Skip to main content

'Saya boleh buat laporan polis dan saman dia' - Chef Wan kesal diaib dan difitnah Instagram Puaka


Baru-baru ini, gambar lama Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, berpakaian seperti wanita dimuat naik di sebuah laman Instagram 'puaka', mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang melemparkan komen-komen negatif. 

Bagaimanapun, Chef Wan tampil menjelaskan terdapat cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab mahu mengaibkan dirinya dan beliau tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali akaun 'puaka' tersebut. 

Mengulas mengenai gambar tersebut, Chef Wan menjelaskan dia banyak menerima mesej di Instagram berhubung perkara itu. Namun gambar fancy dress party yang dihadirinya itu adalah gambar 13 tahun yang lalu. 

Tegasnya, beliau berpakaian seperti itu kerana mengikut tema parti yang telah ditetapkan oleh penganjur. 

"Dah tema party to ‘Fabulous Drag’, lebih 300 tetamu yang datang disyorkan dress up.  Yang lelaki berpakaian sebagai perempuan dan yang perempuan sebagai lelaki.  Jadi ramai suami isteri atau pasangan yang hadir mengambil cabaran tersebut.  


"Saya datang dengan anak saya di sebelah tetapi telah di potong gambarnya.  Saya menang top 3 lagi,” tulis Chef Wan di Instagramnya.

Dalam pada itu, beliau kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengorek cerita-cerita basi untuk mengaib dan memfitnah dirinya. 

"Saya boleh buat laporan polis dan saman dia nanti.  Dia lupa ketua polis negara tu semua boleh cari di lubang cacing mana pun si Puaka ini jika nak cari pasal dengan saya.

"Kau nak sebar fitnah dan macam-macam apa yg kau dapat? Jangan esok merengkok dalam penjara kesal kerana jadi batu api menghasut org lain!  I am capable to do that as u try to embarrased me in public!," tegas Chef Wan.  

Tambah Chef Wan, negara ini mempunyai undang-undang dan dia juga mempunyai bukti-bukti.


Sumber: Sinar Harian

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...