Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Kes Adib: 'Tiada suspek yang akan terlepas' - Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas hari ini menegaskan bahawa tiada yang akan terlepas apabila Jabatan Peguam Negara mendapat kertas siasatan daripada pihak polis setelah mereka (polis) mengenal pasti suspek yang terlibat dengan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau berkata kertas siasatan itu akan diteliti dengan berhati-hati dan secara profesional. “Orang ramai harus diberikan jaminan bahawa pejabat Pendakwa Raya mengambil serius tanggungjawabnya di bawah undang-undang. Ini ialah janji kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau juga berkata terdapat banyak spekulasi yang kebanyakannya memberikan maklumat yang salah berhubung langkah yang perlu diambil oleh pelbagai agensi kerajaan berikutan keputusan Koroner Rofiah Mohamad pada penghujung inkues yang dijalankan ke atas kematian tragis Muhammad Adib. Tommy berkata Koroner telah memutuskan bahawa dua atau tiga individu telah mengakibatkan kematian Adib dan mengarahkan pihak polis unt...

'Orang tu ambik rantai Kakngah' - Budak diragut ketika berkunjung ke Jom Heboh Batu Kawan

Malang tak berbau, seorang kanak-kanak perempuan diragut oleh dua wanita berbadan gempal ketika berkunjung ke Jom Heboh di Batu Kawan baru-baru ini.  Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, ibu mangsa, Siti Haryani, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya, Anelia, selepas mendapati kanak-kanak itu menangis.  KEJADIAN hitam di Jom Heboh Batu Kawan yang kami takkan lupakan sampai bila-bila. 29 September, Ahad, hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tetapi sebaliknya yang berlaku.  Rantai leher Anelia diragut di Jom Heboh. Baru saja kami sampai di sana, masa tu tengah jalan di bahagian orang jual barang satu beg RM10. Ada Jacker, Zess apa semua tu.  Sedar-sedar Anelia menangis. Bila ditanya dia jawab,  "Orang tu ambil rantai Kakngah"  Baru perasan tengok di lehernya tak ada rantai dah. Merah, habis leher dia mengalami kesan rantai ditarik. Ya Allah, kesian anak aku.  Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa ...

Kahwin 2 serentak, pasangan poligami dipanggil menghadap JHEAINS

Susulan viral gambar lelaki kahwin dua gadis pilihannya di media sosial, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) meminta pasangan itu tampil ke pejabat untuk melengkapkan prosedur perkahwinan mereka.  Pegawai JHEAINS Daerah Semporna, Jamaluddin Dasi berkata, pihaknya bersedia membantu pasangan poligami itu termasuk menyelesaikan isu 'kahwin kampung' sekiranya pengantin terbabit menggunakan jurunikah yang tidak bertauliah semasa proses pernikahan.  Perkahwinan pasangan poligami itu hanya dianggap sah mengikut undang-undang syariah negeri dan didaftarkan jika mereka menggunakan jurunikah bertauliah yang dilantik oleh JHEAINS, selain mematuhi prosedur ditetapkan termasuk berkaitan permohonan berpoligami.  Difahamkan, JHEAINS mengetahui perkahwinan itu selepas ia viral di media sosial, lalu membuat keputusan untuk menjalankan siasatan kerana sebelum ini belum pernah ada kes perkahwinan seperti itu dibawa ke pihak JHEAINS.  JHEAINS juga telah pergi ...

Gadis maut akibat letupan handphone yang dibiarkan dicas semalaman

Seorang pelajar perempuan meninggal dunia selepas telefon bimbitnya yang sedang dicas di sebelah bantalnya meletup ketika dia tidur.  Alua Asetkyzy Abzalbek, 14, sebelum itu mendengar muzik di sambil berbaring di bilik rumahnya di Bastobe, Kazakhstan.  Pada keesokan paginya, Alua ditemui mati dengan telefon bimbitnya yang meletup.  Menurut polis, telefon bimbit mangsa masih dipasang pada soket dan dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala akibat letupan itu yang menjadi punca kematiannya.  Pada masa kejadian, ahli keluarga menghubungi paramedik untuk mendapatkan bantuan, kemudian mengesahkan remaja itu telah meninggal dunia.  Pakar Forensik turut mengesahkan telefon bimbit itu meletup pada awal pagi hari kejadian akibat terlebih cas yang menyebabkan baterinya panas lalu meletup.  Kematian mangsa dianggap sebagai kemalangan dan polis tidka mendedahkan jenama telefon bimbit yang dimiliki oleh mangsa.  Alua dan Ayazhan "Sa...

(Video) 'Dik, tandas kat mana ye?' - Wanita alami kerugian, barang kemas disamun selepas dipukau di pasar raya

Seorang wanita mengalami kerugian apabila barang kemasnya dirembat oleh dua wanita yang tidak dikenali ketika membeli barang di pasar raya.  Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari 25 September lalu di pasar raya Hero di Bandar Sri Permaisuri, mangsa didatangi dua suspek yang berpura-pura bertanyakan di mana tandas.  "Sambil bertanya, salah seorang menepuk bahu kawan saya. Dalam keadaan separuh sedar, selepas dia menepuk bahu kawan saya, dia meminta kawan saya menyerahkan tiga bentuk cincin, rantai leher dan wang kepada dia.  "Selepas mangsa memberikan semua barangan itu, dia membawa kawan saya keluar dari pasar raya itu menuju ke keretanya. Di dalam kereta itu ada seorang lelaki yang menunggu.  "Kawan saya disuruh masuk ke dalam kereta. Dia (suspek) minta handphone kawan saya tetapi memandangkan handphone kawan saya tak berapa nak elok, dia tak mahu.  "Setelah itu dia meninggalkan kawan saya di lampu isyarat berhadapan Maybank B...

Gajah ditembak mati, 70 butir peluru ditemui dalam badannya

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lepas, sebagai satu pembunuhan kejam dan hasil bedah siasat mendapati lebih kurang 70 peluru ditemukan dalam badan haiwan itu. Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, banyak peluru ditemukan dalam badan gajah betina itu sekali gus memberi bayangan keadaan gajah tersebut bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api. "Banyak peluru ada di badan gajah itu dan kita boleh bayangkan keadaan gajah waktu kena tembak... dalam keadaan kesakitan tetapi mungkin tidak mati dan mungkin sebab itu banyak tembakan dibuat (pemburu haram)," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Bagaimanapun, Augustine tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian gajah sekali gus mengumpul bukti kukuh untuk membolehkan pihak tidak bertanggungjawab melakukan...

Gangguan bekalan air di Seremban, 8 Oktober

8 Oktober depan, beberapa kawasan di Seremban dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama satu hari berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di dua loji rawatan air (LRA).  Gangguan bekalan air itu akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 pagi keesokannya.  Kerja penyelenggaraan loji di LRA Ngoi-Ngoi di pantai, di Seremban akan menyebabkan  beberapa kawasan terjejas pada hari tersebut antaranya di Mantin, Nilai, Lenggeng, Brogra Pajam, Citra Hill Fasa 1 dan 2 serta Sendayan.  Bagi penyelenggaraan loji di LRA Gemas Baru, Tampin, kawasan yang terjejas adalah Kem Tentera Syed Sirajuddin, Air Kuning dan beberapa kawasan di Gemas.  Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan menghantar lori tangki ke kawasan terjejas selain menempatkan tangki statik sekiranya gangguan itu melebihi 24 jam.  Bekalan air akan disambungkan semula selepas 24 jam dan dijangka pulih secara berperingkat. Namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempo...

(Video) Sumbat hampir 10 ekor kucing dalam guni untuk dipos

Viral di media sosial klip video yang mendakwa beberapa ekor kucing disumbat dalam guni dan dipos oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) berkata, hampir sepuluh ekor kucing dikesan berada dalam guni tersebut untuk dipos kepada penerimanya.  Namun, pihak MAA berharap syarikat pos berkenaan dapat mengesahkan kejadian itu dan sekiranya benar berlaku, satu laporan akan dibuat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk melakukan siasatan.  "Kedua-dua pengirim dan penerima juga perlu disiasat dan didakwa atas tindakan zalim yang dilakukan.  "Pengeposan haiwan hidup dengan cara zalim sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan sebelum ini dua ekor ular sawa juga ditemui dalam kotak pengeposan oleh kakitangan sebuah syarikat pos di Malaysia," kata MAA.  Pihak MAA masih menunggu jawapan dari pihak pos berkenaan berhubung insiden itu.  Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Liat bayar 116 saman trafik, akhirnya lelaki Singapura ini terciduk, kena bayar RM28,000

Oleh kerana tiada pilihan lain, seorang lelaki warga Singapura yang ditahan kerana memiliki 116 saman trafik akhirnya akur dan terpaksa membayar saman tersebut yang berjumlah RM28,000.  Lelaki berusia 60-an itu yang memandu kereta Mercedes, ditahan di Muziam Tokong, Jalan Lingakaran kira-kira jam 4 petang dalamm Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing Ke-X (OSTWA 10) di Johor Bahru, petang Sabtu.  Lelaki terbabit antara 3,000 saman warga Singapura yang berjaya dikesan dalam operasi tiga hari di lokasi strategik di pintu keluar negara ini.  Bermula 1 Oktober ini, pesalah trafik Singapura yang disaman termasuk mempunyai saman tertunggak wajib menjelaskan bayaran saman berkenaan.  Sumber: Harian Metro

'Hati-hati park kereta di area Jeti Syahbandar, paip tangki minyak kena potong' - Mangsa

Seorang pemilik kereta mengalami kerugian RM250 akibat perbuatan khianat individu yang tidak bertanggungjawab mencuri petrol keretanya.  Menurut pengadu, Sofia Delaila, kejadian berlaku sekitar 31 Ogos -2 September dan hanya menyedari kebocoran pada paip ke tangki minyak minggu ini ketika dia sedang mengisi minyak.  "Kejadian berlaku 31/8 - 2/9 tapi minggu ini baru sedar bila minyak melimpah-limpah semasa mengisi minyak.  "Kepada sesiapa yang ada plan nak pergi ke Pulau Redang, berhati-hati apabila parking di area Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Walaupun berbayar RM30/sehari, ada pak guard jaga, malam-malam orang round, masih ada orang buat khianat.  "Paip ke tangki minyak kena potong (bawah kereta) sebab orang nak curi minyak petrol kereta.  "Nissan Service Centre kata, ini kes keenam yang diorang dengar dan semua kereta parking di tempat yang sama. Jadi berhati-hatilah. Terbang RM250 untuk ganti benda setongkol itu.  "Ganti duit tak a...

Peserta maraton cemari lebuhraya DUKE dengan kulit pisang, botol & cawan

Baru-baru ini diadakan pertandingan larian (maraton) dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).  Kebiasaannya ramai yang berkongsikan gambar peserta berlari dan meraih pingat selepas tamat pertandingan, namun berbeza pula dengan gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Chelsea, menunjukkan sikap segelintir peserta.  Menurut Chelsea, gambar yang menunjukkan kulit pisang, botol dan bekas air minuman dibuang merata-rata di tepi jalan itu dirakam di lebuhraya DUKE.  "Para peserta gigih nak menamatkan larian tetapi tak reti nak buang sampah dengan betul," tulisnya.  Walaupun ramai yang menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab itu, ada segelintir netizen menegaskan sampah-sarap itu adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk bersihkan dan peserta tidak bersalah dalam hal ini.  "Penganjur pertandingan mesti ada sediakan perkhidmatan pembersihan untuk trek maraton. Mustahil untuk peserta...

Senyum besar dapat kahwin dua serentak

Viral di media sosial mengenai seorang lelaki berkahwin dengan dua wanita secara serentak untuk hidup berpoligami.  Gambar-gambar persandingan mereka yang dimuat naik oleh sepupu pengantin lelaki, Jimmy Jim, mengundang pelbagai reaksi netizen yang.  "Selamat pengantin baru, pecah rekod keluarga. Sekali kahwin terus dua bini. Tahniah sepupuku. Apa bilang P. Ramlee, jarang-jarang," tulisnya di Facebook.  Difahamkan, majlis perkahwinan itu berlangsung pada 27 September lalu di Kampung Pukas, Semporna, Sabah.  Pengantin lelaki itu sebelum ini sudah bertunang dengan seorang daripada gadis terbabit di Kota Kinabalu sebelum mengenali dan bercinta pula dengan seorang lagi gadis ketika berpindah tempat kerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.  Gadis berkenaan mengajak lelaki itu untuk berkahwinan dan dalam pada masa yang sama, tunangnya turut menggesanya berbuat perkara yang sama sebelum kedua-dua gadis itu berkahwin serentak d...

Gagal siapkan kerja sekolah, guru 'stapler' telinga murid sampai berdarah

Seorang murid sekolah di Likas, Sabah, telinga kirinya diketip dengan dawai kokot (stapler) oleh guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberikan.  Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa, Amir Shafuan Bahram (Tahun Empat) itu mengalami pendarahan di telinga kerana tindakan melampau guru terbabit.  Amir dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk mendapatkan rawatan dan keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.  Ibunya, Shuaila Madidy, 32, hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh kakaknya ketika mengambil mangsa yang baru keluar dari sekolah pada jam 11.30 pagi.  "Saya ada tanya dia kenapa menangis, tetapi dia hanya jawab tiada apa-apa. Namun saya terkejut melihat ada tompokan darah pada baju sekolah sebelum kakak saya memberitahu bahawa telinga anak saya diketip dengan dawai kokot oleh guru di sekolah berkenaan.  "Saya kemudian membawa Amir menemui guru terbabit dan bertanya mengapa dia bertind...

7 lelaki mabuk mandi dalam tangki air di Skudai ditahan polis

Tujuh lelaki warga tempatan ditahan kerana menceroboh rumah pam air SAJ Ranhill di Jalan Mutiara Utama, Taman Mutiara Rini 2 dekat Skudai, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 22 sehingga 24 tahun itu ditahan sekitar 10.50 pagi setelah ditemui sedang mandi di dalam tangki air berkenaan dan disyaki berada dalam keadaan mabuk. Katanya, kejadian itu disedari berlaku ketika pekerja di bahagian rumah pam itu terdengar bunyi riuh rendah di atas tangki air kira-kira 10 pagi. "Setelah membuat tinjauan dari bawah tangki, pekerja rumah pam berkenaan terlihat sekumpulan lelaki berkenaan mandi-manda di dalam tangki air, dalam keadaan disyaki mabuk. "Kemudian saksi telah menghubungi pusat operasi untuk tindakan selanjutnya dan kira-kira 40 minit kemudian unit peronda SAJ Ranhill tiba dan menegur, selain menyoal siasat dan mengarahkan kesemua suspek untuk berkumpul, namun arahan itu tidak diend...

Putrajaya, Petaling, Sepang, Kuala Langat & Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan tugas sepenuh selepas Unit Pasukan Pemantau Sungai Air Selangor (PASKAL) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan pencemaran bau dengan bacaan lima ton di sumber air mentah Sungai Semenyih hari ini.  Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, insiden itu merupakan kali keempat pada tahun ini yang menyebabkan loji utama terpaksa dihenti tugas dan meyebabkan gangguan bekalan air.  "PASKAL dan LUAS berjaya mengesan pencemaran yang berpunca dari Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Mahkota dna meminta pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan pencemaran ini," katanya.  Ekoran itu, sebanyak 204 kawasan yang membabitkan 372,031 akaun pelanggan di WIlayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.  Tempoh masa gangguan bekalan air itu ...

(Video) Kereta last minit tukar lorong dirempuh penunggang motosikal sehingga melambung

Seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada jam 6.41 petang semalam di Lebuhraya Sungai Besi. Kejadian itu sempat dirakam dashcam kereta yang berada di belakang yang menunjukkan mangsa melambung selepas merempuh kenderaan itu.  Berdasarkan video kejadian berdurasi 23 saat itu, kereta terbabit pada awalnya berada di lorong tengah sebelum masuk ke lorong ketiga yang dipercayai mahu masuk ke lorong Smart. Mangsa yang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta itu dan melambung ke atas kereta itu. Berdasarkan impak pelanggaran itu, bahagian belakang kereta tersebut hancur teruk.  Tidak diketahui apa nasib mangsa tetapi netizen berpendapat pemandu kereta itu sepatutnya memeriksa keadaan di lorong kanan sebelum masuk.  "Kereta tu yang bersalah. Dalam video sudah jelas arrow lorong kereta itu hanya boleh terus sahaja. Tidak boleh masuk susur ke kanan. Hanya arah lorong motosikal mangsa sahaja boleh masuk ke susur ka...

Awas! Scammer hantar 'surat mahkamah' untuk perdaya mangsa

Pelbagai taktik baru digunakan golongan yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang haram dari mereka yang mudah terperdaya.  Jika sebelum ini, mereka menggunakan taktik panggilan telefon dan mengaku kononnya mereka dari mahkamah atau balai polis, kini mereka menukar taktik dengan menghantar surat kepada mangsa.  Baru-baru ini, Haqiem Norazlan berkongsi gambar surat yang diterima dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya, yang meminta dia memberi kerjasama dalam siasatan kes jenayah.  Awas, scammer dah guna cara baru dah, hantar surat terus... Mohon berwaspada dan berhati-hati... 😱 pic.twitter.com/MakZGSALzH — حكيم نورزلن (@haqiem_norazlan) September 27, 2019 Kandungan surat itu menyatakan mahkamah telah mengeluarkan perintah penangkapan dan pembekuan aset-aset. Selain itu, meminta dia merahsiakan kes jenayah tersebut agar tidak menganggu siasatan polis. Mujur penerima surat itu tidak terperdaya kerana terdapat beberapa...

'Sesak nafas, jantung berhenti berdegup 2 kali' - Pelajar nyaris mati kerana terlalu malas berjalan

Seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun di Zhejiang, China hampir mati kerana gaya hidupnya yang tidak aktif yang memberi pengajaran buat dirinya untuk berubah selepas ini.  Menurut laporan Sohu, pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Ah Wah, baring di katil asramanya pada jam 11 malam dan bermain dengan telefonnya.  Secara tiba-tiba dia terasa tekanan di bahagian dada membuatkan dia berasa lemas dan sukar bernafas.  Mangsa cuba bernafas dan mujur keadaannya itu disedari oleh rakan sebilik yang terus menghubungi ambulans.  Selepas 10 minit kemudian, ambulans tiba dan membawa Ah Wah (berat 90 kilogram) ke kenderaan itu. Paramedik cuba memberi rawatan awal tetapi Ah Wah tiba-tiba tidak sedarkan diri.  Apabila tiba di hospital, pasukan perubatan memberi bantuan pernafasan (CPR) selama 10 minit dan akhirnya jantung Ah Wah berdegup semula.  Ketika mereka mahu melakukan pemeriksaan bagi memastikan punca jantungnya berhenti berdegup, tetapi terkejut...

Bukan kes buli di Malaysia - PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video yang memaparkan kekerasan terhadap sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bilik, yang tular di laman sosial hari ini, tidak berlaku di negara ini. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata kejadian yang dirakam dalam video berdurasi 30 saat itu, berlaku di Indonesia yang dirakam pada sekitar tahun 2018. Terdahulu, polis telah mengesan satu video tular yang dikatakan mula dimuat naik menerusi sebuah laman Facebook, pada 24 Sept lepas. Video berkenaan memaparkan seorang remaja lelaki telah memukul, menendang, dan menampar sekumpulan remaja lelaki lain, di dalam sebuah bilik. Sumber: Bernama LAPORAN BERKAITAN (Video) 11 pelajar junior dipukul, ditampar, diterajang pelajar senior di asrama

9.1 juta isi rumah bakal guna meter pintar menjelang 2026 - TNB

Hampir setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi akan mendapat kemudahan untuk mengesan corak dan penggunaan tenaga elektrik menerusi Advance Metering Infrastructure (AMI) atau meter pintar. Ini berikutan rancangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memasang 9.1 juta meter pintar menjelang 2026 untuk memudah cara faedah AMI secara menyeluruh untuk pelanggannya, sebagaimana dimandatkan Suruhanjaya Tenaga. Pengarah Operasi Industri Suruhanjaya Tenaga, Roslee Esman berkata di bawah Tempoh Kawal-Atur 2 (RP2) dari 2018 hingga 2020, sejumlah 1.5 juta meter pintar dijadualkan dipasang di premis pelanggan di Melaka dan kawasan tertentu di Lembah Klang. Pada masa ini, beliau berkata hampir 300,000 meter pintar telah berjaya dipasang di Melaka di bawah RP2 Fasa 1 dalam 2018 sementara 1.2 juta lagi akan dipasang menjelang 2020 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya/Cyberjaya di bawah Fasa 2. "Kami menyokong sepenuhnya langkah ini, dan RM1.2 bilion akan dibelanjakan unt...