Skip to main content

Pengantin caj RM1,000 untuk tetamu yang gagal hadir ke makan malam majlis perkahwinan


Penganjuran majlis perkahwinan boleh menelan kos ribuan ringgit dan begitu juga penyediaan makanan untuk para tetamu dan persiapan lain bagi menyempurnakan majlis tersebut. 


Dalam satu majlis perkahwinan, sepasang suami isteri yang baru berkahwin mengambil keputusan yang unik untuk menanggung kos makan malam majlis perkahwinan mereka. 


Bagi mendapatkan semula kos makan malam perkahwinan, pengantin perempuan telah membuat invois khas dan mengirimkannya kepada tetamu yang gagal hadir serta meminta mereka membayar RM1,000. 


Gambar invois itu dikongsikan di Twitter oleh seorang pengguna bernama Philip Lewis, editor kanan tabloid Huffington Post pada Ogos lalu. Philip berkata, "Saya rasa saya tidak pernah melihat invois resepsi perkahwinan sebelum ini."


Invois tersebut menunjukkan maklumat bahawa majlis perkahwinan itu berlangsung di Royalton Negril, sebuah resort di Jamaica. Turut dinyatakan dalam bil tersebut, "Tetamu tidak menghadirkan diri". Selain itu, bil turut menyebut harga makan malam bagi seorang tetamu berjumlah RM500. Disebabkan dua tetamu tidak hadir, jumlah keseluruhannya adalah RM1,000. Dua tetamu terbabit diminta membuat pembayaran itu dalam tempoh sebulan. 



"Invois ini dihantar kepada anda kerana anda telah mengesahkan kehadiran dan tempat duduk di majlis perkahwinan. Amaun di atas adalah kos per individu. 


Disebabkan anda tidak menghubungi atau memaklumkan kepada kami bahawa anda tidak dapat hadir, jumlah ini perlu dibayar. Anda boleh membuat pembayaran melalui Zelle atau PayPal. Sila hubungi kami dan maklumkan kaedah pembayaran yang sesuai untuk anda. Terima kasih!" 


Sumber: India.com

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...