Skip to main content

'Terjunlah! Tunggu apa lagi?' - Mangsa cabul bunuh diri selepas didorong oleh orang awam


Seorang gadis berusia 19  tahun mengambil keputusan untuk membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat tinggi sebuah bangunan pada 21 Jun lalu di China, selepas kesal dengan tindakan orang awam yang 'mempermainkan' niatnya itu, lapor What's on Weibo. 

Difahamkan, Li Yi-yi mengalami kemurungan selepas pihak sekolah dan pihak berkuasa enggan percaya dengan dakwaan yang dia telah dicabul oleh guru lelaki dalam kejadian yang berlaku pada 2016. 

Dalam laporan polis yang tersebar di media sosial, mangsa mendedahkan dengan terperinci mengenai kejadian yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun, di mana pada waktu itu dia mengalami sakit perut dan pergi ke klinik kesihatan sekolahnya. 

Gurunya, Wu, kemudian datang untuk melihat keadaan Li dan pada ketika itulah suspek didakwa meraba, mencium mulut dan telinga mangsa. Suspek juga menyentuh bahagian belakangnya dan menanggalkan pakaian mangsa. 

Li bernasib baik apabila guru lain masuk ke bilik rawatan itu yang kemudian mengarahkan Li pulang ke asramanya segera. 


Pada keesokan harinya, Li pergi berjumpa dengan kaunselor untuk bercakap mengenai kejadian itu. Malangnya, pihak sekolah tidak mahu memperbesarkan hal itu dan guru terbabit hanya dikenakan tindakan disiplin yang tidak dinyatakan, selain digesa memohon maaf terhadap mangsa. 

Keluarga Li juga ditawarkan 350,000 yuan (RM213,425) agar tidak mendakwa Wu di mahkamah. Tetapi, bapa mangsa menolak tawaran (rasuah) itu. 

Selepas gagal mendapatkan keadilan untuk dirinya, Li kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Sekali lagi, Li gagal berbuat demikian apabila pihak polis membebaskan Wu selepas ditahan reman selama 10 hari.

Dalam keterangan Wu mendakwa, dia hanya menyentuh Li untuk pemeriksaan fizikal dan untuk mengetahui jika Li mengalami demam panas. Wu tidak didakwa dan dibenarkan kembali bertugas di sekolah. 

Li akhirnya berputus asa dan mengalami kemurungan tahap teruk. Keadaan bertambah buruk apabila Li cuba menamatkan riwayatnya dengan menelan banyak pil yang tidak diketahui jenisnya, seminggu sebelum Li nekad membunuh dirinya dengan terjun dari bangunan tinggi. 



Dalam rakaman video (yang telah dipadamkan), Li sengaja melepaskan pegangan tangannya dari belebas bangunan ketika anggota bomba cuba menyelamatkannya. 

Sebelum berbuat demikian, Li memberitahu anggota bterkenaan, "Abang, terima kasih. Saya nak pergi ke syurga." katanya membuatkan anggota berkenaan menangis kerana gagal menyelamatkan mangsa. 


Orang awam yang melihat dan membuat rakaman langsung kejadian itu bersedih selepas mangsa terjun dan ada segelintir yang bersorak. Sebelum kejadian itu juga, ramai yang tidak menunjukkan rasa simpati, malah ada yang membuat kiraan, "1.. 2.. 3.. lompat!" dan ada juga yang bertepuk tangan. 

Dalam video live streaming yang lain juga kedengaran orang awam berkata, "Kalau awak nak terjun, cepat sikit. Awak buat jalan raya sesak ni.". 

"Terjunlah! Duduk kat sana, nak tunggu apa lagi?" 

"Cepat terjun! Selepas saya tengok awak terjun, saya kena ambil anak-anak saya pulang dari sekolah."

"Masih tak terjun lagi, dah berapa jam tunggu ni." 



Difahamkan, pihak polis telah menahan beberapa individu yang mencetuskan provokasi terhadap mangsa untuk terjun segera. 

"Apa nak jadi dengan masyarakat kita ini? Gadis itu nak terjun bunuh diri dari bangunan tinggi dan orang awam pula ketawa dan menggalakannya untuk meneruskan tindakannya, malah ada yang buat live streaming?? Teruk dan tidak berperikemanusiaan langsung!" tulis netizen yang berasa jijik dengan sikap masyarakatnya. 

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...