Skip to main content

Fitnah terima gaji RM15 juta, Anwar Ibrahim saman Muhyiddin Yassin



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasai memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.


Anwar, 75, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Muhyiddin, 75, sebagai defendan tunggal.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 5 Disember lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa 'Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah berkenaan.


Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa ucapan dalam ceramah itu diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula di aplikasi TikTok di bawah nama "@beritakini8", yang mendapat tontonan melebihi 1.1 juta kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang 'like', melebihi 1,360 butang 'favourite', dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis tuntutan plaintif bertarikh 7 Disember.


Dakwanya, kenyataan fitnah itu dipetik MalaysiaKini dan ia diterbitkan menerusi artikel di portal berkenaan bertajuk MB's aide to Muhyiddin: Anwar paid RM1 as S'gor economic adviser pada hari sama (7 Disember).


Anwar mendakwa, pada keesokannya, keseluruhan ucapan dalam ceramah tersebut diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula oleh Muhyiddin di akaun Facebooknya di bawah nama 'Muhyiddin Yassin' dengan mendapat tontonan melebihi 42,000 kali, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian setakat tarikh pemfailan saman itu.


Menurut Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan bahawa beliau menerima RM1 sebagai gaji untuk perkhidmatan beliau sebagai Penasihat Ekonomi.


Beliau mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu dirancang terlebih dahulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi serta perwatakan plaintif secara serius selain memburukkan nama baik dan karakternya yang juga seorang penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.


"Dalam memberi kenyataan dalam ucapan itu, jelas defendan berniat jahat dengan tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri (Abdul) Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang beliau (Khalid) telah menyatakan secara jelas bahawa gaji saya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1," dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.


Anwar mendakwa Muhyiddin juga keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu, malah terus menerbitkannya dan tidak memadamkannya sehingga kini, walaupun beliau menafikannya.


Sehubungan itu, Anwar menuntut Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan dan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.


Peguam Datuk SN Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 10.30 pagi Selasa.


Sumber: Bernama

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...