Skip to main content

'Isteri mengandung tak boleh puasa, saya temankan je' - Suami upload video isteri makan di restoran dikecam netizen



Tular di media sosial video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang menunjukkan isterinya makan secara terbuka di sebuah restoran makanan segera ketika bulan puasa. 


Bagiamanapun lelaki itu menjelaskan dia hanya sekadar menemani isterinya yang tidak mampu berpuasa disebabkan dirinya yang sedang hamil. 


"Jam baru pukul 4 petang, dia da lapar. Hmm, terpaksalah saya menuruti (kehendaknya). Orang mengandung kan, tak boleh berpuasa. Abang temankan je ye!" tulisnya dalam video tersebut. 


Walaupun begitu, tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan biar apa pun alasan yang diberi, sebagai suami dan orang Islam, dia sepatutnya membawa isterinya makan di tempat tertutup bagi menghormati orang lain yang sedang berpuasa. 


"Kalau tak puasa pun bang, bawalah isteri makan di rumah. Bukan siap buat video masuk TikTok. Lagi pun, bimbang ada yang akan memandang dan berlakunya salah faham. Sekali gus memalukan orang Islam," kata netizen. 


"Saya dulu masa sarat mengandung pun, elok jer berpuasa sampai bersalin. Kalau ye pun mengandung, apa tak boleh ke makan di rumah? Bangga tayang isteri tak puasa di media sosial?" kata Pupil. 


"Aku dulu pregnant, puasa dan boleh masak lagi juadah berbuka. Memang badan orang lain-lain, tetapi kau tu pregnant, bukannya berpenyakit," kata Cactus. 


"Dah tau pregnant, tak payahlah pergi shopping berjalan beria-ria. Ini salah sendiri walaupun boleh berbuka. Rehat sajalah di rumah," kata Mous. 


"Semua benda nak rakam, pastu upload tunjuk kat netizen. Tak boleh si suami simpan video itu sendiri? Tak ada kepentingan kot. Kalau nak buat kenangan, rakan dan simpan sendirian berhad sudah," kata Rise. 


"Lapar perhatian. Bila kena kecam, menggelupur. Whatever alasan sebab tidak boleh berpuasa pun, jangan tunjuk kebengongan secara umum. Beli makanan dan makan dalam kereta, tak boleh ke? Otak celah ketiak," kata Wani.


Sumber: Kosmo, Forum.

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...