Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

'Terkejut bila doktor beritahu ada ketulan hitam bawah kelopak mata' - Akibat tak bersihkan maskara

Seorang wanita nyaris hilang penglihatan kerana tabiat buruknya yang tidak membersihkan maskara dari bulu matanya setiap malam, lapor Mirror.  Theresa Lynch, 50, ibu kepada dua orang anak itu terpaksa pergi berjumpa dengan doktor selepas matanya berasa sakit dan tidak selesa. Theresa terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat kesan benjolan hitam yang melekat kuat dan sebati di bawah kelopak matanya.  Menurut doktor pakar berkenaan, keadaan itu berlaku berpunca dari tabiat buruk Theresa yang gemar menggunakan maskara tetapi tidak membersihkan bulu matanya setiap malam selama 25 tahun. Malah, kejadian yang berlaku pada Theresa itu merupakan kes yang paling teruk dari kes-kes sebelum ini.  "Ia melekat terlalu kuat dan dalam sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada mata dan menyebabkan kelopak mata saya terasa pedih dan bengkak kerana sudah lama dibiarkan dalam keadaan seperti itu.  "Apabila Doktor Robael memeriksa kelopak mata saya, dia terke...

JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor memandang serius terhadap insiden video tular seorang jururawat terlatih sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil melihat telefon bimbit. Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata makluman dan siasatan awal pihak JKN Johor serta Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, telah mengesahkan bahawa pesakit tersebut dalam rawatan di HSA dan siasatan mendalam terhadap insiden itu kini sedang dijalankan. “JKN Johor dan HSA telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci serta memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini. “Anggota Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri dari pakar-pakar dan penyelia jururawat dari HSA dan JKN Johor telah memulakan siasatan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook JKN Johor hari ini. Dr Selahuddeen berkata pihak HSA sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil m...

Siar FIFA World Cup 2018 di RTM hanya menelan kos RM30 juta sahaja

Penyiaran perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM hanya membabitkan kos sebanyak RM30 juta sahaja, demikian kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang media di Putrajaya hari ini, lapor MalaysiaKini . Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo memaklumkan kos penyiaran Piala Dunia 2018 itu melibatkan kos sebanyak RM40 juta dan akan mendedahkan butiran terperinci mengenainya hari ini.  "Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018. Tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta. Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan," kata Guan Eng.  Sementara itu Gobind berkata, RTM telah mendapatkan penajaan berjumlah RM15 juta dan ia dijangka akan terus bertambah serta butiran lanjut mengenai pihak penaja akan didedahkan pada sidang akhbar seterusnya.  Pihaknya juga telah mendapatkan hak penyiaran dari syarikat Sports and Media Distributo dan syarikat itu akan disemak jika ia terikat dengan stesen televisyen satelit, Astro...

Tabung Harapan Malaysia terima lebih RM7 juta sumbangan dari rakyat prihatin

Sehingga jam 3 petang 31 Mei ini, Tabung Harapan Malaysia telah mengumpul lebih RM7 juta dari rakyat Malaysia yang mahu membantu kerajaan membayar hutang negara.  Jumlah sumbangan terkumpul itu kurang dari 24 jam selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan tabung berkenaan semalam.  Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang media berkata, rakyat Malaysia telah menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dan sanggup menghulurkan sumbangan kepada kerajaan untuk membina semula negara tercinta.  Dalam pada itu, Guan Eng juga memuji aktivis Shazarina, yang mengambil inisiatif mengumpul dana dari rakyat Malaysia seminggu sebelum Tabung Harapan dilancar semalam. Usaha anak muda itu setakat ini telah mengumpul sebanyak RM13,476.57 dan tindakannya itu juga menimbulkan reaksi positif di kalangan rakyat yang kini tidak putus-putus terus memberikan sumbangan.  Justeru, Guan Eng memberi jaminan bahawa pihaknya akan menguruskan sumbangan itu sebaik mu...

Akhirnya Ini Respon Keluarga Syafiq Kyle

Pelakon popular Syafiq Kyle kini sedang diduga dengan kontroversi di bulan Ramadhan ini. Penyebaran video itu bernar-benar membuat kan nama Syafiq Kyle menjadi buruan orang ramai. Kini Syafiq telahpun memberi kenyataan tentang perkara itu yang mana dia tidak mahu terus membincangkan video berkenaan secara terus dan mahu ianya ditamatkan segera. Isu ini yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam bidang lakonan. Menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda. Pihak pengurusan Syafiq akan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional. Kisah ini bukan sahaja memberi impak kepada dirinya, malah ianya turut memberi kesan buat keluarga. Melalui Media Hiburan, Syafiq akui perkara ini bukan satu benda yang bagus dan sememangnya keluarga akan turut terkesan. Ini kenyataan Syafiq Kyle: "Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang...

Gagal hapuskan tol, UMNO dakwa kerajaan tak mampu tunaikan manifesto

Unit Komunikasi Strategik UMNO hari ini mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menghapuskan tol seperti yang dicanang dalam manifesto PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan sekali gus membuktik bahawa langkah populis itu tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.  "Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran hampa kerana tidak dapat tol percuma. "Kenyataan bercanggah dengan manifesto PH untuk menghapuskan tol di seluruh negara pasti membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh," katanya. Memetik agensi penarafan RAM Ratings, kenyataan itu menjelaskan, penghapusan semua tol lebuh raya akan membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion dan langkah itu bakal mengundan...

Padamkan atau berdepan saman RM100 juta - Bekas suami beri Emilia Hanafi tempoh 24 jam

Ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin mendakwa bekas isterinya telah mengeliru dan menipu masyarakat berhubung 'kejadian sebenar' dan menuntut Emilia Hanafi memadamkan tulisan serta gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, lapor MalaysiaKini.  Terdahulu, Emilia memuat naik gambar dan penulisan yang mendakwa SM Faisal telah memukul Emilia dalam kejadian 2015.  Dalam tuntutan saman fitnah bertarikh 23 Mei, SM Faisal yang diwakili peguam Datuk Akhberdin Abdul Kader tindakan Emilia itu cuba mengeliru dan menipu masyarakat. Surat tuntutan itu dibuat kerana Emilia telah menjejaskan reputasi SM Faisal.  Ekoran itu, Emilia diminta untuk memadamkan kesemua tulisan dan gambar yang telah dimuat naik di Instagramnya atau berdepan dengan tindakan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.  "Padam kesemua posting berkenaan di semua sosial media anda dalam masa 24 jam bermula dari tarikh ini (surat). "(Menuntut) dengan serta-merta berhenti daripada men...

Kerajaan akan peruntuk RM40 juta untuk siar 41 perlawanan Piala Dunia 2018

Kabinet akan memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyairan  perlawanan Piala Dunia 2018, untuk penyiaran di RTM, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.  Memetik laporan dari MalaysiaKini , RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018. 27 perlawanan yang akan ditayangkan adalah secara langsung, manakala baki 14 lagi perlawanan lain disiarkan melalui siaran tertangguh.  "Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta.  "Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya serta mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya," katanya.  Beliau berkata, butiran terperinci mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok. 

Tak Ada Etika, Sharifah Sakinah

Nama sebagai seorang artis sudah tentu banyak pengaruhnya. Pengaruh yang kuat ini mempu menarik publisiti dan juga membolehkan seseorang artis itu untuk mempromosikan sesuatu. Tetapi kadangkala, populariti yang di raih oleh seseorang artis itu boleh disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan. Ini yang berlaku kepada pelakon popular Sharifah Sakinah. Semalam menerusi satu entry di laman IG miliknya, pelakon ini telah meluahkan perasaan menyatakan rasa tak puas hati dengan ada pihak yang menyalah ertikan perkongsiannya. Sharifah Sakinah terkilan apabila ada agen penapis air Cuckoo yang mencuri gambarnya untuk mempromosikan produk berkenaan. Ini luahan dari Sharifah Sakinah: Hello Semua! In my previous video, if you guys noticed I was in sister's house for iftar and I just happened to stand beside a Cuckoo machine to explained the importance of drinking 8 glasses per day. That's all. I repeat, I just happened to stand beside a Cucko...

Pegawai Imigresen tampar dan tumbuk lelaki warga Myanmar sebab tak faham arahan

Susulan viral video pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertindak kasar terhadap seorang lelaki warganegara Myanmar, pegawai berkenaan telah ditahan kerja, lapor Harian Metro .  Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan pihaknya akan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai terbabit yang bertindak di luar batasan.  "Perlakuan pegawai terbabit jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan serta perkhidmatan awam.  "Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan sertai tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian," katanya dalam kenyataan media hari ini.  Menurut Mustafar Ali, mana-mana pegawai yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan serius termasuk dibuang kerja. Pihak JIM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tata tertib berda...

'So berapa saka aku, aku terserempak semalam?' - Dianiaya bekas teman lelaki dengan saka

Perkongsian  kisah seram dari  @AnisNadeera  yang trending di Twitter baru-baru ini. Periksalah terlebih dahulu latar belakang seseorang itu sebelum mengambil keputusan untuk mengenalinya lebih rapat. Apa yang berlaku pada Anis adalah wajar dijadikan sebagai pengajaran.  Tidak dinafikan wujudnya manusia seperti bekas teman lelaki Anis yang menggunakan khidmat benda-benda mistik bagi tujuan membalas dendam. Namun, mujur Anis menceritakan kejadian yang berlaku pada dirinya kepada keluarga yang akhirnya membantu menyelesaikan masalah tersebut.  INI adalah bebenang. Aku nak buka cerita kisah seram antara aku dengan kawan-kawan kena kacau semasa kitorang dalam perjalanan ke Gunung stong. Tapi ini adalah makhluk yang dihantar sendiri oleh ex boyfriend aku. Memang agak kelakar bunyinya. Bulan puasa ini tak mau tipu-tipu ye.  Bismillahirrahmanirahim. Since ramai yang nak tahu kisah seram makhluk halus yang ex-bf aku hantar pada akua, baiklah aku akan cerit...

'Kesemua pegawai yang ditugaskan kepada saya ditarik balik oleh kerajaan baharu' - Najib

"Kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu," demikian tulis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memuat naik gambar terakhirnya bersama beberapa pegawai yang berkhidmat dengannya di Instagramnya hari ini.  Menurut bekas Presiden UMNO itu, hanya seorang pegawai ADC (Aide De Camp) yang ditinggalkan berkhidmat untuk beliau. "Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana. "Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp)," tulisny...