Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

6 lelaki belasah pemandu bas ekspres didenda RM2,000

Padah membelasah seorang pemandu bas ekspres di R&R Gambang arah timur minggu lalu, enam lelaki dijatuhkan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan selepas kesemua mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. Tertuduh Ahmad Mohamad Noor, 44, Muhammad Isamrudin Dollah, 34, Shahrizan Mohd Sham, 36, Haire Dollah, 40, Ahmad Kamaruddin Mohamad Noor, 41, dan Mohd Hapis Sukri Dollah, 36, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.  Berdasarkan pertuduhan, enam tertuduh dengan tujuan bersama mendatangkan kecederaan ke atas mangsa, Mohd Saifullakmal Abdul Rasid, 32, pada jam 1.30 pagi 24 Disember di kawasan tempat letak kereta R&R Gambang.  Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.  Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Inspektor P Prabu.  ...

'Rupanya dia cuba nak pegang aku!' - Gadis trauma naik LRT seorang diri, nyaris diraba lelaki gatal

"Lelaki sebelah ni pegang-pegang aku dalam LRT. Cover dengan bag, pastu tangan dia cam bodoh. Trauma sia. Cepatlah sampai.  "Lepas ambil gambar, tahu pula terus berdiri dan turun di stesen lain. Dasar tak ada otak," demikian tweet awal mangsa lelaki gatal dalam kejadian Sabtu lalu. Menceritakan semula kejadian itu, mangsa berkata dia pada awalnya sudha berasa pelik kerana sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam tren, dia terus duduk di sebelah mangsa. Sedangkan ada banyak lagi tempat kosong.  Suspek kemudian mengajak mangsa berborak dan bertanya di mana destinasi perhentian mangsa. "Sebelum dia duduk, bag pack ini memang aku letak atas riba sebab nak bagi tempat duduk kosong kepada orang lain. Selepas itu, lelaki ini siap suruh letak bag dekat side ini konon macam nak ada halal gap la dengan dia," katanya.  Namun, suspek sebenarnya mempunyai niat jahat dan menggunakan kesempatan itu untuk mencabul mangsa.  "Bila letak beg dekat side, senangla...

Konon nak malukan owner Axia Hijau, tapi terus delete tweet selepas disekolahkan netizen

Baru-baru ini seorang individu memuat naik gambar sebuah kereta Perodua Axia berwarna hijau diletakkan di pakir 'Green Vehicle' dengan cuba menunjukkan bahawa pemilik kenderaan itu kurang cerdik.  "Orang Malaysia memang kelakar," demikian kapsyen gambar tersebut.  Untuk pengetahuan semua, Green Vehicle atau kenderaan hijau adalah kenderaan mesra alam yang dikuasakan oleh tenaga elektrik atau bahan api alternatif selain dari petrol atau diesel. Kenderaan jenis ini lebih cekap dan kurang berbahaya kepada atmosfera.  Malangnya bagi individu yang memuat naik gambar tersebut menyangka dia buat kelakar kononnya pemilik kereta itu meletakkan keretanya di situ kerana keretanya berwarna hijau.  Netizen kemudian memaklumkan kepadanya bahawa Axia terletak dalam kategori kenderaan hijau dan merupakan kenderaan 'Energy Efficient Vehicle (EEV) pertama negara.  Malu dengan 'kecerdikannya' itu, individu terbabit terus memadamkan post tersebut.  Sumber: W...

'Dulu boleh dapat RM1,000, sekarang nak dapat RM500 pun susah' - Gara-gara insiden belasah pemandu bas ekspres, peniaga lain terkena tempias

Gara-gara tindakan sekumpulan lelaki membelasah seorang pemandu bas ekspres di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang baru-baru ini, ramai peniaga makanan di lokasi itu mengadu terkena tempias.  Niliyana Abdul Rahim, 43, berkata, keuntungan perniagaannya semakin merosot dipercayai diboikot pengguna Lebuhraya Pantai Timur ekoran insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu.  "Sebelum insiden itu, kami peniaga gerai makanan mampu menjana keuntungan RM1,000 sehari. Sekarang nak dapat RM500 pun susah.  "Sepatutnya cuti musim sekolah dna cuti hujung minggu ramai pengguna lebuh raya akan singgah. Tetapi disebabkan kes itu tular, kami menjadi mangsa," katanya yang sudah bekerja di kawasan R&R Arah barat sejak 13 tahun lalu.  Menurut Niliyana, walaupun insiden pergaduhan itu berlaku di kawasan R&R Gambang arah timur, kawasan perniagaannya turut terkena tempias dan sudah tidak melihat kelibat pemandu bas ekspres singgah di situ untuk membeli makanan mahupun ...

'Dia telah difitnah tanpa bukti kukuh' - Delegasi Jururawat buat kutipan derma untuk saman fitnah Linda Rafar

Susulan isu tukar cadar terkena najis yang dibangkitkan oleh pelakon, Linda Rafar, tempoh hari, Delegasi Jururawat melalui Facebooknya melancarkan kutipan derma untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon terbabit.  Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Disember, jururawat terbabit telah difitnah tanpa sebarang bukti kukuh. "Berikutan dari kes viral yang disebarkan oleh seorang artis tempatan terhadap jururawat, terdapat jururawat yang kami dapati telah difitnah oleh artis tersebut tanpa sebarang bukti kukuh.  "Kami telahpun berhubung dengan mangsa fitnah dan bersetuju untuk membantu beliau membersihkan namanya. Jururawat terbabit juga sudah membuat laporan polis dan segala bukti telah disimpan.  "Artis berkenaan telah menuduh jururawat tersebut mengugut beliau dan memuat naik gambar tertuduh (jururawat) di akaun Instagramnya sedangkan tiada ugutan dibuat. Mangsa telah menerima kecaman dan ugutan selepas diviralkan tanpa bukti oleh artis berke...

'Mereka berpelukan selepas ditarik ombak' - Tiga beradik lemas ketika bermain di Pantai Sura Tengah

Tiga beradik dilaporkan lemas selepas ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, dalam kejadian jam 6.40 petang, semalam.  Tiga beradik terbabit adalah Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea Zawawi, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.  Terdahulu, tiga beradik terbabit dikatakan bermain di tepi pantai bersama dua sepupunya dengan ditemani seorang ibu saudaranya. Secara tiba-tiba ombak besar memukul mereka sebelum menarik mangsa ke tengah laut.  Ibu saudaranya cuba membantu namun gagal, lalu memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang lain.  Difahamkan, tiga beradik terbabit mengikuti ibu saudara mereka serta ahli keluarga lain bercuti dan menyewa sebuah inap desa berhampiran pantai tersebut, manakala ibu bapa tiga beradik itu tidak turut serta.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Mohamad berkata, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera dikerahkan ke lokas...

Dituduh curi RM10, budak 8 tahun melecur disiram dengan air panas oleh bapanya

Seorang kanak-kanak perempuan melecur di lengan, rusuk dan dada kanan selepas disiram dengan air panas oleh bapanya sendiri kerana didakwa mencuri wang milik ibunya.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam Khamis lalu di Flat Kampung Melayu, Air Itam, George Town, mangsa berusia lapan tahun itu didakwa mencuri wang RM10.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa dibawa ke balai polis oleh jirannya, untuk membuat laporan.  "Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan menerima rawatan di Wad C2 yang menempatkan pesakit yang mengalami kesan terbakar.  "Keadaannya stabil dan masih boleh berkomunikasi, namun kami menunggu mangsa pulih sepenuhnya untuk diambil keterangan," katanya.  Siasatan awal polis mendapati, mangsa merupakan anak kedua dari empat beradik. Menurut jiran yang prihatin itu, mangsa dan adik beradiknya sering diabaikan oleh ibu bapa mereka.  "Setak...

'Tak boleh, kerja ini (rider Food Panda) hanya untuk orang yang tak rajin belajar dan orang yang keluar dari penjara' - kata si ibu kepada anaknya

Buatlah kerja apa pun, asalkan pendapatannya halal dan boleh menampung keperluan sara hidup sendiri dan bonus jika dapat menampung keluarga.  Ibu bapa sepatutnya mendidik anak dengan baik, bukannya mendidik mereka memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain.  Apa yang berlaku kepada pekerja penghantar makanan Food Panda ini sememangnya tidak boleh diterima akal. Tidak sepatutnya seorang ibu berbuat demikian lebih-lebih lagi memalukan orang lain di depan anaknya.  INI BEBENANG tentang kisah yang berlaku tempoh hari.  Anak: "Mak, kalau saya dah dewasa nanti, saya nak kerja macam dia boleh?" katanya sambil menunding jari ke arah saya yang memakai seragam Food Panda.  Mak: "Awak tak boleh buat kerja seperti ini. Ini adalah kerja untuk orang yang tak pernah rajin belajar dan orang yang baru keluar dari penjara," katanya.  Excuse me?! Hahaha. Tak faham kenapa orang beranggapan sedemikian. Saya berusia 17 tahun, sedang melanjutkan pengajian di pe...

(Video) Sanggup dera anak sebab tak suka anak perempuan

Kejam! Pasangan suami isteri dari Shenzhen, selatan China, tergamak mendera anak perempuannya dan video kejadian itu viral di media sosial mengundang kemarahan netizen.  Pasangan terbabit mengaku mendera mangsa selepas polis mula menyiasat kejadian itu pada 23 Disember.  Berdasarkan video viral itu, si ibu memukul dan mencekik anaknya sebelum ditolak sehingga terjatuh ketika mangsa sedang membuat kerja sekolah. Selain itu, mangsa juga dipukul dengan penyapu tanpa sebarang sebab.  Dalam video yang lain pula menunjukkan si bapa menampar dan memukul mangsa menggunakan penyapu.  Difahamkan, video kejadian itu diperolehi dari aplikasi monitor kamera pengawasan dalam telefon bimbit milik rakan mahjong si bapa di mana suspek meminjam telefonnya untuk memantau video CCTV itu.  Sapa lemah semangat jangan tgk. Please viralkan biar orang yang dera tu mampos masuk jail pic.twitter.com/tiNMJpbUmr — Gatis Kandis (@Akhtarr_Ali) December 26, 2018 Mangsa kini ...

(Video) 'Nak bawa ke mana budak tu?'

Netizen menggesa pihak Masjid Seri Melati, Selayang, membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki yang didakwa cuba melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap seorang kanak-kanak perempuan.  Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, kanak-kanak itu sedang bermain di perkarangan masjid sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.  Ketika kejadian, sedang berlangsung program Usrah Guru Pasti Selayang.  Lelaki terbabit datang dan cuba mengheret kanak-kanak berkenaan, namun disedari oleh oleh wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit, yang terus mengambilnya dari lelaki itu.  Menurut sumber, lelaki itu adalah pemegang kad OKU dan mualaf dan tidak dapat dipastikan pada waktu itu suspek berada dalam keadaan dipengaruhi alkohol atau tidak.  Namun sumber berharap penjelasan itu tidak menimbulkan salahfaham dan ketegangan dalam kalangan masyarakat dan penduduk. Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis ...

'Diorang puji melambung, paksa pinjam duit kawan bayar kelas RM822' - Bakal lawyer 'sekolahkan' budak-budak MLM

Mereka tidak pernah berhenti berusaha cuba mempengaruhi orang yang naif untuk menyertai mereka. Kononnya untuk membantu kewangan sendiri, tetapi lebih kepada membantu kewangan mereka dan yang membantu itu pula menjadi papa kedana menanggung hutang yang tidak sepatutnya.  Tidak terkecuali, golongan student juga menjadi sasaran mereka untuk meraih keuntungan pantas namun dosa bertimbun-timbun. Ada saja cara dan kaedah digunakan untuk mengaburi mangsa mereka, sehingga sanggup menjadi penunggang agama.  Ini adalah pengalaman seorang gadis yang dipujuk rayu bagai untuk menyertai MLM. Namun dek kedegilannya yang teguh itu, budak-budak MLM pun tak dapat nak mempengaruhi dia. Sikap seperti inilah yang patut dicontohi anak muda agar tidak mudah menjadi mangsa golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.  HI , ini adalah cerita aku dipujuk masuk Multi-level Marketing (MLM) tetapi diorang silaplah sebab aku anak Amri. Bapa aku ajar...

'Tukar cadar bukan ehsan, memang kita kena buat' - Nurse swasta terangkan skop kerja nurse

Baru-baru ini, seorang pelakon meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai sikap sekumpulan jururawat di hospital kerajaan yang didakwa menampilkan sikap yang tidak sepatutnya apabila dia meminta bantuan ditukarkan cadar ibunya yang terkena najis. Perkara itu juga berlarutan sehingga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. Ramai yang meluahkan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Namun seorang jururawat dari hospital swasta ini pula mempunyai pendapatnya sendiri. ISU kes Linda Rafar, saya terpanggil untuk membincangkan. Saya ada baca, ada orang kata tukar cadar dan cuci najis pesakit adalah ehsan. Kalau kita tak buat tak apa, tak termasuk dalam skop kerja. Anak-anak yang lebih bertanggungjawab. Korang rasa betul ke, tak masuk dalam skop kerja?  Adakah saya seorang saja nurse yang membangkang perkara ini? Saya rasa, salah guys! Semua itu memang te...

'Gambar macam ni pun mampu menaikkan nafsu lelaki?'

"Aku post gambar macam ni pun mampu menaikkan nafsu lelaki? Aku tak kuat Ya Allah," demikian tweet yang dimuat naik seorang wanita di Twitternya Khamis lalu.  Terdahulu, Safiya Ezzati, memuat naik gambarnya di Instagram. Namun tidak menyangka ada beberapa lelaki yang memuat naik komen biadab.  "Nak pancut muka pliss," - @jual_barang_murah.kl.  Tidak seperti kebanyakan individu yang lain terus menyekat atau membuang komen tersebut, Safiya membalas komen tersebut dengan doa.  "Semoga Allah sentiasa merahmati awak dan keluarga. Amiin In Shaa Allah," tulisnya.  Individu itu kemudian meminta maaf dan berkata, itu adalah kali pertama dia berjumpa dengan orang yang tidak memarahinya selepas memuat naik komen biadab itu.  "K fine. First time aku jumpa orang tak nak maki aku, malah siap nasihat lagi selepas aku komen bebukan kat gambar dia. Sorry lagi sekali weh. Aku minta maaf," balas individu berkenaan.  Safiya merakam gambar komen i...

Troll di media sosial adalah haram jika ia mewujudkan permusuhan dan perbalahan - Mufti WP

Hukum menyindir atau ‘troll’ di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia. Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini, melihat ‘troll’ sebagai situasi membimbangkan kerana ia disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar yang diubah suai dengan dialog yang dicipta sendiri. “Kebanyakan ‘troll’ yang disebarkan mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku. “Kegiatan itu juga berisiko menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa ‘troll’. “Justeru, hukum perbuatan ‘troll’ adalah haram jika ia digunakan sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan antara manusia apatah lagi sesama muslim. Ia berasaskan kaedah, ‘Jalan-jalan baginya hukum sebagaimana tujuan’,” katanya. Berdasarkan ciri-ci...

(Video) 'Nak main handphone sangat kan? Haa! Ambik!' - GF rampas dan buang hp BF dalam periuk mendidih

Berang dengan pasangannya lebih banyak bermain telefon bimbit ketika makan malam, wanita ini bertindak merampas dan membuang telefon bimbit lelaki itu ke dalam periuk yang sedang mendidih.  Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China.  Video rakaman menunjukkan pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya.  Dalam video itu, lelaki terbabit kelihatan memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.  Tanpa sebarang amaran, wanita itu terus merampas telefon milik teman lelakinya dan terus dibuang ke dalam periuk yang sedang mendidih, lalu beredar dari tempat kejadian sementara lelaki itu berusaha mendapatkan semula telefon bimbitnya.  Bukan itu sahaja, lelaki yang ditinggalkan itu terpaksa membayar bil makan malam mereka.  Lelaki itu berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya dengan bantuan pelayan restoran, tetapi tidak dapat dipastika...

'Patik risau nanti kalangan rakyat marhein tidak lagi menghormati istana' - Khairuddin saran TMJ jadi ahli politik sepenuh masa

"Saya ingin menasihati Tengku Mahkota Johor (TMJ) turun dari singgahsana dan masuk gelanggang politik secara sepenuh masa!!" demkian tulis bekas pemimpin UMNO, Khairuddin Abu Hassan.  Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya semalam, Khairuddin berkata, Tunku Ismail wajar 'mengikut teladan' veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar (adik Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah( yang berbuat demikian.  "Ampun Tuanku, sekiranya tuanku rasa tuanku hebat berpolitik dan gemar membuat kenyataan-kenyataan berbaur politik, patik dengan rendah hati serta penuh tawadduk ingin sarankan kepada tuanku untuk turun takhta seterusnya libatkan diri dalam arena politik secara sepenuh masa. "Tuanku harus ikut jejak langkah mulia dan terpuji YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM tengku Azlan Sir Abu Bakar yang mencemar duli melibatkan diri sebagai tokoh politik sepenuh masa.  "Tuan jangan berada d...

Wanita kerat alat kelamin lelaki yang suka mengintainya sebelum dihantar ke hospital untuk selamatkan nyawanya

Seorang wanita berusia 47 tahun di barat India mengerat alat kelamin lelaki yang yang kerap mengintainya sebelum mengejarkan mangsa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya.  Dalam kejadian Selasa lalu di Mumbai, suspek membawa dua orang lelaki bagi membantu menyempurnakan rancangannya untuk memotong kemaluan mangsa yang berusia 30 tahun, juga merupakan jirannya.  Mangsa Tushar Pujare, didakwa selalu meminta suspek melakukan hubungan kelamin dengannya meskipun tahu suspek sudah berkahwin. Malah mangsa dengan beraninya memaklumkan kepada suami suspek yang dia bercinta dengan wanita itu.  "Pujare jatuh cinta dengan suspek yang telah mendirikan rumah tangga dan meminta melakukan hubungan seks," kata sumber polis kepada The Times of India.  "Dia berdegil mengintai suspek walaupun suspek menolak beberapa kali."  Pengakuan berani mati Pujare itu menyebabkan pasangan suami isteri yang mempunyai dua cahaya mata itu bergaduh.  Berang dengan keadaan itu...