Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca. NAK cerita sikit tentang rumah yang aku beli ini. Rumah ini aku beli sekitar tahun 2000. Dah lama kerja baru dapat beli rumah. Excited la kan sebab dah lama mengidam nak beli rumah sendiri. So, aku antara penduduk terawal di kawasan perumahan itu. Masa aku pindah, ada dalam empat buah rumah yang berpenghuni lorong itu. Yang lain belum ada yang duduk lagi. Ini aku nak cerita pengalaman masa mula-mula masuk rumah ini. KES 1 Masa mula-mula pindah, anak masih kecil lagi. So meloncat sana sini itu perkara biasa. Budak-budak ini semua ada basikal seorang satu. Aktiviti wajib setiap petang, kayuh basikal. Nak dijadikan cerita pada satu hari itu si Along kayuh basikal. Tidak lama s...