Skip to main content

Lelaki pedofilia belikan gula-gula sebelum rogol & bunuh 2 kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki pedofil membeli gula-gula dari sebuah kedai runcit sebelum merogol dan membunuh dua kanak-kanak perempuan. 


Ulyana Degtyar dan Anastasia Fesler, masing-masing berusia 10 tahun, terserempak dengan lelaki terbabit, Viktor Pesternikov, 41, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan di Kiselyovsk, sebuah bandar di Rusia di wilayah Kemerovo. 


Jurujual wanita yang bekerja di kedai tersebut berkata, dua kanak-kanak berkenaan memanggil Pesternikov sebagai 'Uncle Vitya'. Pesternikov bekerja sebagai pemandu separuh masa dan sebelum ini pernah dipenjara selama 10 tahun atas kesalahan pedofilia. 



Ketika ditahan pada Selasa lalu, Pesternikov mengaku membeli gula-gula dan minuman ringan untuk dua kanak-kanak itu. Apabila disoal polis mengapa dia berbuat demikian, bapa kepada dua orang anak itu menjawab, "Saya cuma belanja mereka. Mereka minta sunflower seed, saya belikan sekali minuman ringan", sebelum pergi memberi burung merpati makan di kawasan berhampiran. Selepas itu, kami terus beredar mengikut haluan masing-masing". 



Setelah didesak, akhirnya Pesternikov mengaku yang dia sebenarnya telah merogol dan mencekik kedua-dua mangsa sehingga mati. Mayat kanak-kanak malang terbabit dibuang di sebuah rumah terbiar.


Susulan kehilangan Lyana dan Anastasia, polis segera melancarkan operasi mencari pada Isnin. Kertas siasatan juga telah dibuka untuk tindakan lanjut. Pesternikov pula akan direman bagi membantu siasatan. 


Kes berkenaan turut menarik perhatian Timbalan Speaker Parlimen Rusia, Mikhail Yemelyanov yang berkata, "Kami percaya bahawa penjenayah pedofil dan pengganas harus dikenakan hukuman mati. Rusia harus mengabaikan larangan hukuman mati oleh Majlis Eropah. Kami bertegas, penjenayah seperti itu seharusnya dihukum mati," katanya. 


Sumber: Daily Star

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...