Curi motor majikan sebab berang gaji lebih RM5,000 tak dibayar, tukang buat rumah dipenjara 12 bulan
Mahkamah Majistret Ayer Keroh menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang tukang rumah warga Pakistan mencuri motosikal majikannya kerana berang gajinya tidak dibayar, semalam. Tertuduh, Umar Farook, 22, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan itu dalam sebelum Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 16 Julai lalu. Mengikut pertuduhan, Umar dengan niat mencuri motosikal jenis Honda FS 150 bernilai RM8,000 milik Mohd Zamri Sahari, 34, pada jam 5.30 petang 30 Mei lalu di tapak projek Jalan Bukit Duyong. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda jika disabitkan bersalah. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sherina Farhana Nor Sa'ari yang memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar dikenakan hukuman rin...