Skip to main content

'Wanita itu terus bangun, Ayah Lie terus tarik zip seluarnya ke atas - Kantoi berkhalwat dengan pelajar, pendakwah bebas didenda RM2,500


Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,500 terhadap seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai 'Ayah Lie' kerana berkhalwat dengan pelajarnya berusia 28 tahun di dalam kereta di Taman Pulau Warisan. 

Jika gagal menjelaskan denda tersebut, Ayah Lie, 53, akan berdepan dengan hukuman penjara selama tiga minggu. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas pendakwah yang berstatus duda itu mengaku bersalah kerana berkhalwat dengan pelajarnya di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Tambakan Taman Pulau Warisan, kira-kira jam 11.15 malam, 28 Oktober 2018. 

Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu juga mengaku bersalah di atas pertuduhan sama dikenakan denda RM2,000 dan jika gagal melunaskan denda itu, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara dua minggu. 

Semasa ditahan oleh anggota penguatkuasa, wanita terbabit berada di tempat pemandu dalam keadaan berbaring di atas paha Ayah Lie yang ketika itu berada di tempat duduk penumpang hadapan. 

Terkejut melihat kehadiran anggota penguatkuasa, wanita itu terus bangun, manakala Ayah Lie terus menarik zip seluarnya ke atas. 

Pasangan terbabit mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dan mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Azlan Md Noor dihadapan Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof.

Terdahulu, dalam penghakimannya, Mohd Fakhruddin meluahkan rasa kesalnya dengan perbuatan dilakukan tertuduh kerana dia merupakan seorang ulamak, yang mengajar kitab-kitab turath.

"Sepatutnya kamu lebih tahu tentang halal dan haram serta dosa dan pahala kerana kamu seorang yang disegani masyarakat dan antara tenaga pengajar agama tersohor di tempat kamu.

"Tetapi amat menyedihkan, kamu sanggup mengambil kesempatan ke atas pelajar sendiri yang ingin menuntut ilmu agama difahamkan disediakan secara percuma oleh kamu kononnya ingin menarik minat pemuda-pemudi di tempat kamu untuk belajar agama," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...