Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

(Video) Anjing dirantai di luar kedai daging menunggu untuk disembelih, diselamatkan orang awam

Seekor anjing baka American Eskimo Dog yang dipercayai dicuri, ditemui di luar sebuah kedai menjual daging anjing di Jilin, timur laut China, berjaya diselamatkan orang awam.  Kisah mengenai anjing comel itu viral di media sosial minggu lalu setelah pemilik barunya berkongsi mengenai kisahnya dan menggesa kerajaan memperketatkan undang-undang melindungi haiwan.  Video viral itu menunjukkan anjing tersebut pada awalnya kelihatan sedih seperti mengetahui dirinya bakal disembelih untuk dijadikan sebagai santapan buat manusia durjana.  Apabila didekati oleh perakam, dia menghulurkan kaki kanannya walaupun kelihatan takut. Ketika ditemui, kaki anjing itu diikat dengan rantai besi. "Tengok betapa takutnya dia ketika menunggu untuk disembelih di kedai daging anjing dan betapa berharapnya dia diselamatkan," tulis pemiliknya pada kapsyen video tersebut yang dimuat naik di laman Douyin, yang menyerupai Tik Tok versi China.  Setelah diselamatkan pada 26 Oktober ...

'Pampasan itu terlalu sedikit' - Lelaki dipenjara 19 tahun secara salah dibayar pampasan RM3 juta dari kerajaan

Seorang penduduk kampung di China dibayar gantirugi 4.96 juta Yuan (RM3,080,481) oleh kerajaan setelah mahkamah tersilap menjatuhkan hukuman terhadapnya atas pertuduhan membunuh dua kanak-kanak lelaki pada tahun 1993 dan dikenakan hukuman mati.  Zhang Yuhuan, 52, yang telah menghabiskan masa di penjara hampir 27 tahun dan menunggu masa untuk menjalani hukuman mati sejak 2001, akhirnya bertemu kembali dengan keluarganya termasuk ibunya yang berusia 83 tahun, setelah dia dibuktikan tidak bersalah pada Ogos lalu. Zhang akan menerima pampasan berkenaan yang merupakan antara jumlah pampasan besar yang pernah dibayar oleh kerajaan China setelah tersilap menjatuhkan hukuman penjara dalam kes lain sebelum ini.  Tetapi Zhang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadilan kerana jumlah pampasan yang diberikan itu tidak mengikut permintaannya iaitu 22 juta Yuan (RM13,654,650) sebagaimana yang dituntutnya pada September lalu.  "Jumlah pampasan itu terlalu sedikit," katany...

Kerajaan perlu benarkan pengeluaran wang KWSP bagi mengelakkan rakyat yang terjejas pinjam duit Ah Long

Kerajaan digesa mengkaji semula cadangan membenarkan pekerja di Malaysia membuat pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung ekoran pandemik Covid-19.  Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pengeluaran itu juga akan membantu golongan penganggur dan individu yang dibuang kerja.  Ini bagi mengelakkan golongan yang terjejas membuat keputusan meminjam wang dari institusi kewangan termasuk meminjam wang dari Ah Long atas sebab terdesak untuk meneruskan kehidupan.  "MTUC berpendapat, daripada mereka meminjam adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut. Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian.  "Di samping itu, mereka boleh menggunakan dana tersebut untuk dijadikan sebagai modal perniagaan bagi men...

Perancis lockdown kali kedua, lebih dari 10,000 rakyatnya melarikan diri

Puluhan ribu warga Perancis dalam keadaan terdesak melarikan diri dari ibu negara sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk selepas Presiden Emmanuel Macron mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung.  Video yang viral di Twitter menunjukkan sebilangan besar warga Perancis berusaha keluar secara besar-besaran ke luar bandar bagi mengelak berada di kawasan perintah berkurung sebelum jam 12 tengah malam.  Suasana pada malam itu dipenuhi dengan bunyi hon kenderaan. Orang ramai juga merebut peluang menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga pada malam itu sebelum bar dan restoran ditutup.  Sementara itu, pasar raya juga diserbu orang ramai yang membuat pembelian panik seperti yang berlaku pada Mac lalu ketika perintah berkurung pertama dilaksanakan, sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan itu selama sebulan. Peniaga juga menyimpan stok pasta dan tisu tandas. Tidak kurang juga yang beratur di luar kedai gunting rambut. Kakitangan pejabat juga m...

'Rakyat tengah susah, tapi ada yang sibuk nak jadi PM, Timbalan PM' - Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui tidak mahu menyentuh soal politik dalam pentadbirannya kini, sebaliknya lebih mementingkan bagaimana mahu membantu rakyat yang terjejas berikutan pandemik koronavirus (Covid-19). Perdana Menteri berkata, fokusnya yang utama sekarang adalah bagaimana mengawal penularan pandemik berkenaan, serta memastikan pemulihan ekonomi negara berikutan kesan pandemik Covid-19. “Kalau saya sentuh soal politik (sekarang), rakyat marah pada saya. Masyarakat (sudah) terseksa berikutan (penularan) Covid-19. “Orang tengah susah (tapi ada yang) cakap pasal politik. Siapa nak jadi Perdana Menteri, siapa nak jadi Timbalan Perdana Menteri, siapa nak jadi Ketua Bahagian. Masyarakat hari ini sudah meluat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, di sini, petang ini. Ahli Parlimen Pagoh itu yang sudah berkecimpung dalam politik hampir 40 tahun turut mengakui tidak mahu me...

Putrajaya sedang pertimbang beri permit kerja sementara kepada PATI untuk atasi masalah kekurangan pekerja

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah. Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha mencari jalan mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri tersebut terutama selepas pintu sempadan negara ditutup dalam usaha mengawal penularan pandemik koronavirus (Covid-19).  Menurutnya, pertimbangan itu untuk tempoh bekerja satu atau dua tahun sahaja, katanya ketika Sesi Sembang Santai bersama masyarakat Cina dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pagoh di sini hari ini. “Beri dia lesen atau permit kerja sementara, macam bagi pengampunan atau kita gunakan istilah pemutihan. Ini sedang kita fikirkan,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, demikian semasa menjawab soalan Pengerusi Persatuan Tiong Hua Bukit Pasir Er Yu Peng mengenai usaha k...

Syak curang, suami hentam isteri sampai patah jari

Rasa cemburu yang tidak terkawal mendorong seorang lelaki bertindak memukul isterinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka di kepala, patah jari kiri dan bengkak di leher dan belakang badan.  Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian yang berlaku pada jam 8.40 malam Selasa, 27 Oktober 2020 di Tanjong Karang dan suspek telah pun ditahan pada Khamis, 29 Oktober 2020.  Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa berusia 48 tahun bersama dengan anak bongsu berusia 12 tahun sedang menonton televisyen. Suspek keluar dari bilik tidur dan terus mengambil telefon bimbit anaknya lalu dilempar ke dinding sehingga pecah.  Suspek kemudian meminta mangsa menyerahkan telefon bimbitnya tetapi mangsa tidak mahu menyebabkan suspek berang dan bertindak menumbuk leher kanan dan belakang badan mangsa.  Tidak cukup dengan itu, suspek pergi ke dapur mengambil besi dan memukul kepala isterinya sebanyak dua kali. Suspek sekali lagi pe...

18 chingey Vietnam ditahan, 37 pelanggan dikompaun kerana ingkar PKPB

18 wanita Vietnam (GRO) ditahan polis dalam serbuan Op Noda di tiga kelab malam di Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri Puching, semalam.  Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya membuat serbuan di tiga premis itu pada jam 10 malam setelah mendapat maklumat dari orang awam.  Turut ditahan, tujuh lelaki Myanmar serta seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai pekerja di premis berkenaan. Dua individu tempatan juga ditahan. Kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 55 tahun.  37 pelanggan serta pekerja tempatan di tiga premis itu dikenakan kompaun mengikut Peraturan 3 dan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kesemua yang dikompaun faham akan kesalahan masing-masing dan tidak mempertikaikan kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis.  Selain itu, pemeriksaan di tiga premis tersebut me...

'Penjawat awam tidak layak diberi bantuan BPN kerana bukan golongan yang terjejas akibat Covid-19'

Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir berpendapat, golongan penjawat awam tidak sepatutnya diberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana mereka bukannya golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.  Sebaliknya, golongan terkesan dan benar-benar terjejas akibat pandemik itu adalah mereka yang dipotong gaji dan diberhentikan kerja itu sepatutnya diutamakan dalam pemberian BPN.  "Saya tidak setuju bantuan-bantuan kerajaan diberikan secara rambang seperti itu. Seharusnya kerajaan memperhalusi kumpulan mana yang perlukan bantuan. Saya memang tidak setuju sebenarnya kakitangan kerajaan pun dapat BPN.  "Minta maaflah ye kalau tuan-tuan dan puan-puan di kalangan mereka yang bergelar kakitangan awam. Tetapi sebabnya yang terkesan adalah mereka yang dipotong gaji, diberhentikan kerja. Jadi, biarlah salurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.  "Agak zalim kita kalau kita berikan kepada semua orang kerana adil it...

'Mereka sangat penyabar' - Nia Ramadhani selalu bangun lewat tetapi tetap disayangi mertuanya

Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang mencipta nama menerusi Sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang pernah popular di Malaysia, kebelakangan ini viral di media sosial mengenai beberapa perkara yang melucukan.  Menurut laporan portal hiburan tempatan, Nia tidak lagi berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang merupakan seorang usahawan, Ardi Bakrie.  Difahamkan, Nia menjadi bahan bualan netizen kerana dikatakan tidak mahir melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin 'simple' bagi kebanyakan orang, tetapi bagi diri Nia ia adalah sesuatu yang 'baru'. Apatah lagi sejak mendirikan rumah tangga, Nia langsung tidak membuat kerja rumah kerana sejak dari kecil dia dibesarkan seperti seorang puteri.  7 Julai 2020, pelakon itu dikatakan berjaya memecahkan telur di dalam mangkuk setelah dicabar oleh suaminya. Kejayaannya itu mengundang rasa kagum dan bangga Ardie.  "Dia bisa buka teloorrrr!! Mantapsss" tulis Ardie.  Awal bulan ini pula, Ni...

(Video) 'Harap jangan maki pakcik itu, dia ada masalah ingatan' - Warga emas pandu melawan arus jadi punca kemalangan ditahan polis

Pengguna Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) semalam digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga emas memandu secara melawan arus menghala ke Pusat Bandar Shah Alam.  Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang semalam di mana warga emas berusia 73 tahun terbabit memandu kereta Perodua Kelisa secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan apabila keretanya bertembung dengan Myvi dan menyebabkan sebuah lagi kenderaan terbabas. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, sebelum kejadian itu berlaku, warga emas itu memandu dari rumahnya di Seksyen 8 menuju ke pasar raya di Seksyen 13. Namun dia tersalah jalan dan termasuk ke LKSA.  Sebaik tiba di Plaza Tol Sri Muda, dia yang tidak mempunyai kad Touch n Go mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan cara melawan arus. Tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta Honda City yang dipandu lelaki berusia 33 tahun tidak sempat mengelak lalu terbabas dan ...

'Saya mohon maaf, saya sedia bertanggungjawab' - Remaja dipenjara 25 tahun kerana bunuh anjing polis

Seorang lelaki di Florida dijatuhkan hukuman penjara kerana menembak mati seekor anjing milik polis yang diberi nama Fang, ketika tertuduh cuba melepaskan diri dari ditahan dalam kejadian dua tahun lalu.  Jhamel Malik Paskel, 19, dihukum penjara selama 25 tahun oleh Mahkamah Daerah Duval setelah dibicarakan sebagai orang dewasa atas enam pertuduhan termasuk menembak mati anjing polis, pembunuhan bersenjata dan melakukan penculikan.  Lapor News4Jaxm bagi pertuduhan membunuh anjing, Jhamel dikenakan hukuman penjara lima tahun dan baki 20 tahun penjara untuk kesalahan yang lain. Ketika dalam perbicaraan, Paskel menyatakan dia berusia 17 tahun semasa melakukan jenayah itu dan memohon maaf serta mengatakan dia dewasa dan bersedia bertanggungjawab di atas kesilapannya itu.  "Saya ingin memohon maaf kepada pegawai polis Harrera kerana bukan sahaja membunuh rakan setugasnya, Fang, tetapi juga sahabatnya.  "Saya juga ingin memohon maaf kepada mangsa atas perbu...

'Ada makhluk halus jatuh atas bumbung rumah kau' - Kerani rugi RM45,000 kerana percayakan bomoh temberang

Gara-gara percaya dengan kata-kata bomoh scammer, seorang kerani sebuah syarikat swasta di Padang Sanai, Kuala Nerang, terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM45,000.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 44 tahun itu menggunakan khidmat saudara rapat yang juga bomoh pada September lalu.  Menurut mangsa, bomoh itu memaklumkan ada makhluk halus terjatuh di atas bumbung rumahnya pada hujung bulan Januari lalu. Barang perhiasan emas yang ada di dalam rumah akan mendatangkan kemudaratan dan mangsa diminta mengeluarkan semua barang kemas tersebut.  Percaya dengan kata-kata itu, mangsa yang sudah berkahwin akur dan menuruti arahannya lalu diserahkan kepada bomoh itu.  Barang kemas itu kemudian dibalut dengan kain putih, disimpan dalam almari baju di bilik mangsa dan bomoh itu menegaskan tiada sesiapa yang boleh menyentuh barang itu kecuali dia.  Seminggu kemudian, suspek datang semula ke rumah ma...

(Video) 'Bayar kereta boleh, kenapa tak boleh bayar tol?!!' - Pemandu Myvi ini dimaki sebab cucuk rapat kereta depan, elak bayar tol

Peraturan lebuhraya menetapkan, barang sesiapa yang mahu menggunakan lebuhraya tersebut haruslah membuat pembayaran tol. Namun begitu, ada segelintir pengguna lebuihraya yang kedekut dan sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.  Bagi mengelak dari membuat pembayaran, golongan ini sanggup mengekori rapat kenderaan di hadapan agar dapat melepasi tol secara percuma.  Bagi yang pernah terkena, mungkin hanya sekadar membiarkan atau sekadar menyumpah seranah dalam kereta. Tetapi tidak bagi lelaki ini di mana dia sanggup berhenti dan memarahi perbuatan tidak bertangungjawab pemandu kenderaan terbabit.  Viral di media sosial video seorang lelaki memarahi pemandu kereta jenis Perodua Myvi nombor pendaftaran BKT 404 yang didakwanya mengekorinya dengan rapat bagi tujuan mengelakkan pembayaran tol.  Tidak diketahui lokasi kejadian itu berlaku, tetapi dipercayai pemandu Myvi itu cuba melakukan perbuatan yang sama terhadap perakam buat kali kedua. Tetapi ka...

(Video) 'Eh Meow! Janganlah!' - Kucing nakal halang pemiliknya dari buat kerja sekolah dengan 'merampas' pensilnya

Usaha seorang kanak-kanak perempuan cuba menyiapkan kerja sekolahnya terganggu selepas seekor kucing peliharaannya nekad mengalihkan perhatiannya dan mengajaknya bermain.  Video yang viral di media sosial China itu menunjukkan, kucing baka American Shorthair berusia tujuh bulan diberi nama Zai Zai, baring di depan kanak-kanak itu dan cuba 'merampas' pensil untuk menghentikannya dari terus membuat kerja sekolah.  Memetik kenyataan ibu kanak-kanak berkenaan kepada Daily Mail, Zai Zai amat rapat dengan anak perempuannya dan tidak dapat dipisahkan sejak tinggal bersama lima bulan lalu.  Adegan comel kucing itu dirakam oleh si ibu pada Khamis lalu ketika dia membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah di rumah mereka di Jiangsu, timur China.  Tetapi si comel itu nekad mengajak gadis kecil itu bermain dan berbaring di atas meja serta cuba merampas pensil yang dipegang lalu digigit, membuatkan kanak-kanak itu terpaksa berhenti menulis.  "Yang satu tak suka ...

Peniaga rugi RM9,600 selepas dikelentong 'member' lama

Seorang peniaga mendakwa kerugian RM9,600 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar sebagai rakan lamanya, semalam.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 55 tahun telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak diketahuinya pada 11 pagi semalam dan pemanggil memperkenalkan diri sebagai rakannya dan berhasrat meminjam wang untuk membuka restoran.  "Suspek dikatakan memerlukan wang itu dengan kadar segera dan berjanji akan membayar pinjaman itu pada minggu hadapan, sebaik sahaja urusan membuka restoran tersebut selesai.  "Mangsa mendakwa bersetuju untuk meminjamkan wang atas dasar rakan lama dan membuat dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak dua kali pada hari sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  Mohd Wazir berkata mangsa mula berasa ditipu selepas menghubungi rakan lamanya itu pada 4.15 petang untuk bertanya lebih lanjut mengenai restoran berkenaan,...

'Baki dalam akaun tinggal RM14,000!' - Wang simpanan RM4.3 juta lesap angkara scammer, mangsa saman terhadap pihak bank

Kira-kira 30 tahun lalu, Dolly Ng mewarisi harga peninggalan daripada ibu bapanya lebih daripada RM4 juta. Wanita warga emas berusia 72 tahun itu telah menyimpan wang tersebut di beberapa akaun banknya selama bertahun-tahun.  Namun pada Mei 2019, Dolly dihubungi oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai polis dan memaklumkan wang di dalam akaun banknya sedang disiasat oleh pihak berkuasa.  "Dia menasihati saya untuk membuka akaun baru dan memindahkan keseluruhan wang simpanan itu ke akaun tersebut," katanya.  Bekas guru piano itu berkata, dia mengikuti semua arahan 'pegawai polis' itu dan membuat pemindahakan RM4.3 juta ke dalam akaun baru. "Kira-kira dua bulan kemudian, seorang rakan memberitahu saya mengenai beberapa kes sindiket penipuan yang berlaku semasa perbualan santai. Saya terus berasa bimbang dan mengambil keputusan untuk pergi ke bank untuk menyemak akaun bank," katanya.  Alangkah terkejutnya Dolly apabila dia dimaklumkan o...

Budak 6 tahun dirogol & dibunuh selepas keluar beli gula-gula di kedai berhampiran

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dirogol sebelum dibunuh selepas mangsa keluar membeli gula-gula serta sepeket keropok dari sebuah kedai berhampiran rumahnya.  Lapor Mirror, mayat mangsa, Inathi Mhlahlo, ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan semak berhampiran rumahnya yang terletak di kawasan bandar Mdantsane, Afrika Selatan, lima jam selepas kehilangannya.  Kanak-kanak itu ditikam di bahagian leher dan seluar, seluar dalam dan kasutnya ditanggalkan.  Ibu mangsa, Thandiwe amat terkesan dengan kejadian yang menimpa anaknya berkata, mangsa bercita-cita menjadi peragawati atau doktor apabila dewasa kelak. Namun, impiannya itu dimusnahkan lelaki yang tidak bertanggungjawab.  Thandiwe berkata, anaknya sebelum itu ada membuat permintaan untuk diberikan hadiah.  "Saya tak tahu nak cakap macam mana. Anak saya dibunuh dengan kejam. Kali terakhir kami berbual, dia meminta saya belikan hadiah untuknya. Ini sangat meruntunkan hati....

6 anggota polis ditahan kerana peras ugut orang awam di sekitar Serdang

Enam anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam di sekitar Serdang, semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama. Tanpa mendedahkan butiran lanjut penahanan kesemua suspek, beliau berkata mereka ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. "Ya, saya mengesahkan mereka ditahan semalam oleh JIPS untuk siasatan lanjut," katanya ringkas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata pihaknya menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan pemerasan. Beliau berkata ketika ini, siasatan secara terperinci dilakukan berhubung kes itu dan kesemua anggota yang terlibat ditempatkan di Unit Pentadbiran buat sementara waktu serta tidak dibenarkan bertugas di lapangan. “Saya memang tidak bagi peluang kepada mana-mana anggota saya yang bertugas di bawah pentadbiran kawasan Serdang melakukan kegiatan...

Tulah meragut, suspek terbabas ke dalam longkang

Seorang lelaki mengalami ketulahan di mana dia motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang selepas meragut telefon bimbit milik seorang pelajar perempuan.  Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu yang berlaku pada jam 5.30 petang, Khamis, 29 Oktober 2020 di Jalan Sekolah, Seri Kembangan. Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sebelum itu sedang berjalan sambil berbual melalui telefon bimbit dan suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang meragut telefon mangsa.  "Suspek berusia 34 tahun itu meragut telefon pelajar terbabit menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong. Suspek panik dan terus memecut motosikalnya sebelum hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam longkang yang tidak beberapa jauh dari lokasi kejadian," katanya.  Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menahan suspek dan diserahkan kepada pihak polis untuk tin...

(Video) Hubungan tak direstui, pemuda digantung keluarga teman wanitanya

Malang nasib seorang lelaki yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Hanya kerana hubungannya tidak direstui oleh pihak keluarga teman wanita, lelaki berusia 23 tahun itu dihukum gantung dengan posisi kepala di bawah dan kaki di atas.  Video kejadian yang dirakam pada 20 Oktober 2020 itu menunjukkan, Mario Mardi Natriti dihukum dengan kejam sambil disaksikan sekumpulan penduduk tempatan termasuk beberapa individu yang memakai seragam anggota Tentera Nasional Indonesia.  Difahamkan, Mario dan teman wanitanya dipercayai mahu kahwin lari kerana hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga teman wanita. Ibu mangsa kesal anaknya diperlakukan seperti binatang dan menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu kerana mengesyaki anaknya telah dianiaya oleh pihak yang menyalahgunakan kuasanya.  "Anak saya diperlakukan seperti binatang. Anak saya bukan penjenayah sehingga perlu digantung dan diseksa sedemikian serta dijadikan bahan tontonan orang ramai. Saya mo...