Seorang suspek lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota, Setapak di sini, semalam, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental. Menjelaskan perkara itu dengan lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata ini kerana suspek didapati mengambil ubat-ubatan berkaitan mental. Beliau berkata perkara berkenaan adalah berdasarkan keterangan ahli keluarga suspek. “Selain itu, kami juga sedang menyiasat sama ada suspek pernah menerima rawatan mental atau sebaliknya. “Kami juga tidak boleh ambil keterangan suspek kerana suspek masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini. Selain itu, Saiful Azly berkata isteri suspek dan anak tiri yang cuba dirogol suspek sedang menerima rawatan di HKL kerana trauma dan kecederaan akibat dipukul suspek. Mengulas sama ada suspek ada mengambil dadah,...