Skip to main content

'Saya minta maaf' - Bapa mertua belasah menantu nafi dirinya gengster


Bapa mertua yang membelasah menantunya di tepi jalan sehingga video kejadian itu viral di media sosial, tampil menafikan dakwaan atau spekulasi netizen kononnya dia merupakan gengster besar di Kuching. 

Wong, 48, yang bekerja sebagai kontraktor dan merupakan model tatu berkata, adalah tidak adil melabelkan dia sebagai gengster hanya kerana dia bertatu. 

Difahamkan, Wong merupakan ahli persatuan tatu dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan tatu sebelum ini. 


Mengulas mengenai kejadian yang melibatkan menantunya, Wong berkata, menantunya itu bukanlah seorang suami yang bertanggungjawab setelah berkahwin. Katanya, lelaki itu tidak memberi perhatian terhadap anak perempuan dan cucunya, malah mendera bekas isterinya ketika masih bersama. 

Pasangan itu telah bercerai dan Wong tidak pernah lagi berjumpa dengan bekas menantunya itu sejak insiden 24 Oktober lalu. 

Difahamkan, pada hari kejadian itu, Wong dimaklumkan oleh rakannya yang ternampak bekas menantunya itu, lalu dia segera datang untuk bertemu dengan lelaki berkenaan. 


Malangnya, lelaki muda itu dipercayai bersikap biadab membuatkan Wong hilang pertimbangan lalu mengajarnya. 

Wong mengaku apa yang dilakukannya itu adalah salah dan meminta maaf kepada orang awam. 

Selepas identitinya diketahui ramai, netizen mendapati Wong sebenarnya adalah seorang bapa dan datuk yang penyayang. 

Berdasarkan beberapa gambar di Facebooknya menunjukkan, Wong meluangkan masa bersama anak dan cucu perempuannya. 




Dalam masa yang sama, Wong mengaku dia telah ditahan polis selama tiga hari dan tidak pasti sama ada dia akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Wong berharap, dia dapat dibebaskan dari tindakan undang-undang kerana dia masih perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi. 


BERITA BERKAITAN: 

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Bangun pagi mata tak boleh buka, rasa pedih dan sakit sangat' - Gadis kongsi pengalaman mata kanannya nyaris buta disebabkan contact lens

Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.  Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.  3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.  Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika. Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masal...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...