Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

'Tiada sebarang tugas mengiring orang kenamaan' - Polis nafi dakwaan netizen, anggotanya jadi punca kemalangan

Susulan viral perkongsian seorang individu bernama Min Rossa yang mendakwa sebuah kereta mengalami kemalangan selepas polis trafik yang menghalang laluan di persimpangan lampu isyarat bagi memberi laluan kepada orang kenamaan, polis tampil menafikan dakwaan tersebut.  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, netizen berkenaan mendakwa dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal pada jam 9.40 pagi kelmarin ketika melalui persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah.  Indivitu terbabit mengatakan ia berikutan tindakan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan melalui jalan tersebut.  "Pihak JSPT Melaka mengambil maklum perkara berkenaan dan melakukan siasatan dan terdapat satu laporan kemalangan jalan raya bersangkutan dibuat pengadu dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.  "Bagaimanapun sehingga sekarang, penunggang motosikal terbabit masih belum membuat laporan polis...

Lelaki diperintah bayar pampasan RM31,300 sebelum ceraikan isterinya yang selama ini hanya jadi suri rumah tangga

Seorang lelaki yang baru bercerai dengan isterinya diperintah oleh mahkamah untuk membayar 50,000 yuan (RM31,300) kepada bekas isterinya, sebagai pampasan kerana isterinya telah menguruskan rumah tangga selama lima tahun mereka berkahwin.  Undang-undang di China menetapkan, isteri atau suami berhak untuk meminta pampasan daripada pasangan di mahkamah ketika bercerai jika salah seorang daripada mereka menanggung beban atau tanggungjawab yang lebih besar.  Bebanan yang dimaksudkan itu termasuklah menguruskan rumah tangga. Dalam kes di atas, wanita yang diceraikan berkata, dia tidak bekerja selama berkahwin dan hanya fokus menguruskan rumah tangga.  Di saat dia diceraikan suami, dia bertindak menuntut pamapasan menguruskan rumah tangga selama tempoh mereka bersama. Hakim menerima tuntutan wanita berkenaan dan memerintah bekas suaminya membayar 50,000 yuan.  Selain itu, bekas suami turut diwajibkan membayar 2,000 yuan (RM1,251) setiap bulan kepada wanita itu ...

Pasangan gari tangan bersama selama beberapa minggu, terpaksa dapatkan rawatan di hospital sebab tangan kena ulser

Pasangan kekasih di Ukraine pada pertengahan Februari mengambil keputusan untuk menggari tangan mereka bersama selama tiga bulan bagi membuktikan cinta mereka, sempena Hari Valentine.  Alexander kudlay dan Victoria Pustovitova berbuat demikian di depan patung perpaduan di Kyiv sambil disaksikan oleh pegawai pendaftar rekod negara yang mengesahkan pasangan itu waras. Bagaimanapun, perancangan mereka tidak berjalan dengan lancar apabila salah seorang daripadanya mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.  Viktoria mengalami kesakitan luar biasa di tangannya akibat ulser yang berpunca dari geseran rantai besi. Pasangan itu pada awalnya cuba menyapu krim pada luka tersebut, tetapi tidak mendatangkan sebarang perubahan positif. Pasangan itu kemudian pergi ke hospital dan Viktoria dinasihatkan untuk memakai pembalut ketat.  Dermatologi Tatyana Egorova memberi peringatan kepada pasangan itu yang mereka perlu berhenti melakukan eksp...

(Video) Isteri kantoi curang setelah doktor temui kondom lama dalam kemaluannya

Seorang isteri didapati berlaku curang terhadap suaminya selepas doktor menemui kondom yang tertinggal di dalam alat kemaluannya. Dalam program televisyen TLC, rancangan Sex Sent Me to the ER , para pelakon melakonkan semula situasi di mana wanita berkenaan datang ke hospital meminta bantuan setelah mengalami kesakitan yang luar biasa di bahagian sulitnya.  Pesakit itu juga menyatakan kepada Dr Aminidhan Thekkar yuang dia bimbang sekiranya dia dijangkiti STD (penyakit kelamin), malah menyalahkan suaminya yang disyaki menjangkitinya. Tetapi ketika doktor mengeluarkan 'kondom lama' dari alat sulitnya, semua berubah sekelip mata.  Difahamkan, suami kepada wanita itu menjalani vasektomi lima tahun lalu dan tidak perlu menggunakan kondom. Jelas di sini, alat perancang kehamilan itu tidak mungkin milik si suami.  Vasektomi adalah kaedah kontrasepsi yang dilakukan dengan memotong saluran sperma yang membawa sperma dari testis ke penis. Dengan kaedah ini, sperma tidak...

Muhammad Sajjad sindir JAIS, siap cuba minta bantuan Suhakam & Human Rights Watch

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman secara terbuka memuat naik gambar yang dipercayai menyindir Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kini sedang memburunya kerana tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dihina.  Gambar yang telah disunting itu dimuat naik di akaun Instagramnya yang menunjukkan dirinya diacu dengan pistol dengan kapsyen:  "Drama baru!!! is a 2021 American neo-noir action-thriller film directed by Chad Stahelski, in his directorial debut, and written by Derek Kolstad. It stars Keanu Reeves, Nursajat, Alfie Allen, Adrianne Palicki, Bridget Moynahan, Dean Winters, Ian McShane, John Leguizamo, and Willem Dafoe. It is the first installment in the nursajat Wick film series.gitewww!!!! Ko ader!!!! Ko takde kan‼️‼️‼️‼️" Selain itu, lelaki berkenaan turut mula memuat naik gambar screenshot kenyataan dari penggemar LGBT termasuk individu berpengaruh di media sosial yang menyokongn...

Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat meninggal dunia akibat barah hati

Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man Tat, 70, dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.21 petang 27 Februari 2021 akibat penyakit barah hati yang dihidapinya. Ng sebelum ini menjalani rawatan kemoterapi dan kesihatannya semakin merosot. Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Khamis tetapi keadaannya tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan positif.  Pihak hospital kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk datang melawat Ng buat kali terakhir.  Ng yang berasal dari Fujian, China, memulakan kariernya dalam industri hiburan pada usia 22 tahun dan telah banyak muncul dalam filem komedi bersama Stephen Chow. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik pada Festival Anugerah Filem Hong Kong ke-10 bagi wataknya dalam filem 'A Moment of Romance'. Selain itu pernah menerima beberapa pencalonan bagi Anugerah Filem Hong Kong dan Taiwan Golden Horse Awards.  Ng dan Stephen Chow banyak berganding dalam beberapa...

'Aku penat la cair, buat cookies pun comel' - Ramai gadis tertawan dengan gambar Da'i Syed pakai apron buat kukis

Baru saja dimuat naik tiga gambar dirinya membuat biskut di dapur, tetapi ruangan komen pantas dipenuhi dengan komen-komen followers terutamanya gadis-gadis yang tidak putus-putus memuji kecomelannya.  Itulah dia penangan 'kekacakan' Da'i Syed pada followersnya yang sentiasa menunggu bekas peserta program Da'i itu memuat naik gambar terkininya di Instagram. Terdahulu, Da'i Syed pernah dilanda kontroversi yang melibatkan beberapa wanita mendakwa mereka telah diserang secara seksual. Da'i Syed bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dakwaan itu. Perkembangan terkini melaporkan, kes tersebut masih tertangguh dan menunggu masa untuk dibicarakan pada 19 Mac 2021. Walaupun begitu, kes berkenaan tidak menghalang para peminatnya untuk terus mengikutinya di media sosial dan sentiasa memberi sokongan padu kepada lelaki itu.  Berdasarkan kapsyen gambar, Da'i Syed dipercayai akan mengeluarkan produk biskutnya tidak lama lagi, Asyedap, biskut ...

Akhirnya terungkap, ternyata yang menghamili Siti bukan 'Angin' tetapi bekas suaminya

Pertengahan Februari lalu, negara jiran dihebohkan dengan pengakuan seorang wanita bernama Siti Zainah yang mendakwa dihamilkan oleh 'angin'.  Siti mengakui dia hamil selepas satu jam dan kemudian melahirkan anak-anak setelah angin bertiup ke dalam organ sulitnya.  Namun selepas pihak berkuasa menjalankan siasatan, Siti sebenarnya bukan dihamilkan oleh angin yang selama ini menjadi 'mangsa' fitnah. Sebaliknya yang menghamilkan Siti adalah bekas suaminya sendiri iaitu Muhammad Sofiuloh.  Difahamkan, Siti dan Sofiuloh telah bercerai secara sah mengikut agama sejak empat bulan lalu. Ketika disoal siasat oleh polis, Sofiuloh akhirnya mengaku bahawa bayi yang dikandung Siti itu adalah anaknya.  Sebelum itu, pihak polis mahu melakukan ujian DNA untuk memastikan bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan oleh Siti. Dengan pengakuan Sofiuloh, ujian DNA itu terpaksa dibatalkan. Polis tidak menolak kemungkinan yang proses kehamilan itu sudah berlaku sebelum pasan...

Kajian Microsoft mendapati netizen Indonesia paling tak sopan, lalu diserang netizen sekali gus membuktikan kajian itu benar

Kajian Microsoft yang menyatakan bahawa netizen di Indonesia merupakan netizen yang paling tidak sopan di Asia Tenggara telah menimbulkan kemarahan netizen di negara itu yang menyerang akaun Instagram rasmi Microsoft.  Mereka tidak dapat menerima keputusan kajian tersebut dan mula melemparkan pelbagai komen di ruangan komen akaun Instagram Microsoft sehingga membuatkan pihak berkenaan terpaksa menutup ruangan komen kerana tidak tahan diserbu netizen Indonesia.  Tanpa sedar, hal itu sekali gus membuktikan bahawa kebenaran dari kajian yang dilakukan oleh Microsoft bahawa netizen Indonesia sememangnya tidak sopan.  Walaupun ramai yang melemparkan komen tidak berpuas hati, tidak kurang juga netizen yang memohon maaf kepada Microsoft berhubung tindakan rakan senegaranya.  Difahamkan, dalam kejadian yang bertajuk 'Digital Civility Index (DCI)' itu, Microsoft meneliti sebanyak 16 ribu responden dari 32 negara. Sistem penilaian dibuat berdasarkan skala 0-100 di m...

(Video) 'Saya minta maaf bang' - Posmen lastik anjing bersemuka dengan pemiliknya untuk mohon maaf

Kes kakitangan Pos Malaysia yang melastik seekor anjing menyebabkan dirinya digantung kerja buat sementara waktu untuk siasatan dalaman baru-barui ini, akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak telah berdamai.  Shahrol Shiro (Raja Lawak) bersama dengan pasukannya, Aku Budak Kluang (ABK), sebelum itu mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan posmen berkenaan yang dikenali sebagai Dollah.  Berdasarkan video temubual awal, Dollah mengaku dia berada dalam keadaan stress pada hari kejadian. Tetapi dia tidak berniat untuk mencederakan anjing tersebut.  Bagi menjernihkan keadaan, Shahrol membawa Dollah bertemu dengan pemilik anjing, iaitu Siva dan Magesh yang menunjukkan kehadiran Dollah juga amat dinanti-nantikan kerana Siva enggan memanjangkan kes tersebut.  "I tak nak bawa kes ini lama-lama. Memang saya tahu kerja posmen ini (berdepan dengan cuaca) panas, hujan, memang tension, saya faham," kata Siva.  "Saya memang mohon maaf sangat, saya pun... ...

'Saya tak takut, muka saya tetiba bengkak' - Alasan Muhammad Sajjad tak hadir ke mahkamah

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzamn tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak hadir ke mahkamah bagi kes pertuduhan berpakaian wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.  Muhammad Sajjad mendakwa, dia mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak hadir pada sebutan semula kesnya 23 Februari 2021 dan mempunyai surat pengesahan daripada doktor.  "Saya tak sihat, muka dan anggota badan saya tiba-tiba menjadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun saya ada kalau tidak percaya," katanya.  Selain itu, Muhammad Sajjad juga memaklumkan dia bukannya takut mahupun mengelak dan sentiasa memberi kerjasama yang baik selama ini. "Kalaulah saya mengelak dan mahu lari, lebih baik terus pindah luar negara. Buat apa saya beri kerjasama selama ini? Terus terang, saya tak takut. Tetapi lebih kepada sedih dan kecil hati diperlakukan sebegitu," katanya yang masih tidak berpuas hati dan trauma dengan insiden yang berlaku di pejabat...

'Dia lari macam tu je' - Gadis Shell menangis ditipu pelanggan sebanyak RM360

Malang nasib seorang kakitangan stesen minyak diperdaya seorang pelanggan lelaki yang tidak bertanggungjawab menyebab mangsa mengalami kerugian ratusan ringgit.  Menurut mangsa yang dikenali sebagai Suyyaya berkata, pada hari kejadian seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ke atas datang ke kaunter memaklumkan dia mahu membuat isian penuh namun memberi wang pendahuluan sebanyak RM50.  "..pakcik datang dengan Hilux, bagi RM50 lepas tu minta isi penuh. Tengok muka pula boleh dipercayai, ingatkan dia isi kurang dari RM100. Lepas tu dia lari macam tu je," kata Suyyaya dalam video perkongsiannya di TikTok.  Perbuatan lelaki itu membuatkan mangsa terkilan dan kini terpaksa menanggung kerugian tersebut menggunakan wang gajinya sendiri. Turut menimbulkan persoalan, tong apa yang digunakan oleh lelaki itu sehingga membuat pengisian minyak yang mencecah kos RM360.  "Woii gaji aku!! RM1-RM2 tu tak kisah, ini beratus-ratus. Kau pakai tong ape weh untuk isi min...

(Video) 'Puas hati sekarang?!' - Wanita tanggalkan seluar dalam untuk dijadikan pelitup muka selepas diberi amaran oleh pengawal keselamatan

Seorang pengunjung pasar raya menanggalkan seluar dalamnya untuk dipakai sebagai pelitup muka selepas kakitangan premis tersebut memaklum bahaya dia tidak akan dilayan sekiranya tidak memakai pelitup muka.  Insiden itu dirakam di pasar raya Pick and Pay  di Afrika Selatan selepas pengawal keselamatan meminta wanita itu memakai pelitup muka. Namun, wanita itu memberikan alasan yang dia tidak mempunyai pelitup muka.  Selepas diberi amaran yang dia akan dihalau keluar dari pasar raya, wanita itu segera menanggalkan seluar dalamnya untuk digunakan sebagai pelitup muka.  Dalam klip video tersebut menunjukkan wanita berkenaan beratur untuk membuat pembayaran. Seorang pengawal keselamatan wanita datang menghampirinya dan bercakap mengenai sesuatu sebelum dia secara tiba-tiba membongkok untuk menanggalkan seluar dalamnya. Seluar dalam itu kemudian dipakaikan di wajahnya membuatkan pengunjung pasar raya lain tertanya-tanya, "Apa yang berlaku??". Keadaan bertamba...

'Henti kegiatan lombong emas, itu hak Kerajaan Pahang' - MB Pahang akan ambil tindakan tegas jika ada penduduk yang ingkar

Media semalam melaporkan ada aktiviti perlombongan emas yang dilakukan oleh penduduk kampung di Daerah Kechau, Pahang sehingga ada yang memperoleh batuan berharga itu seberat tujuh kilogram. Baru saja dilaporkan semalam dan hari ini Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan itu dihentikan serta-merta bagi memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan. "Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang. "Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. Menurut laporan itu, ada penduduk yang memperolehi pendapatan lumayan dengan hasil jualan emas berkenaan sehingga membeli kenderaan sec...

'Yang kurang duit, sila menabung dulu' - Keluar produk mi segera RM16.90, Aliff saran yang kurang duit menabung dulu kalau nak beli

Ahli perniagaan, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman baru-baru ini telah mengeluarkan produk terbarunya di pasaran iaitu mi segera diberi nama Mie Congek.  Menurut Aliff, pihaknya telah melakukan kajian terperinci selama enam bulan sebelum mengeluarkan produk tersebut yang menyasarkan kepada pengguna yang menggemari perisa ayam.  Aliff yakin, produk terbarunya itu lebih sedap daripada mi segera yang sedia ada di pasaran dan pastinya terlajak sedap dan enak.  "Sukar untuk saya gambarkan (rasanya). Mi Congek hanya berharga RM16.90 sahaja. Hanya perlu rebus sahaja dan di dalam ini cukup penuh dengan sayuran dan juga ayam yang segar dari ladang," katanya.  Dalam posting di Facebook pula, Aliff berkata, "Jom rasa mee congek saya, pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit, cubalah. Yang kurang duit, sila menabung dulu".  Di media sosial, netizen menyambut baik pengeluaran produk barunya itu tetapi mempertikaikan harga yang dikenakan kerana terlalu m...

(Video) Enggan ditahan, 2 penjenayah bertindak agresif sampai polis terpaksa tembak tayar

Dua penjenayah bertindak agresif dengan merempuh lebih kurang tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat selepas enggan memberi kerjasama kepada polis yang meminta mereka untuk berhenti dan keluar dari kenderaan.  Dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh pada jam 12.40 tengah hari tadi, suspek yang memandu kereta Proton Waja dikepung polis dan bertindak menekan minyak dan merempuh lori di hadapannya.  "Dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandunya menekan minyak dan merempuh lori di hadapannya. Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah," kata saksi kejadian.  Keengganan dua perjenayah itu memberikan kerjasama dan bertindak di luar kawalan menyebabkan anggota polis berkenaan melepaskan tembakan pada tayar kereta suspek.  Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri sebelum kereta yang dinaiki mereka ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Da...

'Memang saya nak bunuh dia' - Gamer Brazil bunuh pesaingnya ketika main Call of Duty: Mobile

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Brazil ditahan polis selepas dia tampil menyerah diri di balai dan mengaku telah membunuh remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadi pesaingnya ketika bermain Call of Duty di rumahnya.  Guilherme Alves membuat pengakuan mengejutkan itu, setengah jam selepas dia membunuh Ingrid Oliveira di rumahnya dan memuat naik video pengakuan di atas perbuatannya di media sosial pada Isnin lalu.  Dalam video lain, Alves dilihat masih mampu tersenyum selepas digari oleh polis di bandar Pirituba, di utara Sao Paulo.  Ketika disoal oleh pihak berkuasa mengapa dia membunuh Oliveira, Alves berkata, "..kerana saya mahu." Suspek dipercayai mengenali mangsa secara dalam talian ketika bermain Call of Duty: Mobile bulan lalu dan dilaporkan telah merancang untuk melakukan pembunuhan tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kejadian.  Mayat Oliveira ditemui oleh sepupu kepada Alves. Alves dikatakan menikam Oliveira beberapa kal...

Beginilah rupa biri-biri setelah lima tahun tidak ‘bercukur’

Kambing biri-biri atau bebiri adalah sejenis mamalia yang biasa dipelihara sebagai ternakan untuk mendapatkan bulu, daging dan susu. Penternakan haiwan ini diamalkan di seluruh dunia, malah merupakan asas kepada banyak tamadun.  Tetapi tahukah anda bahawa bulu biri-biri perlu dicukur setiap tahun, jika tidak bulunya akan berkembang sehingga sukar untuk digambarkan apakah mereka masih biri-biri ataupun sebaliknya. Itulah yang berlaku pada seekor biri-biri di Australia, yang tidak dicukur dalam tempoh lima tahun.  Gambar seekor biri-biri 'liar' ditemui di hutan Australia, viral di media sosial baru-baru ini disebabkan bulunya yang kelihatan begitu teruk.  Biri-biri yang diberikan nama Baarack itu diselamatkan oleh Edgar's Mission Farm Sanctuary di Lancefield, Victoria, di mana haiwan itu dipercayai pernah dimiliki oleh peladang berdasarkan penemuan tanda di telinganya. Ketika ditemui, Baarack hampir tidak kelihatan seperti biri-biri. Keseluruhan badannya dilitup...

Dirogol suami ketika hamil, isteri bunuh suaminya & terus dipenjara selepas mengaku bersalah

Seorang wanita di Tamil Nadu, India ditahan polis kerana membunuh suaminya yang memaksa dia untuk melakukan hubungan intim ketika dia sedang hamil. Lapor The Times of India, suspek berusia 21 tahun itu membunuh suaminya dengan cara mencampurkan racun serangga di dalam makanannya. Selepas kejadian itu, suspek, A Mythily, tampil menyerah diri kepada polis.  Difahamkan, Mythily dan suaminya, N Nandha Kumar, baru saja mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu dan suspek kini sedang hamil lima bulan.  Mythily merupakan isteri kedua mangsa, mengaku dia selalu diseksa oleh suaminya dan dipaksa melakukan hubungan intim walaupun mengetahui dirinya sedang hamil.  Tidak tahan dengan perbuatan suaminya, suspek mengambil keputusan untuk meracun mangsa yang disahkan mati dalam kejadian yang berlaku pada 15 Februari 2021.  Inspektor polis di Balai Polis Andhiyur, S Ravi berkata, Mythily terus disumbat ke dalam penjara biarpun dalam keadaan dirinya hamil, setelah ...

'Boleh operate, tapi tak nak ubat bius' - Respon suami bila doktor maklumkan isterinya hamil 40 minggu perlu dibedah

Perkongsian seorang pegawai perubatan mengenai pasangan suami isteri 'terpaling pandai' dalam soal bersalin walaupun baru pertama kali menimang cahaya mata, membuatkan netizen geleng kepala. Mana tidaknya, perkara yang diminta si suami boleh dikatakan tidak masuk akal dan bertentangan dengan amalan perubatan pada masa kini.  Sebab itu adalah penting bagi perempuan sebelum bercinta atau berkahwin, bertanyalah soalan-soalan asas sama ada si lelaki itu: Anti vaksin ke? Lebih suka isteri beranak di hospital atau rumah? Kalau tiada doktor perempuan, boleh ke doktor lelaki?  Anak wajib sekolah tak? Rumah isteri kena bayar pada suami? Kerana ia penting bagi menjamin masa depan keluarga. Selain itu, carilah pasangan yang sekufu. Bukan hanya soal duit sahaja, latar belakang pendidikan juga perlu diambil kira. Biar sama atau suami lebih tinggi kerana apa-apa dia yang membuat keputusan sebagai ketua keluarga.  TIBA -tiba teringat suatu pagi, seorang perempuan data...