Skip to main content

(Video) Tindakan pantas ibu berjaya selamatkan anaknya dari disengat lipan besar


Tindakan pantas seorang ibu berjaya menyelamatkan anaknya yang masih kecil dari disengat lipan besar dalam kejadian yang berlaku di Thailand, baru-baru ini. 


Bayi lelaki berusia satu tahun dikenali sebagai Nong ketika itu sedang bermain alat mainannya di lantai ruang tamu rumah di Jalan Dinso, Bangkok apabila serangga berbisa itu merayap masuk ke dalam rumah. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian itu berlaku pada petang Rabu lalu dan dimuat naik ke media sosial. Video menunjukkan, lipan sepanjang satu kaki itu merayap di lantai menuju ke arah bayi itu. 


Sengatan lipan amat berbahaya kepada kanak-kanak dan bisanya boleh menyebabkan jantung mangsa berdegup pantas dan mengakibatkan kesukaran bernafas. 


Bagaimanapun, ibu Nong yang ketika itu sedang baring sambil bermain telefon bimbit perasan kehadiran serangga berbisa itu menuju ke arah anaknya lalu segera bangkit dan mengangkat anaknya. 


Nenek Nong yang juga ternampak kejadian itu terus segera datang dan memukul kepala serangga itu menggunakan bekas sebelum diletak dalam bekas botol lalu dibawa keluar dari rumah. 



Bapa Nong, Santi berkata, anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia bersyukur anaknya sempat diangkat oleh isterinya. 


"Lipan itu merupakan lipan yang paling besar pernah dilihat di dalam rumah. Ia boleh mencederakan anak saya," katanya yang juga memaklumkan lipan itu dianggarkan sepanjang 30 sentimeter. 



Kebanyakan lipan adalah berbisa dan menyebabkan kesakitan yang tidak terkata apabila disengat oleh serangga itu. Gigitan dari lipan besar boleh menyebabkan bengkak dan sakit selama lima hari dan biasanya serangga ini boleh ditemui di negara Asia Tenggara. - Agensi

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...