Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Bayi 3 bulan cedera, kepala ditimpa buah durian

Seorang bayi lelaki mengalami kecederaan di kepala (kanan), telinga, pipi, dada dan tangan kiri akibat ditimpa buah durian.  Menurut Azizul Mohamad yang berkongsikan gambar itu di Facebook Group Gabungan Anak Terengganu (Original), mangsa baru berusia tiga bulan.  "Doakan semoga anak kepada kawan saya cepat sembuh dan kembali pulih. Mangsa terkena buah durian jatuh dari pokok. Allahuakhbar. "Baby baru berusia tiga bulan," katanya. Susulan viral gambar tersebut, tampil bapa kepada mangsa menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. "Yang tak tahu cerita sebenar, janganlah kecam tak tentu pasal. Cuba tanya dan doakan yang baik-baik. "Anak alhamdulillah petang ini dah boleh keluar wad. Luka kecil. Mana yang tak tahu tapi main hembus main cakap je, anda tanggung sendiri. Saya sentiasa memaafkan. "Isteri tinjau buah, anak dalam rumah nangis selak. Isteri ambil anak dan tinjau, dalam masa yang sama isteri dah dengar bunyi buah nak jatuh. Isteri dah ...

Perut terkoyak ditarik seat belt selepas kereta berpusing 7 kali

Seorang pelajar perempuan mendedahkan bagaimana tali pinggang keledar membelah perutnya seperti pisau selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.  Gina Arnold dari Michigan, hilang kawalan ketika memandu menyebabkan keretanya berpusing sebanyak tujuh kali sebelum menghentam sebatang pokok dalam kejadian Oktober 2017.  Gina mendakwa, badannya hampir terputus dua ekoran tekanan dari tali pinggang keledar yang menariknya ke belakang sehingga menyebabkan perutnya terkoyak.  Gadis berusia 22 tahun itu tidak begitu mengingati apa yang terjadi selepas itu dia disahkan koma serta terpaksa menghabiskan masa selama tiga bulan di hospital.  Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih hidup tetapi masih belum pulih sepenuhnya dan doktor memberi amaran yang dia tidak dapat melompat.  "Mereka kata perutnya bagaikan dibelah dengan pisau oleh seat belt. Walaupun seat belt itu menyelamatkan nyawa saya, tetapi ia juga menyebabkan kecederaan dan mengoyakkan sepa...

(Video) 44 cedera dilanda ombak tsunami di taman teman air selepas mesin tiba-tiba rosak

Seramai 44 pelancong cedera selepas dilanda 'ombak tsunami' di taman hiburan air di China, lapor South China Morning Post (SCMP).  Dalam kejadian yang berlaku di Yulong Shuiyun Water Amusement Park di Longjing, berhampiran sempadan Korea Utara, lima mangsa masih dirawat di hospital kerana tulang rusuk retak. Namun keadaan mereka stabil.  "Siasatan awal mendapati, insiden itu berlaku berpunca dari litar pintas yang menyebabkan peralatan elektronik di dalam bilik kawalan, rosak lalu menyebabkan ombak tsunami menjadi terlalu besar sehingga mencederakan orang ramai," kata sumber.  Ekoran kejadian itu, taman tersebut ditutup dan siasatan sedang dijalankan.  Klip video viral menunjukkan ombak tiba-tiba menjadi besar lalu menghentam semua mangsa termasuk kanak-kanak.  Pada Selasa lalu, pekerja taman itu berkata, kemalangan itu berpunca dari mesin yang rosak dan menolak dakwaan ramai kononnya pekerja di situ tidak tidak mengawal bilik kawalan dengan baik...

'Hentikan trend menu makanan pedas, ia tidak bagus untuk kesihatan' - Doktor

Trend makan makanan pedas kini semakin menjadi-jadi. Bermula dari mee segera dari luar negara, diikuti pula kedai atau restoran yang mahu menarik pelanggan lebih ramai dengan memperkenalkan menu pedas tak ingat dunia.  Namun, tidakkah anda sebagai pengguna terfikir bahawa trend ini boleh menjejaskan kesihatan jika pengambilan makanan pedas tidak dikawal?  Menurut Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, kerap makan makanan pedas adalah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia boleh menjejaskan penghadaman dan pencernaan. Bagaimana ia boleh berlaku? Baca penjelasan beliau: SAYA rasa dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau dan cabaran makan makanan pedas. Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan. Makanan pedas memang sedap dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya? Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di...

'Menu Ayam Goreng Extra Spicy 3X dibuat dari ramuan sebenar' - McDonald nafi menu barunya dibuat dari ramuan berbahaya

Susulan viral perkongsian seorang pengguna Facebook baru-baru ini yang mendakwa dirinya mengalami sakit perut luar biasa selepas memakan menu Ayam Goreng McD Extra Spicy 3X, pihak McDonald's telah memberi penjelasan.  Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Julai lalu, McDonald's Malaysia menafikan menu tersebut dibuat dari ramuan berbahaya.  "McDonald's Malaysia ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Ayam Goreng McD Extra Spicy dibuat dengan ramuan sebenar termasuk cili padi dan pelbagai rempah seperti capsicum dan lada hitam.  "Kami juga ingin menekankan bahawa tiada ramuan tiruan ditambah dalam menu tersebut.  "Kami memanggil menu itu tiga kali ganda lebih pedas kerana mahu menyerlah kepedasan menu tersebut kerana ia memang tiga kali ganda pedas dari Ayam Goreng McD yang biasa," kata kenyataan itu.  Justeru, McDonald's Malaysia menasihatkan pelanggan yang mahu mencuba menu tersebut berasaskan toleransi peribadi diri...

Sofi Jikan dipenjara setahun kerana guna dadah di IPD Petaling Jaya

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap pelakon Sofi Jakan selama 12 bulan atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu.  Keputusan itu dibuat Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.  "Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan," katanya.  Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.  Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelakon itu menangguh perlaksanaan hukuman sementara peguamnya memfailkan rayuan.  13 Februari 2018, Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-90-carboxylic atau THC di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari 2018.  Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukk...

'Saya minta maaf kerana tak dapat jaga dia' - Ibu tinggalkan bayinya di pintu surau

Seorang bayi lelaki ditemui di sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh, semalam, bersama dengan sekeping nota.  Bayi itu ditemui oleh kariah surau berkenaan pada jam 6 pagi dalam keadaan berpakaian dan diselimuti kain pelikat di pintu masuk surau.  "Assalamualaikum. Muhammad Farooq Aiman. Lahir pada 29 Julai 2019 pada jam 4.48 petang.  "Tolong jaga atau letakkan dia di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia. Terima kasih," demikian pesanan terakhir ibunya pada nota yang disertakan.  Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati bayi berusia sehari itu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tali pusatnya juga telah dipotong.  "Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.  "Pemeriksaan di tempat kejadian dapati, tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.  Sumber: Ha...

18 penuntut UPNM diperintah bela diri, seorang dibebaskan

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah, memerintah 18 penuntut UPNM membela diri dalam kes kematian Zulfarhan Osman, dua tahun lalu.  Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.  Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23, yang dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.  Lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Zulfarhan. Manakala, Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa.  Keenam-enam tertuduh bersama 12 penuntut lain turut diarahkan membela diri atas pertuduhan dengan senjaga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerahnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.  Bagaimanapun, tiga...

Nasib 19 penuntut UPNM sama ada perlu bela diri atau dibebaskan, akan ditentukan hari ini

Nasib 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sama ada perlu membela diri atau dibebaskan, akan diketahui hari ini.  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah dijangka akan membuat keputusan itu selepas selesai mendengar keterangan 29 saksi pendakwaan dalam perbicaraan yang bermula sejak Januari 2018.  Pada 10 November 2017, enam daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd ALi, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM di antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 24 Mei 2017.  Kesemua tertuduh bersuai 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.  Selain itu, mereka bersama 13 lagi tertuduh lain turut didakwa...

Budak tusuk kemaluannya dengan jarum akupuntur agar tidak tertidur ketika siapkan kerja sekolah tetapi terima akibat

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di utara barat China terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia memasukkan jarum akupuntur (4 inci) ke dalam zakarnya.  Mangsa dikejarkan ke hospital pada awal pagi Jumaat lalu selepas ibunya menyedari mangsa mengalami kesukaran untuk berjalan.  Mangsa, Xiaolong, kemudian memberitahu ibunya yang dia cuba mengelakkan dirinya dari tertidur ketika menyiapkan kerja sekolah dengan memasukkan jarum tersebut ke dalam zakarnya.  Mangsa terpaksa menahan kesakitan itu selama 15 jam sebelum dibawa ke hospital, kerana malu mahu memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya.  Akibat dari perbuatannya itu, mangsa mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. "Dia berisiko untuk terkena jangkitan atau pendarahan. Jika jarum itu dikeluarkan, ia akan menjejaskan saluran air kencingnya," kata doktor pakar urologi.  Sementara itu ibunya, Li menyedari anaknya berjalan terlalu perlahan dan meminta mangsa berjalan ce...

Padam akaun FB selepas komen minta YDPA cepat mati dikecam netizen

Biadab! Netizen berang dengan tindakan kurang ajar seorang lelaki berasal dari Indonesia yang memuat naik komen "Cepat mati yaa" yang ditujukan kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang baru ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Suspek, Al Azami, berasal dari Pamekasan, Indonesia melakukan perbuatan itu ketika siaran langsung istiadat pertabalan YDPA ke-16 di Facebook yang disiarkan media tempatan.  Tindakannya itu mengundang kemarahan netizen yang kemudian sempat screenshot segala maklumat Facebooknya sebelum suspek bertindak menyah-aktifkan akaun Facebooknya setelah menyedari dirinya dikecam teruk.  Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek atas tuduhan menghina dan memuat naik komen yang jelik dengan sengaja menyakitkan hati.  

'Tergamak kau potong mulut anjing!'

"Hina sangat ke anjing ni dekat mata manusia? Tergamak kau potong dulut dia. Macam mana dia nak makan? Kalau dia ada anak kecil, macam mana dia nak bagi anak-anak dia makan?  "Ya Allah, dunia ni makin kejam ya Allah. Kau turunkan bala kepada manusia yang aniaya haiwan-haiwan di muka bumi ini," demikian kata netizen yang berang dengan perbuatan kejam individu menganiaya seekor anjing. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Sabah baru-baru ini dan Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan sebuah skuter bernilai RM9,500 kepada individu atau saksi yang dapat mengenalpasti suspek yang melakukan perbuatan kejam itu.  Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya tidak dapat campur tangan berikutan Sabah dan Sarawak mempunyai enakmen negeri masing-masing. Justeru, pihaknya menggesa mana-mana pertubuhan bukan badan kerajaan (NGO) di Sabah mengambil tindakan tegas terhadap suspek.  Menurut Arie, anjing itu kini di bawah perlindungan sebuah pertubuhan hai...

(Video) Polis buru lelaki makan kucing hidup-hidup

Baru-baru ini viral video di media sosial seorang lelaki memakan seekor kucing hidup-hidup menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen.  Dalam video tersebut, lelaki bertopi itu memakan kucing tersebut di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di Kemayoran, Jakarta Pusat.  "Adakah anda mengenali lelaki dalam video ini? Dia makan seekor kucing hidup-hidup dan kejadian berlaku di Pasar Kemayoran, Jakarta Pusat. Tolong bantu mengenal pasti lelaki dalam video ini agar tindakan lanjut dalam diambil..." kapsyen Facebook PutarVideo.  Ketua Polis Kemayoran, Syaiful Anwar mengambil maklum mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang mengesan lelaki terbabit.  "Sehingga saat ini, polis belum menemui individu terbabit dan sedang berusaha mengenalpasti identiti suspek. "Suspek akan ditahan dan disoalsiasat mengenai motif dia berbuat demikian sama ada dia stress atau sengaja berbuat demikian," katanya.  Polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami ga...

'Tolong, gigi gear tersangkat di anu'

20 minit, itulah tempoh bagi pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Krai untuk mengeluarkan gigi gear yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki.  Ketua BBP Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang dari seorang lelaki di Sungai Durian.  Tiga pegawai bersama lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.  Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati gigi gear terlekat di kemaluan mangsa, lalu dibawa ke Hospital Kuala Krai.  Dengan kerjasama pihak hospital, bomba berjaya mengeluarkan gear tersebut menggunakan alat pemotong khas.  Mangsa berusia 34 tahun tidak mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang.  Sumber: Harian Metro

Anjing diracun sampai mati oleh pencuri durian Musang King

Baru-baru ini seorang pemilik kebun durian di Perak mengambil keputusan untuk menggunakan anjing bagi menjaga kebunnya dari diceroboh pencuri berikutan durian Musang King dan Durian Kampung miliknya selalu dicuri.  Malangnya, bukan sahaja duriannya dicuri, malah anjingnya turut diracun sampai mati.  Pemilik kebun itu sedih dengan kejadian itu dan dalam masa sama tidak dapat mencari anjing-anjing yang lain untuk menjaga kebunnya dalam masa yang begitu singkat.  "Ketika musim durian, semua ahli keluarga saya akan menjaga kebun durian ini setiap malam bagi mengelakkan buahnya dicuri," katanya.  Sebelum ini hanya dia sahaja yang menjaga kebun tersebut. Tetapi malangnya pencuri terbabit datang mengambil hasil tanamannya ketika dia pulang untuk tidur di rumah.  Menurutnya, sebiji durian Musang King bernilai RM50 dan jika 10 biji Musang King dicuri, dia mengalami kerugian RM500.  "Pokok durian ini hanya berbuah dua kali setahun. Jika kami gagal menja...

'Kalau kereta rosak, nampak lelaki ni datang, jangan bagi dia towing' - Mangsa

Kecewa dikenakan caj harga mahal, lelaki ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika mahu menggunakan khidmat towing/baiki kereta di kawasan Sungai Petani.  Menurut Alif Farhan, keretanya hanya mengalami kerosakan kecil sahaja, tetapi apabila diserahkan pada sebuah bengkel di Taman Emas Indah, Sungai Petani, Kedah, dia dikenakan caj yang tidak masuk akal.  "Area Sungai Petani. Kalau kereta rosak atas highway atau di jalan biasa, nampak lelaki ini datang, jangan bagi dia towing.  "Nanti dah sampai bengkel, mulalah rosak sana rosak sini. Pastu bagi harta tak masuk akal. Padahal yang rosak itu sikit saja," katanya.  Area sungai petani.. kalau kereta rosak atas highway or kat jalan.. nampak keling ni mai.. jangan la bagi dia towing.. nanti dah sampai bengkel mula la rosak sana rosak sini pastu bagi harga tak masuk akal.. padahal yang rosak tu sikit ja.. pic.twitter.com/pWP2xP9Sfz — af (@aliffarhan_af) July 26, 2019 Sementara itu di media sosial, ...

Budak maut selepas rakan masukkan muncung pengepam angin di dubur dan pam perutnya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di India maut selepas rakannya memasukkan muncung pengepam angin ke dalam duburnya, lalu mengepam perutnya penuh dengan angin.  Sehari sebelum kejadian itu, Kanha Yadav sedang bermain di kilang tempat kerja bapanya di Madhya Pradesh.  Bapa mangsa, Ramchandra berkata, dua anak kepada rakan sekerjanya membawa Kanha pulang ke rumah dengan kesan lebam di bahagian perut.  Kanha terus dibawa ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.  Inspektor Sanjay Shukla berkata, "bapa mangsa bekerja di kilang dan tinggal bersama keluarganya di premis itu.  "Siasatan mendapati, rakan mangsa memasukkan muncung pengepam angin ke dubur mangsa ketika bermain dan mengepam angin masuk ke dalam perut mangsa.  "Mayat mangsa dihantar untuk dibedah siasat dan punca kematian akan dimaklumkan kelak," katanya.  Sumber: Daily Mail

'Maafkan saya, minta rujuk segala pertanyaan kepada pengurus' - Syafie Naswip enggan komen dakwaan belasah bekas tunang

Berang dengan bekas tunang meminta dia memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, pelakon lelaki membelasah wanita itu pada 26 Jun lalu, ditahan polis.  Ketua Polis Serdang, Asisten Komisionr Ismadi berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada jam 9 pagi pada hari kejadian.  Mangsa yang juga merupakan pelakon mendakwa dia dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memakinya.  Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang itu dengan kenalannya.  Bengang dengan permintaan itu, suspek mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.  Mangsa ada mengambil gambar tetapi dipadamkan suspek secara senyap selain diugut oleh suspek.  Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu...

Adik pukul abang kerana biadap dengan ibu, namun maut di tangan abang

Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas dipukul abangnya dalam pergaduhan yang berlaku di hadapan kedai makan di Pengkalan Bharu, Pantai Remis, Manjung, semalam.  Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa, Hussain Mai Din, 35, maut di lokasi kejadian.  Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai terdengar abangnya bercakap kasar terhadap ibu mereka.  Difahamkan, suspek dan ibunya bertengkar mengenai bil elektrik kedai makan yang tertunggak. "Mangsa yang terdengar percakapan kasar si abang terhadap ibu, terus datang dan memukul lelaki berkenaan yang ketika itu sedang mengemas dapur kedai makan.  "Akibatnya, dua beradik itu bergaduh sehingga ke bahagian luar kedai sebelum mangsa ditemui terbaring dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.  "Ibu mangsa juga mengalami kecederaan ketika cuba meleraikan pergaduhan itu...