Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Remaja tikam tukang urut pedofil 45 kali sampai mati kerana merogol teman wanitanya sejak berusia 15 tahun

Seorang pelajar Rusia didakwa membunuh 'tukang urut pedofil' yang dituduh merogol teman wanitanya ketika dia baru berusia 15 tahun. Lev Maslennikov, 18, membunuh Alexander Krizhanovsky, 30, setelah mengetahui dia merogol kekasihnya sejak tiga tahun lalu.  Dilaporkan, Maslennikov menikam Krizhanovsky, yang bekerja sebagai tukang urut, sebanyak 45 kali dalam kejadian di St Petersburg pada 25 September, pada hari yang sama Paulina berusia 18 tahun. Maslennikov didakwa membuat akaun media sosial palsu berdasarkan teman wanitanya, yang merangkumi gambarnya.  Dia berpura-pura menjadi rakan wanitanya dalam media sosial dan menggunakan profil tersebut untuk mengumpan Krizhanovsky keluar bertemu, di mana dia diserang dan dibunuh. Tidak diketahui sama ada Paulina mengetahui rancangan teman lelakinya untuk membunuh Krizhanovsky.  Lapor media tempatan, Maslennikov dan pasangannya ditahan di lapangan terbang St Petersburg yang ketika itu cuba meninggalkan Rusia ke Armenia, s...

Wanita maut ditikam pasangan sejenis selepas mabuk minum arak cap tikus

Seorang gadis berusia 20 tahun mengaku telah menikam kekasihnya (sama jenis), Okvini Rundengan, 22, sehingga mati di bilik rumah sewa mereka di Kota Manado, Sulawesi, Indonesia pada jam 8.30 malam Rabu, 29 September 2021.  Siasatan awal polis mendapati, suspek, Margaretha Wane, telah menikam mangsa menggunakan gunting dan suspek mengakui dia tidak sengaja kerana pada ketika itu dia mendakwa mangsa terlebih dahulu mahu menyerangnya menggunakan gunting tersebut.  Kronologi kejadian berlaku ketika pasangan itu bertengkar semasa sedang menggoreng pisang, kerana mangsa cemburu dan mengesyaki Margaretha dakwanya cuba menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki tulen. Mangsa sempat keluar dari rumah sewa dan masuk semula lalu menyerang suspek menggunakan tangan dan gunting. Mereka kemudian bergelut dan cuba merampas gunting itu sehingga senjata itu tertusuk di bahagian dada kiri mangsa.  "Dia terus mengambil gunting dan mahu menyerang saya. Saya takut, saya cuba menar...

Pengantin baru desak tetamu bayar RM20.72 kerana makan sepotong kek tambahan

Dalam satu kejadian aneh, seorang tetamu perkahwinan telah mendedahkan yang dia diminta untuk membayar wang tambahan hanya kerana makan sepotong kek tambahan di majlis perkahwinan. Tetamu yang dipercayai berasal dari United Kingdom berkenaan, berkongsi pengalaman anehnya di Reddit dan mengakui terkejut apabila menerima mesej dari pengantin perempuan melalui SMS, beberapa hari selepas majlis perkahwinan.  Difahamkan, pasangan pengantin baru itu meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari majlis perkahwinan mereka dan mendapati seorang tetamu mengambil sepotong kek tambahan (kek perkahwinan).  Mereka pada mulanya mengirim video tersebut kepada tetamu terbabit di mana dia dilihat mengambil sepotong kek buat kali kedua. Tetamu yang menerima mesej itu bingung dan menjawab, "Saya tak tahu apa yang kamu cuba sampaikan".  Mesej itu kemudian dibalas, "Hei, jadi kami melihat video rakaman CCTV dan ternampak kamu mengambil dua potong kek perkahwinan. Untuk mak...

Pengantin caj RM1,000 untuk tetamu yang gagal hadir ke makan malam majlis perkahwinan

Penganjuran majlis perkahwinan boleh menelan kos ribuan ringgit dan begitu juga penyediaan makanan untuk para tetamu dan persiapan lain bagi menyempurnakan majlis tersebut.  Dalam satu majlis perkahwinan, sepasang suami isteri yang baru berkahwin mengambil keputusan yang unik untuk menanggung kos makan malam majlis perkahwinan mereka.  Bagi mendapatkan semula kos makan malam perkahwinan, pengantin perempuan telah membuat invois khas dan mengirimkannya kepada tetamu yang gagal hadir serta meminta mereka membayar RM1,000.  Gambar invois itu dikongsikan di Twitter oleh seorang pengguna bernama Philip Lewis, editor kanan tabloid Huffington Post pada Ogos lalu. Philip berkata, "Saya rasa saya tidak pernah melihat invois resepsi perkahwinan sebelum ini." Invois tersebut menunjukkan maklumat bahawa majlis perkahwinan itu berlangsung di Royalton Negril, sebuah resort di Jamaica. Turut dinyatakan dalam bil tersebut, "Tetamu tidak menghadirkan diri". Selain itu, b...

'Kenapa kacau anak aku?!' - Anak bongsu kerap bercakap sendiri sejak masuk homestay

Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca.  KISAH BENAR dari penceritaan kawan aku di sebuah homestay di Melaka.  Kawan aku ni angkut family dia menyewa di sebuah homestay di Melaka. Aku tak boleh sebut kat mana sebab tempat yang diorang stay tu member aku yang lain punya homestay . Kira sewa atas kawan, maka dapatlah harga murah sikit. Lagi pula cuti sekolah. Kalau aku sebut, nanti terjumpa, lebam biji mata dah jadi Drakula pakai spek di siang hari.  Diorang sampai ke homestay  itu pada waktu petang. Saja je nak sampai waktu petang sebab boleh lepak homestay terus. Jadi tak payah keluar dulu. Budak bukan faham, yang diorang tahu bila dah sampai maknanya kena enjoy . " Kita enjoy dulu! "  Anak dia ada dua yang dah besar, darjah lima dan yang kecil darjah satu. Baru pandai menulis sikit. Banyak mewarna dari menulis. Selain ...

Suami bakar isteri & anak tiri kerana bengang mangsa enggan lakukan hubungan intim 5 kali sehari

Seorang lelaki nekad membakar isteri, 13, dan anak tirinya, 17, di Desa Tanjung Rejo, Daerah Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu 29 September 2021.  Polis Probolinggo berkata, suspek, Adi Susanto, 31, telah ditahan dan kini dalam proses untuk didakwa di bawah Akta Kekerasan Dalam Rumah Tangga dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak serta bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun. Difahamkan, pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak tujuh bulan lalu. Adi sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tujuh kali, manakala mangsa juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali.  Bapa suspek, Suhar, 70, anak dan menantunya selalu bertengkar kebelakangan ini walaupun telah dinasihatkan mereka berkali-kali.  "Saya nasihatkan Adi agar jangan selalu bertengkar kerana malu kepada jiran tetangga. Saya juga menegur anak saya untuk tidak selalu keluar tanpa keizinan suami. Kali terakhir dia keluar rumah sampai tak pulang selama tiga hari," katanya....

Ahli politik tawar RM354,001 untuk beli nombor telefon disiarkan dalam Squid Game

Nombor telefon yang boleh dihubungi dalam drama bersiri Netflix, 'Squid Game' yang viral di media sosial beberapa minggu lalu sehingga kini masih menjadi perbualan hangat.  Selepas pemilik nombor berkenaan mengaku kehidupannya terganggu kerana telefonnya menerima banyak panggilan dan mesej setiap hari tanpa mengira jam, kini nombor tersebut dilaporkan menjadi bahan politik di Korea Selatan.  Tidak mahu ketinggalan, seorang ahli politik di negara itu juga mengikuti perkembangan hal itu dan menawarkan diri untuk membeli nombor tersebut.  Huh Kyung-young, ahli politik yang diketahui bakal menjadi calon Presiden Korea Selatan menawarkan diri untuk membeli nombor tersebut dengan harga 100 juta won atau RM354,001.  Kyung-young yang merupakan ketua Parti Revolusi Nasional, memuat naik tawaran itu di akaun Facebooknya selepas terbaca mengenai berita keluhan pemilik nombor telefon itu.  "Saya dengar pemilik nombor telefon yang ditunjukkan dalam drama bersir...

Photographer delete semua gambar pengantin sebab tak diberi makan

Seorang jurugrambar yang tidak didedahkan identitinya viral di media sosial setelah berkongsi cerita bagaimana dia membuang semua gambar perkahwinan rakannya di majlis perkahwinan kerana tidak diberi makan.  Berkongsi cerita di Reddit, jurugambar itu berkata dia bekerja sebagai pendandan anjing dan selalu mengambil gambar anjing pelanggannya dan dikongsikan di Facebook atau Instagram. Dia kemudian dihubungi oleh rakan yang meminta dia mengambil gambar perkahwinan.  "Saya menjelaskan kepada dia bahawa itu bukan kepakaran saya, tetapi dia menyakinkan saya dengan mengatakan dia tidak peduli itu semua asalkan gambar yang diambil itu sempurna," katanya.  Setelah berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menjadi jurugambar di majlis perkahwinan rakannya. Tetapi persetujuan itu tidak berjalan dengan lancar berpunca dari sikap rakannya yang bertindak di luar batasan.  "Saya mula mengambil gambar dari jam 11 pagi dan selesai kira-kira jam 7.30 petang. Kira-kira jam...

'Sekali lagi saya digugurkan dari job kerana SOP MKN' - Rita Rudaini kesal namanya digugurkan dari job yang dah lama confirm

Awal September 2021, pelakon sensasi Rita Rudaini mendedahkan dia tidak kisah sekiranya namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod gara-gara berstatus tanpa vaksin Covid-19.  Rita yang sentiasa bersangka baik ke atas apa yang berlaku juga percaya bahawa rezekinya ditentukan oleh Allah SWT.  Namun baru-baru ini, Rita melalui Instagram meluahkan perasaan kesalnya apabila namanya sekali lagi digugurkan hanya kerana prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang didakwa mendiskriminasikan dia yang berstatus tanpa vaksin Covid-19.  "Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama confirm hanya kerana 'SOP MKN'. SOP diskriminasi, kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama saja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja. Jadi, apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang (dah lengkap) vaksin pun boleh ...

Individu tak lengkap vaksin, tak boleh makan di kedai

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, hanya pelanggan yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lengkap atau sepenuhnya dibenarkan makan di kedai atau restoran. Penguatkuasaan peraturan itu dikuatkuasakan tanpa mengambil kira status sesebuah negeri itu (terpakai pada semua fasa).  Walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengumumkan peraturan tersebut dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini, satu kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.  "Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluarkan oleh @MKNJPM tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli," tulisnya di Twitter semalam.  Sementara itu, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, syarat tersebut bukan hanya terpakai untuk pelanggan yang mahu makan di kedai/restoran, tetapi kabinet juga telah bersetuju agar kemudahan yang ada diteta...