Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Gaji penjawat awam akan dinaikkan selepas 'kantung' kewangan negara bertambah baik - PMX

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah 'kantung' kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan. Perdana Menteri berkata secara peribadi, beliau tidak berpuas hati apabila melihat kadar gaji dan upah penjawat awam berbanding tugas serta komitmen yang diberikan namun ia perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini. "Kalau kantung bertambah baik defisit dikurangkan, kita boleh (naikkan gaji serta upah), dan sekarang bila saya tengok penjawat awam buat kerja baik antaranya di negeri kemudian hasil bertambah, proses itu boleh dipercepat. "Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah, itu nanti kita bincang dahulu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri Datuk Ser...

'Nak pinjam tandas konon...' - Petani kantoi rakam perempuan mandi, ditahan polis

Seorang lelaki berusia 20 tahun di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia telah ditahan polis kerana didapati merakam wanita yang sedang mandi di bilik air.  Ketua Polis Bahagian Cegah Jenayah Mamuju, Rigan Hadinagara berkata, suspek yang bekerja sebagai petani itu ditahan pada Isnin, 27 Februari lalu.  Siasatan awal mendapati, suspek datang ke Kecamatan Kalukku pada Rabu, 22 Februari untuk bertemu dengan rakannya di rumah.  "Ketika sedang berbual dengan rakannya, suspek mengetahui adik rakannya sedang mandi lalu meminta izin menggunakan tandas.  "Suspek kemudian masuk ke tandas bersebelahan dengan bilik air dan mengeluarkan telefonnya untuk merakam video mangsa yang ketika itu sedang mandi tanpa seurat benang," katanya.  Namun, perbuatannya itu disedari oleh mangsa yang terus berhenti mandi dan meminta pertolongan abangnya untuk memeriksa kandungan telefon suspek.  Setelah diperiksa, ternyata ada gambar dan video mangsa sedang mandi. Abang mangsa...

'Saya tak sedar, saya terdengar bisikan' - Lelaki tikam pesakit di hospital diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Gambar tertuduh | Kosmo Online Mahkamah Sesyen Selayang hari ini memerintahkan seorang lelaki yang menikam seorang pesakit di Hospital Selayang, menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak. Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal supaya Mohd Khairul Kamul, 22, dihantar ke pusat psikiatri kerana dipercayai keadaan mental tertuduh tidak stabil. "Pihak pendakwaan membuat permohonan itu di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Tertuduh juga telah ditahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatrik Hospital Selayang sejak 15 Feb lepas. Tiada jaminan dicadangkan terhadap tertuduh," katanya. Tertuduh yang memakai baju hospital berwarna hijau didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas V Sathish Rao, 29, menggunakan sebilah pisau di Zon Kuning Bahagian Kecemasan Hospital Selayang di sini, pada 3.45 petang, 14 Februari lal...

'Baju ini tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang, tapi hampeh' - Vida kecewa, telekung bling-bling tak bantu raih kemenangan

Usahawan Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, mengakui dia kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan apabila muzik video lagu Ku Ikhlaskan tidak berjaya memenangi kategori Muzik Video Tergempak di malam Anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA2022), Ahad lalu.  Apatah lagi, busana rekaan Behati yang dipakainya pada malam itu sempena tribute kepada lagu tersebut, juga tidak membantu.  "Kalah! Nak balik dah lah. Merajuk bawa diri sebab tak menang.  "Baju ini tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang, tapi hampeh (gagal).  View this post on Instagram A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida) "Ini adalah telekung yang besar selalu kita pakai. Tapi kali ini pereka jadikan ia laebih bling-bling (menyerlah). Cik B pula bawa watak badut seperti baju yang saya kenakan dalam MV itu.  "Baju ini inspirasi sempena ramadan yang bakal tiba," katanya memetik laporan dari Gempak.com....

Aksesori telefon yang pelik ini membolehkan pasangan bercumbu dari jarak beribu-ribu batu

Remote Kiss, aksesori telefon yang pelik dikatakan sedang laris di pasaran China kerana ia membolehkan pengguna mencium pasangannya walaupun jaraknya beribu-ribu batu.  Diiklan sebagai cara untuk membolehkan pasangan jarak jauh mengalami keintiman fizikal, Remote Kiss bergantung pada sensor tekanan dan silikon lembut untuk mencipta semula ciuman penggunanya di mana-mana sahaja, selagi penerimanya juga mempunyai aksesori tersebut serta sambungan internet.  Menurut beberapa sumber, alat pelik itu juga boleh mengesan dan meniru suhu bibir pengguna, termasuk bunyi cumbuan seseorang.  Aksesori itu dikatakan telah berada di platform dagangan online negara itu, Taobao, sejak sekian lama dan baru-baru ini ia menjadi tular selepas orang ramai berkongsi gambar produk itu di media sosial.  Remote Kiss hanya berfungsi apabila kabelnya disambungkan pada port pengecasan telefon.  Pencipta Remote Kiss, Jiang Zhongli, yang merupakan graduan Institut Teknologi M...

Lelaki habiskan masa selama 7 jam dalam toilet untuk 'Me Time' - Kajian

Satu kajian mendedahkan, rata-rata lelaki di United Kingdom (UK) menghabiskan masa berada di dalam tandas selama tujuh jam untuk mencari ketenangan.  Penyelidik, Pebble Grey, yang berpangkalan di UK telah menjalankan kajian terhadap 1,000 lelaki bagi mengetahui mengapa mereka banyak menghabiskan masa di bilik air.  Hasil kajian mendapati, satu pertiga lelaki di UK menghabiskan selama tujuh jam setahun di dalam tandas dengan alasan untuk mendapatkan ketenangan dan tempoh masa rehat yang singkat. Selain itu, ada responden lain memberi alasan kerana mahu menghindari anak. 45 peratusan berpendapat mereka mudah memperolehi ketenangan, kedamaian apabila berada di dalam tandas. Manakala 23 peratus pula menyifatkan bilik mandi sebagai tempat yang selamat.  "Bilik mandi menjadi tempat yang sempurna untuk masa itu, ia adalah tempat perlindungan di mana kita boleh memisahkan diri kita daripada dunia luar walaupun hanya sementara," kata salah seorang responden.  25 ...

'Saya minta ubat paling bagus untuk rawat luka Bella' - Siti Bainun nafi sembunyikan kecederaan Bella

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali pada Isnin mengaku telah meminta 'ubat' paling bagus di farmasi untuk merawat kecederaan lecur pada tangan remaja perempuan sindrom Down di bawah jagaannya yang dikenali sebagai Bella. Siti Bainun, 31, berkata, dia bertanyakan mengenai ubat itu kepada seorang ahli farmasi melalui perbualan aplikasi WhatsApp dan memaklumkan kepada individu tersebut mengenai tangan Bella yang melecur teruk. Siti Bainun berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Shakira Aliana Alias pada perbicaraan bela diri wanita itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini. Bagaimanapun, Siti Bainun tidak bersetuju dengan cadangan Shakira Aliana bahawa Bella hanya dirawat di rumah dan dia ke farmasi kerana mahu menyembunyikan luka remaja perempuan itu. Shakira Aliana: Kamu tahu Bella luka teruk dan perlu dibawa ke klinik, tetapi kamu tidak buat kerana kamu takut ...

'Saya minta Cuepacs bersabar sekejap, rakyat susah perlu dibantu' - Isu naik gaji penjawat awam, PMX minta Cuepacs bersabar

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, sebelum ini meluah rasa kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyentuh mengenai kenaikkan gaji penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2023.  Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menambah, Belanjawan 2023 dilihat tidak mampu menangani masalah tekanan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.  Anwar bagaimanapun meminta Cuepcas bersabar dan memahami bahawa keadaan ekonomi semasa dan hutang negara menjadi penghalang untuk kerajaan membincangkan isu kenaikan gaji penjawat awam.  "Saya setuju dengan Cuepacs pada prinsipnya bahawa gaji penjawat awam perlu dinaikkan untuk menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup.  "Tapi apa masalah kita? Hutang negara RM1.5 trilion, defisit negara 56 peratus. (Jika) kita tambah gaji, defisit jadi 65 peratus.  "Nanti tiada orang nak datang melabur lagi kepada kita. Pelabur luar negara tidak akan ya...

'Padam sajalah, agama bukan bahan lawak' - Netizen dakwa Fikry Ibrahim buat jenaka mempersendakan agama

Seperti menjadi trend terkini, bahan jenaka atau lawak dijadikan modal untuk menarik perhatian pengikut-pengikut selebriti dan pemengaruh di media sosial. Namun begitu, dalam lawak jenaka ada perkara yang perlu dititikberatkan, apatah lagi melibatkan isu sensitif seperti senstiviti kaum dan juga agama. Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dikritik netizen apabila memuat naik satu video yang berlatarbelakangkan suasana Khutbah Jumaat di beberapa buah negara.  Sebelumnya, dia telah memuat naik layar hijau suasana khutbah di negara seperti Bangladesh dan India. Dan Fikry menunjukkan dia seolah-olah bersama jemaah yang lain menyertai solat Jummat di sana.  Hasil semakan juga mendapati kandungan video yang dimuat naik menyerupai dengan kandungan video yang dibuat oleh pemengaruh TikTok Indonesia, Sandy Arnof. @sandy_arnof Membalas @mentari_philiang ni saat sholat jumat di korea# #comedy #fypdongggggggg #viraltiktok #fypシ #sholat ♬ nhạc nền - Đ...

'Kau rembat duit kedai berbelas kali pun aku senyap sebab...' - Majikan kesal, staff pijak kepala

Gambar Hiasan Sebagai majikan, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan pekerja sentiasa menjalankan tugas dan tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada syarikat. Tetapi, di sebalik kebaikan majikan juga ada pekerja yang tidak berhati perut mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri, mengular, membawa kenalan atau ahli keluarga melepak di tempat kerja.  Dalam satu hantaran yang tular di media sosial Selasa lalu, seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap pekerjanya yang boleh dikatakan tidak menghargai kebaikan majikannya.  Berdasarkan perkongsian pengadu, semuanya bermula dengan tindakan pekerja berkenaan yang bertanya mengenai bayaran komisyennya.  "Trigger sungguh aku malam ni. Ini bekas staff aku, kerja malas, kejap-kejap cuti sakit, cuti kecemasan dan datang kerja pun boleh dikatakan seminggum confirm tiga hari lambat. Perfomance kelaut, rembat duit kedai dah berbelas kali.  "Dah teruk...

'Hairan, kenapa masih ada yang kata DBKL ambil tindakan bermusim' - Admin FB DBKL tegas pihaknya konsisten banteras peniaga warga asing

Isu kebanjiran peniaga asing yang berniaga secara haram di bandar besar Kuala Lumpur bukan lagi isu baru dan ianya telah berlaku sejak dari dulu.  Walaupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  tidak jemu membanteras dan mengambil tindakan undang-undang, golongan peniaga asing ini tetap kembali berniaga dengan alasan mereka perlu bekerja untuk menyara kehidupan.  Tidak dinafikan DBKL sering dicemuh dan dituduh tidak tegas dalam mengambil tindakan terhadap peniaga asing ini, sedangkan pihaknya melaksanakan penguatkuasaan secara konsisten dan bukannya seperti apa yang dituduh oleh netizen yang hanya pandai menunding jari.  "Tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja warga asing khususnya di sekitar Pasar Harian Selayang bukanlah perkara yang asing bagi DBKL. "Terkadang Min (pengendali Facebook DBKL ) pun hairan, kenapa masih ada pihak yang mengatakan bahawa DBKL mengambil tindakan secara bermusim.  "Jika diteliti posting-posting yang Min k...

'Suaminya tenggelam tak timbul-tibum' - Bapa dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan anak

Kegembiraan empat sekeluarga mandi-manda di Lubuk Tapeng, Air Putih dekat Chukai bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai. Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi, mangsa Mohd Mirwan Mohd Remli, 40, yang bekerja sebagai buruh kilang dipercayai hilang ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata menurut laporan, mangsa bersama isteri serta dua anak lelaki mereka yang tinggal di Kampung Ibok dekat Kijal tiba di lokasi kejadian kira-kira 9.30 pagi tadi. Bagaimanapun ketika asyik mandi, salah seorang anak lelaki mangsa dibawa arus ke tengah sungai menyebabkan mangsa yang sedang memancing bergegas turun untuk menyelamatkannya. "Anak mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok berhampiran. “Namun pengadu yang juga isteri mangsa panik apabila melihat suaminya tenggelam... tidak timbul-timb...

'Ini rumah ke, tempat penyimpanan sampah?' - Penghuni lain dah buat report, tapi tiada tindakan langsung

Foto @Aidilsundae Tular di media sosial gambar depan sebuah rumah pangsapuri dipenuhi dengan barang dan sampah sarap dipercayai dikumpul oleh pemilik unit berkenaan.  Sikap tidak bertanggungjawab pemilik unit berkenaan di Flat Taman Medan, Petaling Jaya, telah menyebabkan laluan penghuni terhalang sepenuhnya.  Aku tak tahulah ni rumah ke,tempat penyimpanan sampah. Ni dekat sebelah rumah kakak aku. Disbbkan byk sgt barang dia kumpul sampai susah nak jalan. Kau kena pusing satu round floor tu utk pergi lift dekat area rumah dia. Dah lah lift lagi satu rosak. Menyusahkan orang betul. pic.twitter.com/WcGklOjEnQ — AIDILSUNDAE (@Aidilsundae) February 25, 2023 "Aku tak tahulah ini rumah ke, tempat penyimpanan sampah. Ini dekat sebelah rumah kakak aku.  "Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan. Kau kena pusing satu round floor itu untuk pergi lift dekat area rumah dia.  "Sudahlah lift lagi satu rosak, menyusahkan orang betu...

'Tindakan polis menyerbu, menahan & buat ujian saringan boleh menyebabkan pelajar & keluarga trauma' - NGO

Tindakan polis menyerbu dan menahan dua pelajar Tingkatan Lima yang menghina pembuat kerja Sejarah peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dalam video tular baru-baru ini, dianggap terlalu keras.  Pengarah Lawyers for Liberty (NGO), Zaid Malek berkata, serbuan, penahanan dan ujian saringan dadah yang dilakukan itu juga boleh mendatangkan trauma melampau kepada mereka dan keluarga.  "Ini semua kerana satu video di mana mereka meluahkan kekecewaan terhadap kertas Sejarah SPM.  Bagi Zaid, polis tidak wajar campur tangan dalam isu tersebut dan pihak sekolah yang sepatutnya menangani masalah itu dengan ibu bapa pelajar.  "Mereka hanyalah remaja yang bersikap kebudak-budakan dan mereka sudah meminta maaf atas video itu. Namun mereka dilayan seperti penjenayah berat," katanya.  Terdahulu, pelajar berkenaan meluahkan rasa bengangnya terhadap pembuat kertas dua ujian Sejarah yang mengandungi soalan mengenai Singapura. Bagi pelajar itu, tiada keperluannya un...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...

Kanak-kanak Korea Utara berdepan hukuman penjara 5 tahun jika didapati menonton filem Hollywood

Pihak berkuasa Korea Utara mengumumkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana rakyatnya yang didapati menonton filem dan program TV daripada sumber luar. Kanak-kanak dan ibu bapa mereka berdepan dengan hukuman penjara sekiranya didapati menonton filem blockbuster Hollywood. Ini berikutan wujudnya permintaan besar untuk mendapatkan bahan hiburan dari media barat di negara itu. Undang-undang di Korea Utara menetapkan, individu yang didapati menjual video seludup boleh dikenakan hukuman mati. Sebelum ini, perbuatan itu hanya sekadar diberi amaran keras. Tetapi Radio Free Asia melaporkan, undang-undang telah diperketatkan dan tiada lagi kelonggaran untuk ibu bapa yang anak-anak mereka terdedah kepada budaya barat.  Kanak-kanak yang ditangkap kerana menonton filem terbaru Marvel boleh dihukum penjara selama lima tahun di kem penjara, manakala ibu bapa mereka berdepan dengan hukuman penjara selama enam bulan.  Bercakap, menari atau menyanyi 'seperti orang Korea ...

'Kalau nampak/terjumpa, tolong bawa terus ke balai' - Kanak-kanak perempuan 12 tahun dipercayai lari dari bersama seorang lelaki

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai lari dari rumah mengikuti seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Mazwin Mohd Nasir, 45, berkata, dia terdahulu dimaklumkan oleh bekas adik ipar yang mengatakan anak perempuannya, Ellyzia Shahira Mohd Nawawi, telah keluar dari rumah kira-kira jam 2.30 petang, pada 22 Februari lalu.  Sehingga ke hari ini, kanak-kanak berkenaan masih belum pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Charok, Baling, Kedah.  Menurut Mazwin, kali terakhir dia berhubung dengan anak perempuan itu melalui aplikasi WhatsApp pada jam 2.45 petang, 22 Februari di mana Ellyzia Shahira memaklumkan dia berada di rumah kawan perempuan, tanpa memberitahu lokasi sebenar dan nama kawannya itu.  Selain itu, mereka turut menerima maklumat yang mengatakan Ellyzia Shahira dilihat berada di sekitar Kupang, membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki.  Ahli keluarganya juga sudah cuba menghubungi Ellyzia, namun telefonnya tid...

Lelaki terkejut pelacur yang dilanggannya di hotel, rupa-rupanya adalah isterinya sendiri

Sepasang suami isteri di China baru-baru ini mendapati mereka curang antara satu sama lain dalam cara, masa dan tempat yang paling tidak dijangka.  Lelaki berasal dari Xi An itu dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya di negeri lain, menyewa sebuah hotel berhampiran stesen keretapi kerana hari sudah lewat malam dan dia enggan menyusahkan keluarganya.  Ketika lelaki itu itu sedang bersiap sedia untuk tidur, dia menyedari ada sekeping nota diselitkan di bawah pintu.  Setelah diamati, nota tersebut merupakan 'iklan' untuk melanggan pelacur yang turut disertakan dengan gambar seksi dan nombor telefon. Tergoda dengan gambar itu, dia menghubungi nombor berkenaan. Tidak beberapa lama kemudian, pelacur itu sampai ke depan pintu biliknya.  Lelaki itu tidak sabar membuka pintu dan bergegas kembali ke katilnya sambil menunggu untuk dilayan. Wanita itu masuk dan menanggalkan kot serta topengnya. Tetapi selepas melihat wajah lelaki itu, dia segera memakai kotnya s...

2 calon SPM hina pembuat kertas exam Sejarah & Singapura ditahan polis

Seorang guru wanita b erusia 53 tahun membuat laporan polis berhubung tindakan dua remaja lelaki berusia 18 tahun melemparkan kata-kata kesat terhadap pembuat kerja soalan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menghina Singapura, yang tular sejak semalam. Baca: 'Saya minta maaf, saya hanya bergurau dengan rakan-rakan' - Pelajar tampil mohon maaf & tiada niat menghina Singapura Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan dua remaja berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua remaja terbabit telah ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Selangor di kediaman mereka.  Polis turut merampas sebuah telefon pintar jenis iPhone 11 yang dipercayai digunakan untuk merakam dan menularkan video tersebut.  Ujian saringan air kencing m...