Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Kalau suami cuba menipu, lambat laun naluri isteri tetap akan hidu kecurangan suaminya

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Reporter. DEAR Husna, Semalam tengok video Bella Astilah confess pasal kes suami dia kantoi kat bilik karaoke dengan si Afifah tu. Wartawan tanya, macam mana Bella yang masih dalam keadaan berpantang 20 hari waktu itu boleh tahu suami dia ada dengan perempuan lain dekat pusat karaoke tersebut? Lebih spesifik lagi, di bilik nombor 333 VIP room. Simple saja Bella jawab. "Naluri saya sebagai seorang isteri, saya memang rasa tak sedap hati waktu itu. "Saya suruh ayah saya jagakan baby dan saya pergi ke pusat karaoke tersebut dengan mama saya. Memang betul firasat saya mereka berdua ada di situ," katanya. Hmm, dahsyat. So, apa maknanya ya? Maknanya jangan main-main dengan naluri seorang isteri ini. Dulu saya ada tanya client saya yang failkan cerai fasakh, macam mana dia tahu suami dia bermain kayu tiga. Jawapan yang sama, naluri seorang isteri.  Naluri seorang isteri ini sangat kuat. Terdet...

Krabi dan Phuket sebenarnya salah satu sempadan asal Semenanjung Tanah Melayu

Krabi dan Phuket merupakan dua destinasi perlancongan yang menarik perhatian pelancong untuk menikmati panaroma yang indah dan juga dikenali sebagai syurga makanan. Kedua-dua destinasi ini diketahui umum adalah di bawah naugan negara Thailand. Tetapi tahukah anda, berdasarkan sejarah, Krabi dan Phuket merupakan salah satu dari sempadan asal Semenanjung Tanah Melayu. Phuket dan Krabi dulunya dikatakan merupakan tempat berkelah keluarga Diraja Kedah dan merupakan salah satu jajahan takluk Sultan Kedah sebelum termeterainya perjanjian Anglo-Siamese Treaty pada tahun 1909. LeAlterEgo merungkai sejarah di sebalik kedua-dua tempat ini. Menurutnya sebelum ini, terdapat beberapa nama pulau dan tempat menggunakan bahasa Melayu. SUKA pergi Krabi dan Phuket? Tapi tahu tak kisah di sebalik Krabi dan Phuket yang patut kita tahu? Mungkin selepas ni kalau kita pergi, kita dapat melihat dari sudut yang berbeza. Tahukah korang semua bahawa Krabi dan Phuket merupakan salah satu dari sempadan ...

(Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu

Sudahlah Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah pula namanya terpalit dengan pelbagai skandal yang mencemarkan imej BN, tidak menghalang bekas Presiden UMNO itu untuk membahan pemimpin Pakatan Harapan secara terbuka.  Dalam laporan Free Malaysia Today baru-baru ini, Najib memperlekehkan perlantikan dan kelayakan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan, di hadapan hadirin dalam sebuah program BN di Sungai Kandis.  "Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai (topi) beret pun macam kartun, naik kapal perang cakap nak buat kari ikan.  "Awak ini menteri pertahanan, cakap pasal dasar pertahanan negara, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf menteri pertahanan, ini joker, ini kartun," katanya. Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu bagaimanapun enggan melayan kenyataan Najib yang mempersendakannya i...

'Telur itu di tengah antara air laut dan air hujan, cikgu kimia pun garu kepala'

Al-Quran merupakan sebuah naskhah yang bukan sahaja membicarakan tentang masalah Aqidah dan Syariah serta hukum-hukum tertentu, malahan di dalam Al-Quran terkandung segala ilmu yang berkaitan dengan ketuhanan, kemanusiaan serta alam semesta. Para ilmuan seperti saintis dan juga ahli perubatan merujuk Al-Quran sebagai sumber kepada kajian mereka.  Seorang pengguna Twitter, berkongsikan pengalamannya menyertai pameran Sains semasa di Tingkatan Lima. Dia mengaitkan unsur Sains tersebut seperti yang tertera di dalam ayat Al-Quran. Pada mulanya, eksperiman beliau diragui oleh seorang guru dan sanggup memberikan wang pertaruhan sebanyak RM100. Akhirnya, guru tersebut dikatakan mengaku kalah. Dikhabarkan juga guru yang berbangsa India itu telah memasuki Islam.            DULU masa aku sekolah tingkatan 5, sekolah aku anjur pameran sains. Semua kumpulan lain buat eksperimen yang kalau dengar, sains habis. Kumpulan aku tak tahu nak buat apa, esok nak p...

'Anak bertuah ni tutup suis, duit saya masih dalam mesin deposit!'

Apabila bawa anak-anak ke tempat awam, awasi dan larang mereka dari melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang lain. "Eleh, kau belum ada anak, senanglah cakap". Tak perlu ada anak baru tahu apa yang ibu bapa rasa. Ayat seperti itu tidak wajar dijadikan alasan untuk melepaskan diri. Dalam insiden yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita yang mahu membuat pembayaran kad kreditnya terbantut apabila suis mesin deposit telah dipadamkan oleh kanak-kanak yang turut berada di premis bank tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa mengambil cuti untuk mendapatkan semula wangnya yang tersangkut dalam mesin tersebut. KISAH tragis di malam hari. Tadi saya pergi ke Bank Rakyat Presint 15, nak bayar hutang kad kredit. Dalam masa yang sama, ada sepasang suami isteri sedang berurus niaga di mesin deposit, bersama dengan anak lelaki berusia lingkungan 3-4 tahun. Boleh tahan lasaknya, panjat sana sini dan saya perhatikan saja.  Setelah ibunya selesai berurus...

Bayi berusia 1 bulan maut akibat tersedak susu

Seorang bayi lelaki berusia sebulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di kediaman keluarganya pagi semalam, lapor Harian Metro .  Dalam kejadian jam 6.15 pagi di Taman Nusari Bayu 1, Sendayan, Seremban, wanita berusia 20-an itu menyedari bayinya tidak bernafas dengan mukanya menjadi kebiruan di atas katil.  Menurut sumber polis, sebelum kejadian itu, si ibu menyusukan anaknya dalam posisi mengiring sebelum tertidur kira-kira jam 12.15 tengah malam.  "Apabila terjaga daripada tidur pada jam 6.15 pagi, wanita itu cuba mengejutkan bayinya. namun dia tidak bergerak dan pemeriksaan kemudian mendapati dia tidak bernafas.  "Dia dan suaminya yang berusia 29 tahun segera membawa anak mereka ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini," katanya. Pakar perubatan HTJ yang melakukan pemeriksaan mengesahkan, bayi itu telah meninggal dunia.  "Pemeriksaan pada tubuh bayi tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah. Bapanya memaklumkan, anak bon...

'Guna imej wanita bertudung lakon watak negatif, sedarkah anda imej Islam sedang diburukkan secara halus?'

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Reporter. DOKTRIN MEMBURUKKAN IMEJ ISLAM Sedarkah kalian bahawa keseluruhan wajah Islam yang indah itu sedang diburukkan secara halus? Lihatlah sekarang ini bagaimana slot-slot drama di TV menggunakan imej wanita bertudung dan berwajah lembut untuk memegang watak-watak individu yang berhati busuk, suka adu-domba, pemecah-belah kebahagiaan rumah tangga orang dan selfish. Semua watak-watak tersebut kini diimejkan kepada wanita bertudung dan kelihatan islamik. Manakala watak-watak yang berfikiran terbuka, sabar, bersikap ehsan dan menyenangkan hati diberi kepada wanita yang tidak menutup aurat dan berpakaian seksi. Inilah yang dinamakan doktrin liberalisasi. Semakin galak mereka menayangkan drama sedemikian maka akan semakin terpahat di minda penonton akan doktrin tersebut. Akhirnya doktrin tersebut akan membawa kepada pandangan serong masyarakat sehinggalah kata-kata, "Alah, nampak je bertudung, na...

(Video) 'Tengah melintas jalan, tiba-tiba diorang rentap phone aku'

Seorang wanita nyaris menjadi mangsa ragut tiga remaja lelaki, ketika dia dalam perjalanan pergi ke tempat kerja.  Norsya yang berkongsi mengenai kejadian itu di Twitternya berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu di luar Pavilion semasa dia mahu melintas jalan, sebelum dihampiri dua remaja terbabit yang secara tiba-tiba merentap telefon bimbitnya.  "Benda ini jadi kat diri saya sendiri siang tadi. Saya punyalah rushing nak pergi kerja dan tengah nak melintas jalan, boleh pula budak-budak ini main rentap phone saya," katanya. Bagaimanapun, percubaan dua remaja terbabit gagal apabila seorang pemandu kereta yang menyedari kejadian itu, menghalang mereka dari melarikan diri.  "Thank god ada kereta nak langgar dia. Alhamdulillah I got my phone back. But I'm speechless. Kids nowadays Allahu," katanya. Berdasarkan video yang dikongsikan, Norsya dengan beraninya berdepan dengan dua remaja terbabit dan menegaskan dia mahu menghubungi pihak polis untuk m...

Bayi 6 bulan diculik dan dibakar rakan Facebook ibunya

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan diculik dan dibakar sebelum mayatnya dibuang di landasan kereta api di Louisiana, minggu lalu, lapor Daily Mail. Mangsa, Levi Cole Ellerbe diculik pada 17 Julai lalu selepas dua suspek datang ke kediaman keluarga itu pada jam 9 malam dan menyembur sejenis cecair di wajah ibu mangsa, Hanna Barker. Dalam keterangan kepada polis, Hanna berkata dia terus berlari untuk menyelamatkan dirinya dan sebaik saja dia pulang ke rumah, dia mendapati bayinya telah hilang.  Polis berkata, pihaknya terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa sebaik menerima laporan dari Hanna. Malahan, pihak polis turut mendapatkan bantuan anggota tambahan.  Malangnya, kurang dari 90 minit selepas Levi dilaporkan hilang, polis dimaklumkan mengenai kebakaran kecil berhampiran landasan kereta api di mana mereka menemui seorang bayi lelaki yang melecur teruk akibat terbakar.  Levi yang dalam keadaan kritikal kemudian dikejarkan ke Pusat Perubat...

KKM sahkan bayi berusia 17 bulan maut kerana HFMD di Pulau Pinang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang bayi lelaki berusia 17 bulan meninggal dunia disebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada 6 Jun lalu di Pulau Pinang, lapor Harian Metro. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, bayi lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Bayan Lepas selama tiga hari untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.  "Berdasarkan perbincangan bersama pakar perubatan mengesahkan kematian bayi berkenaan adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru akibat komplikasi virus EV71 yang menyebabkan penyakit HFMD. "Ini menjadikan Pulau Pinang merekodkan kes pertama kematian membabitkan penyakit HFMD di negara ini," katanya. Beliau berkata, sekumpulan pakar menjalani ujian makmal melalui sampel darah diambil terhadap bayi terbabit sebelum kematiannya. “Sehingga kini, terdapat 39,174 kes membabitkan penyakit HFMD direkodkan di seluruh negara. “Bagi Pulau Pinang pula, 2,894 kes direkodk...

'8 bulan saya cuba selamatkan rumah tangga tapi buntu' - Isteri curang selepas terjebak dengan Bigo Live

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejak empat tahun lalu kini bagaikan di hujung tanduk, itu yang dialami oleh seorang kontraktor apabila isterinya mula berubah sikap selepas mula terjebak dengan aplikasi Bigo Live, lapor Harian Metro . Menurut Jefri, 51, isterinya yang berusia 26 tahun mula berubah sikap selepas menggunakan aplikasi itu sehingga sanggup menipu dirinya.  Melalui Bigo Live, isterinya mula berkenalan dengan lelaki lain dan sanggup menghabiskan masa sehingga lewat malam untuk menonton video-video lelaki berkenaan yang juga menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.  Jefri berkata, dia pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap aplikasi itu seperti Facebook dan Twitter. Malangnya, tanggapan Jefri itu tidak tepat.  "Mulanya saya tidak mengesyaki sesuatu dan beranggapan isteri memuat turun aplikasi itu hanya untuk suka-suka sama seperti Instagram dan Facebook, namun sebaliknya yang berlaku. "Selepas dia 'taksub' dengan Bi...

Kambing betina mati selepas dirogol 8 lelaki

Pemilik kambing membuat laporan polis terhadap lapan lelaki yang didakwa merogol kambing betinanya yang hamil secara bergilir-gilir sehingga menyebabkan haiwan itu mati. Lapor The New Indian Express , kejadian itu berlaku pada 25 Julai lalu di Mewat, Haryana, India dan tiga daripada suspek telah dikenalpasti, manakala lima lagi suspek masih belum diketahui dan dipercayai sedang bersembunyi dari ditangkap pihak polis.  Pemiliknya, Aslu, berkata, kesemua suspek yang terlibat dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika melakukan perbuatan itu. "Mereka ambil kambing saya pada waktu petang dan dibawa pergi ke sebuah rumah usang. Salah seorang daripada mereka mengalami masalah mental.  "Apabila saya memberitahu mereka yang saya akan buat laporan polis terhadap mereka, mereka tidak peduli dan berkata terpulanglah saya nak buat apa pundan mereka tetap akan melakukan perbuatan itu.  "Malah mereka tidak takut untuk dipenjara kerana mendakwa mereka memp...

'Untuk siapkan dua ekor ikan goreng ini, banyak pengorbanannya'

Menguruskan rumah tangga, nampak mudah bagi golongan suami. Namun sebenarnya ia bukan semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi jika keluarga sudah bertambah dan pastinya banyak perkara yang perlu diuruskan.  Urusan rumah tangga tidak sepatutnya diuruskan oleh golongan isteri, suami adakalanya perlu membantu dan membiasakan diri untuk berbuat demikian. Apabila kedua-duanya saling bantu membantu, sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang dialami isteri. Dalam masa yang sama suami juga dapat belajar memahami rutin isteri.  Dr Taufiq Razif gemar berkongsi tips dan ilmu rumah tangga di Facebooknya. Bagi beliau, seseorang suami itu tidak akan memahami pengorbanan isteri selagi tidak cuba mengambil alih tanggungjawab isteri.  SERIUS! Dulu saya pun nampak dua ekor ikan saja. Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah. Untuk siapkan dua ekor ikan ni, saya perlu bangun di waktu semua orang masih ti...

Remaja 13 tahun nak beli ubat besarkan payudara, dirogol scammer

Seorang lelaki yang terlibat beberapa kes rogol selepas memperdaya gadis menerusi laman sosial Wechat berjaya ditahan polis di sebuah pusat membeli belah di Perai, di Bukit Mertajam semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang dipercayai ketika sedang menunggu seorang lagi mangsa yang dikenalinya menerusi Wechat. "Hasil maklumat dan bantuan orang awam, polis berjaya menahan lelaki itu dan merampas sebuah telefon bimbit yang digunakannya untuk memperdaya gadis-gadis dengan mendakwa menjual ubat membesarkan payudara. "Suspek juga menerusi Wechatnya menyamar sebagai wanita dan akan menyuruh pembeli yang membeli ubatnya menghantar gambar payudara untuk melihat sama ada terdapat perubahan selepas memakan ubat tersebut," katanya di Bukit Mertajam hari ini. Beliau berkata selepas itu lelaki berkenaan akan memaksa pembelinya datang ke pusat membeli belah tersebu...

(Video) Padah bersikap kurang ajar, pekerja McDonald's belasah pelanggan

Viral di media sosial video seorang kakitangan McDonald's Las Vegas, Nevada, membelasah dan menghentak muka pelanggan dengan dulang besi selepas wanita itu membaling milkshake dan menghina ibunya, lapor Daily Mail . Menurut seorang saksi kejadian, Marie Dayaq, sebelum kejadian itu berlaku, Erika Chavolla, 24, yang bekerja di McDonald's Las Vegas mendakwa pelanggan berkenaan, Sabrinah Fontelar, 24 cuba meminta bekas minumannya diisi dengan air soda secara percuma.  "Perempuan itu minta cawan dan penyelia tutup mesin soda itu kerana enggan memberikannya air soda percuma, sebelum kedua-duanya bertengkar yang seterusnya membawa kepada pergaduhan besar," katanya.  Berdasarkan video, Sabrinah terdahulu dilihat memprovok Erika untuk bergaduh selain menghina ibunya sebelum Erika datang dan Sabrinah terus mencampakkan milkshakenya dan memukul muka Erika dengan dulang besi. Berang dengan tindakan Sabrinah, Erika terus mara dan menumbuk muka wanita itu berkali-kali,...

'Akak baru dapat kuarters selepas buat rayuan' - Terperanjat tengok keadaan rumah ibu 4 orang anak ini

Terkejut seorang wanita melihat keadaan rumah pelanggannya yang seperti tiada apa-apa selain dari karpet kecil, tilam nipis dan beberapa lagi barang lain yang dihuni oleh empat beradik bersama dengan ibunya yang sedang hamil anak kelima. Sebak hatinya melihat keadaan rumah pelanggannya, terlintas di hatinya mahu membantu keluarga ini. Kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menghubungi  Fera Adriana  di Facebooknya. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda semua. Sebarkan. HARI ini hari pertama saya urut orang sambil menangis dalam hati. Saya dapat mesej dari kakak ini, dia kata dah tak tahan sangat sebab badan sakit.  Jadi, bila saya sampai, saya agak terperanjat bila tengok keadaan rumah yang seolah-olah kosong. Memang tak ada apa, yang ada hanya penghuni di dalamnya.  Semasa saya mengurut kakak ini, saya saja memulakan perbualan dengan bertanya apakah dia baru saja berpindah ke sini? Dia kata, "A'ah, baru saja dapat rumah kuarters selepas buat rayuan, akak ...