Skip to main content

'Tangan lebam ni, mesti cik kena ganggu malam tadi kan?'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

HARI itu, Rita terpaksa pulang lewat dari kerja kerana perlu menyiapkan laporan kematian pesakitnya. Pesakit itu aneh sedikit. Kata mereka yang melawatnya, dia bekas dukun di kampungnya. Masih bujang dan tinggal bersendirian di hujung kampung. Cliche bila dukun mesti tempat tinggal nak dekat angker, tempat jin bertendang.

Masuk wad muntah darah, kena penyakit Tibi rupanya. Berjangkit dari 'pesakit'nya yang dikatakan terkena santau.

Mula-mula Pak Raman fikir, santau pulang semula kepada dia konon bomoh yang menyantau pelanggannya terlalu hebat. Rupanya memang hebat 'jin' tersebut, 'jin' Mycobacterium tuberculosis rupanya.

Masa Pak Raman masuk, memang tubuhnya kurus kering. Tidak habis-habis batuk-batuk dan batuknya pula tidak kira masa. Hampir setiap malam minta kirim Kopi Ais dari staff yang order makanan delivery ke wad tersebut.

Masa Pak Raman meninggal dunia pula, keadaannya memang sudah sedia tenat tetapi seolah-olah sukar pula nak diambil nyawanya oleh malaikat maut. Ada sahaja yang menghalang. Meriding juga bulu roma bila berada berdekatan dengan Pak Raman sebab dia memang tidak lepas menggenggam balutan kain kuning yang dikatakan 'temannya' itu.

Sebenarnya sudah dua hari Pak Raman kelihatan lemah. Waktu siang melepek sahaja di katil, nak cakap pun tak mahu. Makan pun laratnya bubur. Tetapi masuk waktu maghrib sahaja, boleh berdiri dan berjalan laju. Minta makanan dan minuman seolah siang tadi bukan dia yang terbaring di katil.

Macam mana Pak Raman meninggal? Mungkin sudah ajal dia. Tetapi sebelum itu ada seorang waris ini datang dan mengambil balutan kain kuning dari genggaman Pak Raman. Katanya itu pendamping dia. Tak ambil dan buang jauh-jauh, nanti sampai sudah nyawanya liat sebab pendamping itu yang tumpang tubuh Pak Raman. Patutlah malam-malam minta makan dan minum, bukan Pak Raman rupanya.

Khoff... Khoff.. Khoff..

Sewaktu Rita berjalan menuju ke parking bertingkat, terdengar bunyi batukan yang amat dikenali oleh deria pendengarannya.

"Macam batuk Pak Raman. Tapi dia dah meninggal tadi. Mungkin pengawal yang batuk kot. Banyak sangat merokok'," monolog Rita di dalam hati dan kembali meneruskan perjalanannya seperti biasa. 

Hari ini dia parking tingkat 4, di bahagian bumbung parking itu. Dah rezeki dia. Selalu sebelum maghrib dia akan alihkan kereta dia di parking berdekatan, tetapi hari itu dia sibuk menguruskan jenazah Pak Raman sehingga terlupa untuk mengalihkan kereta.

Kawasan parking itu gelap, pantulan cahaya pun terbias dari lampu jalan di luar parking. Terpaksa Rita guna aplikasi lampu suluh di telefon bimbitnya.

Sampai di tempat parkir. Ada satu objek diletakkan di cermin hadapan keretanya. Dikepit pada visor kereta, siap dengan helaian kertas yang Rita sangka iklan pinjaman wang berlesen. Rita ambil kedua-duanya tanpa meneliti objek tersebut sebab Rita dah keletihan. Mana tidaknya, CPR 2 cycle sewaktu Pak Raman sudah tidak bernadi tadi pun melenguhkan tangannya. Keras dada Pak Raman macam batu.

Rita meneruskan pemanduannya keluar dari parkir tersebut. Sewaktu tiba di traffic light di luar hospital, Rita terasa lapar. Tekaknya teringin minum kopi ais dan makan nasi goreng ayam. Jadi Rita pun singgah tapau di kedai Kelantan berdekatan dengan hospital.

Sementara menunggu makanan siap, Rita masuk ke kereta sebab teringat dengan objek dan helaian risalah yang diletakkan di cermin keretanya. Balutan kuning diikat dengan kain merah. Rita ini noob tentang benda-benda ghaib, jadi Rita pun cuba untuk buka ikatan objek tersebut. Baru sahaja nak leraikan ikatan, ketukan di pintu mengejutkan Rita.

"Kak, makanan dah siap." pelayan tersebut menyerahkan plastik berisi makanan kepada Rita dan Rita melupakan sebentar hajatnya mahu membuka objek tersebut. 

Sampai di rumah, tidak tahan lapar, Rita terus masuk ke rumah dan terlupa terus objek yang dijumpai bersama risalah itu. Rita terus mandi sebab bimbang badi Pak Raman melekat padanya.

Malam itu Rita mimpi aneh. Ada beberapa remaja memegang ketul darah segar, ada tu berupa janin. Kaki mereka penuh darah. Ada beberapa lelaki hidungnya kelihatan belang. Gigih menadah titisan minyak dari dagu seorang wanita muda yang disalai.

Ada beberapa wanita, ada berusia ada yang muda, berdiri dan melangkahi sepinggan nasi. Ada tu darah haid menitis setitik demi setitik di atas nasi tersebut, disuap pula kemulut pasangan masing-masing.

Rita lihat, Pak Raman duduk di hadapan bekas kemenyan, dikelilingi makhluk yang gondol kepala, yang ngeri bentuk mukanya, dan menyihir dan memporak perandakan rumahtangga orang lain.

Jeritan Pak Raman jelas di telinga Rita.

"Ganti tempat aku!!!"

Dan Rita terus terjaga dan berpeluh. Ternampak bayangan hitam di sebalik langsir tingkapnya. Mustahil ada orang berjalan sebab Rita duduk di tingkat 8!! Rita dengar ketukan di pintu rumahnya. tak mungkin rakan serumahnya terlupa membawa kunci. Rakan Rita kerja syif malam!!

Rita dengar derap kaki di luar bilik dan terdengar ngongoi tangis memanggil namanya. Rita dengar bunyi pinggan mangkuk berlaga sesama sendiri, airi tandas biliknya menitis setitis demi setitis hingga laju menderu.

Rita mati akal. Siapa kacau Rita! Takkan mainan perasaannya sahaja. Takut terbawa-bawa cerita makcik dan pakcik bawang yang bercerita tentang arwah Pak Raman di kaunter jururawat sewaktu menaip laporan kematian malam tadi.

Terketar-ketar tangan Rita membuka aplikasi Muslim Pro dan memainkan bacaan Yassin bagi menghalau gangguan malam itu. Gangguan terhenti dan Rita lena dalam ketakutan.

Alarm berbunyi jam 5.45 pagi. Rita kerja pagi hari itu. Rita bangun dan masih bingung dengan gangguan yang dialaminya malam tadi. Aplikasi Muslim Pro masih memainkan bacaan ayat suci Al-Quran. Bermakna Rita bukan berhalusinasi.

Rita terus terasa seram sejuk. 6 bulan berkhidmat sebagai Jururawat, itulah kali pertama dia berhadapan dengan perkara seperti itu. Pantas Rita mandi, menunaikan solat dan bersiap ke tempat kerja. Masuk ke kereta, Rita baru teringat tentang objek yang dijumpai olehnya malam tadi.

"Sama macam Pak Raman punya. Allah, mujur aku tak buka malam tadi. Aku nak call waris dia nanti dan bagi benda ini pada dia. Tercicir agaknya semalam," ujar Rita sendirian.

Sampai di tempat kerja, Rita mencerita pada rakan sekerjanya waktu mahu ambil laporan pesakit dari rakan syif malam. Rakannya bilang, malam tadi wad tu asyik kena 'kacau' dengan 'batuk' Pak Raman padahal tidak ada pesakit yang admit dan mengalami batuk.

PPKnya siap kena tegur dengan 'Pak Raman' yang minta kopi ais dan nasi goreng ayam waktu buang urin pesakit. Terus kena berteman malam tadi.

Seram sejuk Rita dengar. Waktu sedang ambil laporan pesakit, seorang lelaki menegur Rita dan rakannya.

"Assalamualaikum Cik Misi, saya waris Pak Raman. Semalam tak sempat datang. Nak ambil barang-barang Pak Raman yang ditinggalkan sepanjang kemasukannya di dalam wad ini. 

"Bukan Encik dah datang semalam ke? Ambil balutan kuning yang selalu Pak Raman genggam kemas tu? Sampai tercicir di parking kereta" soal Rita sambil menyerahkan segala barangan milik Pak Raman bersama salinan akuan menerima harta pesakit untuk ditandatangainya.

"Cik, saya duduk Sarawak. Baru sampai pagi tadi. Saya tak datang semalam pun. Cik salah orang ni," ujar waris Pak Raman.

"Err, Cik ada buka ke balutan kuning ini?" soalnya kembali.

"Tak. Tak. Saya jumpa dan tinggalkan di dalam kereta." jawab Rita.

"Maaf bertanya, Cik ada diganggu ya malam tadi. Saya lihat lengan cik lebam ni" ujar waris itu.

Rita tidak mampu menjawab. Memang dia perasan lebam-lebam di bahu, peha dan lengannya waktu mandi pagi tadi. Dia fikir terlanggar katil pesakit atau troli kecemasan waktu sibuk resus Pak Raman semalam.

"Ini ada air tawar. Saya dah agak akan jadi macam ni. Cik minum air ni. InsyaAllah tidak ada gangguan lagi. Mujur tidak diusik balutan ini. Saya minta diri dahulu ya Cik," kata waris itu dan terus berlalu pergi.

Rita rasa mahu pitam. Jika bukan lelaki itu yang dia beri balutan kuning tersebut, siapa pula yang dia jumpa semalam? Macam mana pula boleh ada benda itu di selit di cermin keretanya?

Rita menaip pesanan ringkas kepada adiknya.

'Nanti teman akak kat rumah sewa...'

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...