Skip to main content

'Kalau kereta rosak, nampak lelaki ni datang, jangan bagi dia towing' - Mangsa


Kecewa dikenakan caj harga mahal, lelaki ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika mahu menggunakan khidmat towing/baiki kereta di kawasan Sungai Petani. 

Menurut Alif Farhan, keretanya hanya mengalami kerosakan kecil sahaja, tetapi apabila diserahkan pada sebuah bengkel di Taman Emas Indah, Sungai Petani, Kedah, dia dikenakan caj yang tidak masuk akal. 

"Area Sungai Petani. Kalau kereta rosak atas highway atau di jalan biasa, nampak lelaki ini datang, jangan bagi dia towing. 

"Nanti dah sampai bengkel, mulalah rosak sana rosak sini. Pastu bagi harta tak masuk akal. Padahal yang rosak itu sikit saja," katanya. 



Sementara itu di media sosial, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama pernah ditipu oleh golongan yang bertuhankan duit haram ini. 


Walau bagaimanapun, ada netizen berkata, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga kerana masih ada pemilik bengkel yang benar-benar jujur dalam memberikan perkhidmatan mereka. 

"Area Sungai Petani ini ada banyak bengkel. Kena pandai pilih sebab kereta aku pernah rosak dan ada seorang uncle India ini datang tolong towing kereta aku, tak kena caj pun. Dia repair aku memang harga dia (sepupu aku mekanik juga, so aku memang discuss habis-habis pasal harga dengan dia). 

"Dia repair kereta aku okey sampai sekarang tak ada apa-apa masalah. First tu aku tak percaya juga sampai ayah aku datang tengok sendiri. Sekarang kereta memang kami repair di kedai uncle itu saja.

"Jangan disebabkan satu kedai yang buat perangai macam ni, tutup periuk nasi kedai orang lain. 

"Nama kedai tak ingat, tapi kedai dia berdekatan dengan traffic light simpang empat dekat hospital lama. Masuk lorong kecil dekat kuil sikit. Ini nombor telefon dia, 019-583612. Nama pun lupa, selalu panggil Uncle saja," kata Fara

Sumber: Alif Farhan

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...