Skip to main content

'Akak baru dapat kuarters selepas buat rayuan' - Terperanjat tengok keadaan rumah ibu 4 orang anak ini


Terkejut seorang wanita melihat keadaan rumah pelanggannya yang seperti tiada apa-apa selain dari karpet kecil, tilam nipis dan beberapa lagi barang lain yang dihuni oleh empat beradik bersama dengan ibunya yang sedang hamil anak kelima.

Sebak hatinya melihat keadaan rumah pelanggannya, terlintas di hatinya mahu membantu keluarga ini. Kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menghubungi Fera Adriana di Facebooknya. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda semua. Sebarkan.

HARI ini hari pertama saya urut orang sambil menangis dalam hati. Saya dapat mesej dari kakak ini, dia kata dah tak tahan sangat sebab badan sakit. 

Jadi, bila saya sampai, saya agak terperanjat bila tengok keadaan rumah yang seolah-olah kosong. Memang tak ada apa, yang ada hanya penghuni di dalamnya. 

Semasa saya mengurut kakak ini, saya saja memulakan perbualan dengan bertanya apakah dia baru saja berpindah ke sini? Dia kata, "A'ah, baru saja dapat rumah kuarters selepas buat rayuan, akak ni kerja kerajaan. 

Jadi saya bertanya lagi, berapa lama sudah berpindah ke sini? Dia jawab sudah dua bulan. Dalam hati saya berkata, kalau dah dua bulan takkan ini saja barang rumah dia ada? Saya pun tanya lagi, "Suami akak pun kerja kerajaan ke?" 

Jawapan dia yang seterusnya membuatkan saya menangis dalam hati. Dengan tenang dia jawab, "Suami akak dah meninggal, bulan 1 hari tu, sakit kanser.". Allahu. 



Kau bayangkan akak ini sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan dia ada anak yang perlu ditanggung seramai empat orang lagi. Seorang darjah enam, darjah empat, umur tiga tahun dan umur dua tahun. Kau bayangkan macam mana kehidupan seharian mereka anak beranak? 

"Siapa yang jaga anak-anak akak kalau akak pergi kerja? Akak pergi kerja naik apa?" soal saya. 

Nak tahu apa jawapan dia? Anak dia yang darjah enam dan darjah empat itu yang mengurus dan menjaga dua adik mereka semasa ibu mereka bekerja. Yang lebih membuatkan aku sesak dada bila kakak itu kata anak sulung dia itulah yang memasak dan beri adik-adiknya makan. 

Weh! Di saat rakan-rakan sebaya si kakak sulung ini sedang bermain iPad, tengok cerita Pony, dia pula sedang memikul tanggungjawab seorang ibu. Manakala seorang ibu sedang memikul tanggungjawab sebagai ibu yang sedang sarat mengandung, juga menjadi ayah kepada empat orang anaknya yang masih kecil.  

Allahu, sebak sangat. Kakak ini sangat tabah, masih mampu tersenyum, pergi kerja naik motosikal sebab itu saja satu-satunya kenderaan yang dia ada. 

"Barang-barang keperluan baby dah ada?" soal saya. 

Dia kata belum sebab ada banyak lagi benda lain yang perlu didahulukan buat masa ini sebab dia sedang menguruskan perpindahan sekolah anak-anaknya. 



"Akak kalau saya ada barang-barang baby yang masih okey, nak bagi pada baby akak nanti, nak tak?" soal saya. 

Kakak itu senyum dan kata boleh juga, tidak perlulah dia fikir lagi tentang barang keperluan bayi ini nanti. 

Selesai saya mengurut kakak ini, dia bayar pada saya dan saya ambil duit saya ketepikan RM20 dan saya hulurkan semula pada kakak itu, duit lebihan. Kakak itu agak terkejut dan kata kenapa sikit sangat saya ambil? 

"Simpan buat perbelanjaan anak-anak akak," kata saya yang kemudian menghulurkan beberapa lagi not yang ada dalam dompet untuk diberi kepadanya dengan harapan boleh membantu mereka anak beranak. 

Mana keluarga mereka yang lain? Ada tetapi berapalah, mungkin masing-masing dapat hulurkan dan bantu. Kalau banyak dia dapat, korang mesti nampak macam-macam dah ada dalam rumah mereka ini. Habis kuat orang boleh tolong untuk lepas mereka makan anak beranak mungkin. 

Perbelanjaan sekolah anak? Anak pergi sekolah? Perbelanjaan lain? 

Aku tanya berapa gaji? Dia kata dah tolak itu ini, bersih dia dapatlah RM1,000 sebulan dah cukup untuk makan minum mereka anak beranak lima orang katanya. Aku tahu amaun itu tak cukup sebenarnya. Akak itu tak nak kita bersimpati pada dia. Akak itu tak minta apa-apa pun dari saya. Sedikit pun tidak tetapi melihat keadaan rumah, saya tahu saya perlu buat sesuatu. 

Ingat dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Saya janji dengan kakak itu yang saya akan datang lagi untuk beri barang keperluan bayi dan persiapan dia untuk bersalin.

Ada ke yang sudi membantu misi saya ini? Kakak itu tak tahu menahu pun. Saya memang berniat nak belikan sedikit barang keperluan mereka seperti beras, barang kering sedikit, barang basah dan barang keperluan harian mereka. 

Kalau ada yang sudi nak sumbang RM1, RM5 dan RM10 pun boleh. Minggu depan saya nak pergi ke rumah dia lagi. Tak dapat sumbang duit pun tak apa, tolong share post ini pun amat dialu-alukan. 

Sumber: Fera Adriana

Popular posts from this blog

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard (pengawal keselamatan) itu bertanya, dia nak pergi ke rumah nombor berapa? Rider kata nak pergi rumah nombor tiga.  "Guard maklumkan rumah nombor tiga itu kosong, tak ada penghuni dan banglo itu sudah lama ditinggalkan.  "Rider itu tak puas hati, terus turun dan sepak guard itu. Disebabkan tak nak bergaduh, guard terpaksa bagi masuk. "Setelah diselidik, penghantar makanan itu sebenarnya mahu pergi ke jalan nombor tiga, bukannya rumah nombor tiga," kata saksi.  Ekoran kejadian itu, Ketua Pengawal Kese...