Skip to main content

'Saya tolak kalau tahu sumbangan yang diberikan itu sumber dari kegiatan haram' - Zahid Hamidi



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sebagai seorang yang beragama Islam beliau akan menolak sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) sekiranya mengetahui sumbernya daripada aktiviti haram.


Ahmad Zahid, 69, yang menyentuh mengenai sumbangan diterima daripada seorang penderma dari Sarawak menerusi seorang ahli perniagaan, Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain berkata sumbangan berjumlah RM10 juta yang diterima menerusi 10 cek itu adalah sah.


“Penderma datang dari Sarawak dan Wong adalah rakan kongsi kepada penderma itu dan beliau (penderma) tidak berada di Malaysia. Oleh kerana penderma tidak berada di negara ini, jadi beliau menyerahkan sumbangan melalui Wong.


“Maka, saya mempunyai pendirian bahawa wang itu bukan wang yang datang daripada aktiviti haram atau mana-mana sumber haram yang diberikan oleh Wong.


"Sebagai orang Islam, kalau saya mengetahui sumbernya haram, pasti saya menolak sumbangan sebegitu, itu pegangan saya,” katanya.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh ketika membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.


Pada prosiding sebelum ini, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Christ Sheldon Merun memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid meminta sumbangan RM10 juta daripada Wong yang merupakan Pengarah Syarikat Chia Bee Enterprise Sdn Bhd semasa majlis makan malam pada 2015, yang sumbangan tersebut untuk orang miskin dan individu yang memerlukan.


Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Amirudin Nordin Wong dalam keterangan sebelum ini pula berkata Wong tidak berjaya dikesan untuk dipanggil memberi keterangan di mahkamah dan hasil siasatan dengan Jabatan Imigresen mendapati dia berada di luar negara, hanya pernyataan saksinya dikemukakan di mahkamah.


Menyentuh mengenai sumbangan RM7.5 juta yang diterima daripada Yayasan Al-Bukhary, Ahmad Zahid berkata walaupun sumbangan tersebut diterima daripada rakannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-­Bukhary berupa wang tunai, ia bukan untuk kegunaan peribadinya.


Beliau berkata wang tersebut adalah sumbangan politik atau amal jariah yang diakadkan dalam bai’ah, maka wang tersebut tidak dimasukkan dalam akaun peribadinya.


“Wang tunai itu tidak boleh masuk dalam akaun Yayasan Akalbudi secara tunai. Omar Ali Abdullah sebagai pengurup wang yang menukarkan wang tersebut (RM7.5 juta) kepada cek dan masuk ke akaun Tetuan Lewis & Co iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi.


“Penukaran wang itu kepada cek adalah inisiatif Omar Ali sendiri bukan atas arahan saya,” katanya.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.


Sumber: Bernama

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...