangan itu dibuat berdasarkan 'track record' Anthony dan percaya Ahli Parlimen Seremban itu dapat membantu meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja KTMB.  Prihatin dengan permohonan kesatuan itu, Anwar melantik Anthony sebagai Menteri Pengangkutan dan telah m...

Pengguna kata barang pasar raya lain lebih murah dari Mydin, Boss Mydin minta share resit pembelian

Kenaikan harga barang yang seperti tiada kesudahan amat meresahkan para pengguna. Aapatah lagi bagi mereka yang menetap di kawasan bandar yang kos sara hidupnya tinggi.  Situasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada golongan pengguna, malah pengguna turut menerima tempiasnya. Rangkaian pasar raya seperti Mydin, Econsave dan Giant antara pilihan pengguna untuk menikmati tawaran harga yang lebih rendah berbanding pasar raya lain.  Di Twitter, seorang pengguna mengatakan harga barangan di Econsave lebih murah berbanding pasar raya Mydin setelah dia membuat perbandingan perbelanjaan dua pasar raya tersebut.  Namun begitu, ada yang mengatakan walaupun murah, barang mentah yang dijual tidak selalunya berada dalam keadaan segar.  Saja tukar angin bulan ni beri barang dapur dekat Mydin sebab setiap bulan memang beli dekat Econsave. Jadi konklusinya…. Barang di Econsave jauh lagi murah. Sekian….. pic.twitter.com/cpWQaATs6V — Daddi 🇲🇾 (@RifdiAmri) December 4, 2...