Skip to main content

Pengasuh tekup kepala bayi dengan plastik, tarik rambut, heret tangan dengan kasar, dihukum penjara & denda RM32,000



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM32,000 terhadap seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) kerana menganiaya dua kanak-kanak berusia setahun. 


Tertuduh, Siti Rosliza Mukhtar, 47, mula menjalani hukuman penjara sejak kelmarin akan dipenjara selama 18 bulan sekiranya gagal membayar denda RM32,000. 


Hukuman itu diputuskan oleh dua hakim, Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi dan Norina Zainol Abidin, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di atas dua pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan penganiayaan dengan menekup kepala kanak-kanak perempuan dengan plastik yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.


Tertuduh juga didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki dengan menarik dan mengheret tangan mangsa dengan kasar, serta menarik rambutnya yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan fizikal. 


Dua pertuduhan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah Taska di Brickfields pada jam 3.19 petang dan 5.36 petang, 16 November 2022 dan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri yang terdahulu memohon hukuman penjara dan denda dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran, mengambil kira faktor kepentingan awam dan menghantar mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap kesalahan tersebut. 


"Tertuduh sepatutnya lebih bertanggungjawan dan berhati-hati ketika mengasuh kanak-kanak. Kesalahan itu jelas penganiayaan kepada kanak-kanak. 


"Sebagai orang dewasa, tertuduh boleh lihat kesan dan akibat tindakannya terhadap kanak-kanak itu," katanya. 


Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub berkata, tertuduh sebagai pengasuh sepatutnya menjaga kanak-kanak dengan baik seperti yang diamanahkan oleh ibu bapa mereka. 


"Tertuduh yang tiada rekod jenayah menekup kepala mangsa dengan plastik dan ia membahayakan serta mengakibatkan kecederaan serius kepada kanak-kanak itu. Saya memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh yang didakwa kerana menganiaya mangsa," katanya. 


Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu dikenakan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung ibu yang rabun serta adik-beradik lain. 


"Saya tidak berkahwin dan ketika ini menumpang di rumah adik. Saya juga perlu melunaskan kembali bayaran pinjaman di syarikat lama saya bekerja," katanya. 


Sumber: Harian Metro

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...