Skip to main content

'Tukar cadar bukan ehsan, memang kita kena buat' - Nurse swasta terangkan skop kerja nurse


Baru-baru ini, seorang pelakon meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai sikap sekumpulan jururawat di hospital kerajaan yang didakwa menampilkan sikap yang tidak sepatutnya apabila dia meminta bantuan ditukarkan cadar ibunya yang terkena najis.

Perkara itu juga berlarutan sehingga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Ramai yang meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Namun seorang jururawat dari hospital swasta ini pula mempunyai pendapatnya sendiri.

ISU kes Linda Rafar, saya terpanggil untuk membincangkan. Saya ada baca, ada orang kata tukar cadar dan cuci najis pesakit adalah ehsan. Kalau kita tak buat tak apa, tak termasuk dalam skop kerja. Anak-anak yang lebih bertanggungjawab. Korang rasa betul ke, tak masuk dalam skop kerja? 

Adakah saya seorang saja nurse yang membangkang perkara ini? Saya rasa, salah guys! Semua itu memang termasuk dalam skop kerja nurse. Saya adalah seorang jururawat swasta. Yes, sepatutnya anak-anak yang lebih berhak membuat perkara itu. Mestilah mak dan ayah nak kita yang buat, kan? Lebih selesa dan rasa aurat terjaga. 

Tapi.. tapi.. tapi.. Walaupun nurse tak cukup tangan, tak cukup masa, you as a nurse ada mulut, minta tolong bantu, minta masa. Saya tahu, tak cukup masa guys. Kencing dan berak pun ke mana, kena tahan. Saya tahu. Yang si anak pun, kalau cakap sekali kat nurse, nurse tak buat. Mungkin nurse lupa. Beritahu nurse semula. 

Sebab kadang-kadang nurse banyak benda nak settlekan. Sebab kerja nurse tak  boleh dibawa balik ke rumah dan kadang-kadang ada benda penting yang perlu diutamakan dari tukar cadar dan cuci najis pesakit. Buat yang utama dulu, kemudian barulah buat yang lain. Di sinilah peranan anak yang menjaga, bukan tengok saja. 

Tukar cadar bukan ehsan guys, tukar pampers bukan ehsan guys. Memang kita kena buat. Dah masuk hospital, nurse kena jaga. Nama pun nurse kan? Kalau ada anak tu, adalah satu extra helper untuk nurse sebab dapat membantu. Itu memang rutin kerja nurse. 

Saya tak tahu cerita sebenar Linda Rafar macam mana. Dengar dari viral-viral gitu. Saya cuma menerangkan skop kerja nurse dan saya memang confirm, tukar cadar, tukar pampers adalah kerja nurse bila sesiapa sahaja masuk hospital.

Ingat tu. Kalau tak, buat apa student dulu belajar? Buat apa kita buat jadual kerja? Setiap wad ada routine kan? Jam berapa kena buat itu ini. Yes, saya tak menangkan Linda Rafar tapi saya cuma nak beritahu skop kerja seorang jururawat. Tukar cadar adalah routine harian yang perlu dibuat, bukan ehsan. 

Nurse hospital kerajaan dan swasta sama saja. Saya pun tak sempurna, tetapi kritikal thinking la sikit. Tugas nurse apa? Tugas nurse adalah menjaga pesakit. Jangan benda yang salah, kita menangkan dan jangan benda yang kita, kita salahkan. 

#SayaSeorangJururawat
#DoneLuahPendapat


Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...