Skip to main content

Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat meninggal dunia akibat barah hati


Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat, 70, dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.21 petang 27 Februari 2021 akibat penyakit barah hati yang dihidapinya.


Ng sebelum ini menjalani rawatan kemoterapi dan kesihatannya semakin merosot. Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Khamis tetapi keadaannya tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan positif. 


Pihak hospital kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk datang melawat Ng buat kali terakhir. 


Ng yang berasal dari Fujian, China, memulakan kariernya dalam industri hiburan pada usia 22 tahun dan telah banyak muncul dalam filem komedi bersama Stephen Chow.


Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Anugerah Filem Hong Kong ke-10 bagi wataknya dalam filem 'A Moment of Romance'. Selain itu pernah menerima beberapa pencalonan bagi Anugerah Filem Hong Kong dan Taiwan Golden Horse Awards. 


Ng dan Stephen Chow banyak berganding dalam beberapa filem komedi yang popular. Namun mereka berdua berhenti berlakon bersama selepas filem Shaolin Soccer, hampir 10 tahun lalu.



Kawan rapatnya, Tenky Tin Kai-man berkata, "Dia pergi meninggalkan kami dalam keadaan tenang. Dia meninggal dunia semasa tidur". 


Sumber: Taiwan News

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Bangun pagi mata tak boleh buka, rasa pedih dan sakit sangat' - Gadis kongsi pengalaman mata kanannya nyaris buta disebabkan contact lens

Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.  Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.  3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.  Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika. Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masal...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...