Skip to main content

Batal lesen memandu pemandu mabuk seumur hidup


Enam badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menyarankan kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemandu mabuk termasuk hilang kelayakan memandu seumur hidup.

NGO berkenaan ialah Pergerakan Belia 4B Kota Raja, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Alumni 4B Parlimen Kota Raja, Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Pertubuhan Integrasi Nasional serta Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor.

Wakil kumpulan NGO itu Mohd Azhar Osman berkata gesaan berkenaan dibuat berikutan nahas jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk bukan isu baharu namun sehingga kini belum ada tindakan keras diambil menyebabkan kejadian sama terus berlaku.

“Walaupun kerajaan sedang jalankan kajian (berkaitan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987), namun harus ada tindakan segera yang mesti diambil bagi mengelakkan kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk ini terus terjadi.

“Kami cadangkan agar mana-mana pemandu yang diuji pernafasannya (oleh pihak berkuasa) melebihi kandungan alkohol dibenarkan atau mereka yang mengakibatkan kemalangan kerana mabuk, dibatalkan lesen memandu mereka seumur hidup sebagai amaran kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab,” katanya pada sidang media, di Klang hari ini.

Seorang lagi wakil kumpulan NGO itu, Datuk Nor Shabudin Monil pula menyarankan kerajaan mengehadkan lokasi penjualan minuman keras bagi memudahkan pemantauan pembelian.

“Sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang untuk mengetatkan penjualan minuman keras hanya di premis tertentu saja. Ambil contoh negara maju yang menjual arak secara terhad.

“Ada juga negara sudah pun meluluskan draf pindaan akta untuk mengenakan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut. Diharap kerajaan dapat melihat isu ini dengan lebih teliti supaya tiada lagi rakyat yang menjadi mangsa pemandu mabuk,” katanya.

Sumber: Bernama

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Bangun pagi mata tak boleh buka, rasa pedih dan sakit sangat' - Gadis kongsi pengalaman mata kanannya nyaris buta disebabkan contact lens

Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.  Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.  3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.  Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika. Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masal...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...