Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

Mahkamah bebaskan Da'i Syed dari pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii & cabul

Pendakwah Selebriti, Da'i Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, dibebaskan dari dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.  Keputusan itu dibuat selepas Hakim Jamaludin Mat membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan itu.  "Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepaskan dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan RM25,000) dikembalikan," katanya.  Syed pada Disember 2020 dituduh melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, antara jam 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.  Bagaimanapun, Syed mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut yang...

'Papa jahat' dibunuh 3 anak perempuan yang tak tahan didera secara seksual & dipaksa gali kubur sendiri

Seorang bapa yang dibunuh oleh tiga anak perempuan berusia remaja, didakwa telah mendera mereka secara seksual untuk membuat pornografi dan dipaksa menggali kubur mereka sendiri. Mikhail Khactaturyan, 57, ditikam sehingga mati di Moscow dengan pisau memburu miliknya sendiri pada 2018 oleh tiga remaja terbabit yang kini berdepan dengan pertuduhan membunuih.  Ketiga-tiga beradik itu kini berdepan dengan hukuman penjara dan mahkamah Rusia akan membuat keputusan sama ada, Krestina, Angelina dan Maria Khachaturyan akan dibebaskan dalam kes yang telah lama berjalan itu.  Ketika kejadian itu berlaku, ketiga-tiga mereka berusia 17, 18 dan 19 tahun, mengaku telah membunuh bapa mereka dan mendakwa mereka menjadi mangsa dera termasuk pukul dan rogol semasa di bawah jagaaan Mikhail.  Peguam Mari Davtyan berkata, Mikhail pernah menembak tiga beradik itu menggunakan pistol yang tidak boleh membunuh sebagai gertakan agar mereka takut dengannya.  "Mereka tidak ragu-ragu...

Suami penggal kepala isteri guna pisau dapur kerana syak mangsa curang

Seorang suami yang cemburu mengaku telah memenggal kepala isterinya menggunakan pisau dapur, kemudian menunggang motosikal dengan membawa kepala mangsa yang disumbat dalam guni.  Phuong Ratha, 28, berpindah ke bilik sewa di Phnom Penh, Kemboja, bersama isterinya, Ly Srey Nouch, 23, bersama anak lelaki mereka berusia setahun. Phuong mengesyaki isterinya berjumpa dengan lelaki lain.  Suspek dituduh menyerang dan mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur sehingga terputus semasa pertengkaran yang berlaku pada Jumaat lalu, 27 Mei 2022.  Phuong dilaporkan menyumbat kepala mangsa dalam gunia dan menunggang motosikal sebelum membuang kepala mangsa yang masih berdarah di tanah terbiar berhampiran.  Jiran pasangan itu, Phan Sreyphet, 48, yang kebetulan datang ke rumah, terkejut apabila ternampak mayat mangsa tanpa kepala di lantai. Turut kelihatan pisau digunakan suspek yang masih terdapat helaian rambut mangsa.  Polis segera melancarkan gerakan memburu ...

Syak suami curang, isteri paksa 5 pekerjanya rogol wanita yang dipercayai kekasih suaminya

Seorang wanita ditahan polis kerana menjadi dalang dalam rancangan merogol wanita yang disyaki menjalinkan hubungan dengan suaminya, di Hyderabad, India.  Suspek yang dinamakan polis sebagai Gayatri, terdahulu mengesyaki suaminya, Srikanth, menjalinkan hubungan dengan mangsa yang menumpang di rumah mereka di Koloni Sriramnagar, Kondapur, India, ketika Gayatri berada dalam keadaan tidak sihat. Selepas beberapa bulan kemudian, Gayatri yakin bahawa suaminya dengan mangsa adalah pasangan kekasih, lalu merancang untuk membalas dendam dengan memaksa lima pekerjanya terlibat dalam serangan seksual itu.  Sumber polis berkata, Gayatri mengumpan mangsa masuk ke bilik di mana lima suspek lelaki sedang menunggunya.  Gayatri merakam keseluruhan kejadian itu dan mengancam akan menyebarkan video itu di media sosial sekiranya mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis.  Mangsa yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu dibawa keluarganya ke hospital swasta untu...

'Game Roblox bahaya, galak hubungan bebas & adult content bersepah!' - Ibu bapa luah rasa bimbang, tapi benarkan Roblox begitu?

Golongan kanak-kanak kini dilihat gemar bermain Roblox yang mempunyai pelbagai jenis permainan di dalamnya. Roblox merupakan satu platform dalam talian yang membolehkan penggunanya membentuk atau bermain pelbagai jenis permainan yang dibuat oleh pengguna lain.  Persoalan yang sentiasa diajukan oleh ibu bapa, "Adakah Roblox selamat untuk anak-anak?".  Pada dasarnya, permainan Roblox adalah selamat untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas. Walau bagaimanapun, ibu bapa tetap digalakkan mengawal dan memantau anak masing-masing.  Tetapi dalam 'ketenangan' itu, pasti ada yang memerhati dan mencari mangsanya terutamanya golongan pedofilia yang sanggup menyamar bagi mendekati mangsa.  Seperti yang dikongsi oleh Mohd Fhais Salim baru-baru ini mendakwa permainan Roblox adalah berbahaya dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Malah permainan itu memberi impak negatif kepada otak dan seterusnya memberi kesan berpanjangan sekiranya tidak dibendung dari awal.  "...

Wanita bakar rumah janda anak dua yang disyaki merampas suaminya

Polis Pattaya sedang giat mengesan wanita yang didakwa membakar sebuah rumah milik janda anak dua yang juga dipercayai kekasih gelap suaminya, di Daerah Bang Lamung, Thailand. Parichat Yongpanya, 33, berkata, pada waktu kejadian, 27 Mei 2022, dia sedang tidur bersama dua anak perempuannya sebelum terdengar bunyi bising dan ternampak seorang wanita membawa botol minyak di luar rumahnya.  Wanita itu berulang kali memanggil nama suaminya. Walaupun lelaki yang dipanggilnya itu tiada di dalam rumah Parichat, wanita terbabit menuang minyak ke rumah mangsa lalu membakarnya tanpa ragu-ragu sebelum melarikan diri. Parichat dan anak-anaknya berjaya keluar dari rumah untuk meminta bantuan. Tetapi pihak bomba yang datang ke lokasi tidak berjaya menyelamatkan rumah kayu itu. Parichat berkata, wanita itu sering datang ke kawasan rumahnya dan mengesyaki dia adalah kekasih gelap suaminya. Parichat mengakui dia hanya sekadar berkawan dengan lelaki berkenaan yang kerap datang melawatnya d...

'Nak suruh Grab pecat saya? Pecat je la, tak kisah' - Pemandu GrabCar didakwa buat gangguan seksual terhadap penumpang wanita

Foto Suspek Gangguan Seksual | Michi Hasrat menggunakan perkhidmatan e-hailing ke destinasi dengan tenang tanpa gangguan tidak kesampaian apabila penumpang wanita ini diganggu secara seksual oleh pemandu Grab yang tidak bertanggungjawab.  Mangsa yang hanya dikenali sebagai Michi berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu dan pemandu bernama Leu menegur cara pemakaiannya. Michi kemudian mengatakan dia berasa kurang selesa dengan tindakannya membuatkan Leu terus memberhentikan kenderaan dan enggan meneruskan pemanduan. Melihat mangsa enggan keluar dari kenderaan, Leu memandu secara melulu. Bimbang akan keselamatan diri, Michi segera membuka pintu di tengah jalan untuk menghalangnya dari meneruskan pemanduan dan keluar dari kenderaan itu.  "Ketika saya keluar dari kenderaan itu saya menjerit 'Saya akan pastikan awak dipecat Grab'. Dia membalas, 'Pecat sajalah, saya tak kisah, saya pemandu teksi'. "Saya kemudian berjalan ke stesen minyak ...

Instafamous Cik Lala anjur majlis hari raya + pondan menari separuh bogel, ditahan polis

Seorang instafamous ditahan polis kerana menganjur Majlis Hari Raya yang dicemari dengan pondan menari separuh bogel dan pembakaran bunga api yang mengganggu ketenteraman awam di Central Walk I-City, baru-baru ini.  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari Badan Pengurusan Bersama I-Soho I-City berhubung insiden itu dan bertindak di atas laporan, pihaknya telah menahan suspek.  "Penganjur (suspek) yang dikenali dengan nama Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya, Jumaat lalu.  "Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri. Penganjur telah ditangkap semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut.  "Polis juga sedang dalam tindakan untuk menjalankan beberapa lagi tangkapan, sebarang perkem...

Penat menjaga bayi di waktu malam, ibu muda yang masih bersekolah tertidur dalam kelas

Tiga hari lalu, seorang pengguna TikTok, Leaarissaa, memuat naik video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan tidur di dalam kelas kerana penat menjaga bayinya berusia tiga bulan di sebelah malam.  "When you become a mother too early," tulisnya pada kapsyen video tersebut.  Ibu muda berusia 17 tahun itu mengakui, ramai menunjukkan reaksi terkejut apabila dia memberitahu umurnya sebenar kerana ada yang menyangka dia berusia 21 atau 22 tahun disebabkan wajahnya yang kelihatan matang.  @leaarissaa when you become a mother too early 🤭 #fypã‚· #mamamuda ♬ Chạy ngay Ä‘i _ SÆ¡n Tùng MTP - dhn Menurut si ibu yang berasal dari Sarawak itu berkata, dia mendirikan rumah tangga ketika masih di Tingkatan 4.  Video tersebut telah ditonton lebih dari 1.4 juta kali dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendoakan hubungan pasangan itu dipermudahkan, tidak kurang juga yang mengecam tanpa mengetahui cerita sebenar.  "Ada orang paksa kau kahwin awa...

Golongan ibu bapa B40 rayu kerajaan beri subsidi tambang bas sekolah, untuk ringankan beban

Foto hiasan sahaja Golongan ibu bapa B40 merayu pihak kerajaan memberi subsidi tambang bas sekolah bagi meringankan beban perbelanjaan mereka, susulan persatuan bas sekolah mahu menaikan tambang antara RM15 hingga RM25 sebulan bagi setiap penumpang.  Jururawat, Fatihah Abu Bakar, 35, berkata, kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara serentak ternyata sangat membebankan dan dia mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan subsidi tambang kepada pelajar dari golongan B40.  Dengan adanya bantuan itu, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga B40 ke bawah terutamanya keluarga yang mempunyai lebih anak dari seorang yang perlu menggunakan perkhidmatan itu.  Media sebelum ini melaporkan Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mahu menaikan tambang bagi menampung kos penyelenggaraan dan alat ganti yang mengalami kenaikan harga.  Majoriti ibu bapa mengakui buntu dan tidak mempunyai pilihan lain, serta terpaksa akur dengan ke...

Siti Nur Athhiya Soffea ditemui lemas, 1.5 km dari lokasi dilaporkan hilang

Siti Nur Athhiya Soffea Muhammad Sukri yang dilaporkan hilang ketika majlis jamuan hari raya yang dianjurkan keluarganya pada malam Jumaat lalu, ditemui lemas, pagi Ahad, 29 Mei 2022.  Pegawai Perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa ditemui terapung oleh anggota bomba pada jam 11.35 pagi, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan berpakaian lengkap, baju kurung berwarna merah. Menurut laporan sebelum ini, mangsa dikatakan hilang ketika keluarganya masih melayani tetamu di malam majlis jamuan hari raya di kediaman mereka (rumah rakit) di Bukit Rangin. Kali terakhir mangsa dilihat oleh bapanya adalah pada jam 11.15 malam.  Difahamkan, Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.  Muhammad Sukri kemudian bertanya mengenai anaknya k...

'Saya ada lebih 40 tahun pengalaman' - Meskipun koyak, Tajuddin tegaskan dirinya layak jadi Duta

Tajuddin | Foto MCI Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menegaskan dirinya layak menggalas tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana beliau mempunyai pengalaman dalam sektor korporat dan politik.  Tajuddin menyifatkan orang ramai yang mengkritik perlantikannya itu adalah kerana tidak mengetahui latar belakangnya yang merupakan ahli perniagaan dan ahli politik sejak berusia 25 tahun.  "Mereka kata saya tiada kualiti (sebagai duta) sedangkan mereka tidak tahu pun latar belakang saya. Saya masuk dunia perniagaan ketika berusia 25 tahun, begitu juga politik. Saya ada lebih 40 tahun pengalaman untuk dua bidang itu.  "Dalam politik, saya menjadi wakil rakyat ketika berusia 56 tahun iaitu pada tahun 2004 sebagai ADUN. Umur yang saya kira cukup matang untuk seorang pemimpin sebelum tiga penggal lagi sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2008," katanya.  Bagi Tajuddin, perlantikannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia bukan pe...

Tengah syok memukat ikan, terjumpa mayat lelaki diikat & disumbat dalam guni

Foto Harian Metro Mayat seorang lelaki dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, manakala kepalanya sehingga pinggang diserkup dengan guni, ditemui terapung di Sungai Semeling, Kampung Sungai Batu Besi, semalam.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk G Suresh Kumar berkata, mayat lelaki terbabit ditemui hanya berbaju T merah tanpa berseluar dan jari telunjuk serta jari manis tangan kiri memakai cincin perak.  Mayat mangsa ditemui oleh dua lelaki yang sedang memukat ikan di kawasan berhampiran pada jam 9.30 pagi sebelum terhidu bau busuk. Mereka kemudian ternampak mayat mangsa dalam keadaan terapung dan terlentang dihanyutkan arus berada di sebelah bot.  Pemeriksaan pihak polis mendapati, mayat sudah mengelupas kulit dan kaki serta dua tangannya diikat menggunakan tali biru. Polis percaya mangsa telah dibunuh dan meninggal dunia sejak tiga hari lalu.  "Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dimasuk...

Budak perempuan 3 tahun hilang semasa jamuan hari raya keluarganya

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam Jumaat. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada jam 11.15 malam. Siti Nur Athhiyya Soffea yang merupakan anak tunggal memakai baju kurung berwarna merah di majlis itu. "Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Wan Mohd Zahari berkata, usaha mencari Siti Nur Athhiyya Soffea giat dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dengan siasatan dijalankan mengikut semua kemungkinan. Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail...

'Saya tak pecat Zuraida, dia masih lagi menteri kabinet' - PM

Foto The Star Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan. Ismail Sabri berkata, Zuraida boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet akan diputuskan selepas mereka bertemu kelak, bagi membolehkan beliau mendapat pencerahan mengenainya. "Saya tak pecat, dia masih menteri Kabinet sehingga mesyuarat (Kabinet) Rabu ini," katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo pada Sabtu, di akhir lawatan kerja rasminya ke Jepun. Pada 26 Mei (Khamis) ketika Ismail Sabri berada di Jepun untuk lawatan kerja rasminya, media di Malaysia melaporkan Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta meninggalkan parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Zuraida juga dilap...

2 pembantu kesihatan terima rasuah RM15,000 bagi urusan kerja pengurusan jenazah, ditahan SPRM

Foto Harian Metro Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah Mahkamah Majistret Shah Alam untuk menahan dua pembantu kesihatan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15,000 setiap seorang bagi urusan berkaitan kerja pengurusan jenazah.  Majistret Nur Faizah Abdul Sani, membenarkan dua suspek lelaki berusia 40 dan 42 tahun itu direman sehingga 31 Mei, selepas SPRM membuat permohonan di mahkamah hari ini.  Terdahulu, dua suspek terbabit hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor pada jam 4.45 petang sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah. Difahamkan, kedua-dua suspek itu berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor dan dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu, sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.  ...

Tambang bas sekolah akan dinaikan minggu depan sebab kos selanggara & alat ganti meningkat mendadak

Sekadar hiasan | Foto Says.com Berita tidak baik untuk golongan ibu bapa, tambang bas sekolah dijangka akan dinaikan bermula minggu depan atau Julai. Pengumuman berita seperti ini sudah tentu akan merunsingkan ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka.  Menurut laporan, kenaikan itu berlaku disebabkan kenaikan kos penyelenggaraan dan alat ganti kenderaan antara 50 hingga 80 peratus.  Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Mohd Haron Mohd. Sidik berkata, kenaikan itu terpaksa ditanggung lebih dari 6,000 pengusaha bas sekolah di tiga kawasan itu.  Walau bagaimanapun, kenaikan itu masih belum diputuskan kerana perkara tersebut masih dalam perbincangan dalam kalangan ahli dan pengguna.  Selain kenaikan tambang, persatuan itu juga sedang mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran tambahan bagi penghantaran pelajar ke sekolah yang terlibat dengan kelas tuisyen, kokuri...

Pengasuh cakar pipi & pukul bayi berusia 11 bulan didakwa di mahkamah

Foto Harian Metro Seorang pengasuh Taska didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, minggu lalu.  Tertuduh, Nabilah Md Johan, 27, berasal dari Kampung Tedong Merlimau mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.  Mengikut pertuduhan, Nabilah didapati menganiaya mangsa berusia 11 bulan dengan mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa menggunakan tangannya semasa bertugas di Taska Ummi Ana, No  43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas pada 18 Mei 2022, jam 5.30 petang.  Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.  Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh menggang...

'Orang dah ramai, tapi dia keluar pergi breakfast time kerja' - Wanita dedah punca sebenar kaunter kerajaan hanya satu dibuka, manakala yang lain kosong

Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita, Emma Harshaw, di media sosial mengenai kaunter kerajaan kerap kali mengalami kesesakan biarpun banyak kaunter yang disediakan tetapi tidak dibuka untuk mempercepatkan lagi urusan orang awam.  Menurut Emma, hal itu berlaku disebabkan kakitangan yang ditugaskan terutamanya kakitangan dari Gred 19 (B40) tidak memberi komitmen penuh dan selalu mencuri masa untuk melakukan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja rasmi.  Berikut perkongsiannya:  B40 gred 19 kerja kerajaan dan perangai di tempat kerja. Masuk office jam 9 pagi. Punch dulu dan selepas itu keluar beli breakfast. Balik ke office jam 9.30 pagi. Kantoi dengan bos M40 gred 41 sebab kaunter tiada orang. Orang tunggu dah ramai, bagi jawapan 'hantar anak/baby ke pengasuh'.  Tapi makan dulu sambil bersembang sesama B40, kutuk bos M40 budak baru tak reti buat kerja, tak faham environment kerja dan lain-lain. Selesai semua, baru jaga kaunter.  Lunch jam...

Beri gelaran ikon permotoran anak muda kepada Tiktokers, Ketua Armada Bersatu dikecam teruk oleh netizen

"Sesuka hati dia je lantik 'mat rempit Tiktok' jadi ikon permotoran anak muda," demikian reaksi netizen berhubung perkongsian Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayshal yang tiba-tiba memberi gelaran ikon permotoran anak muda kepada seorang pengguna TikTok.  Rabu, 25 Mei 2022, Wan Ahmad Fayhsal menerima kunjungan dari Haqiem Stopa, 22, yang dikatakan terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda. Beliau juga meluahkan rasa kagum dengan semangat dan keikhlasan Haqiem yang mahu menggunakan popularitinya sebagai platform untuk menyatupadukan golongan belia.  "Saya benar-benar berasa kagum dengan semangat dan keikhlasan saudara Haqiem yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia di negara ini. "Haqiem yang terkenal menerusi platform TikTok sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk kita terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat," kata...

Nak ikut kakak, bayi maut dilanggar bas sekolah di hadapan rumah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam. Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa dipercayai dilanggar ketika mengekori kakaknya yang keluar dari rumah untuk menaiki bas itu, dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari tadi. “Kakak mangsa tidak menyedari yang adiknya itu mengekorinya yang ingin menaiki bas… apabila bas bergerak mangsa didapati berada di bawah bas berkenaan," katanya. Mangsa telah dibawa keluar dari bawah bas oleh kakaknya dan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian di badan,” katanya dalam kenyataan ringkas, malam ini. Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak di Sepang dan disahkan meninggal dunia. “Mangsa telah di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya menambah kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengang...

'Saya takut dia dirampas lelaki lain' - Bocah 15 tahun nekad kahwin awal dengan teman wanitanya

Tular di media sosial Indonesia pernikahan kanak-kanak di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan, di mana dalam video tersebut, kedua-dua mempelai mengenakan baju pengantin khas kaum Bugis. Difahamkan pernikahan pengantin lelaki berusia, MF, berusia 15 tahun dengan pasangannya, NSS, berusia 16 tahun itu berlangsung pada 22 Mei lalu dan kedua-duanya masih bersekolah.  MF menjelaskan, dia sudah mempunyai perancangan untuk bekerja bagi memberi nafkah kepada isterinya iaitu bekerja di sawah dan beberapa lagi pekerjaan sampingan lain yang boleh menambah pendapatannya.  Isterinya pula mengaku tidak akan melanjutkan persekolahan jika sudah tamat sekolah menengah dan hanya akan memberi fokus pada rumah tangga dengan suami.  MF mengaku dia mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda kerana tidak mahu kekasihnya direbut orang di kemudian hari.  "Saya memang nak kahwin sebab takut ditinggalkan, jangan sampai dia (isteri) dirampas orang," katanya.  Pasangan it...

Zuraida lompat keluar dari Bersatu, sertai Parti Bangsa Malaysia

Foto The Star Ahli Parlimen Ampang dilaporkan telah keluar dari Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Meskipun melompat keluar dari parti itu, Zuraida menegaskan dia akan tetap terus menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Zuraida, keputusan melompat keluar dari Bersatu itu dibuat selepas dia berfikir dan membuat pertimbangan secara mendalam. Selain itu, dia turut tertarik dengan enam prinsip teras PBM.  "Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya, iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebah negara maju," katanya. Berhubung jawatan yang disandangnya, Zuraida memaklumkan dia akan bertemu dengan Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.  "S...

Pengsan selepas cabut pisau di dada, ibu parah ditikam anak ketika tidur

Seorang wanita berusia 41 tahun parah ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya dalam kejadian di Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, malam tadi.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, SAC Mohd Nor Yazhid Idris berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.30 petang Rabu dari seorang doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.  Doktor berkenaan memaklumkan pihak hospital menerima seorang pesakit yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada akibat ditikam dengan pisau.  Siasatan awal mendapati, mangsa dan keluarganya sedang tidur di rumah termasuk suspek berusia 14 tahun di dalam bilik yang sama.  Mangsa tiba-tiba terasa sakit di bahagian dada dan ternampak sebilah pisau tertusuk di dadanya, lalu memanggil suaminya yang tidur di bahagian ruang tamu. Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas menarik keluar pisau itu sendiri.  Wanita itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh un...

'Alasan tambang mahal tak masuk akal, jangan paksa saya gantung lesen syarikat e-hailing' - Menteri Pengangkutan

Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj tersebut telah diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang telah dipersetujui. "Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penambahbaikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di Putrajaya hari ini. Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa men...

'Belum pakai tudung, tapi Allah dah jemput saya tiga kali (ke Tanah Suci)' - Ifa Raziah

Beberapa hari lalu, pelakon Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 46, mengeluarkan kenyataan berhubung penjagaan aurat yang mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang menganggap dirinya riak dan jahil.  Saripah dalam kenyataannya berkata, dia sudah tiga kali dijemput Allah pergi ke Tanah Suci, tetapi masih belum menutup aurat dengan sempurna. Malah katanya, menutup aurat tidak bermakna seseorang itu sudah beriman dengan Allah SWT.  "Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat. berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.  "Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.  "Kalau aurat jaga, tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok m...