Skip to main content

(Video) 'Bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah' - Aaron Aziz dedah cerita sebenar kenapa dia dibuang oleh Syamsul Yusof dari filem Original Gangster



Pelakon Aaron Aziz tampil menjawab kenyataan pengarah Syamsul Yusof, berhubung isu pengugurannya daripada filem The Original Gangster. 


Menurut Aaron, adalah mustahil Syamsul tidak mengetahui bahawa dia mempunyai masalah kesihatan di bahagian leher. Sedangkan Syamsul katanya pernah datang ke kediamannya beberapa kali untuk berbincang mengenai filem yang bakal dibintangi oleh Aaron. 


"You telling me, kau tak tahu aku ada sakit leher? Tapi kau datang rumah aku dengan baik tiga kali dan cakap kita discuss. Duduk di luar dan dalam rumah, bini aku siap masakkan kway tiaw, kau tambah makan sebab sedap sangat. Jangan nak tipu kata kau tak tahu aku ada masalah di bahagian leher. Kau dah tahu (sebenarnya)," katanya. 


Jelas Aaron, dia ada bertanya pada Syamsul apakah wataknya dalam filem itu akan ada banyak babak yang melibatkan serangan fizikal dan dia dimaklumkan tidak banyak dan ia lebih kepada penggunaan senjata api. 


"Aku masa tu baru habis buat cerita Geng Mamak yang mana aku training setiap hari di gym. Geng Mamak bagi aku training selama enam bulan. Masa kau datang, tarikh shooting hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Aku nak turunkan berat badan aku mengikut apa yang kau nak (dalam masa sebulan), adalah mustahil. Tapi aku try juga, nevermind. 


"First aku tanya kau cerita ini banyak fighting ke tidak? Tak banyak fighting, tapi banyak pakai gun. Kalau kau nak cakap aku bohong, tak apa. Nanti kat padang masyar, kau jawab sendiri apa yang kau cakap dengan aku dan Allah sebagai saksi aku. 


"Kau cakap tak ada banyak fighting. Aku dengan karakter-karakter lain kita semua assassin macam sicario. Banyak guna pistol, banyak tembakan. Tapi aku cakap, kena adalah fight-fight sikit. 


"Aku start balik dengan aku punya training setiap hari. Dapat mesej daripada production kata ada koreografi, aku pergi dan dapat tahu aku fight dengan artis ini selama 4 minit, aku dengan artis ni 2 minit, aku fight dengan artis luar negara berapa minit, aku fight dengan 20 orang.. aku tengok berapa banyak fight aku kena buat ni. Hanya aku seorang yang paling banyak fight. 


"Kau dah petik nama-nama pelakon lain, aku tak nak petik nama pelakon-pelakon lain. Pada aku ini bukan masalah dengan pelakon lain, tapi masalah kau dengan aku je. 


"Pelakon lain cakap banyak gila aku punya step, abang kan lead, mestilah banyak scene fighting. Itu yang pertama. 


"Kedua, kau punya koreografer aku tak nak sebut nama, masih budak lagi la senang cakap. Aku dah banyak kerja dengan koreografer yang boleh terima cadangan aku, bertukar-tukar pandangan macam mana nak jadikan pergerakan itu lebih cantik. 


"Tapi kau punya koreografer itu tak boleh kena tegur. Bila aku masuk koreografi, aku dah pergi training empat jam setiap hari dan boleh tunjuk dalam WhatsApp. Setiap hari 1,000 kalori burn. Lepas tu kau bagi aku gambar dan cakap 'Bro aku nak badan kau macam ni". Aku balas, kalau nak badan macam ni kena pergi cucuk bro. Kau cakap pergi cucuk. 


"Ni.. berapa banyak aku dah pergi cucuk. Berapa banyak aku nak cucuk? 


"Kemudian, kau punya budak ambil video artis lain yang dah belajar step dan step dia senang saja. Dia ambil video aku, masa aku tengah belajar lagi. Lepas dia hantar. Aku cakap, alamak... apsal kau hantar video macam tu. Kalau kau cakap director nak tengok, mesti aku buat betul-betul. 


"Bukan ke itu satu penganiayaan? Jadi itu menunjukkan artis lain lebih pantas, oh aku slow. Padahal aku masih lagi belajar fight scene. Kau campak dekat aku banyak fight scene. 


"Kau jumpa aku pun tidak. Something happened masa training pun aku tak nak cakaplah. Jangan cakap pasal aku slow ke apa, aku ada saksi dan tak ada masalah dengan aku punya speed. Daripada berat aku 99/98 kilogram, sekarang dah 90 kilogram," katanya. 



Aaron juga kesal apabila Syamsul menolak untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah itu. 


"Ingat tau, kau tak nak jumpa aku. Bila kau nak, kau datang rumah aku dengan cara baik. Bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah.


"Inilah ceritanya. Depan Al-Quran aku cakap, inilah yang sebenarnya berlaku. Bulan Ramadhan ni, aku tak bohong. Aku cucuk, aku cucuk hari-hari macam orang gila," katanya. 


Sumber: Instagram Aaron Aziz

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...