Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

(Video) 'Masa kena culik, kucing-kucing itu menjerit kesakitan' - 3 lelaki bersenjatakan parang rompak duit, 3 ekor kucing baka BSH & Persian

Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 3 penjenayah bersenjatakan parang merompak sebuah kedai kucing. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.10 petang Rabu, di premis Nekocatrus, Taman Melawati, sejumlah wang tunai dan tiga ekor kucing baka British Shorthair dan Parsi telah dilarikan.  Berdasarkan video kejadian, seorang kakitangan premis itu terdahulu cuba menahan pintu itu dari diceroboh tiga suspek memakai helmet bagi mengelakkan wajah mereka dicam oleh magsa.  Malangnya, pintu itu dapat ditolak dan dua kakitangan premis itu terus berlari ke bahagian belakang bagi mengelakkan diri dari dicederakan oleh salah seorang suspek yang bersenjatakan parang.  TOLONG VIRAL KAN !!!!! Rompakan bersenjata (parang) 3 penyamun tarbus bertarikh 30.01.2019 , merompak 2 ekor kucing berbaka british short hair (lilac@female) & persian (black@female) Lokasi: Nekocatrus Taman Melawati. Jika anda mempunya maklumat.. Sila adukan ke +012250286...

Remaja melahirkan bayi di usia 12 tahun rupanya dihamilkan oleh abang tirinya

Remaja perempuan yang melahirkan bayi pada usia 12 tahun rupa-rupanya telah dihamilkan oleh abang tirinya berusia 14 tahun, lapor Daily Mail .  Remaja perempuan itu melahirkan anak di rumahnya di Perth, sebelum dia dipindahkan ke King Edward Memorial Hospita dengan bayinya awal Januari 2019.  Remaja itu berkata, dia tidak tahu yang dirinya hamil sehinggalah dia melahirkan bayi itu di rumahnya.  "Polis sedang menjalankan siasatan. Ibu dan bayinya kini di bawah jagaan pusat kebajikan untuk sementara waktu," kata polis.  Difahamkan, suspek boleh dikenakan dakwaan melakukan aktiviti seksual kerana kedua-duanya masi hberada di bawah umur 16 tahun.  Sumber dari kerajaan pula berkata, situasi itu sangat kompleks dan menyedihkan, lebih-lebih keluarga remaja itu yang terkilan apabila mereka mendapat tahu remaja perempuan itu mengandung.

'You and mak you, dua-dua bodoh!' - Anak dakwa dia dan ibunya dimaki pelanggan yang tak reti bersabar

Viral di media sosial, seorang wanita mendakwa dia dan ibunya dimaki oleh pelanggan pasar raya yang tidak bersabar dengan mereka, hanya kerana perkara yang remeh.  Menurut  Komala Naidu , juruwang memaklumkan botol susu yang diambilnya tidak mempunyai barcode dan oleh itu tidak dapat diimbas dan dijual kepadanya. Komala kemudian diminta oleh ibunya untuk mengambol botol susu yang lain.  Sekembalinya Komala ke kaunter, dia melihat ibunya dimarahi oleh pelanggan wanita, yang juga turut melemparkan kata-kata bersifat perkauman.  ADA sesiapa yang dari Shah Alam mengenali wanita ini? Dia baru saja menyerang saya dengan melemparkan kata-kata rasis, malah mengata ibu saya bodoh di hadapan saya, hanya kerana perkara yang remeh. Dia juga menyerang saya menggunakan troli pasar raya. Saya akan buat laporan polis. Mohon bantu.  Sebelum itu, saya berada di kaunter pembayaran dan dia berada di belakang, menunggu gilirannya. Ibu saya ada mengambil sebotol susu tetap...

'Telah saya sampaikan teguran kepada dia melalui DM Instagram' - Respon Da'i Wan berhubung isu Aiman Banna

Soal @aimaanbanna, perkara pertama yang saya buat, Telah saya sampaikan teguran kepada dia melalui DM di Instagram. Telah saya berikan teguran yang jelas tentang penjagaan dalam bab posting apa-apa di media sosial. Belajar bezakan perkara yang “Perlu” atau “Kehendak” dalam menyampaikan sesuatu. Pendakwah perlu tahu matlamat postingnya dalam setiap hal kerana dalam diri seorang pendakwah, dia perlu tinggalkan apa-apa perkara yang sia-sia atau tidak bermanfaat. Dari diri dia, ada tanda-tanda kebaikan Islam yang perlu dijaga.  Saya juga turut pernah tegur secara terbuka dulu, sewaktu dia berani istinbatkan hukum agama dengan bawa satu hadith, bawa satu ayat Quran dan simpulkan pada satu-satu isu yang معاصرة.. Ia bukan displin ilmu seorang pelajar Fiqh. Dari situ kita sudah boleh tahu, dia bukan ahlinya.  Saya juga perlu 'adil, saya tidak akan sama dengan yang lain, kita perlu hargai sekecil-kecil kebaikan yang dibuat orang.  Saya hargai usaha dakwah @aimanban...

'Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin habiskan sisa hidupnya menceriakan kanak-kanak'

"Nobita, apa yang kau dah buat kat Doraemon?" demikian kapsyen pada gambar viral di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan individu yang memakai kostum watak animasi popular, duduk bersendirian di tepi pantai.  Bagi segelintir netizen, ia nampak lucu. Tetapi di sebaliknya, tiada siapa yang tahu beban yang ditanggung oleh individu berkenaan.  Menurut sumber, gambar itu dirakam di Teluk Cempedak, Kuantan, yang selalu hadir di kawasan itu untuk menghiburkan para pengunjung.  "Aku kenal orang di sebalik kostum Doraemon ini. Dia hanyalah seorang makcik tua yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidup dia menceriakan kanak-kanak.  "Sesiapa yang bergambar dengan dia itu, berilah RM1 atau mengikut seikhlas hati korang nak beri berapa pun.  "Kalau korang tengok muka dia, pasti korang akan teringat pada ibu korang. Kesian sangat dia," kata Teru Teru Bozu yang mendakwa mengenali individu berkenaan.  "Ni haa, seorang makcik mencari rezeki. Mulanya...

Dituduh mencuri buku warna, kanak-kanak dipukul dan ditampar sehingga patah gigi

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikurung dan ditampar pipinya hanya kerana didakwa mencuri buku mewarna dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di Sibu, Sarawak, pada 28 Januari 2019.  Menurut laporan Seehua, kakitangan wanita di premis itu mendakwa dia ternampak kanak-kanak itu mencuri buku mewarna lalu segera menangkapnya sebelum diserahkan kepada penyelianya yang sedang bertugas.  Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam lima petang dan kanak-kanak terbabit dibawa ke bilik stor di mana dia dipaksa menyapu lantai sebagai hukuman.  Apabila dia cuba melarikan diri, penyelia terbabit menampar mukanya dan menggunakan penyangkut baju untuk memukul mangsa sehingga giginya tercabut.  Tidak dijelaskan sama ada pihak pasar raya itu mempunyai bukti kukuh yang mendakwa kanak-kanak itu mencuri buku mewarna.  Selepas dua jam setengah, mangsa dibenarkan pulang dengan giginya yang patah, mata kiri dan kakinya lebam akibat dipukul.  ...

Minta bayaran lebih, janda dibunuh dan dicampak ke dalam sungai

Penemuan mayat seorang wanita berstatus janda, tidak memakai seluar di Pantai Paseban, mengejutkan para penduduk do Lumajang, Indonesia.  Dalam kejadian Jumaat 25 Januari 2019, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa memakai seluar, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak.  Hasil siasatan polis mendapati, ada dua suspek yang terlibat termasuk seorang remaja berusia 15 tahun dan kedua-dua suspek berjaya diberkas.  Ketua Polis Lumajang, Muhammad Arsal Sahban berkata, siasatan pihaknya mendapati, suspek, M. Syafii, 24, telah berjanji untuk berjumpa dengan mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengan bayaran 50,000 rupiah (RM14.55), yang mana sebelum ini mereka juga pernah melakukan perbuatan itu.  Suspek kemudian mengajak rakannya (remaja 15 tahun) untuk bertemu dengan mangsa di Kota Lumajang. Setelah berjumpa, Syafi'i membonceng mangsa dengan menggunakan motosikalnya, sementara motosikal mangsa ditunggang oleh rakan suspek, ke kawasan perkub...

Bayi 18 bulan maut tersembam dalam baldi berisi air

Bayi berusia 18 bulan ditemui maut tersembam dalam baldi berisi air di dalam tandas kediaman ibu bapanya. Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari semalam di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, mangsa, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi oleh ibu bapanya selepas mendapati mangsa tiada di tempat tidur di dalam bilik.  Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika pasangan suami isteri berkenaan sedang tidur selepas keletihan bekerja.  "Sebaik bapa mangsa bangun tidur kira-kira jam 12 tengah hari, dia terkejut apabila mendapati anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di tempat tidur, lalu mengejutkan isterinya berusia 47 tahun.  "Mereka kemudian mencari di serata rumah sebelum menemui bayi itu dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam baldi berisi air di dalam bili kair.  "Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian mengejarkan...

(Video) 'Tak serik...'

Sudah pernah berlaku kes kemalangan yang melibatkan golongan kanak-kanak atau remaja yang bermain basikal lajak di jalan raya. Namun, ia tidak membuatkan golongan ini serik dan semakin menjadi-jadi.  Dalam video viral yang baru dimuat naik Selasa lalu menunjukkan, dua remaja lelaki sedang bermain basikal lajak di jalan raya sambil dirakam oleh dua rakan mereka yang menunggang motosikal.  Pemandu kereta yang terserempak dengan sekumpulan remaja itu membunyikan hon berkali-kali dipercayai menyuruh mereka berhenti kerana bimbang dengan perbuatan mereka yang boleh membahayakan diri. Tetapi langsung tidak diendahkan, malah remaja itu tetap meneruskan aktiviti mereka.  "Kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, jangan salahkan orang (jika) terlanggar (anak anda). Salahkan diri sendiri mengapa tidak mengajar anak sendiri dan mengapa membenarkan anak anda buat hal sedemikian," kata David Yong yang memuat naik video itu di Facebook Group Klang Bandar Diraja.  Dif...

Lebih 40 netizen tampil mohon maaf kepada Linda Rafar kerana lempar komen keterlaluan

Semalam, penyanyi Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang menulis komen keterlaluan sehingga memburukkan dirinya dan keluarga berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam, Disember lalu.  Linda, 41, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial.  Linda menerusi peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula semalam.  "Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil," tegas Linda.  Penyanyi itu berharap, tindakan tegasnya itu akan memberi pengajaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya menulis komen berbaur fitnah dan mengaibkannya serta membuli orang lain di media sosia...

(Video) 'Kau tau abang aku sape? Mana lagi RM20,000?' - Polis siasat dakwaan anggota polis salahguna kuasa ugut orang awam

Viral di media sosial seorang lelaki yang dipercayai anggota polis mengugut dan menunjukkan pistolnya kepada seorang pemandu lori, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.  Berdasarkan video viral itu, suspek dengan biadabnya mengungkap kata-kata berunsur perkauman, meminta wang baki sebanyak RM20,000 dari RM50,000 dari mangsa dan jika tidak, adiknya yang berada di penjara akan menerima akibatnya.  Selain itu, suspek turut mengugut mahu mengancam keselamatan mangsa dan mendakwa abangnya merupakan pegawai narkotik Kulai.  Susulan viral video itu, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian itu.  Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video viral itu.  "Berikutan itu, kami akan menyiasat kejadian berkenaan kerana ia mencemarkan nama baik dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.  Siasatan menyeluruh akan dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil jika ada ...

(Video) 'Budak tanya soalan betul, dia gigih bagi jawapan sesat' - Netizen

"Budak tanya soalan betul, dia tak tahu apa-apa terus gigih bagi jawapan sesat. Ini yang MRSM nak?" demikian reaksi netizen, @myjoe_ berhubung dengan video seorang lelaki yang memberi penjelasan mengenai iluminati.  Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Aimaan Banna yang menjawab persoalan mengenai mengapa iluminati ada satu mata, katanya ada seorang lelaki bernama Ilum bertemu dengan seorang perempuan cantik bernama Nati. Menurutnya, Nati buta pengelihatan dan kerana kasihan melihat keadaannya itu, Ilum memberi sebelah matanya kepada Nati.  Budak tanya soalan betul, dia tak tahu apa2 terus gigih bagi jawapan sesat. Ini yang MRSM nak? iPhone = Dajal, Samsung = Syurga. Allahuakbar. pic.twitter.com/8Fnr6uWCYu — joe (@myjoe_) January 29, 2019 Perkongsian kisah olahannya sendiri itu membuatkan netizen berasa kesal kerana ia langsung tidak menjawab persoalan yang diberikan.  Menyedari klip video itu tular di media sosial dan dikritik ramai, Aimaan Banna tamp...

'Wanita itu terus bangun, Ayah Lie terus tarik zip seluarnya ke atas - Kantoi berkhalwat dengan pelajar, pendakwah bebas didenda RM2,500

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,500 terhadap seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai 'Ayah Lie' kerana berkhalwat dengan pelajarnya berusia 28 tahun di dalam kereta di Taman Pulau Warisan.  Jika gagal menjelaskan denda tersebut, Ayah Lie, 53, akan berdepan dengan hukuman penjara selama tiga minggu.  Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas pendakwah yang berstatus duda itu mengaku bersalah kerana berkhalwat dengan pelajarnya di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Tambakan Taman Pulau Warisan, kira-kira jam 11.15 malam, 28 Oktober 2018.  Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu juga mengaku bersalah di atas pertuduhan sama dikenakan denda RM2,000 dan jika gagal melunaskan denda itu, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara dua minggu.  Semasa ditahan oleh anggota penguatkuasa, wanita terbabit berada di tempat pemandu dalam keadaan berbaring di atas paha Ayah Lie yang ketika itu berada di te...

'Ada kesan hentakan benda keras di kepala mangsa wanita' - Pasangan pengantin baru maut dalam kebakaran

Seorang lelaki dan wanita maut dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, tengah hari Isnin, 28 Januari 2019.  Dalam kejadian jam 1.13 tengah hari itu, mangsa yang maut ditemui di atas katil sebuah bilik, manakala mangsa yang cedera iaitu seorang lelaki ditemui dalam bilik air.  Difahamkan, kedua-dua pasangan itu baru saja berkahwin dan bakal bersanding pada awal bulan depan. Ada pengguna Facebook yang tampil mengaku sebagai rakan sepejabat kedua-dua mangsa berkata, pasangan itu sudah bernikah tetapi belum ada kesempatan untuk melangsungkan majlis bersanding. Mangsa, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan isterinya, Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.  Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, penduduk yang cuba menyelamatkan mangsa gagal kerana jeriji pintu utama berkunci, sebelum pihak bomba tiba dan memecahka...

'Mak... nak susu....' - Di hujung katil, 'benda' itu memerhatikan dia...

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca. PADA malam pertama, kira-kira jam 1.45 pagi, saya meminta pembantu rumah saya mematikan lampu dan tidur. Dia tidak mendengar apa yang saya katakan dengan jelas, lalu dia pun datang ke arah saya dan bertanya, "Ma'am, bilang apa?". Dia berdiri di depan pintu bilik tidur saya, sambil saya mengulangi kata-kata tadi. Tiba-tiba Nurul (pembantu rumah) terus senyap dan tercegat.  "Kenapa Nurul?" soal saya.  "Ma'am, malam ini bisa saya tidur di bilik Ma'am?" kata Nurul.  "Boleh..." jawab saya.  Jadi, pada malam itu kami semua tidur di bilik saya, termasuk dengan anak-anak saya.  Pada keesokan harinya, saya bertanya kepada Nurul. "Kamu ada r...

'Dia belasah, kencing di muka dan bakar lengan saya' - Tak tahan 3 tahun didera, isteri nekad buat laporan polis terhadap suami

Seorang wanita nekad melarikan diri selepas tidak tahan dirinya sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga setiap hari dalam tempoh tiga tahun.  Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, 40, berkata, setiap hari dia sering disepak dan ditumbuk oleh suaminya, 39, penganggur, sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.  Selain dipukul dan ditumbuk, Sarah juga sering dimaki dan lelaki itu pernah mengugut mahu membunuhnya menyebabkan dia trauma untuk kembali ke rumahnya kerana tidak sanggup lagi mahu berdepan dengan suaminya yang psiko melakukan penderaan fizikal dan emosi terhadapnya.  "Seawal bulan pertama perkahwinan, dia menunjukkan sisi lain dirinya dari zaman bercinta apabila mula naik tangan memukul dan menumbuk sehingga menjejaskan prestasi kerja saya di pejabat.  "Saya bersabar dengan karenahnya kerana sayangkan perkahwinan kedua kami. Namun, ia bertambah buruk apabila dia dipecat kerja pada 2016 kerana dia 'banyak masa' untuk melepaskan gera...

7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik yang telah dikesan mengandungi racun berjadual.  Notifikasi produk-produk kosmetik yang terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk tersebut.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk yang disenaraikan itu mengandungi 'hydroquinone' dan 'tretinoin' adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional.  “Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. “Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan wa...