'Pensyarah ni sangat garang, tapi hujung sem dialah yang tolong student kasi lulus' - Ex Student UiTM
Hari ini media sosial digemparkan dengan video tular yang membabitkan seorang pensyarah wanita di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) gara-gara mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar terhadap salah seorang pelajar lelaki dan golongan B40.
Pihak UiTM juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pensyarah kontrak berkenaan.
Dalam perkembangan terkini, ada sumber yang mendakwa kejadian dalam video tular itu sebenarnya sudah lama berlaku dan pelajar terbabit telah tamat pengajian serta mempunyai kerjaya yang bagus.
"Budak yang tak ada laptop itu pun dah kerja bagus dah. Hasil dari teguran pedas prof tersebut. Dan mereka sampai ke hari ini masih berhubung dan berkawan.
"Isu pun dah lapuk, dah lepas. Student pun dah bekerjaya. Tetapi netizen yang masih tak puas hati ini kenapa?" ujar Luth Hafidz.
"Ada kawan share info dalam WhatsApp group. Selepas prof bising dalam kelas, dia approach budak tu dan tanya apa bantuan yang budak itu perlukan. Dia tolong dapatkan bantuan zakat untuk budak itu. Dah grad dah pun," kata Sya Hanim Rahman.
"Pengalaman belajar di UiTM, lecture ini sangatlah garang dan cerewet. Tetapi hujung sem, dialah yang tolong student kasi lulus. Dia korek markah dekat mana-mana untuk luluskan student dia. Masa tu kau akan terharu sangat sebab kau ingat dia kerek, tetapi dia sangatlah baik," kata Fyka.
Sementara itu, Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, orang ramai jangan cepat melatah dan melemparkan kata-kata yang tidak wajar kepada pensyarah berkenaan kerana kata-katanya itu perlu diadili dengan sebaiknya.
"Saya tidak membenarkan perbuatan pensyarah itu dan pada masa sama tidak juga menafikan apa yang dikatakan oleh beliau kerana fakta berkenaan ada justifikasinya.
"Pada perkiraan saya, apa yang dikatakan pensyarah berkenaan ada benarnya, cuma mungkin agak keterlaluan ketika menyentuh golongan B40.
"Pada hari ini kita dapat melihat tidak mengira golongan mana, mereka mampu untuk memiliki gajet serta telefon pintar dengan harga beribu-ribu ringgit, namun untuk penyediaan pembelajaran tidak pula begitu.
"Masyarakat awam pada hari ini marah apabila membabitkan B40 yang amat sensitif, namun kita juga perlu melihat mesej di sebalik insiden ini. Saya amat berharap insiden ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dalam masa terdekat," katanya.
Sumber: FB Pecel Lele, Harian Metro