Skip to main content

Gaji penjawat awam akan dinaikkan selepas 'kantung' kewangan negara bertambah baik - PMX



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah 'kantung' kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan.


Perdana Menteri berkata secara peribadi, beliau tidak berpuas hati apabila melihat kadar gaji dan upah penjawat awam berbanding tugas serta komitmen yang diberikan namun ia perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini.


"Kalau kantung bertambah baik defisit dikurangkan, kita boleh (naikkan gaji serta upah), dan sekarang bila saya tengok penjawat awam buat kerja baik antaranya di negeri kemudian hasil bertambah, proses itu boleh dipercepat.


"Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah, itu nanti kita bincang dahulu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.


Ketika menyampaikan amanat pada majlis itu, Anwar berkata negara berdepan defisit fisikal sebanyak 5.6 peratus dan jumlah hutang kira-kira RM1.5 trilion yang perlu diberi keutamaan dalam usaha memastikan kemakmuran negara terutama dari segi ekonomi.


"Beberapa bulan ini bila pulangan kita dua bilion, tiga bilion, lapan bilion masuk dalam kantung kewangan negara, satu sen pun tidak bocor, kalau bocor siaplah... semua tahulah saya buat macam macam mana.


"Kalau kantung negara cukup, penjawat awam percayalah saya akan beri keutamaan kepada nasib anda semua… kerana khidmat dan dedikasi anda wajar diberikan gaji dan upah yang lebih baik," katanya.


Justeru, beliau menyeru kepada semua penjawat awam supaya mengamalkan integriti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan Malaysia dapat diurus dengan sempurna selain kewangan negara dapat dipulihkan dengan segera.


"Saudara dan saudari semua berkerjalah dengan baik kerana banyak lagi yang kita belum selesaikan misalnya isu kemiskinan dan Lebuhraya Pan Borneo, kita selesaikan untuk rakyat kita dengan segera," katanya.


Ditanya mengenai gesaan agar Labuan dikembalikan kepada Sabah dalam sidang media itu, Anwar berkata apa yang penting ketika ini ialah Kerajaan Persekutuan menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk memulihkan Wilayah Persekutuan itu sebagai pusat kewangan yang kukuh.


"Ia bukan satu isu. Isu utama ialah kita menyaksikan beberapa pembangunan yang lembap di Labuan jadi kita perlu mengambil langkah di peringkat Persekutuan dan kerajaan negeri untuk cuba memulihkan keadaan di Labuan," katanya.


Menyentuh cadangan membina jambatan di antara Sabah dan Labuan, Perdana Menteri berkata perkara itu perlu dilihat dari sudut ekonomi dan ketika ini, kerajaan pusat mengambil pendirian untuk berbelanja setakat yang termampu.


Pada 26 Jan lepas, Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak serius dalam membangunkannya dan gesaan agar ia dikembalikan kepada Sabah bukanlah sesuatu yang tidak munasabah memandangkan ekonomi pulau bebas cukai itu semakin lemah sejak diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan kira-kira 38 tahun lalu.


Sumber: Bernama

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...