Skip to main content

'Pampasan itu terlalu sedikit' - Lelaki dipenjara 19 tahun secara salah dibayar pampasan RM3 juta dari kerajaan


Seorang penduduk kampung di China dibayar gantirugi 4.96 juta Yuan (RM3,080,481) oleh kerajaan setelah mahkamah tersilap menjatuhkan hukuman terhadapnya atas pertuduhan membunuh dua kanak-kanak lelaki pada tahun 1993 dan dikenakan hukuman mati. 


Zhang Yuhuan, 52, yang telah menghabiskan masa di penjara hampir 27 tahun dan menunggu masa untuk menjalani hukuman mati sejak 2001, akhirnya bertemu kembali dengan keluarganya termasuk ibunya yang berusia 83 tahun, setelah dia dibuktikan tidak bersalah pada Ogos lalu.


Zhang akan menerima pampasan berkenaan yang merupakan antara jumlah pampasan besar yang pernah dibayar oleh kerajaan China setelah tersilap menjatuhkan hukuman penjara dalam kes lain sebelum ini. 


Tetapi Zhang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadilan kerana jumlah pampasan yang diberikan itu tidak mengikut permintaannya iaitu 22 juta Yuan (RM13,654,650) sebagaimana yang dituntutnya pada September lalu. 


"Jumlah pampasan itu terlalu sedikit," katanya dalam video temubual yang portal berita online. 


"Kerana tempoh hampir 27 tahun itu telah meragut masa muda saya yang telah berlalu dan tidak akan kembali lagi," katanya. 


Ketika bercakap dengan wartawan, Zhang berkata dia merancang untuk menggunakan sebahagian wang itu untuk membayar hutan dan membantu dua anak lelakinya membeli rumah. 


"Saya telah berjanji untuk membelikan rumah kepada mereka yang masing-masing bernilai 1 juta Yuan (RM620,665)," katanya yang juga mahu membina rumahnya sendiri dan baki pampasan itu disimpan sebagai dana pencen. 


Zhang yang telah menghabiskan 9,778 hari di penjara mendakwa dia telah diseksa oleh polis yang memaksa dia mengaku melakukan jenayah itu. Dalam tempoh hampir tiga dekad itu, Zhang dan keluarganya tidak pernah berputus asa dan berulang kali membuiat rayuan terhadap keputusan mahkamah. 


Bekas isterinya, Song Xiaonv, menyokong Zhang selama ini tetapi mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 2001 kerana tidak pasti Zhang akan keluar dari penjara ataupun tidak. 


Zhang akhirnya berjaya membuktikan bahawa dia tidak bersalah pada 4 Ogos lalu ketika Mahkamah Tinggi Jiangxi menarik balik hukuman mati yang ditangguhkan untuk Zhang dari tahun 2001. 


Mahkamah juga membuat U-Turn dan mempertikaikan kesahihan pengakuan Zhang dan menurut satu kenyataan, tiada bukti langsung yang dapat menyabitkan lelaki itu membunuh dua kanak-kanak berkenaan. 


Zhang akhirnya dibebaskan dan memeluk erat ibu dan bekas isterinya sebaik saja tiba di rumahnya. Detik menyentuh hati itu juga menunjukkan Zhang begitu beremosi ketika bertemu dengan keluarga yang sudah lama menunggu dia pulang. Bekas isterinya yang gagal mengawal perasaan lalu pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 



Klip video lain menunjukkan Zhang menangis dan memeluk anak lelakinya yang sudah lama terpisah di mana mereka hanya kanak-kanak ketika dia ditangkap secara tidak adil.


Pada Oktober 1993, dua mayat kanak-kanak lelaki berusia 4 dan 6 tahun ditemui di kolam di kampung Zhang. Jiran mangsa, disyaki sebagai suspek dan ditahan dua hari kemudian selepas mayat itu ditemui. 


Januari 1995, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Zhang selepas mendapati dia bersalah di atas pertuduhan membunuh dua kanak-kanak itu. Zhang terpaksa membuat pengakuan itu kerana dia telah diperas ugut dan diseksa ketika disoal siasat oleh pihak polis. 


Dua bulan kemudian, mahkamah tinggi membuka semula kes itu kerana fakta dan bukti pertuduhan yang tidak jelas. Tetapi perbicaraan semula tidak diadakan sehingga November 2001 atas alasan yang tidak diketahui dan mahkamah berpegang kepada keputusan yang dijatuhkan sebelum itu. Zhang membuat rayuan tetapi ditolak oleh mahkamah. 


Semasa menjalani hukuman penjara, Zhang menegaskan dia tidak bersalah. Keluarganya juga menghantar banyak dokumen ke Jabatan Kehakiman untuk membantunya mendapatkan perbicaraan semula. Zhang kemudian menghantar petisyen ke Mahkamah Tinggi Rakyat Jiangxi pada Ogos 2017 dan menuntut hakim menyemak kembali keputusan tersebut. 


Mac 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membuka semula kes itu dan perbicaraan diadakan 9 Julai 2020. 4 Ogos 2020, mahkamah menarik balik hukuman mati yang ditangguhkan terhadap Zhang dan membebaskannya. Pada hari yang sama, Zhang pulang ke kampungnya. 


Hakim Tian Ganlin yang bertanggungjawab ke atas kes itu berkata, "Setelah kami menyemak bahan-bahan bukti, kami mendapati tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan Zhang melakukan jenayah itu. Oleh itu, kami menerima cadangan pendakwa raya dan mengesahkan Zhang tidak bersalah," katanya. 


Mahkamah Tinggi berkata, pegawai yang melakukan kesilapan itu juga telah memohon maaf kepada Zhang dan memaklumkan kepada Zhang mengenai haknya untuk menuntut pampasan dari kerajaan. 


Sumber: Daily Mail

Popular posts from this blog

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa?

Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang, wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebih 300,000 followers.  Walaupun akaun tersebut telah dinyahaktifkan, ada beberapa akaun lain yang menggunakan namanya dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk meraih followers dengan cara mudah. Pengendali akaun palsu berkenaan tanpa takut dengan dosa, memuat naik video wanita terbabit dengan caption yang sengaja mengundang kecaman.  Sementara itu semakan di Facebook, ada beberapa pihak memuat naik video menunjukkan wanita berkenaan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ketika melayani pelanggan yang datang ke premis perniagaannya.  Tidak kurang juga ada golongan isteri memberi 'teguran' kepada pasangan masing-masing agar tidak mengikut sebarang aktiviti konvoi permotoran kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan singgah di restoran tersebut semata...

“Lebih Teruk Dari Pelacur” – Wanita Dedah Muslimah Penggoda Yang Sering Mengganggu Rumahtangganya

Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua. Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya. Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman. Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluargaku. Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya. Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan as...