Skip to main content

'Terkejut bila doktor beritahu ada ketulan hitam bawah kelopak mata' - Akibat tak bersihkan maskara


Seorang wanita nyaris hilang penglihatan kerana tabiat buruknya yang tidak membersihkan maskara dari bulu matanya setiap malam, lapor Mirror. 

Theresa Lynch, 50, ibu kepada dua orang anak itu terpaksa pergi berjumpa dengan doktor selepas matanya berasa sakit dan tidak selesa. Theresa terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat kesan benjolan hitam yang melekat kuat dan sebati di bawah kelopak matanya. 

Menurut doktor pakar berkenaan, keadaan itu berlaku berpunca dari tabiat buruk Theresa yang gemar menggunakan maskara tetapi tidak membersihkan bulu matanya setiap malam selama 25 tahun. Malah, kejadian yang berlaku pada Theresa itu merupakan kes yang paling teruk dari kes-kes sebelum ini. 

"Ia melekat terlalu kuat dan dalam sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada mata dan menyebabkan kelopak mata saya terasa pedih dan bengkak kerana sudah lama dibiarkan dalam keadaan seperti itu. 

"Apabila Doktor Robael memeriksa kelopak mata saya, dia terkejut dan mengatakan ini kali pertama dia melihat keadaan mata saya yang teruk ini sepanjang kariernya. 



Ekoran itu, Theresa yang bekerja sebagai pembantu rumah itu terpaksa menjalani pembedahan selama 90 hari bagi membuang ketulan-ketulan hitam tersebut. 

Doktor Robael yang merupakan Pakar Perunding OFtalmologi berkata, "Setiap kali Theresa mengerlipkan matanya, ketulan-ketulan hitam itu akan menggosok permukaan matanya menimbulkan risiko pada penglihatannya. 

"Sekiranya kesan calar di permukaan mata itu terkena jangkitan, ia berisiko dan berpotensi menyebabkan penglihatan Theresa buta, tetapi ia jarang berlaku. Ia akan meninggalkan parut kekal pada kelopak mata dan permukaan kornea. 


"Simptom-simptomnya seperti seseorang mencampak segenggam pasir ke dalam mata anda dan menyebabkan rasa pedih yang tak terkata. 

"Ini adalah satu kes yang luar biasa, yang saya tak pernah lihat sebelum ini. Tidak ramai wanita yang membersihkan maskara mereka dengan serius dan teliti," katanya. 

Theresa berasal dari Amerika dan kini menetap di Sydney memberi peringatan kepada golongan wanita agar membersihkan wajah mereka dari solekan setiap hari sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian seperti yang dialaminya itu berulang.  


"Saya terkejut dan ingatkan mata serta kelopak mata akan mengalami kerosakan kekal dan penglihatan tidak dapat kembali kepada normal. 

"Saya sudah terbiasa memakai banyak alat solek dan tidak membasuhnya sehingga dibawa ke tidur. Saya tidak sepatutnya membiarkannya sehingga terjadi begini. 

"Jadi, beringatlah semua. Bersihkan wajah anda sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang," katanya. 

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...