Skip to main content

7 lelaki mabuk mandi dalam tangki air di Skudai ditahan polis


Tujuh lelaki warga tempatan ditahan kerana menceroboh rumah pam air SAJ Ranhill di Jalan Mutiara Utama, Taman Mutiara Rini 2 dekat Skudai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 22 sehingga 24 tahun itu ditahan sekitar 10.50 pagi setelah ditemui sedang mandi di dalam tangki air berkenaan dan disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Katanya, kejadian itu disedari berlaku ketika pekerja di bahagian rumah pam itu terdengar bunyi riuh rendah di atas tangki air kira-kira 10 pagi.

"Setelah membuat tinjauan dari bawah tangki, pekerja rumah pam berkenaan terlihat sekumpulan lelaki berkenaan mandi-manda di dalam tangki air, dalam keadaan disyaki mabuk.

"Kemudian saksi telah menghubungi pusat operasi untuk tindakan selanjutnya dan kira-kira 40 minit kemudian unit peronda SAJ Ranhill tiba dan menegur, selain menyoal siasat dan mengarahkan kesemua suspek untuk berkumpul, namun arahan itu tidak diendahkan," katanya menerusi kenyataan, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua suspek ditahan sebaik pihak polis tiba di lokasi kejadian dan didapati enam daripadanya tidak memiliki kad pengenalan.

"Menurut unit peronda SAJ Ranhill, kawasan tangki air tersebut telah diperiksa dan didapati tiada sebarang kehilangan ataupun kerosakan berlaku," katanya.

Beliau berkata permohonan tahanan reman akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Sumber: Bernama

Popular posts from this blog

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa?

Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang, wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebih 300,000 followers.  Walaupun akaun tersebut telah dinyahaktifkan, ada beberapa akaun lain yang menggunakan namanya dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk meraih followers dengan cara mudah. Pengendali akaun palsu berkenaan tanpa takut dengan dosa, memuat naik video wanita terbabit dengan caption yang sengaja mengundang kecaman.  Sementara itu semakan di Facebook, ada beberapa pihak memuat naik video menunjukkan wanita berkenaan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ketika melayani pelanggan yang datang ke premis perniagaannya.  Tidak kurang juga ada golongan isteri memberi 'teguran' kepada pasangan masing-masing agar tidak mengikut sebarang aktiviti konvoi permotoran kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan singgah di restoran tersebut semata...

“Lebih Teruk Dari Pelacur” – Wanita Dedah Muslimah Penggoda Yang Sering Mengganggu Rumahtangganya

Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua. Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya. Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman. Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluargaku. Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya. Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan as...