Skip to main content

'Papa jahat' dibunuh 3 anak perempuan yang tak tahan didera secara seksual & dipaksa gali kubur sendiri



Seorang bapa yang dibunuh oleh tiga anak perempuan berusia remaja, didakwa telah mendera mereka secara seksual untuk membuat pornografi dan dipaksa menggali kubur mereka sendiri.


Mikhail Khactaturyan, 57, ditikam sehingga mati di Moscow dengan pisau memburu miliknya sendiri pada 2018 oleh tiga remaja terbabit yang kini berdepan dengan pertuduhan membunuih. 


Ketiga-tiga beradik itu kini berdepan dengan hukuman penjara dan mahkamah Rusia akan membuat keputusan sama ada, Krestina, Angelina dan Maria Khachaturyan akan dibebaskan dalam kes yang telah lama berjalan itu. 


Ketika kejadian itu berlaku, ketiga-tiga mereka berusia 17, 18 dan 19 tahun, mengaku telah membunuh bapa mereka dan mendakwa mereka menjadi mangsa dera termasuk pukul dan rogol semasa di bawah jagaaan Mikhail. 


Peguam Mari Davtyan berkata, Mikhail pernah menembak tiga beradik itu menggunakan pistol yang tidak boleh membunuh sebagai gertakan agar mereka takut dengannya. 


"Mereka tidak ragu-ragu yang dia (Mikhail) akan melepaskan tembakan kerana dia pernah melakukannya sebelum ini. Dia menembak anak-anaknya sendiri untuk keseronokan. Dia memeriksa pistolnya dengan menembak kaki anak perempuannya.


"Hanya untuk gurauan. Dia menghalau mereka keluar untuk menggali kubur sendiri di dalam hutan. Mereka benar-benar percaya bahawa ini (ancaman untuk membunuh mereka) adalah benar. 


Bukti baru menunjukkan, Mikhail telah membuat dan mengedarkan video lucah yang melibatkan anak perempuannya. Tetapi, peguam yang mewakili Mikhail, Olga Khalikova, mempertikaikan dakwaan penderaan seks dan pronografi. 


"Tiada kesan biologi yang mengesahkan berlaku penderaan seksual kanak-kanak. Tugas penyiasatan ini adlah untuk membuktikan Mikhail yang menghantar video ini, tetapi ia tidak dilakukan," katanya. 


Tiga beradik berkenaan bersedia untuk berhujah di mahkamah dan menegaskan tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan diri, di mana Krestina dan Angelina didakwa atas pertuduhan membunuh, manakala Maria pula dirawat di hospital psikiatri selepas disahkan mengalami masalah mental buat sementara waktu. 


Peguam Davtyan berkata, pemeriksaan mengesahkan Mikhail menzalimi anak-anak perempuannya. Pakar mendapati, setiap mangsa mengalami sindrom penderaan dan gangguan tekanan selepas trauma semenjak 2014. 


"Laporan mendapati Mikhail telah memanipulasikan anak-anaknya dengan ancaman, keganasan, penghinaan, memukul, mengejek mereka, selain penderaan fizikal dan seksual". 


Malangnya, ahli keluarga lain menuduh tiga beradik itu berbohong mengenai penderaan seksual dan mendakwa mereka membunuh Mikhail untuk mendapatkan wang. 


Sumber: Daily Star

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...