Skip to main content

JKN Johor sahkan dan siasat jururawat guna telefon sambil rawat pesakit


Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor memandang serius terhadap insiden video tular seorang jururawat terlatih sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil melihat telefon bimbit.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata makluman dan siasatan awal pihak JKN Johor serta Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, telah mengesahkan bahawa pesakit tersebut dalam rawatan di HSA dan siasatan mendalam terhadap insiden itu kini sedang dijalankan.

“JKN Johor dan HSA telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci serta memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.

“Anggota Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri dari pakar-pakar dan penyelia jururawat dari HSA dan JKN Johor telah memulakan siasatan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook JKN Johor hari ini.

Dr Selahuddeen berkata pihak HSA sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil menunggu untuk dihantar ke Unit Rawatan rapi (ICU) dan pihak JKN serta HSA memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan tersebut.

Beliau berkata jika terdapat unsur kecuaian hasil daripada penyiasatan itu, maka, kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas.

Katanya arahan penambahbaikan serta merta juga telah dikeluarkan kepada pihak HSA serta peringatan kepada lain-lain hospital bagi memastikan kepatuhan terhadap tatacara pengendalian pesakit dipatuhi sepenuhnya.

Dr Selahuddeen turut mengingatkan masyarakat bahawa pengambilan gambar dan video di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tidak dibenarkan terutamanya gambar atau video pesakit di dalam wad atau klinik kerana ia melanggar etika serta kerahsiaan pesakit.

“Individu yang mempunyai aduan atau cadangan membina terhadap perkhidmatan yang diberikan di fasiliti Kementerian Kesihatan dinasihatkan berhubung secara terus dengan pihak hospital atau klinik berkenaan agar penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan serta merta,” katanya. — Bernama

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...