Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Suspek hina lagu kebangsaan Indonesia adalah rakyat Indonesia sendiri - KPN

Suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia seperti tular di media sosial bertujuan menghina negara itu disyaki dilakukan warga republik berkenaan dan video tersebut bukan dibuat di Malaysia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata, maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an di Sabah yang juga merupakan salah seorang suspek kes itu. "Suspek itu ditahan di Sabah, pada Isnin lalu dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) menemui petunjuk baharu dalam penyiasatan kes berkenaan. "Ya, PDRM dapat petunjuk baharu bahawa pelakunya dikatakan berasal dari negara seberang (Indonesia) dan kami sedang menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut pengakuannya siapa yang sunting video itu," katanya kepada Bernama di Bukit Aman. Abdul Hamid berkata, maklumat itu sudah dikongsikan kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI) kerana kedua-dua pihak berkuasa negara mengambil se...

Pembunuh kucing hamil direman selama empat hari

Wanita berusia 51 tahun yang tergamak membunuh kucing hamil, direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.  Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membenarkan suspek direman sehingga Ahad ini bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk melakukan siasatan.  BACA: (Video) Kucing bunting mati dipukul dengan batang besi, berang depan rumah selalu ada najis kucing  Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari kelmarin, suspek yang bekerja sebagai broker dikatakan bengang dengan dua kucing itu yang dituduhnya membuang najis di hadapan rumahnya.  Suspek kemudian mengambil sebatang besi dari keretanya lalu bertindak memukul kucing itu yang sedang makan menyebabkan salah seorang kuncing betina yang hamil, mati manakala seekor lagi mengalami kecederaah di bahagian mulut.  Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang terus melaporkannya kepada pihak JPV. Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad berka...

'2 staff terbabit sudah tidak bekerja di hotel ini' - Arenaa Star Luxury Hotel tampil mohon maaf

Susulan dari viral perkongsian pengadu mengenai hotel yang diinapnya pada Februari lalu di Kuala Lumpur, pihak hotel berkenaan, Arenaa Star Hotel, tampil memohon maaf dan memberi penjelasan.  Menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram yang dipercayai baru diwujudkan itu berkata, Arenaa Star Hotel mendapati insiden itu berlaku pada Februari 2020. Namun, tiada sebarang caj atau penalti yang dikenakan terhadap pasangan berkenaan.  BACA: 'PALING NGERI MASA NAK CHECK OUT' - SUAMI ISTERI TERKEJUT DENGAN KUALITI HOTEL ACAH LUXURY INI, SIAP NAK DENDA BERATUS RINGGIT "Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada semua tetamu kami atas komen-komen negatif ini yang memberi kesan terhadap kami. "Semakan pihak pengurusan mendapati, kejadian itu berlaku pada Februari 2020. Namun rekod menunjukkan, tiada sebarang caj atau penalti yang dikenakan terhadap mereka. "Kami juga mengesahkan bahawa, dua kakitangan terbabit juga sudah tidak bekerja di hotel in...

2 anggota polis 'paw' lelaki beli nombor ekor, ditahan polis

Polis menahan dua anggotanya yang dilaporkan telah memeras ugut seorang lelaki untuk membayar sejumlah wang bagi mengelakkan dirinya ditahan kerana membeli nombor ekor.  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa berusia 57 tahun itu membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.  Menurut laporan mangsa, dia pada ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Cameron Highlands pada jam 6 petang sebelum ditahan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Buloh.  Dua anggota itu kemudian memeriksa nombor telefon bimbitnya dan mahu menahannya kerana membeli nombor ekor. Mangsa merayu untuk dilepaskan tetapi suspek meminta dia membayar RM20,000. Tetapi mangsa memberitahu yang dia hanya mampu membayar RM4,000 sahaja.  Tidak cukup dengan jumlah itu, suspek meminta tambahan RM1,000 dari jumlah tersebut (RM5,000). Suspek kemudian membawa mangsa pergi ke sebuah ste...

(Video) Kucing bunting mati dipukul dengan batang besi, berang depan rumah selalu ada najis kucing

Seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati dan mencederakan seekor lagi haiwan itu dengan batang besi, ditahan semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai broker itu ditahan untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Menurutnya kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari kelmarin, selepas dua lelaki yang sedang memberi makanan kepada kucing-kucing itu terdengar wanita berkenaan merungut mengenai kucing yang membuang najis di hadapan rumahnya. "Wanita itu kemudiannya bertindak memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan oleh dua lelaki berkenaan di rumah flat Pintas Kalui 1, Seberang Jaya dengan sebatang besi, sehingga menyebabkan seekor kucing bunting mati manakala seekor lagi cedera," katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang jik...

'Paling ngeri masa nak check out' - Suami isteri terkejut dengan kualiti hotel acah luxury ini, siap nak denda beratus ringgit!

Para pengguna seringkali dinasihatkan untuk memeriksa maklumbalas pelanggan sebelum menggunakan sesebuah perkhidmatan itu. Ini bagi mengelakkan anda juga menerima nasib yang sama sekiranya sesebuah perkhidmatan itu tidak memuaskan.  Baru-baru ini, seorang wanita tampil berkongsi mengenai pengalamannya menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dianggapnya tidak bersih dan layanan yang diberikan juga amat mengerikan.  Baca perkongsian di bawah dan kongsikan pandangan anda di ruangan komen.  SAYA dan suami menginap di hotel ini sekitar Februari, tetapi baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi mengenainya. Memandangkan tagline hotel ini 'luxury', maka harapan kami juga adalah tinggi. Namun harapan itu hancur musnah apabila kami melangkah masuk.  Seawal check in lagi, kami telah diberi peringatan untuk tidak mengapa-apakan barang hotel ini atau berdepan dengan denda yang menanti. Ternganga kami mendengarnya. Awal-awal lagi dah bagi bad impression....

Janda dipenjara sebulan, denda RM3,000 kerana 'oyeh-oyeh' buat kali ketiga dengan pasangan berbeza

Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 terhadap seorang janda dan teman lelakinya kerana berkhalwat.  Janda berusia 22 tahun yang tidak bekerja serta pasangannya, duda berusia 34 tahun itu juga diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan (tambahan) jika gagal membayar denda yang dikenakan.  Hakim Syarie, Mohd Fakhruddin Yusof membuat keputusan itu setelah pasangan berkenaan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.  Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu berkhalwat di sebuah bilik tidak bernombor di Permint Bandar Baru Kerteh, jam 1.10 pagi, 13 Februari dua tahun lalu.  Difahamkan, sekumpulan penguat kuasa Syariah Kemaman melaksanakan pemeriksaan berwaran di lokasi setelah mendapat maklumat. Pintu diketuk dan salam juga diberi beberapa kali sebelum mendapati pintu tidak berkunci.  Pe...

Bayi positif Covid-19 selepas dijangkiti individu dari zon merah

Seorang bayi dilaporkan positif Covid-19 setelah berjangkit dari individu yang datang dari negeri zon merah.  Kes membabitkan bayi itu dikongsikan oleh Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) PKD Kota Setar di akaun Facebooknya semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen.  "Dukacita dimaklumkan terdapat kes melibatkan bayi dan hasil siasatan mendapati bayi terbabit dijangkiti oleh orang dewasa yang pulang dari negeri zon merah."  Bagaimanapun, UPK tidak mendedahkan kes itu dengan terperinci dan hanya mendoakan bayi berkenaan cepat sembuh. Selain itu, UPK turut menasihatkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk berhati-hati.  "Kita doakan semoga urusan bayi dan keluarga terbabit sentiasa dilindungi dan dipemudahkan oleh-Nya. Amin.  "By the way, warning untuk ibu bapa yang masih ada anak kecil. Kena tahu depa golongan berisiko. Tak perlu dok usung depa kat luar kalau tiada keperluan.  "Dan hadkan pengunjung yang nak datang tengok baby di r...

Ibu hadir pesta arak, 3 beradik termasuk bayi 8 bulan rentung dalam kebakaran

Tiga kanak-kanak mati rentung dalam rumah mereka yang terbakar selepas dikurung ibunya agar dia dapat pergi menghadiri pesta arak bersama rakan-rakan.  Dalam kejadian yang berlaku pada 19 Disember 2020, Diogo Monteiro, 4, Caio, 2, dan Vitoria Sofia, 8 bulan, maut dalam kebakaran rumah (kayu) yang berlaku di Rio Branco, Brazil.  Sebelum itu, jiran-jiran berhampiran terdengar bunyi jeritan mangsa tetapi tidak mampu menyelamatkan tiga beradik itu kerana pintu dikunci dengan selak mangga.  Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian, rumah berkenaan telah hangus dijilat api. Bomba hanya dapat menghalang api kebakaran dari merebak ke rumah-rumah berhampiran.  Mayat kesemua mangsa dibawa ke hospital dan para petugas hospital tidak dapat menahan kesedihan dan menangis melihat mangsa yang masih kecil. Susulan dari kejadian itu, ibu mangsa, Jociane Monteiro, 23, ditahan dan dibawa ke Balai Polis Flagrant untuk siasatan. Siasatan awal mendapati, kebakaran dip...

Rangkaian data ATM digodam, letak gambar tak senonoh

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM. Bagaimanapun, beliau berkata, serangan itu hanya membabitkan segmen tertentu yang diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi, dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar. "Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam. "ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM," katanya dalam kenyataan hari ini. Affendi menegaskan aspek keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu ...

Bomoh 'Kanji' rogol remaja, konon nak menghalau hantu tempayan

Polis menahan seorang bomoh berusia 34 tahun kerana disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun ketika melakukan upacara perubatan yang dilakukan di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Kapit.  Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kapit pada jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu dan terus menahan suspek. Menurut ibu mangsa, dia membawa anak perempuannya itu berjumpa dengan suspek untuk berubat kerana menyangka anaknya diganggu oleh hantu tempayan.  "Mereka bersama anaknya serta dua kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh itu. Sampai di lokasi, bomoh mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai.  "Selesai upacara itu, bomoh membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat oleh mereka iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya.  "Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bom...

(Video) 'Kalau tak nak beli, jangan buat camni' - Kucing ditemui dalam plastik di pusat pembuangan sampah

Kucing merupakan haiwan yang sangat disayangi manusia dan disebabkan itu ramai yang memelihara kucing kerana tertarik dengan sikapnya yang menggeramkan.  Baru-baru ini viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang membuatkan netizen sedih dengan nasib yang menimpa kucing malang ini.  Video menunjukkan, petugas di pusat pembuangan sampah menemui sebungkus plastik yang di dalamnya mengandungi seekor kucing yang masih bernyawa yang dipercayai dibuang oleh pemiliknya.  Tidak diketahui bila dan di mana kejadian itu berlaku tetapi kucing itu bernasib baik kerana diselamatkan oleh petugas pusat berkenaan.  View this post on Instagram A post shared by OFFICIAL MAKASSAR INFO (@makassar_iinfo) "Ya Allah, jahat sangat ni. Terus dibuang macam tu je. Tergamak sangat, kesian kucing tu.  "Kalau ye pun tak nak pelihara, jangan buang macam tu je," kata netizen. - Agensi

Buang bayi luar nikah sebab takut ditinggalkan suami

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam bungkusan plastik menggemparkan penduduk Kampung Rancaseneng, Indonesia yang dipercayai dibuang oleh ibunya kerana takut anak hasil dari hubungan luar nikah itu diketahui ahli keluarga.  Menurut sumber, mangsa merupakan hasil hubungan bersama kekasih gelap sebelum wanita itu berkahwin dengan suaminya.  Tidak beberapa lama selepas mayat itu ditemui, polis menahan seorang wanita berusia 24 tahun yang kemudian mengaku membuang bayinya kerana takut ditinggalkan suami sekiranya perkara itu terbongkar.  Suspek mengaku dia melahirkan bayi itu tanpa bantuan sesiapa di dalam bilik mandi pada Jumaat, 18 Disember 2020.  Mayat bayi itu ditemui oleh suami suspek ketika sedang mencari kayu untuk membuang tiang jemuran di belakang rumah mereka pada Rabu, 23 Disember 2020 yang curiga melihat beg plastik yang ditemuinya.  Plastik yang dibungkus berlapis-lapis itu dibuka dan lelaki itu terkejut apabila melihat mayat bayi yang masi...

16 pemburu bangga dapat tumbangkan 540 ekor rusa & babi hutan, tayang gambar di Instagram

Lebih dari 500 ekor rusa dan babi hutan dibunuh sekumpulan pemburu Spanish yang kemudian menyusun kesemua hasil buruan tersebut untuk dirakam sebagai gambar kenangan di Portugal.  Menteri Alam Sekitar, Joeo Fernandes menyelar perbuatan 16 pemburu terbabit dan mahu mereka dikenakan tindakan undang-undang. Ini kerana perbuatan mereka itu boleh menjejaskan ekosistem. Gambar-gambar itu menunjukkan banyak bangkai rusa dan babi hutan disusun mengikut barisan, sementara para pemburu tersenyum puas dan bergelak ketawa di sebalik gambar tersebut.  Pihak berkuasa di Portugal telah melancarkan siasatan terhadap kes itu yang dipercayai dilakukan di estet persendirian di Torre Bela di Azambuja, di mana kebanyakan rusa di kawasan itu dipercayai semakin berkurangan.  Institut Pemuliharaan Alam dan Hutan Negara juga sedang menyiasat perkara tersebut yang mula mendapat perhatian banyak pihak setelah salah seorang pemburu memuat naik gambar hasil buruan mereka di Instagram....

'Bayar RM28.5K kalau nak putus hubungan' - Gadis diugut teman lelaki buruk siku

Seorang gadis di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia terpaksa membayar wang sebanyak 100 juta rupiah (RM28.5K) kepada teman lelakinya apabila dia mahu memutuskan perhubungan mereka.  Bukan itu sahaja, malah dia dipaksa berkahwin dengan teman lelakinya itu jika tidak mampu membayar wang tersebut, sedangkan mereka baru sahaja menjalinkan hubungan selama empat bulan.  Difahamkan, gadis berusia 24 tahun itu menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya berusia 48 tahun. Namun setelah empat bulan, hubungan mereka terkandas di tengah jalan.  Menurut gadis itu, dia mengenali teman lelakinya bekerja sebagai pengedar minyak wangi isian semula di tempat kerja. Mereka berdua bertukar nombor telefon dan pernah beberapa kali keluar makan bersama. Sehinggalah lelaki itu mengajaknya pulang ke rumah dan tidur bersama. Gadis berkenaan juga tidak tahu kenapa dia boleh termakan pujukan tersebut.  Setelah beberapa bulan berlalu, dia tidak tahan dengan kelakuan teman lelaki ...

Rider ludah makanan customer sebab tak puas hati disuruh hantar ke pintu rumah

Viral di media sosial seorang penghantar makanan melakukan onar dengan meludah makanan yang dipesan pelanggannya.  Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana bengang dengan pelanggan berkenaan yang terlalu banyak permintaan.  Difahamkan, kejadian itu berlaku di Dongguan, Wilayah Guangdong, China pada Selasa, 22 Disember 2020 dan video tersebut viral meluas di media sosial negara itu.  Pelanggan berkenaan yang dikenali sebagai Lu berkata, insiden itu berlaku setelah dia meminta penghantar makanan itu menghantar makanan sampai ke pintu rumahnya.  Namun, penghantar makanan itu tidak berbuat demikian dan hanya meletakkan bungkusan makanan itu di lif.  "Dia kata pesanan saya sudah diletakkan di dalam lif. Saya beritahu dia jangan buat macam tu sebab lantai lif kotor. Dia mungkin tak puas hati saya suruh dia hantar sampai ke pintu rumah. Jadi, dia ludah makanan saya," katanya.  Selepas mengambil makanan itu, Lu curiga dengan bau...

'Dengan YB cepat je mohon maaf, dengan rakyat tak pula?' - KJ cedera langgar lubang, JKR mohon maaf + doa

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengalami kecederaan di muka akibat terjatuh dari basikal semasa melakukan aktiviti itu di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor, semalam.  Menurut Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar berkata, Khairy terjatuh selepas basikalnya melanggar lubang di atas jalan dalam kejadian jam 11 pagi Ahad, 27 Disember 2020.  Ekoran dari kemalangan itu, Khairy mengalami lebam di bahagian muka sahaja, tiada sebarang kecederaan serius.  Perkara itu mendapat perhatian pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Langat yang kemudian membalas tweet memohon maaf terhadap Khairy.  "JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh," tweet JKR Kuala Langat.  Bagaimanapun di media sosial, netizen mempersoalkan tweet tersebut yang hanya memohon maaf kepada ahli politik, tetapi tidak pernah memohon ma...

'Ok la tu, naik podium' - 3 mat rempit ditahan selepas video viral di media sosial

Tiga lelaki yang ditahan polis selepas video mereka melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Kilometer 210 Lebuhraya Utara Selatan, viral di media sosial.  Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tiga suspek berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Sabtu, 26 Disember 2020.  Ketiga-tiganya berjaya ditahan selepas anggota dan pegawai dari Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman melakukan risikan.  Dalam video viral berdurasi 38 saat itu menunjukkan, sekumpulan penunggang motosikal berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag.  Salah seorang suspek yang dikenal pasti dalam video itu menetap di Taman Puchong Perdana dan ditahan sebelum dua lagi rakannya turut ditahan.  Ketiga-tiga suspek bersama motosikal mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Polis turut mengeluarkan notis sam...

'Dia memang suka jalin hubungan dengan isteri orang' - Pasangan ditahan, kantoi oyeh² ketika orang lain sedang solat Jumaat

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan berkhalwat dengan isteri orang berusia 41 tahun di Taman Selasih, Kulim, pada Jumaat, 25 Disember 2020.  Ibu kepada tiga anak itu yang berasal dari Pendang itu ditemui bersembunyi dalam almari ketika rumah tersebut diserbu oleh anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) bersama jemaah masjid di kawasan itu.  Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya mendapat banyak aduan mengenai perbuatan lelaki itu yang selalu memuat naik status di media sosial setiap kali menjalinkan hubungan dengan isteri orang.  Berdasarkan keterangan wanita itu, dia mengenali jurujual terbabit di sebuah pasar raya di Kulim, melalui Facebook.  "Kami menerima banyak aduan berhubung perbuatan lelaki itu yang sering memuat naik status di media sosial setiap kali menjalinkan hubungan dengan isteri orang.  "Dia memang suka berhubungan dengan isteri orang dan kita menerima aduan awam mengenai kegiata...

Haiwan dipukul sampai mati, dicekik, dikurung dalam sangkar kecil untuk makanan & hiburan manusia

Pelbagai spesis haiwan disembelih, dipukul dengan kejam dan dikurung dalam sangkar kecil semata-mata untuk dijadikan sebagai hiburan dan makanan untuk manusia yang menggemari makanan eksotik dalam siri gambar terbaru yang menggambarkan betapa kejamnya manusia terhadap haiwan. Gambar-gambar tersebut dikatakan dirakam dari pelbagai tempat di seluruh dunia termasuk China. Haiwan-haiwan itu diperlakukan sedemikian untuk dimakan, selain digunakan bagi tujuan upacara agama, hiburan dan banyak lagi.  Antara gambar-gambar itu juga terdapat gambar yang menunjukkan anjing dikurung dalam sangkar dipaksa melihat anjing lain dibunuh, dilapah dan dimasak di hadapan mereka di Kemboja.  Gambar yang lain pula menunjukkan sangkar itik dan angsa dipaksa makan oleh pekerja, selain haiwan seperti beruang dan monyet dipaksa melakukan persembahan untuk menghiburkan penonton.  Difahamkan, gambar-gambar kekejaman itu dirakam oleh jurugambar Jo-Anne McArthur dari Kanada, yang juga meru...