Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

'Bodohlah kau gemok, bisinglah gemok! Tahulah aku, bab* kau ni!' - Suami maki & aniaya isteri sebab hal remeh

Hasrat seorang wanita berbuka puasa dengan keluarganya di luar ditemani suami dan anak tidak kesampaian di mana si suami bertindak menganiaya isterinya kerana berang disuruh segera menyiapkan diri.  Mangsa yang dikenali sebagai Rose berkata, pada pagi hari kejadian sebelum keluar bekerja dia telah memaklumkan kepada suami yang bapanya mengajak mereka berbuka puasa bersama di luar. Si suami hanya sekadar menjawab, 'Okay'.  "Hari ini ayah saya ajak berbuka kat luar. Jadi mak minta tolong saya booking tempat. Itu tiada masalah, apa yang bermasalah adalah sikap suami. Pagi-pagi saya dah beritahu yang petang ini ayah ajak berbuka di luar dan dia kata 'ok' je.  "Selepas itu di belah petang, suami balik dari kerja pukul 3 petang. Saya pula masih bekerja dan balik pukul 5 petang. Saya call suami dan kata, jangan lupa program petang ini dan kalau boleh jangan tidur. Kalau dia dah tidur, memang susah nak bangunkan dia. Dia cakap, "Tahulah!". Saya diam...

'Kita tak boleh sekat (video Aliff Syukri), sebab nanti kena saman' - Menteri K-KOMM

Biarpun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan Aliff Syukri untuk hadir memberi keterangan berhubung video muzik raya kontroversinya itu, ada netizen yang masih tidak berpuas hati dan menggesa pihak berkuasa jangan membuang masa dan serta-merta menyekat video itu.  Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Annuar Musa, menjelaskan tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana pihaknya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.  Tindakan menyekat terus video tersebut hanya akan menyebabkan pihak kerajaan disaman oleh individu berkenaan.  "Kita tidak boleh sekat sebab nanti orang saman kita. Kalau nak sekat, kena (buat) berdasarkan undang-undang. Kementerian dan menteri tak boleh sekat, yang boleh sekat (adalah) mahkamah.  "Kalau boleh sekat, macam-macam saya dah sekat. Tapi kita ada akta, maknanya kalau langgar undang-undang, baru boleh ambil tindakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Rabu, 27 April 202...

'Gi bank pakai buruk-buruk tukar duit raya RM2 juta jer'

Sikap segelintir individu menunjuk kekayaan diri di media sosial sudah menjadi trend. Namun tanpa sedar, trend itu mengundang pelbagai risiko kepada keselamatan diri dan keluarga, serta mungkin ada penjenayah yang sedang memerhati.  Enam hari yang lalu seorang wanita yang juga pengasas produk susu memuat naik video dirinya menukar duit raya berjumlah RM2 juta di bank, mengundang perhatian netizen.  Kapsyen wanita berkenaan yang dikenali sebagai Cikna, mengatakan dirinya hanya memakai 'pakaian buruk' ketika berurusan di bank tersebut dan bersyukur masih diberi layanan yang baik. "Gi tukar duit raya kat bank pakai buruk-buruk je. Nasib baik orang bank layan. Tak tukar banyak pun, tukar dua juta je. Mesti FYP (masuk feed video popular) kan kalau ada duit. Hahaha," tulisnya.  @farhanazahra91 Fyp ke tak ni, cikna tunjuk duit DUA JUTO katooo haha ayat nya ekora 🤣🤣🤣 ♬ ANGKAT TANGANMU BESTIE - Omokucrut Bagaimanapun, ada netizen yang mempertikaikan kebe...

'ASP TikTok' masih dibenarkan bertugas seperti biasa

Walaupun sedang disiasat oleh Jabatan Integriti dan  Pematuhan Standard (JIPS) gara-gara membuat siaran langsung melalui aplikasi TikTok semasa melakukan operasi/pemeriksaan di sebuah pusat hiburan baru-baru ini, pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan terbabit masih dibenarkan bertugas seperti biasa.  Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya akan melakukan siasatan adil terhadap pegawai itu dan dalam masa yang sama dia dibenarkan bertugas seperti biasa.  "Siasatan kita perlu adil. Berkenaan pegawai polis yang membuat TikTok (live) semasa operasi, pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard sedang menjalankan siasatan. Kita perlu satu siasatan yang adil. Adakah keperluan untuk dia viralkan semasa operasi itu perlu?  "Mengikutkan maklumat operasi, tidak perlulah (bertindak demikian). JIPS akan menyiasat secara dalaman. Apa pun, semua peraturan yang ada sudah dikeluarkan, perlulah dipatuhi," katanya.  Ditany...

Kerap diasak wang RM4,000 oleh ibu mentua, punca lelaki tetak 4 ahli keluarganya sendiri

Foto Berita Harian Mahkamah Sesyen Kota Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terahdap pemandu lori yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencederakan empat ahli keluarganya dalam kejadian 14 April lalu.  Tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah di selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norsiah Ujang yang kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan serta semua hukuman dijalankan secara serentak bermula dari tarikh tangkapan 20 April 2022.  Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencederakan ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57, isterinya, Norwahida Rosli, 33, Norwadiha Rosli (adik ipar perempuan), 32, dan Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman (adik ipar lelaki), 16, dengan menggunakan parang panjang di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil pada jam 7.45 malam, 14 April 2022.  Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) d...

Pekerja yang pilih BDR wajar diberi gaji kecil, termasuk elaun dipotong - MEF

Mana-mana pekerja yang memilih untuk bekerja dari rumah (BDR / WFH) adalah wajar diberi gaji lebih kecil, termasuk memotong elaun-elaun yang berkaitan, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).  Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, ada pekerja yang bersetuju dengan cadangan itu kerana konsep bekerja dari rumah banyak menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.  "Sebenarnya ada pelbagai pendapat mengenai sama ada wajar BDR itu dibayar lebih kecil, tetapi banyak syarikat kata kalau ada pengurangan, ia tidak harus banyak iaitu antara 10 hingga 12 peratus.  "Ini dilakukan sebab faktor tertentu di mana kalau kita lihat ada sesetengah syarikat memberikan elaun pergi dan baliuk bekerja.  "Maknanya, elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja memilih bekerja dari rumah. Ada pekerja memilih gaji kurang apabila dibanding dengan ulang alik tempat kerja di mana kos boleh dikurangkan, itu antara faktor diambil jika mereka boleh turu...

'(Anak) speech delay kenapa? Sebab main phone, padan muka' - Cikgu sekolahkan ibu bapa kerap beri handphone kepada anak

Tular di media sosial video luahan seorang guru wanita berhubung kanak-kanak yang dihantar ke tadika masih belum mahir menguruskan dirinya dan menuding jari pada ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam mendidik perkara asas kepada anak masing-masing.  Cikgu Ayu terdahulu mengulas mengenai satu kes di mana permohonan kemasukan seorang kanak-kanak ke sebuah tadika tidak diterima hanya kerana terkencing dalam seluar. Menurutnya, tindakan pihak tadika tidak wajar di mana mereka sepatutnya melakukan pemerhatian selama dua minggu, bukannya terus menolak permohonan kemasukan kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun dalam kejadian itu, bukan guru berkenaan yang harus dipersalahkan, tetapi ibu bapa yang tidak mengajar anaknya berusia 4 tahun itu yang sepatutnya sudah pandai menguruskan diri sendiri.  "I tak salahkan cikgu tu, I salahkan parent tu. Empat tahun beb, empat tahun ke enam tahun sepatutnya anak korang dah boleh uruskan diri sendiri. Parents, korang dah ada anak dua t...

Tak puas hati anak ditampar, bapa cekik & hempas rakan anaknya sampai berdarah kepala

Seorang murid Tahun Tiga mengalami kecederaan selepas dipukul bapa kepada rakannya, dalam kejadian yang berlaku di luar pagar sebuah sekolah di Chendering, Kuala Terengganu.  Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 petang Ahad, berpunca daripada peselisihan faham di antara mangsa dengan rakannya.  Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa bermain dengan rakan sekelasnya di luar pagar sekolah. Mangsa dikatakan telah menampar rakannya itu.  Rakannya kemudian mengadu kepada bapanya yang dia telah ditampar oleh mangsa. Lelaki itu kemudian datang lalu mencekik dan mengangkat mangsa sebelum dihempas ke bawah yang menyebabkan kepala mangsa terkena batu dan mengalami luka kecil.  Pihak sekolah kemudian segera menghubungi bapa mangsa untuk memaklumkan kejadian itu. Mangsa kemudian diambil oleh bapanya dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah...

SKMM panggil Aliff Syukri & semua yang terlibat dalam video raya kontroversi untuk siasatan

Usahawan Aliff Syukri Kamarzaman, 36, yang menerbitkan video muzik raya kontroversi telah diarahkan memadamkan video tersebut dari semua platform media sosial.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, mengatakan video tersebut tidak bersesuaian untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal.  "Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada JAKIM untuk dibawa ke pihak berkuasa," katanya.  Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga mengambil maklum mengenai video kontroversi itu dan telah mengenal pasti individu-individu yang terbabit dalam video tersebut serta akan dipanggil untuk siasatan.  Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Annuar Musa berkata, mereka yang terlibat akan diberi notis hadir ke ibu pejabat SKM M di Cyberjaya hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.  Annuar juga mengesahkan pihaknya banyak menerima ...

'Wah! First time 1,400 orang tengok aku live weh!' - Pegawai polis wanita buat live TikTok semasa operasi akan dikenakan tindakan tegas

Foto pegawai terbabit dari video tular Tular di media sosial, video seorang pegawai polis wanita membuat siaran langsung melalui aplikasi TikTok semasa melakukan operasi, mengundang kritikan orang ramai.  Dalam video itu, pegawai wanita yang dipercayai berpangkat Asisten Superintendan, menjelaskan tentang sebahagian skop tugasnya seperti melakukan serbuan dan pemeriksaan.  Pegawai itu juga menyatakan rasa terkejut dengan siaran secara langsung di TikTok itu ditonton lebih dari 1,200 pengguna. Menurut pengadu yang dikenali sebagai Tsgxy berkata, semasa dia bertugas sebagai anggota polis, mana-mana anggota yang merakam gambar atau video akan dikenakan tindakan tegas.  "So kalau berpaku (pangkat) memang boleh ea buat live masa tengah operasi? Tak tahu pulak. Masa aku kerja dulu, anggota post gambar tengah bertugas dikenakan tindakan keras.  "Mungkin zaman sudah berubah, aku pun tak tahu arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial m...

Menteri Agama minta Aliff Syukri padam video muzik raya kontroversi dari semua platform media sosial

Video muzik raya kontroversi terbitan usahawan Aliff Syukri Kamarzaman mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang meminta dia memadamkan video tersebut di semua platform media sosial.  Idris juga mahu bertemu dengan Aliff Syukri untuk berbincang mengenai perkara itu sekiranya diberi peluang untuk bertemu dengan usahawan kontroversi berkenaan, susulan gesaan orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Aliff Syukri yang dikatakan menerbitkan video yang menghina bulan Ramadan dan mempromosikan budaya LGBT.  "Pastinya ia (video tersebut) kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan.  "Saya menasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini dikeluarkan (dipadamkan) daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ditetapkan ha...

Warga emas lakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing sampai mati, didakwa di mahkamah

Padah melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing minggu lalu, seorang warga emas berusia 63 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. Foto tertuduh | Utusan Malaysia Tertuduh, Janting anak Keling, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.  Mengikut pertuduhan, Janting dikatakan melakukan persetubuhan terlarang itu dengan seekor kucing sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati dalam kejadian yang berlaku di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, jam 4.30 pagi, 16 April 2022.  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.  Timbalan Pendakwa Raya S Thivijya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Dan sekiranya mahkamah mahu menawarkan jaminan, pihak pendakwaan memohon nilai RM15,000 dikenakan terhadap Janting dengan seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri ke b...

'Kita dah layan cukup baik, apa lagi mereka nak?' - Menteri KDN kaji pemberian Kad UNHCR kepada pelarian Rohingya

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat kajian secara terprinci pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan pelarian Rohingya tidak terus masuk ke negara ini dengan bebas.  Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kajian itu perlu bagi mengenalpasti mengapa pelarian berkenaan mudah mendapatkan kad UNHCR di negara ini.  "Kita tidak boleh memberi ruang supaya mereka ini dapat kad dengan mudahnya. Orang asing datang masuk negara kita tanpa dokumen, selepas itu terus nak pergi mendapatkan kad UNHCR.  "Ini sesuatu yang tida betul dan kita bukan membuka negara kita ini untuk pendaftaran UNHCR dan sebab itu saya ambil satu sikap yang tegas bahawa kad itu bukan bermakna mereka boleh tinggal dalam negara kita sampai bila-bila," katanya.  Dalam pada itu juga, Hamzah menegaskan depot tahanan yang menempatkan pelarian bukanlah penjara, tetapi satu penempatan sementara yang selesa kepada pelarian....

'Usir mereka, bukannya sediakan peluang pekerjaan untuk etnik Rohingya' - MCCF

Foto The Sun Daily Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) beberapa hari lalu mengeluarkan kenyataan akan mengkaji secara mendalam untuk mewujudkan peluang pekerjaan buat etnik Rohingya yang berada di negara ini atas faktor keselamatan.  Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kajian itu dibuat bagi mengelakkanlebih ramai pelarian Rohingya datang ke Malaysia.  M. Saravanan berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian ratusan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap baru-baru ini.  Bagaimanapun, cadangan dua kementerian itu dibantah oleh Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) kerana langkah itu tidak sesuai dilaksanakan dan hanya akan membebankan kerajaan.  Pengerusi MCCF, Datuk Seri Halim Ishak berkata, KSM dan KDN sepatutnya memikirkan pelan pengusiran etnik Rohingya yang semakin melambak di negera ini, bukannya membuang masa dengan menyediakan pel...

'Kepala pecah, otak terburai' - 3 remaja maut, 1 parah, ibu nafi anaknya terbabit dalam aktiviti rempit

Tiga remaja dilaporkan maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan yang melibatkan tiga motosikal dalam kejadian malam tadi di Jalan Delima, Taman Kota Masai.  Ketua polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam dan motosikal kesemua mangsa dipercayai sahabat baik, bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan kemalangan.  Akibat dari kemalangan itu, tiga mangsa tercampak di atas jalan raya dan terlanggar batu di bahagian bahu kiri jalan, manakala seorang lagi mangsa jatuh di bahu kanan jalan. Salah seorang mangsa ditemui dalam keadaan kepalanya pecah dan otak terburai. Kesemua mangsa yang maut adalah remaja berusia 15 hingga 16 tahun, manakala mangsa parah berusia 17 tahun. Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  IBU NAFI ANAK TERJEBAK DENGAN AKTIVITI MAT REMPIT Sementara itu, Lily Nor Ilyana Abdulla...

'Isteri mengandung tak boleh puasa, saya temankan je' - Suami upload video isteri makan di restoran dikecam netizen

Tular di media sosial video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang menunjukkan isterinya makan secara terbuka di sebuah restoran makanan segera ketika bulan puasa.  Bagiamanapun lelaki itu menjelaskan dia hanya sekadar menemani isterinya yang tidak mampu berpuasa disebabkan dirinya yang sedang hamil.  "Jam baru pukul 4 petang, dia da lapar. Hmm, terpaksalah saya menuruti (kehendaknya). Orang mengandung kan, tak boleh berpuasa. Abang temankan je ye!" tulisnya dalam video tersebut.  Walaupun begitu, tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan biar apa pun alasan yang diberi, sebagai suami dan orang Islam, dia sepatutnya membawa isterinya makan di tempat tertutup bagi menghormati orang lain yang sedang berpuasa.  "Kalau tak puasa pun bang, bawalah isteri makan di rumah. Bukan siap buat video masuk TikTok. Lagi pun, bimbang ada yang akan memandang dan berlakunya salah faham. Sekali gus memalukan orang Islam," kata netizen.  ...

Pekerja Burger King viralkan video CCTV 3 wanita tak berpuasa akan dikenakan tindakan tegas

Beberapa hari lalu, seorang pekerja restoran makanan segera, Burger King, memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tiga wanita yang didakwanya tidak berpuasa.  Tindakan pekerja terbabit mengundang kecaman netizen kerana menyalahgunakan kedudukan dirinya merakam dan menularkan video CCTV yang tidak sepatutnya disebarkan kepada umum, selain mengaibkan pelanggannya.  Baca: 'Aku tunggu Burger King pecat staff dia yang sebar video ni demi content di TikTok' - Netizen Burger King Malaysia juga tampil mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan kejadian itu berlaku di salah satu cawangan restorannya.  Menurut kenyataan itu, Burger kini kesal dengan tindakan kakitangan berkenaan dan tidak sama sekali membenarkan mana-mana kakitangannya berbuat demikian. Burger juga memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit. "Dengan rasa kesal, kami mengesahkan bahawa perkongsian tersebu dibuat oleh seorang pekerja Burg...

Gerai Mee Tonggek dibenarkan beroperasi semula, pemilik pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap pengadu

Foto MyMakanTV "Kepada pelanggan-pelanggan kami, Mee Tonggek, boleh datang semula ke tapak Bazar Ramadan Putrajaya untuk support Mee Tonggek Udang Galah dan Sotong double XL," demikian kata pengusaha gerai Mee Tonggek yang dibenarkan beroperasi semula. Terdahulu, gerai Mee Tonggek diberi notis amaran dan ditutup sementara susulan aduan seorang pengguna TikTok yang mendakwa menemui ulat dalam menu Mee Tonggek Sotong Double XL.  Bagaimanapun, pemilik gerai berkenaan yang dikenali sebagai Mahathir berkata, dia dibenarkan berniaga semula setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. "Saya mendapat kelulusan dari KKM untuk beroperasi semula di tapak Bazar Ramadan Putrajaya kerana siasatan semua sudah selesai. Kami juga telah menunjukkan kepada pegawai KKM bagaimana proses perniagaan kami dari segi proses, masakan di tapak bazar. "Jadi, jualan yang kami sediakan di sini semuanya di masak di tapak bazar. Kami tidak masak di kedai, ...

Budak 3 tahun maut & ususnya didapati pecah disyaki didera ibu & bapa tirinya

Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mati dalam kejadian di rumah mereka di daerah Kubang Pasu.  Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat dari Hospital Jitra yang memaklumkan kematian mangsa pada jam 7.30 petang semalam.  Susulan itu, pihaknya menahan ibu mangsa berusia 26 tahun dan bapa tirinya berusia 22 tahun untuk direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hasil laporan bedah siasat mendapati, usus mangsa pecah dan terdapat beberapa kesan pukulan dan kecederaan di bahagian belakang dan hadapan badan mangsa.  Difahamkan, ibu mangsa tidak bekerja, manakala suaminya bekerja sebagai peniaga air. Pasangan berkenaan baru sahaja mendirikan rumah tangga empat bulan lalu. Suspek wanita dikatakan mempunyai dua lagi anak berusia empat dan enam tahun. Mangsa yang maut merupakan anak bongsunya.  Pemeriks...

Kubah RM500K: 'Biar langau mencari taik, kita terus cari madu dari debunga' - Ustaz tampil nafi dakwaan bazir wang sumbangan

"Syukran Jazilan! Dengan viral pasal kubah tu oleh Azhar Ismail dan Miqdad Zakaria, Alhamdulillah lagi ramai orang menderma. Ada yang datang sendiri tengok dan berwakaf. Kita sangat bersyukur, kita teruskan membantu. Tak rugi pun, ia akan kekal menjadi rumah Allah, bukan rumah saya," demikian tulis seorang pendakwah agama di Facebooknya baru-baru ini..  Ustaz Abdullah Khairi berkata demikian ketika mengulas mengenai isu permohonan sumbangan dari orang ramai (di Facebook) bagi projek pembinaan kubah surau yang memerlukan dana RM500,000. Terdahulu, seorang individu bernama Azhar Ismail, menasihatkan pendakwah terbabit tidak melakukan pembaziran menggunakan wang sumbangan dari orang awam. Akaun Facebook Azhar bagaimanapun telah disekat dari berinteraksi dengan pendakwah itu dan Azhar percaya perkara tersebut berlaku disebabkan Ustaz Abdullah Khairi tidak menyenangi tegurannya serta menggelar dia sebagai geng munafik..  Walaupun ramai yang membuat tuduhan dan spekula...