Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Akibat bagi pil perancang kepada kucing

Seekor kucing betina terpaksa menahan derita untuk jangka masa yang lama gara-gara 'kecerdikan' yang melampau tuannya yang menjadi doktor haiwan yang tidak bertauliah.  Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing malang itu mengalami ketumbuhan yang dahsyat kerana diberi pil perancang oleh tuannya yang dipercayai mahu mengelak haiwan itu hamil.  Akibatnya, kucing itu terpaksa dibedah dan dibuang ketumbuhan tersebut.  Melalui semakan di internet, gambar kejadian berlaku pada 2 September 2017 di luar negara. Difahamkan, kucing itu telah pulih sepenuhnya. Haced el favor de esterilizar y no empastillar a anticonceptivos a las gatas, joder pic.twitter.com/QKiSwKRUTn — Rika (@Noe_Bernkastel) September 2, 2017 Kucing tidak sepatutnya diberi pil perancang yang dibuat khas untuk manusia kerana kesan sampingannya boleh menyebabkan haiwan itu maut. Sebaliknya, pemilik kucing boleh meminta doktor haiwan yang bertauliah, memandulkan haiwan itu...

'Ada jugak orang macam ni yek?' - Jijik! Curi seluar dalam student kemudian dijual bersama kotorannya

Sebelum ini kita biasa mendengar kes-kes individu mencuri seluar dalam yang mungkin menjadi hobi mereka. Ada yang terkantoi dan diviralkan di media sosial agar orang ramai khususnya golongan perempuan berhati-hati.  Namun pernahkah terfikir, apa yang mereka akan lakukan dengan seluar dalam yang dicuri itu?  Sama ada disimpan menjadi koleksi sendiri, ada juga yang menjualnya secara terbuka di media sosial. Lebih teruk lagi, seluar dalam itu dijual dengan kotorannya.  "Barang baik, bau masih ada. Dari budak-budak student. Yang kuning-kuning itu kesan ori ye, jangan nak cakap admin buat benda bukan-bukan," kata pengendali laman Facebook yang tidak didedahkan identitinya.  Apa yang mengejutkan, ada beberapa individu tampil bertanya tentang saiz dan mahu membeli seluar dalam tersebut.  "Boleh saya nak tengok picture seluar dalam dan harga serta size dan send ke WhatsApp saya 013-383793*," tulis Ahmad.  "Dapat bau ni best ni, nak beli boleh?" tul...

'Saya mohon maaf disebabkan perbuatan saya, orang lain terima akibat'

Susulan khidmat peneman isteri bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar Sabtu lalu kerana pintu bilik bersalin ditumbuk sehingga pecah, individu yang bertanggungjawab tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, semalam.  Lapor Harian Metro , lelaki berusia 23 tahun itu tampil memohon maaf kepada semua kakitangan HSB terutama Pengarahnya, Dr Zaiton Udin, dan mengakui perbuatannya tempoh hari telah menyebabkan ramai pihak yang terjejas.  Jelas lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia tidak tahan melihat keadaan isterinya yang sedang sakit untuk bersalin anak pertama mereka yang juga anak kedua bagi isterinya itu.  "Disebabkan perbuatan saya, orang lain menerima akibatnya dan saya ingin memohon maaf kepada semua termasuk pihak hospital. Saya menyesal dengan apa yang berlaku dan bersyukur pihak HSB memaafkan saya. "Saya tidak tahu kes saya tular di laman sosial sehingga menimbulkan kemarahan kepada orang ramai terutama bagi pasang...

'Tangan lebam ni, mesti cik kena ganggu malam tadi kan?'

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca. HARI itu, Rita terpaksa pulang lewat dari kerja kerana perlu menyiapkan laporan kematian pesakitnya. Pesakit itu aneh sedikit. Kata mereka yang melawatnya, dia bekas dukun di kampungnya. Masih bujang dan tinggal bersendirian di hujung kampung. Cliche bila dukun mesti tempat tinggal nak dekat angker, tempat jin bertendang. Masuk wad muntah darah, kena penyakit Tibi rupanya. Berjangkit dari 'pesakit'nya yang dikatakan terkena santau. Mula-mula Pak Raman fikir, santau pulang semula kepada dia konon bomoh yang menyantau pelanggannya terlalu hebat. Rupanya memang hebat 'jin' tersebut, 'jin' Mycobacterium tuberculosis rupanya. Masa Pak Raman masuk, memang tubuhnya kurus kering. Tidak habis-habis batuk-batuk dan batuknya pula tidak kira masa...

'Setahun sekali dapat merasa KFC' - Ramai netizen menangis part tray KFC terjatuh

Apabila kita sudah berada di 'atas', jangan pernah lupa bahawa kita pernah berada di 'bawah' suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan pengorbanan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik kita dari kecil sehinggalah dewasa.  Perkongsian mengenai kisah setahun sekali dapat merasa makanan Kentucky Fried Chicken (KFC), benar-benar mengusik hati netizen. Cerita yang ringkas, tetapi membawa erti yang mendalam, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah merasai situasi yang sama.  Oleh yang demikian, hargailah ibu bapa anda. Jangan pernah dilupakan jasa pengorbanan mereka. Semoga perkongsian dari Shamxy Kamal memberi manfaat kepada kita semua.  PENGALAMAN aku yang paling tidak boleh dilupakan, tentang KFC masa aku sekolah rendah. Bayangkan ibu bapa aku membesarkan lapan orang anak dengan gaji yang tidak seberapa. Satu hari itu, my dad tiba-tiba ajak kami semua makan di luar. Rupa-rupanya makan di KFC. Boleh dikira setahun sekali dapat merasa KFC.  Sampai di KFC, my d...

(Video) Konduktor bas 'tinju' rakan sekerja kerana enggan beri tempat duduk kepada warga emas

Seorang konduktor bas menumbuk penumpang lelaki berkali-kali kerana enggan memberi tempat duduknya kepada seorang penumpang warga emas, lapor Coconut Manila.  Dalam kejadian jam 1 petang Selasa itu sempat dirakam salah seorang penumpang bas berkenaan, Janno Cabatuan, yang kemudian dimuat naik ke laman Facebook dan video insiden itu viral meluas di media sosial.  Difahamkan, bas milik syarikat Dela Rosa Transit itu dalam perjalanan ke Manumento, Caloocan.  Video kejadian telah dikongsi lebih 31,000 kali oleh pengguna Facebook yang memberi pelbagai reaksi mengenainya.  Menurut Cabatuan, lelaki berbaju merah itu tidak membayar tambang dan mendakwa dirinya kakitangan syarikat bas tersebut. Konduktor itu kemudian membenarkan dia masuk ke dalam bas.  Apabila datang seorang penumpang wanita warga emas, konduktor berkenaan meminta lelaki terbabit memberikan tempat duduknya untuk warga emas berkenaan yang telah membayar tambangnya. "Lelaki itu enggan dan...

Bayar saman DBKL dari sebelum 1 September atau diblacklist oleh JPJ

Pengguna kenderaan yang mempunyai saman dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tertunggak (saman dikeluarkan sebelum 1 September) diberi tempoh sebulan untuk membuat pembayaran atau berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lapor The Star.  Bagi meringankan beban pesalah trafik, DBKL bermurah hati menawarkan kadar khas kompaun serendah RM20 kepada pesalah trafik yang belum menjelaskan notis kompaun kesalahan tempat letak kenderaan bermeter dan lalu lintas. Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu akan ditawarkan bermula 1 Sept hingga 30 Sept ini. "Kompaun khas RM20 diberikan bagi pengguna motosikal, RM30 bagi kereta, MPV, van, lori kecil, pikap, 4WD dan SUV manakala RM50 bagi kenderaan berat seperti lori besar, bas, kren, traktor dan treler. "Inisiatif ini adalah peluang bagi pesalah trafik menyelesaikan notis kompaun yang diterima sebelum 1 Sept 2018 bagi mengelakkan kes m...

Dapur gas meletup, bayi melecur 30%

Bayi lelaki berusia 2 tahun melecur 30 peratus di anggota badannya akibat terkena air panas selepas dapur memasak di rumahnya meletup secara tiba-tiba, lapor Harian Metro .  Dalam kejadian jam 4.50 petang 18 Ogos lalu, mangsa melecur di bahagian belakang badan sehingga lutut dan dikejar ke hospital dan dimasukkan ke wad selama 8 hari untuk diberikan rawatan.  Ibu mangsa, Chong Roushi, 31, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia berada dapur memotong buah epal, sementara dua orang anak sedang menunggu berhampiran.  Tidak lama kemudian, Chong terdengar bunyi retakan yang disangkanya anak membaling mainan. Tetapi sebaik saja menoleh ke belakang, dia terkejut apabila mendapati dapur baharu yang dibelinya tiga bulan lalu sudah retak dan air yang sedang dimasak sekelip mata jatuh ke lantai.  "Belum saya mengambilnya, anak yang terkejut dengan kejadian itu terjatuh ke belakang dan terkena air panas yang tertumpah ke lantai," katanya.  Chong tidak menyangka...

'Tak kecil hati dengan komen netizen' - Gadis Jeng Jeng Jeng

Baru-baru ini viral video 'Jeng jeng jeng' yang dipersembahkan oleh pelakon 3 pelakon teater Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) yang disiarkan di program Selamat Pagi Malaysia, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.  Ada yang terhibur dengan gaya persembahannya, tidak kurang juga yang mengkritik persembahan itu mengarut atau seperti orang kurang waras.  Bagaimanapun, pelakon teater yang mendapat gelaran 'Gadis Jeng Jeng Jeng' Nurul Syuhada Mohamad A'zi, 25, tidak berkecil hati dengan komen-komen netizen di media sosial.  Syuhada bersama tiga lagi rakannya, Iellyas Fietri, Fathi Radzi dan Raihan MJ, mempromosikan persembahan teater lakonan mereka berjudul Kembang Layarku.  "Pelik juga mengapa baru sekarang video itu menjadi bualan sedangkan persembahan teater itu sudah tamat. Biasalah apabila tular, ramai yang memberikan pelbagai pendapat termasuk komen negatif.  "Saya hanya mengambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya ...

'Kau punya pasal, hospital hentikan perkhidmatan peneman ibu bersalin'

Gara-gara tindakan kurang cerdik seorang lelaki berusia 23 tahun mengamuk selepas permohonan untuk isterinya bersalin secara pembedahan tidak diluluskan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah tidak membenarkan ibu bersalin ditemani individu lain di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, berkuat kuasa sejak 26 Ogos lalu.  Terdahulu, notis mengenai larangan itu tersebar di media sosial, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang mendakwa tindakan lelaki terbabit menyebabkan mereka tidak dapat membawa peneman. Pengarah JKN Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas lelaki terbabit bertindak menumbuk dan merosakkan pintu bilik bersalin serta tidak mengendahkan arahan menunggu di luar wad selepas insiden itu berlaku pada Sabtu lalu. Mengulas mengenai permohonan pasangan berkenaan, beliau menjelaskan pihak hospital membuat keputusan itu selepas mendapati ibu berkenaan tidak mempunyai indikasi untuk bersalin secara pembedahan. "Susu...

'Gambar tu sebenarnya ada orang DM, page ni sekadar hiburan je janganlah serius' - Makcik Puaka

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan semalam kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dirinya berpakaian wanita sehingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen.  Chef Wan dalam kenyataannya menjelaskan, beliau berpakaian sedemikian kerana mengikut tema majlis yang dihadirinya dan hanya sekadar untuk hiburan sahaja.  Dalam kenyataan itu, Chef Wan juga berkata dia boleh membuat laporan polis dan memfailkan saman terhadap pihak yang sengaja mencetuskan isu gambar tersebut.  "Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti. Kau nak sebar fitnah dan macam-macam, apa yang kau dapat? Jangan esok merengkok dalam penjara kesal kerana jadi batu api menghasut orang lain.  "I am capable to do that as you try to embarrased me in public! Sarang tebuan jangan dijolok, esok sesal tak sudah pula. Don't use social media to bully or discriminate others.  "I think if this harrasement does no...

'Saya takkan maafkan, mereka musnahkan kehidupan saya!' - Gadis diculik 2 bulan, dinoda, didera dan ditatu

Gadis berusia 17 tahun di Morocco, diculik sekumpulan lelaki sebelum diseksa dan dirogol beramai-ramai, lapor Mirror.uk dan Yabiladi.com . Dalam kejadian bulan lalu, mangsa yang dikenali sebagai Khadija mendakwa dia telah diculik dan dirogol 13 lelaki muda yang tidak dikenali di sebuah rumah di Olad Ayad di wilayah Moroccan Beni Mellal. Sekumpulan lelaki itu turut mencederakan mangsa dengan puntung rokok selain didera dan dicacah dengan tatu yang memalukan di seluruh badannya. Kes itu hanya dilaporkan kepada polis dua bulan selepas mangsa dilepaskan oleh suspek.  Menurut Khadija, dia diculik sekumpulan lelaki yang ada di antara suspek dikenali olehnya, selepas dia melawat ibu saudaranya.  "Mereka culik saya untuk tempoh hampir dua bulan, untuk merogol dan mendera saya. Saya tidak akan memaafkan mereka. Mereka musnahkan kehidupan saya," kata Khadija.  Susulan itu, polis telah menahan sembilan suspek untuk siasatan. Polis juga sedang memburu baki empat...

Syak curang, suami tetak dan cekik isteri sampai mati

Syak isteri curang, suami tergamak mencekik dan menetaknya sehingga mati dengan pisau pemotong daging, lapor Harian Metro .  Dalam kejadian jam 5 pagi semalam di Taman Merbau Indah, Butterworth, berlaku perselisihan faham di antara pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 25 tahun.  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan berdasarkan perbualan di aplikasi WhatsApp.  "Sejurus selepas itu, mangsa ditolak sebelum dibunuh suspek dengan cara menetak mangsa dengan pisau pemotong daging dan mencekiknya sehingga mati.  "Suspek kemudian keluar dari rumah dengan membawa anak perempuannya berusia empat tahun. Selepas itu, dia pulang ke rumah pada jam 10 malam semalam," katanya.  Suspek yang mendapati isterinya sudah tidak bernyawa, membuat laporan polis.  Polis yang tiba di kediaman pasangan itu menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat lim...

'Saya boleh buat laporan polis dan saman dia' - Chef Wan kesal diaib dan difitnah Instagram Puaka

Baru-baru ini, gambar lama Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, berpakaian seperti wanita dimuat naik di sebuah laman Instagram 'puaka', mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang melemparkan komen-komen negatif.  Bagaimanapun, Chef Wan tampil menjelaskan terdapat cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab mahu mengaibkan dirinya dan beliau tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali akaun 'puaka' tersebut.  Mengulas mengenai gambar tersebut, Chef Wan menjelaskan dia banyak menerima mesej di Instagram berhubung perkara itu. Namun gambar fancy dress party yang dihadirinya itu adalah gambar 13 tahun yang lalu.  Tegasnya, beliau berpakaian seperti itu kerana mengikut tema parti yang telah ditetapkan oleh penganjur.  "Dah tema party to ‘Fabulous Drag’, lebih 300 tetamu yang datang disyorkan dress up.  Yang lelaki berpakaian sebagai perempuan dan yang perempuan sebagai lelaki.  Jadi ramai suami isteri atau ...