Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Sami penggal kepala member untuk akhiri pandemik koronavirus

Seorang sami didakwa memenggal kepala lelaki berusia 52 tahun di dalam kuil Brahmani Devi di kampung Bandhahuda, Narsinghpur, India, semalam.  Kejadian itu terbongkar selepas sami terbabit, Sansari Ojha, 70, menyerah diri di balai polis.  Polis mengenal pasti mangsa sebagai Saroj Kumar Pradhan, 52, dari kampung Bandhahuda.  Ojha mengaku melakukan jenayah itu sekitar jam 1 pagi Khamis selepas bergaduh dengan Pradhan mengenai pandemik koronavirus.  Dalam keterangannya, Ojha mendakwa dia telah dikunjungi oleh dewa yang meminta dia untuk memenggal kepala mangsa bagi mengakhiri pandemik koronavirus.  Sami itu kemudian memenggal kepala mangsa dengan menggunakan sabit. Siasatan polis mendapati, Ojha dan Pradhan menghisap ganja pada malam kejadian itu berdasarkan penemuan beberapa sampel di tempat kejadian.  Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.  Sumber: Times of India

Tarikh akhir rayuan permohonan BPN, 31 Mei 2020

Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei ini (2020), kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).  “Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my,” menurut LHDN dalam satu kenyataan hari ini. Pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas; https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)_Permohonan_Baharu_Rayuan_Bantuan_Prihatin_Nasional(Kemaskini100520206pm).pdf  Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui; 1) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara); 2) HASiL Live Chat; 3) Borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas; https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas 4) Media sosial rasmi; https://ift.tt/39OIsPb atau https://twitter.com/L...

Aktiviti PdP secara online dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020

Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini dan aktiviti PdP secara bersemuka tidak dibenarkan, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Namun, KPT memberikan pengecualian kepada lima kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP. Kebenaran serta-merta itu diberikan kepada pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) untuk menyambung penyelidikan dengan kadar segera. "Kelonggaran ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan," menurut KPT dalam satu kenyataan hari ini. Bagi pelajar semester atau tahun akhir pengajian peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang perlu melaksanakan kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka ...

Bengang dengar bunyi bising, bapa pukul kepala 2 anaknya dengan batu bata sehingga mati

Seorang bapa tergamak memukul dua anaknya yang masing-masing berusia dua dan lima tahun sehingga mati kerana tidak tahan dengan bunyi bising dari dua beradik itu yang sedang bermain.  Kejadian itu berlaku di perkampungan Banethu, Sant Kabir Nagar, India pada malam Ahad lalu. Peristiwa itu membuatkan ramai penduduk berduka dan tidak menyambut perayaan Aidilfitri pada Isnin.  Suspek telah ditahan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke pusat perubatan untuk dibedah siasat. Menurut jurucakap polis, suspek yang dikenali sebagai Zainul Abdeen, 35, telah bercerai dengan isterinya, Shahida, setahun lalu. Dua anak perempuannya, Mosiba, 5, dan Alsiba, 2, tinggal bersama Zainul.  "Pada malam Ahad, dua beradik itu bermain di dalam rumah dan menimbulkan bunyi bising membuatkan bapa mereka bengang.  "Zainul kemudian mengambil batu bata lalu memukul kepala dua anaknya sehingga mati.  "Polis tiba di rumah suspek selepas dimaklumkan oleh penduduk dan Zainu...

Sekolah & institusi pendidikan lain mungkin akan dibuka semula jika kes Covid-19 kekal rendah

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sekolah dan institusi pendidikan lain mungkin akan dibenarkan dibuka semula jika kes baru Covid-19 menunjukkan trend menurun sehingga 9 Jun.  Beliau berkata, pihaknya perlu menunggu sehingga minggu pertama bulan Jun sebelum membuat keputusan tersebut bagi meneliti kesan dan akibat dan sambutan Aidilfitri baru-baru ini.  "Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan," katanya.  Dalam pada itu juga, Noor Hisham menegaskan, masyarakat perlu berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar usaha mencegah wabak ini dapat dihentikan. "Kita percaya, jika kita dapat melakukannya, kita dapat menurunkan jumlah kes (lebih rendah).  "Mungkin pada minggu pertama bulan Jun, kita akan melihat apak...

Batal lesen memandu pemandu mabuk seumur hidup

Enam badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menyarankan kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemandu mabuk termasuk hilang kelayakan memandu seumur hidup. NGO berkenaan ialah Pergerakan Belia 4B Kota Raja, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Alumni 4B Parlimen Kota Raja, Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Pertubuhan Integrasi Nasional serta Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor. Wakil kumpulan NGO itu Mohd Azhar Osman berkata gesaan berkenaan dibuat berikutan nahas jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk bukan isu baharu namun sehingga kini belum ada tindakan keras diambil menyebabkan kejadian sama terus berlaku. “Walaupun kerajaan sedang jalankan kajian (berkaitan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987), namun harus ada tindakan segera yang mesti diambil bagi mengelakkan kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk ini terus terjadi. “Kami cadangkan agar mana-mana pemandu yang diuji pernafasannya (oleh pihak berkuasa) meleb...

15 kes positif Covid-19 hari ini

Jumlah kes positif hari ini mencatat angka paling rendah dengan 15 kes sejak  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas dan kembali pada dua angka selepas dua hari berturut-turut mencatat kes tiga angka.  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 1,421 kes. “Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia. “...sebanyak lima kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini. Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 kes, katanya. Kes positif COVID-19 terenda...

6 rider food delivery didakwa atas tuduhan melakukan rusuhan

Enam penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong di sini minggu lepas. Muhammad Hafiz Yusnan, 21, Muhamad Izzat Abd Bari, 22, Mohd Syukri Achyar, 39, Wan Hafizie Wan Hanapi, 28, S.Jaya Nantha Kumaran, 31, dan Amirul Zahari Zailani, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama 10 orang lagi yang masih bebas melakukan rusuhan itu pada  6.20 petang 18 Mei lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Nor Ariffin membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 serta seorang penjamin bagi setiap orang dan menetapkan 13 Julai  untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. Pendakwaan dikendalikan Timbala...

8 individu didakwa mengugut & menendang warga emas yang menyerang Rider (wanita) Food Panda

Lapan individu dijangka akan didakwa atas tuduhan mengugut dan menendang lelaki yang didakwa menyerang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan baru-baru ini.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh mangsa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan.  "Lelaki itu mendakwa dia ditendang dan diugut di sebuah restoran di Puchong pada 18 Mei 2020.  "Kami akan mendakwa lapan suspek bersama dengan 10 individu yang lain yang masih bebas, di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi Rabu (27 Mei)," katanya semalam.  Terdahulu, mangsa didakwa menunjuk isyarat lucah dan menendang seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang viral di media sosial. Lelaki yang dikenali sebagai Hii King, 61, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis 21 Mei 2020, tetapi mengaku tidak bersalah k...

Pelakon muda larikan bini orang ditahan polis

Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang. Suspek ditahan pada jam 9 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di IPD Ampang. Polis turut merampas telefon bimbit untuk membantu siasatan selepas suami kepada wanita terbabit membuat laporan.  Menurut sumber dari Harian Metro, pelakon itu membawa lari isteri orang yang juga merupakan pengurusnya yang berusia 24 tahun kelmarin. Perkara itu hanya disedari oleh suaminya selepas pulang ke rumah pada jam 8 malam.  Tambah sumber, pasangan itu menjalinkan hubungan terlarang sejak tahun lalu selepas wanita itu bekerja dengan suspek, sehingga keluar dari rumah dan mengikut pelakon berkenaan.  Susulan laporan polis yang dibuat oleh suami kepada wanita itu, polis telah memanggil suspek untuk membantu siasatan sebelum ditahan.  Semakan juga mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan dadah.  Suspek direman hari i...

23 individu dikompaun RM1,000 seorang kerana gigih hadir jamuan raya

Seramai 23 individu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati berhimpun pada satu majlis jamuan Aidilfitri di sebuah rumah di Simpang Setia Jaya Guar Chempedak, Gurun malam tadi. Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata tindakan dikenakan selepas kesemua mereka melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. “Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan penguatkuasaan PKPB di sekitar daerah ini telah menerima maklumat mengenai penganjuran majlis itu pada pukul 8.30 malam sebelum bergegas ke lokasi dan mendapati seramai 23 individu termasuk tuan rumah berhimpun di rumah tersebut. “Pemilik rumah telah mengaku menjemput rakan dan saudara ke rumahnya untuk jamuan itu dan pemilik rumah mengatakan ada dalam kalangan yang hadir adalah rakan kepada rakan baiknya dan tidak mengenali mereka,” kata Shahnaz Akhtar dal...

(Video) Gaduh dengan boyfriend, ibu campak bayi di lobi hotel

Seorang wanita muda warga Itali tergamak mencampak bayinya ke lantai ketika bergaduh dengan teman lelakinya di sebuah hotel di Romania, menyebabkan mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).  Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, tinggal di hotel tersebut selepas terkandas di negara berkenaan susulan pelaksanaan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19.  Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel yang terletak di bandar Timisoara, Romania barat. Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan tinggal di hotel itu semenjak melahirkan bayinya (pramatang) di Hospital Bersalin Bega, dua bulan lalu. Kedatangannya ke bandar itu untuk menziarahi teman lelaki yang juga merupakan bapa kepada bayinya.  Bayi pasangan itu yang dilahirkan pra-matang terpaksa ditahan di hospital untuk pemantauan doktor sebelum dipindahkan ke Hospial Louis Turcanu dan tidak lama selepas itu, bayi berkenaan dibenarkan pulang.  Bagaimanapu...

Face mask bahaya untuk budak bawah umur 2 tahun, boleh menyebabkan kesukaran bernafas - Pakar Jepun

Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak digalakkan memakai face mask kerana boleh menyebabkan mereka mengalami kesukaran bernafas dan berisiko tinggi untuk diserang strok haba, demikian amaran dari pakar Jepun.  Persatuan Paediatrik Jepun telah mengeluarkan peringatan kepada golongan ibu bapa agar tidak memakaikan face mask pada bayi yang berusia dua tahun ke bawah, meskipun pihak berkuasa Jepun menyarankan semua individu memakai face mask bagi mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19.  Dalam risalah yang dikeluarkan kepada orang awam, badan perubatan Jepun mengingatkan bahawa, bayi akan mengalami peningkatan beban pada paru-paru ekoran pemakaian face mask.  Tambahan, face mask yang digunakan juga menutup hampir keseluruhan wajah anak sehingga menyukarkan ibu bapa untuk melihat perubahan ekspresi atau warna pada wajah anak yang menunjukkannya mengalami masalah pernafasan.  Risalah itu menyatakan, "Kemungkinan face mask boleh menyebabkan bayi m...

Mulai esok penduduk Kelantan dibenarkan makan di dalam kedai atau restoran (ikut SOP)

Hasil keputusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri pada 19 Mei lalu, penduduk Kelantan dibenarkan untuk makan di dalam kedai atau restoran bermula esok walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan.  Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Jefny Muhammad bagaimanapun berkata, pihak peniaga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan semasa mengendalikan premis masing-masing.  "Pematuhan ini seperti menyediakan cecair pembasmi kuman, penjarakkan sosial dan semua pekerja termasuklah pelanggan memakai pelitup muka," katanya.  Selain itu, premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.  Sebelum ini, kerajaan negeri hanya membenarkan kedai dan restoran makan beroperasi untuk pembelian secara bungkus sahaja.  Sumber: Sinar Harian

'Kepada yang terlibat dalam gambar ini, mohon maaflah secara terbuka sebelum terlambat'

24 Mei 2020, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar The First Breakfast vs The Last Supper yang mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya penganut agama Kristian.  Disebabkan gambar itu, lelaki berkenaan diselar teruk sehingga dia terpaksa menarik balik gambar kontroversi itu dari Twitternya. Walaupun begitu, netizen masih tidak berpuas hati kerana lelaki itu dikatakan tidak membuat sebarang permohonan maaf di atas tindakannya yang jelas sekali mempersendakan agama Kristian. The Last Supper atau Santapan Terakhir dilukis oleh Leonardo  da Vinci, mengenai gambaran Jesus di majlis makan malam terakhir bersama dua belas pengikutnya sebelum disalib (menurut pandangan Kristian). Situasi pada santapan terakhir itu dianggap sebagai peristiwa penting dalam agama Kristian. Turut menyuarakan rasa kesal, Abdul Aziz Isa yang meluahkan pandangan peribadinya melalui Facebook, semalam.  BENDA macam inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang serong oleh peng...

Lelaki lari dari pusat kuarantin sebab nak makan mi, siap post gambar di Facebook

Sehingga ke hari ini, masih ada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini termasuklah individu yang menjalani kuarantin cuba melarikan diri.  Seorang lelaki di Sibu, Sarawak, dikuarantin selama 14 hari di sebuah hotel. Namun pada hari ketujuh kuarantin, lelaki itu berjaya melarikan diri. Lapor Sin Chew Daily, lelaki berusia 27 tahun itu juga dipakaikan gelang (QR code) agar pihak berkuasa dapat memantau pergerakannya.  Terdahulu, Kerajaan Sarawak menetapkan, mana-mana individu yang masuk ke negeri ini dikehendaki memakai gelang tangan khas tersebut dan menjalani kuarantin selama 14 hari.  Dengan keputusan yang diwartakan itu, mereka yang didapati cuba menanggalkan gelang tangan khas tersebut dianggap melanggar undang-undang. Dalam kes ini, lelaki terbabit menanggalkan gelang tangan khasa itu dan lari dari hotel menuju ke sebuah kedai makan untuk menikmati hidangan mi. Malah, dia turut memuat naik gambar hidangannya di Facebook dengan kaps...

Anak 'ratah' mak sendiri ketika mabuk & khayal dadah

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas kesalahan merogol ibu kandungnya sehingga menyebabkan pinggang mangsa patah.  Mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu, merogol mangsa sebanyak tiga kali yang ketika itu di bawah pengaruh dadah 'crystal meth'.  Hakim menyifatkan jenayah itu jenayah yang terkutuk dan paling teruk sepanjang kerjayanya di bidang perundangan.  "Orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah yang serius termasuk tindakan jahat, seperti (kes) yang saya kendalikan ini.  "Sudah tentu bukan (dadah) metilamfetamin yang merogol ibu kamu, ia adalah kamu," kata hakim.  Dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tertuduh pulang ke rumah dan merembat ibunya dengan batang paip PVC.  Mangsa yang berusia 56 tahun terjatuh, kemudian rambutnya ditarik dan diseret oleh tertuduh ke bilik tidur di mana mangsa dirogol sebanyak tiga kali. ...

Penjawat Awam yang enggan kembali bekerja selepas Aidilfitri akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman menegaskan, penjawat awam yang tidak kembali ke pejabat selepas Aidilfitri boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja. Beliau berkata, alasan terperangkap di kampung kerana larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tidak boleh diterima sama sekali. "Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah, dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).  "Dalam Perkeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan bekerja di rumah mengikut arahan ketua jabatan.  "Pegawai bekerja di rumah boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa, namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib ol...

Larangan rentas negeri masih kekal sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan masih melaksanakan larangan mana-mana individu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Keputusan itu akan terus dikekalkan sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat.  "Kita belum tahu, kita akan putuskan di dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang saya akan pengerusikan setiap hari. Setakat hari ini, kekal," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.  Pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini. Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) ekoran masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran pulang ke kampung.  Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalinkan hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga tur...

172 kes baharu, KKM jangka jumlah kes Covid-19 meningkat esok & lusa

Malaysia hari ini mencatatkan peningkatan kes positif wabak Covid-19 iaitu 172 kes baharu, menjadikan kumulatif kes positif wabak berkenaan meningkat kepada 7,417 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 172 kes baharu yang dilaporkan, lima kes daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.  "Selain itu, daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 kes telah dikesan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI)," katanya. Bagaimanapun Noor Hisham berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana depot-depot Imigresen tersebut merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.  Sementara itu, jumlah kes sembuh yang direkodkan pada hari ini adalah jauh lebih rendah berbanding sebelum ini, iaitu 34 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes baharu Covid-19 akan ...

Lelaki cedera dilibas dengan pisau dapur oleh bapa tirinya kerana tak flush toilet dengan betul

Seorang lelaki berusia 36 tahun telah diserang dengan pisau oleh bapa tirinya berusia 65 tahun kerana tidak membersihkan tandas dengan betul selepas menggunakannya.  Difahamkan, mangsa mula bertengkar dengan pesara itu selepas suspek menegur tabiat buruknya itu dan menyumpah seranah ibu mangsa.  Suspek mendakwa ibu mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lebih 20 orang lelaki sebelum menyerang mangsa secara tiba-tiba menggunakan pisau dapur.  Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami luka sedalam 15 sentimeter di telinga kanan dan muka. Tangan mangsa juga cedera ketika dia cuba mengelak serangan dari suspek.  Suspek telah ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.  Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 1 Mei di selatan barat bandar Chongqing, China.  Mangsa dalam keterangannya berkata, dia 'flush' tandas dengan betul selepas menggunakannya tetapi adakalanya tangki air tandas itu tidak berfungsi dengan baik.  Pada awalnya, mangsa tidak m...

(Video) 'Kau ingat kau kucing, aku takleh hempuk?!' - Selebriti maki kucing diselar netizen

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kurang cerdik seorang selebriti tanah air yang memaki hamun beberapa ekor kucing peliharaannya.  MAA dalam kenyataannya semalam berkata, tindakan individu itu bukan sahaja boleh menakutkan kucing, malah perbuatan itu adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 29 (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013). "Hamun haiwan walau untuk apa niat dan tujuan sekali pun bakal mengundang ketakutan dan stress terhadap haiwan.  "Kucing tidak akan mendapat mesej daripada maki hamun begini. Sebaliknya perbuatan itu hanya memeranjatkan dan menakutkan kucing.  "Kata cacian, hamun dan makian secara jerkah begini tidak sesuai dihamburkan kepada binatang seperti kucing walaupun tujuannya adalah pendidikan.  "Perbuatan menakutkan haiwan adalah satu kesalahan dan hukuman menanti pelaku berkenaan adalah sama seperti mencederakan atau membunuh haiwan dengan sen...

'Saya bersedia untuk didakwa' - Langgar PKP, Nurulhidayah didakwa di mahkamah esok

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, akan didakwa di mahkamah Selasa ini kerana didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, "Keputusan telah dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara. Dia (Nurulhidayah) akan dituduh pada Selasa ini di Mahkamah Kuala Lumpur". Terdahulu, Nurulhidayah memuat naik gambar pertemuannya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad, bersama suaminya, Saiful Nizam Mohd Yusoff.  Selain itu, Nurulhidayah turut memuat naik gambar bersama dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad. Dua gambar itu mengundang rasa tidak puas hati netizen yang mendakwa Nurulhidayah dengan jelasnya melanggar PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.  Mengetahui dirinya menjadi bualan netizen, Nurulhidayah mencabar netizen untuk membuat laporan polis terhadapnya. Malah sempa...