Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

Remaja bunuh kekasih berusia 42 tahun sebab tolak ajakan berasmara kali kedua

Seorang wanita yang dikenali sebagai Neng Enci, 42, ditemui tidak bernyawa di bilik sewanya di Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia pada jam 7 petang, Jumaat lalu, 18 Mac 2022.  Siasatan mendapati, mangsa mati dibunuh oleh teman lelakinya, seorang mahasiswa dikenali sebagai 'FN' berusia 19 tahun.  Lima hari selepas penemuan mayat mangsa, suspek berjaya ditahan polis di kediamannya. Suspek mengaku dia nekad membunuh mangsa yang menolak ajakannya untuk berasmara kali kedua.  Jurucakap polis, Dhany Aryanda berkata, pasangan itu terdahulu melakukan hubungan intim seperti suami isteri. Selesai pusingan pertama, suspek meminta pusingan kedua tetapi mangsa menolak permintaan teman lelakinya itu.  Berang permintaannya ditolak, tercetus pergaduhan di antara mereka yang menyebabkan Neng mati dibunuh.  Ketika kejadian itu berlaku, warga setempat terdengar suara jeritan mangsa dan terus datang ke bilik sewa itu dan mendapati mangsa sudah terbaring tidak b...

Miliki & tanam pokok ganja, Yasin Sulaiman didakwa di mahkamah hari ini

Penyanyi, Yasin Sulaiman, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10 pagi diiringi anggota polis, untuk didakwa atas pertuduhan memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara. Penyanyi berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.  24 Mac lalu, Yasin ditahan di kediamannya setelah serbuan pihak berkuasa menemui 17 pokok ganja dan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.   Siasatan awal polis mendapati, pokok ganja yang ditemui itu adalah untuk kegunaannya sendiri dan bukannya untuk dijual. Polis percaya Yasin membeli benih itu secara online.  Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.  View this post on Instagram A post shared by Bernama (@bernamaofficial) Sumber: Harian Metro, Bernama

Pengeluaran akhir RM10,000 KWSP, ramai ucap terima kasih kepada Najib

Foto The Wall Street Journal Ruang komen media sosial bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dibanjiri dengan komen-komen penghargaan dari netizen selepas Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengumumkan pencarum boleh membuat permohonan mengeluarkan simpanan mereka bermula esok, 1 April.  Selain Najib, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki juga turut menerima banyak komen-komen penghargaan dari netizen.  "Alhamdulillah. Saya bersyukur. Ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Najib, Datuk Ashraf Wajdi dan semua yang membantu membenarkan pengeluaran simpanan KWSP RM10,000. Semoga orang ramai menggunakannya secara berhemah," kata Hasmuni Md Yasin.  "Alhamdulillah, terima kasih. Perjalanan yang penuh dengan ejekan dan penghinaan diterima DSNR. RM10,000 mungkin kecil untuk sesetengah orang, tetapi ia amat bermakna untuk mereka yang benar-benar memerlukannya," kata Lilu Noryati Roslie.  "Salam Datuk Seri, terima kasih kerana men...

'You jangan tipu! You pegang pipi, tangan anak saya!' - Bapa lempang driver van sekolah cabul anaknya

Polis menahan seorang pemandu bas sekolah berusia 41 tahun kerana didakwa mencabul murid perempuan berusia 11 tahun pada jam 6.20 pagi, 28 Mac 2022. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata,  kejadian itu berlaku ketika mangsa dihantar ke sekolah dan ibu mangsa telah tampil membuat laporan.  Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di Seremban 2, semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.  Terdahulu, bapa mangsa, Amir Danau, memuat naik kronologi kejadian yang menimpa anak perempuannya, menerusi Facebook mengundang perhatian netizen.  Difahamkan, anaknya yang dikenali sebagai Neno mengadu dia telah diganggu secara seksual oleh suspek. Malah siap meminta mangsa menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.  "Isteri mengadu yang dia pelik anak perempuan kami ada meminta Abang...

'Pelajar itu sendiri tidak setuju video membabitkan pensyarahnya diviralkan'

Gambar hiasan sahaja Sejak malam tadi, tular di media sosial 'kertas siasatan' berhubung kejadian yang membabitkan pensyarah UiTM dikatakan telah memarahi pelajarnya dan memperlekeh golongan B40.  Berdasarkan dokumen siasatan tersebut, pelajar berkenaan dikenali sebagai Yusof, mempunyai tiga orang adik beradik. Seperti yang dinyatakan dalam video tular itu, bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Ibunya juga masih ada dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang.  Kakaknya pula baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan, manakala adiknya sedang menuntut di UiTM Rembau.  Difahamkan, kejadian itu berlaku pada kuliah minggu ke lapan, semester Oktober 2021 - Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction and Islamic Finance) yang diajar oleh pensyarah berkenaan.  "Pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus. ...

'Pensyarah ni sangat garang, tapi hujung sem dialah yang tolong student kasi lulus' - Ex Student UiTM

Hari ini media sosial digemparkan dengan video tular yang membabitkan seorang pensyarah wanita di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) gara-gara mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar terhadap salah seorang pelajar lelaki dan golongan B40.  Pihak UiTM juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap pensyarah kontrak berkenaan. Dalam perkembangan terkini, ada sumber yang mendakwa kejadian dalam video tular itu sebenarnya sudah lama berlaku dan pelajar terbabit telah tamat pengajian serta mempunyai kerjaya yang bagus.  "Budak yang tak ada laptop itu pun dah kerja bagus dah. Hasil dari teguran pedas prof tersebut. Dan mereka sampai ke hari ini masih berhubung dan berkawan.  "Isu pun dah lapuk, dah lepas. Student pun dah bekerjaya. Tetapi netizen yang masih tak puas hati ini kenapa?" ujar Luth Hafidz.  "Ada kawan share info dalam WhatsApp group. Selepas prof bising dalam kelas, dia approach bud...

'Memang stail dia begitu, tapi disebabkan pensyarah itu kami jadi kuat, tahan maki' - Bekas pelajar tampil kongsi pengalaman diajar prof viral

Foto Hiasan Tidak dinafikan ramai netizen meluahkan rasa kesal terhadap pensyarah wanita yang dikatakan menghina pelajar yang tidak mempunyai laptop menyertai kelas onlinenya dan golongan B40 yang dikatakan tidak mengutamakan pendidikan.  Namun, tampil beberapa individu lain yang mendakwa diri mereka adalah bekas pelajar pensyarah berkenaan, tampil memberi pandangan masing-masing berhubung insiden yang tidak diingini itu.  Huzairi Salgiman mengakui sememangnya pensyarah yang sedang hangat diperkatakan itu berperwatakan demikian ketika mengajar. Tetapi ketegasannya itu secara tidak langsung menyediakan dirinya berhadapan dengan alam pekerjaan yang lebih mencabar.  "Aku salah seorang bekas pelajar prof dan universiti tersebut. Sikap dan perwatakan Prof tersebut sewaktu mengajar memang begitu. Sangat tegas dan garang sehinggakan dengar sahaja bunyi tapak kasutnya, kami semua sudah menggelupur duduk diam dalam kelas. Tetapi di luar bilik darjah, InshAllah, ...

'Pelajar terbabit telah diberi laptop, pensyarah kontrak akan dikenakan tindakan' - Naib Canselor UiTM

Foto Malaysiakini Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor mnegesahkan pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah wanita yang didakwa menghina pelajar dari golongan B40 kerana tidak mempunyai komputar riba semasa menghadiri kelas secara online yang dilakukannya.  Menurut Roziah, wanita itu adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).  Siasatan awal pihaknya mendapati, insiden itu berlaku pada semester lalu dan video tersebut telah dirakam tanpa pengetahuan pensyarah berkenaan lalu, individu yang tidak diketahui identitinya menularkan video tersebut di Twitter.  "Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuat naik semalam. "Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan pera...

Pensyarah hina B40: 'Sudah hubungi UiTM untuk minta penjelasan' - Menteri

Foto Malay Mail Kementerian Pengajian Tinggi hari ini menuntut penjelasan dari pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung video tular di media sosial membabitkan pensyarahnya yang didakwa menghina pelajar dari golongan B40.  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ser Dr Noraini Ahmad berkata, beliau mengambil maklum mengenai isu dan video tersebut dan telah berhubung dengan pihak UiTM untuk mendapatkan penjelasan.  "Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya sudah berhubung dengan pihak UiTM untuk meminta penjelasan mereka," ciapnya di Twitter.  Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka. https://t.co/kty8bc762V — Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) March 30, 2022 Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor menjelaskan, pihak UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh pelajarnya. Kewujudan UiTM itu sendiri ada...

'Apps MySejahtera tak boleh terus digunakan secara berterusan, ceroboh privasi pergerakan' - Mohammad Hasan

Foto Utusan Malaysia Timbalan Presisden UMNO, Mohammad Hasan berpandangan aplikasi MySejahtera tidak boleh digunakan secara berterusan kerana akan membebankan rakyat, lebih-lebih lagi aplikasi itu menggunakan mekanisme pengawasan secara langsung.  Aplikasi MySejahtera pada awalnya dibangunkan untuk mengawasi dan mengekang penularan wabak Covid-19, tetapi apabila timbulnya laporan pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai syarikat yang akan menguruskan aplikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya menimbulkan kebimbangan banyak pihak.  "Rakyat tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme surveillance yang secara langsung menceroboh privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka.  "Tentukanlah tempoh masa sebelum semua ini boleh kita hentikan demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia seperti sebelum pandemik," katanya.  Tambahnya lagi, walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi penjelasan, tetapi rakyat berhak mengetahui rasional, m...

Lelaki Bangladesh didakwa rogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun

Foto Kosmo! Online Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, minggu lalu.  Tertuduh, Md Kalam Molla, 32, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.  Mengikut pertuduhan, buru binaan itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat, Kubang Kerian, jam 2 pagi, 20 Mac 2022.  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah.  Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebagai jaminan kerana bimbang tertuduh akan melarikan diri. Tertuduh pula memohon mahkamah memberikan jaminan untuk kesalahan itu.  Mahkamah menetapkan, tertu...

'Tindakan pensyarah itu tidak beretika!' - MPP UiTM Se-Malaysia

Susulan tular video yang membabitkan seorang pensyarah wanita bergelar Prof, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menyelar tindakan pensyarah berkenaan yang didakwa menghina pelajarnya.  Yang Dipertua MPP, Rasydan Mohd Hassan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan yang menurutnya di luar norma dan tidak beretika.  Baca: 'RM800 je beli komputer, apa masalah kau?' - Pensyarah bengang pelajar sertai kelas online guna handphone "Kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah di dalam video yang tular malam tadi merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.  "Sejarah UiTM ini juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.  "Kenyataan menghina dan memperlekehkan golongan B-40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.  "Saya mewakil...

'RM800 je beli komputer, apa masalah kau?' - Pensyarah bengang pelajar sertai kelas online guna handphone

Foto dari Video Viral Gara-gara tidak mempunyai komputer riba, seorang pelajar diherdik oleh pensyarah wanita di hadapan pelajar lain semasa kelas secara online sedang berlangsung.  Pensyarah berkenaan terdahulu bertanya kepada pelajarnya apakah dia menggunakan telefon bimbit untuk menyertai kelas tersebut dan mempersoalkan di mana komputer ribanya.  Selepas mendengar jawapan pelajar terbabit yang mengatakan dirinya tidak memiliki komputer, pensyarah itu terus menyoal beberapa soalan lain yang dianggap tidak wajar dipersoalkan kerana ia mengaibkan pelajarnya.  "Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer? Engkau tinggal kat mana? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa? Kau tak ada adik beradik?" soalnya.  Pelajar yang tidak diketahui identitinya itu kemudian menjawab dia berasal dari Seremban, bapanya tidak bekerja, ibunya sudah tiada.  Bagaikan tidak memahami kesukaran hidup pelajar itu, pensyarah berk...

Berang isteri dihina di pentas Oscar 2022, Will Smith lempang muka Chris Rock

Gara-gara mempersenda penampilan isteri Jada Pinkett Smith di Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, selebriti Chris Rock dilempang oleh Will Smith. Kejadian itu berlaku di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia).  Will dikatakan berang apabila Chris mempersendakan isterinya, Jada yang kini berpenampilan botak. Tindakan Will itu mengejutkan orang ramai. Selepas melempang Chris, Will kembali ke tempat duduknya dan sempat melemparkan kata-kata yang kurang sopan.  Chris sebelum itu ditugaskan untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Dokumentari Terbaik. Dia yang sangat sinonim dengan sikap humour membuat gurauan mengenai Will dan Jada.  Chris berkata, Jada yang kini botak berikutan masalah kesihatan lebih sesuai membintangi filem G.I Jane. Berang isterinya dihina dikhalayak ramai, Will melempang muka Chris.  Siaran dihentikan seketika dan kelihatan beberapa individu termasu...

'Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin' - Ustazah Nazirah

Foto Hiasan Tindakan seorang ustazah mengaitkan kanak-kanak yang menghidap autisme dan speech delay dengan gangguan jin, mengundang kecaman netizen di media sosial.  Ustazah Nazirah Abd Rahim melalui Facebooknya memuat naik kenyataan, "Anak autisme, speech delay ada kaitan dengan gangguan jin. "Jin mengganggu dan mendatang penyakit pada anak-anak ini kerana mereka lemah," tulisnya tanpa menyertakan sebarang penjelasan dan bukti kukuh.  Berdasarkan biodatanya, ustazah itu merupakan pengusaha tadika, pendakwah bebas dan perawat rawatan Islam serta mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Bagaimanapun kenyataannya itu disanggah oleh pakar psikiatri UIAM, Dr Rozanizam Zakaria.  "Posting ustazah ini sangat tidak tepat dan melanggar disiplin ilmu. Berbahaya bagi ibu bapa di luar sana yang salah faham, prejudis terhadap anak-anak autisme dan seluruh terapis yang bekerja siang malam membantu anak au...

Cuepacs gesa Putrajaya naikkan gaji penjawat awam RM1,800 untuk elak aktiviti rasuah

Foto Hiasan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Cuepacs) menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum RM1,800 untuk membendung gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.  Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, 16 Februari lalu pihaknya telah mengemukakan cadangan kenaikan gaji minimum RM1,200 ke RM1,800 kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).  Abdul Rahman berharap, memorandum yang dihantar itu dapat mengurangkan kegiatan rasuah yang boleh merugikan pendapatan negara. Dalam masa sama juga boleh menyelesaikan masalah gaji penjawat awam yang rendah.  Setakat ini, segelintir daripada 1.6 juta penjawat awam dilaporkan terjebak dengan kegiatan rasuah yang berpunca dari tekanan hidup. Antara kandungan dalam memorandum tersebut ialah, semakan semula gaji penjawat awam dengan kenaikan antara tujuh hingga 30 peratus.  Tambahnya lagi, pihaknya bimbang dengan amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan penjawat ...

'Buang MySejahteruk, aplikasi karut & menyemak space phone ' - Ustaz Abu Syafiq & Damian Mikhail

Seorang pendakwah bebas mengajak orang ramai membuang aplikasi MySejahtera yang dikatakan 'teruk' dan menyusahkan rakyat Malaysia.  Ustaz Abu Syafiq, melalui Instagramnya dua hari lalu berkata, aplikasi tersebut yang digunakan untuk memantau peningkatan kes Covid-19 tidak wajib digunakan kerana tiada dalam Akta mahupun Perlembagaan.  "Buang MySejahteruk. Jadikan bulan ramadhan tidak lama lagi sebagai bulan tanpa MySejahtera.  "Aplikasi tersebut tiada dalam Akta mahupun Perlembagaan Negara. Aplikasi karut, menyusahkan dan entah apa-apa. Say no to aplikasi MySejahtera," katanya.  View this post on Instagram A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) Seorang lagi selebriti tempatan, Damian Mikhail, turut menyuarakan pandangan yang sama melalui Instagramnya.  Menurut Damian, aplikasi MySejahtera bernilai RM70 juta itu tidak lagi berguna dan perlu dibuang bagi menjimatkan storan dalam telefon bi...

'Kenapa jual apps MySejahtera kepada syarikat swasta?' - soal Anwar & ini jawapan Menteri KKM...

Foto Wall Street Journal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan dari kerajaan yang membuat keputusan menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta berbanding membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  "Apa sebab-sebab MySJ Sdn Bhd menjadi satu-satunya syarikat yang ditimbang tara untuk projek ini? Apakah kerajaan Malaysia sering menganugerahkan individu-individu atau syarikat-syarikat yang menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk manfaat rakyat Malaysia dengan kontrak yang lumayan?  "Apakah skop dan kepakaran MySJ Sdn Bdh terkait pengoperasian MySejahtera dan bagaimana KKM boleh memastikan data-data yang dikumpul oleh aplikasi itu tidak akan disalahgunakan oleh pihak ketiga termasuk MySJ Sdn Bhd," katanya pada Sabtu lalu.  24 Mac lalu, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) telah mempersoalkan tindakan kerajaan menjual aplikasi MySejahtera kepada sebuah syar...

Remaja maut terjatuh dari permainan taman tema

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan maut dalam kemalangan tragis di taman tema selepas tergelincir dari tempat duduknya ketika menaiki permainan 'Free Fall' di Florida, jam 11 malam kelmarin.  Mangsa, Tyre Sampson, 14, dari Missouri, Amerika Syarikat, ketika itu sedang bercuti bersama keluarga rakannya dan berkunjung ke taman tema itu pada Khamis, 24 Mac 2022.  Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke Taman ICON Orlando, Florida selepas mendapat panggilan berhubung kejadian itu untuk memberi bantuan awal kepada mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.  Difahamkan, abah-abah keselamatan di tempat duduk Tyre tidak dipasang dengan betul sebelum permainan Free Fall itu dimulakan. Juga tidak diketahui sama ada pengendali permainan itu memeriksa abah-abah keselamatan semua pengunjung yang menaiki Free Fall.  Menurut sumber, beberapa saat sebelum permainan dimulakan, Tyre dan pengunjung lain dimaklumkan b...