Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Budak lemas dalam tong air

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tong air di kediaman keluarganya di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, lapor Sinar Harian.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi tadi, mangsa, Muhammad Harif Iskandar Rosli, dipercayai bermain seorang diri di dalam bilik air tanpa disedari oleh ibu bapanya. Bapa mangsa, Rosli Johari, 37, berkata, kejadian itu disedari oleh kakak mangsa, Ayuni, 9, apabila menyedari adiknya tiada di dalam rumah yang sebelum itu bertanya kepada ibunya (Nor Hanam Mat Yassinm 27), di mana keberadaan adiknya itu.  "Kemudian Ayuni periksa di dalam bilik air dan jumpa adiknya itu berada dalam keadaan terlangkup di dalam tong air dan didapati sudah tidak sedarkan diri," katanya.  Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Besut, namun pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.  Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan kejadian itu dan pemeriksaan lanjut m...

'Saya tak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya' - Ayu tegaskan dia sayangkan suaminya

Susulan dikecam bernikah dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, lelaki berusia 41 tahun terbabit meminta orang ramai tidak mengecamnya dan beri peluang kepada dirinya untuk menjelaskan hal sebenar.  Che Abdul Karim Che Hamid, 41, mengakui telah bernikah dengan kanak-kanak yang berasal dari Pattani, Thailand itu baru-baru ini, atas dasar suka sama suka.  "Ya, memang benar saya sudah berkahwin dengan isteri ketiga. Kami suka sama suka. Kami sudah bercinta sejak empat tahun lalu," katanya.  Menurutnya, dia mengenal isteri ketiganya yang dikenali sebagai Ayu, semasa kanak-kanak itu menemani ibunya yang bekerja di kedai makan milik isteri pertamanya.  "Saya kenal isteri ketiga semasa dia bersama ibunya bekerja di kedai isteri pertama, tapi itu kisah tiga tahun lalu," katanya.  Jelas Che Abdul Karim lagi, Mas tinggal bersama kedua ibu bapanya di Pattani sehingga usianya mencapai 16 tahun, barulah mereka akan buat pengesahan nikah di Majlis Agama T...

Mayat bayi ditemui di jambatan dengan perut terburai

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui oleh orang awam dalam keadaan perut terburai di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang, semalam, lapor Harian Metro .  Bayi malang itu dipercayai baru saja dilahirkan sebelum dibuang di jambatan berkenaan.  Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan bayi itu pada jam 10 pagi.  “Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Klang bagi bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. Gambar mayat bayi berkenaan turut menjadi tular di media sosial.

'Tiada guna perkahwinan ini diteruskan' - Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai, suami kahwin dengan budak 11 tahun

Semalam kecoh di media sosial seorang lelaki dewasa berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, mengundang persoalan netizen apakah perkahwinan itu dibolehkan atau sebaliknya? Difahamkan, gambar lelaki berusia 41 tahun itu bersalaman dengan pasangan barunya itu dimuat naik oleh isteri keduanya, Effa atau nama sebenar Siti Nor Azila Zulkifle di Facebooknya dengan kapsyen, "Selamat pengantin baru suamiku. Suamiku 41 tahun, maduku 11 tahun."  Berkata kepada mStar Online , Effa menceritakan pada awalnya, suaminya menafikan dakwaan berkahwin buat kali ketiga, apabila Effa menunjukkan dan mempersoalkan kesahihan gambar berkenaan. Malah katanya, gambar itu telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  "Ketika suami ada di rumah, saya tunjuk gambar tersebut yang dihantar oleh madu saya. Dia kata, sekarang semua gambar boleh edit.  "Lepas itu saya cakap, tak ada edit kalau dah gambar macam ni. Kalau betul (dah) kahwin, kena cakap dah kahwi...

Tak bayar hutang? Gambar dan maklumat penghutang dipapar di papan iklan stesen bas

Sebuah bandar di timur China mempunyai cara yang tegas untuk mengajar golongan yang liat membayar hutang dengan menayangkan wajah dan data peribadi mereka di papan iklan setiap stesen bas, lapor Daily Mail.  Tindakan tegas itu dibuat oleh Mahkamah Rakyat Yuyang Yingquan di wilayah Anhui sejak bulan ini sebagai langkah mendesak golongan penghutang membayar hutang selepas gagal berbuat demikian.  Dengan langkah terbaru ini dilaporkan memberikan hasil yang positif setakat ini, sekurang-kurangnya salah seorang penghutang telah tampil dan membayar hutangnya.  Dalam papan iklan tersebut memaparkan nama, gambar dan maklumat 30 penghutang pada poster berwarna biru di setiap stesen bas di seluruh bandar itu. Mahkamah akan mengemaskinikan poster berkenaan dengan nama dan muka baru setiap bulan.  Sebaik sahaja individu terbabit telah membayar hutang mereka, satu notis besar dengan ayat "Hutang telah dibayar" akan ditampal pada maklumat penghutang berkenaan.  ...

'Dia aniaya husband aku sampai diberhentikan kerja tapi Allah bayar cash untuk dia'

Bila berada di tempat kerja, pasti ada pelbagai ragam yang perlu dihadap. Ada yang suka, ada yang sebaliknya. Namun nasib mungkin tidak begitu baik jika ada kakitangan yang gemar mencari kesalahan orang lain yang akhirnya mengganggu periuk nasi kita.  Perkongsian dari Tart Cadbury (@dylawok) ini menceritakan suaminya dianiaya oleh pegawai berpangkat tinggi. Katanya, pegawai yang dikenali sebagai 'A' itu, gemar mencari kesalahan suaminya sehingga tercetusnya pertengkaran di antara mereka.  Lebih teruk lagi, si A mula menghasut kakitangan yang lain yang akhirnya menyebabkan suami Tart Cadbury diberhentikan. Namun, setiap perbuatan yang jahat pasti ada balasannya. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi pengajaran kepada mereka yang suka menganiaya orang.  AKU nampak kawan Facebook aku post benda ini. Apa yang dia cakap ini betul. Benda ini pernah terjadi pada husband aku sendiri.  Kalau ikutkan, husband aku kerja company lama dia dah nak masuk lima t...

(Video) 'Anak saya disyaki telah didera pengasuh'

"Assalamualaikum, anak saya telah disyaki didera oleh pengasuh," demikian dakwa Iqa Atiqah yang juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anaknya itu.  Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu yang menyebabkan anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke Hospital Selayang selama empat hari.  "Anak saya telah dimasukkan ke wad Hospital Selayang selama empat hari. Dia telah cedera di bahagian mulut, benjol di belakang kepala (selepas benjol surut, ada kesan melecur), lebam di pipi, telinga dan leher serta luka di kaki.  "Anak saya mengalami trauma selepas kejadian ini," katanya.  Ekoran kejadian itu, pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anaknya itu telah melarikan diri dan lokasi terakhirnya dikesan adalah di Selayang Baru.  "Sehingga hari ini, (pengasuh) masih belum ditemui. Sesiapa yang ada terjumpa (pengasuh berkenaan) diharap dapat menghubungi pihak polis.  "Harap suspek dapat ditemui sebelum oran...

Main mercun sehingga menyebabkan kematian Nuraqira, penyelia ladang didenda RM100

Penyelia ladang, Nor Isham Tukiman, 35, yang bermain mercun kelapa sehingga mengakibatkan kematian Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, yang cedera parah di bahagian kepala terkena serpihan mercun dalam kejadian 14 Jun lalu di FELDA Papan Timur.  Tertuduh didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi selepas mengaku bersalah bermain mercun kelapa tanpa permit.  "Kalau saya nampak awak didakwa bermain mercun selepas ini, saya jatuhkan hukuman penjara," kata Majistret Mazana Sinin.  Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyalakan mercun kelapa dan diletak ke dalam paip pvc biru bertujuan menembak mercun ke udara. Malangnya mercun itu meletup di atas tanah di depan rumah mangsa.  Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 (1) Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana memasang bunga api tanpa lesen. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 (5) Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda RM100 atau penjara maksimum seublan atau kedua-duanya sekali...

(Video) 'Salah ke ambil gambar Google? Langau-langau (haters) ini sibuk je' - Wak Doyok

"Salah ke ambil gambar Google? Saya tak tulis kasut itu saya punya," demikian kata ikon fesyen Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, selepas dikecam netizen kerana mengambil gambar dari Google dan memuat naik koleksi kasut itu di Instastory seperti miliknya.  Terdahulu, Wak Doyok memuat naik gambar koleksi kasut di Instastorynya dengan kapsyen, "Bilik dah penuh dengan kotak #sneckers," seolah-olah menggambarkan koleksi kasut itu miliknya.  Namun seorang pengguna Twitter mempersoalkan kesahihan gambar berkenaan yang didakwanya pernah dimuat naik di beberapa laman sesawang seperti Pinterest.  Turut menguatkan lagi dakwaan bahawa kasut itu miliknya apabila Wak Doyok membalas mesej seorang followersnya dan memaklumkan koleksi itu disimpannya dari tahun 2008 hingga tahun terkini.  "Simpan dari tahun 2008 2018 bro," tulisnya.  Bagaimanapun, Wak Doyok tampil memberi penjelasan bahawa bukan salah kesalahan mengambil gambar dari Google dan ...

Anak berkomplot dengan ibu untuk bunuh bapa kerana tidak benarkan mereka pakai jeans

Seorang isteri dan empat anak perempuannya didakwa bersekongkol mengupah dua pembunuh upahan untuk membunuh suaminya yang merupakan anggota polis demi mendapatkan dana bantuan berjumlah RM465,171.26 dan juga kerana mangsa tidak membenarkan keluarganya memakai jeans, lapor Daily Mail.  Mayat Meharbaan Ali, ditemui di loji kumbahan di Uttar Pradesh, utara India, kira-kira 250 meter dari kediaman keluarganya, Ahad lalu.  Selepas mayat mangsa ditemui, polis mula menjalankan siasatan dan meneliti semua video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut untuk membantu siasatan.  Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Zahida Begum, 52, dan anak perempuannya, Saba, 26, Zeenat, 22, Iram, 19 dan Alia, 18, di kediaman mereka di Shahjahanpur. Daya Chand Sharma, inspektor dari Balai Polis Bazaar berkata, Zahida dan anak-anaknya kecewa dengan tindakan Ali yang melarang mereka memakai jeans.  "Sejak mayat mangsa ditemui, kami mengesyaki anggota keluargan...

'Saya tidak bersalah dan berhak terima hadiah' - Najib

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan beliau tidak bersalah dan berhak menerima hadiah daripada pemimpin asing serta teman peribadi sepanjang menjadi Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri itu mengambil contoh, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui menerima hadiah kuda daripada rakannya dan pemimpin asing termasuk menggunakan banyak jet korporat temannya. “Tetapi apa yang saya tahu ialah selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami diberi hadiah yang banyak daripada pemimpin asing termasuk teman dan saya tahu mengikut peraturan, tidak salah untuk menerima hadiah. Hadiah ini terkumpul selama beberapa dekad. “Sebagai contoh, Dr Mahathir mengakui menerima 40 ekor kuda daripada temannya dan pemimpin asing dan beliau secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya, maka tidak salah menerima hadiah,” katanya pada temu bual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, hari ini. Ditanya sama ada beliau berbincang dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor me...

'Terjunlah! Tunggu apa lagi?' - Mangsa cabul bunuh diri selepas didorong oleh orang awam

Seorang gadis berusia 19  tahun mengambil keputusan untuk membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat tinggi sebuah bangunan pada 21 Jun lalu di China, selepas kesal dengan tindakan orang awam yang 'mempermainkan' niatnya itu, lapor What's on Weibo.  Difahamkan, Li Yi-yi mengalami kemurungan selepas pihak sekolah dan pihak berkuasa enggan percaya dengan dakwaan yang dia telah dicabul oleh guru lelaki dalam kejadian yang berlaku pada 2016.  Dalam laporan polis yang tersebar di media sosial, mangsa mendedahkan dengan terperinci mengenai kejadian yang berlaku ketika dia berusia 17 tahun, di mana pada waktu itu dia mengalami sakit perut dan pergi ke klinik kesihatan sekolahnya.  Gurunya, Wu, kemudian datang untuk melihat keadaan Li dan pada ketika itulah suspek didakwa meraba, mencium mulut dan telinga mangsa. Suspek juga menyentuh bahagian belakangnya dan menanggalkan pakaian mangsa.  Li bernasib baik apabila guru lain masuk ke bilik rawatan itu yang kemu...