Skip to main content

(Video) 'Uii! Uii! Uiihhh! Bodoh (driver) Myvi tu' - Rider Grab Food nyaris maut dilanggar Myvi langgar lampu isyarat merah


Seorang penghantar makanan nyaris maut dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang bertindak meneruskan perjalanan meskipun lampu isyarat sudah bertukar merah dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Seksyen 9 Shah Alam. 


Video berdurasi 16 saat yang dirakam dari dashcam saksi, Amzar Kurin, menunjukkan kemalangan itu berlaku pada jam 4 petang dan sebelum itu mangsa bersama dengan beberapa lagi rakan sekerjanya yang lain sedang berhenti di persimpangan tersebut. 


Sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau, mangsa mula meneruskan perjalanan dan tidak semena-mena datang sebuah kereta Myvi yang dipandu dengan laju walaupun lampu isyarat di lorongnya telah bertukar warna merah. 


Mangsa yang baru sahaja memulakan perjalanannya dilanggar di bahagian tayar depan menyebabkan dia terjatuh. Pemandu Myvi terbabit dilihat langsung tidak memberhentikan kenderaannya untuk melihat keadaan mangsa. 



Di media sosial, netizen mula mencari maklumat mengenai Myvi tersebut berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Hasil carian netizen mendapati, pemandu tersebut dipercayai bekerja sebagai juruelektrik. 


Semakan awal mendapati, belum ada sebarang kenyataan yang dimuat naik oleh pemandu berkenaan. Tetapi ramai netizen yang mula membanjiri ruangan komen dengan kata-kata yang 'pedas'. 


Walaupun begitu, ada beberapa individu tampil menasihatkan netizen usah membuat tuduhan melulu kerana belum dapat dikenalpasti siapa pemandu Myvi tersebut yang berkemungkinan bukan dipandu oleh pemiliknya pada waktu kejadian. 


Para pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu. Jangan disebabkan kecuaian anda, pengguna lain menjadi mangsa. 


Sumber: FB  Amzar Kurin

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...