Skip to main content

'Along, tolong ambil adik sekejap' - Si ibu kepenatan mendukung anaknya, suaminya sibuk dengan telefon bimbit


Jangan terlalu taksub dengan kecanggihan teknologi seperti telefon pintar sehingga mengabaikan institusi kekeluargaan. Sama ada suami atau isteri, anak-anak juga perlukan perhatian dari ibu bapanya, meluangkan masa dan mengambil tahu akan hal sesama diri. 

Sudah banyak kali ditegur, namun masih ada segelintir individu yang tidak faham. Akibatnya, pasangannya pula yang terpaksa menguruskan hal rumah tangga seorang diri. Jika berterusan seperti itu, jangan hairan suatu masa kelak pasangan dan anak-anak tidak lagi rapat dengan anda. Berubahlah sebelum terlambat. 

"Untuk suami, berehsanlah kepada isteri kamu.."

MAKAN malam bersama cinta hati dan Maryam sebab abang-abang dan kakak ada kelas teakwando. Masuk ke kedai, duduk. Tapi perit tekak sebab ada yang kurang cerdik hisap rokok macam minta mati cepat. Jadi, kami alih tempat duduk. 

Berhadapan dengan kami, ada satu keluarga. MasyaAllah, baik-baik anak-anaknya yang ada enam orang. Anak yang paling kecil berusia lingkungan 4-5 bulan didukung ibunya. 

Saya menghadap meja mereka, mata saya tak habis memandang. Ibunya sekejap bangun sekejap duduk mendodoikan anak. Suaminya? Cuba teka. Ya, tengah melihat telefon bimbit. 

Makanan yang kami pesan sampai terlebih dulu. Saya makan dengan tenang, teringat masa anak saya masih kecil. Kalau makan, suami akan ambil anak dan dia hebat bab makan sambil mengendong anak, seperti tiada apa yang digendung. Laju saja dia menghabiskan makanannya. 

Mata saya masih belum habis memandang si ibu berkenaan. Saya dapat tangkap dia sebut, "Udah ya dik, ibu letih. Jom kita duduk?" katanya. 

Saya pandang suaminya, masih tak mengangkat muka lagi. Sambil saya makan, pesanan mereka pun sampai. Si bapa laju saja menghadap makanan. Ibu? Di sebelah tangan ada anak, bahu dengan napkin putih sebelah tangan suap makan. 

Saya makan laju-laju sikit. Bila ibunya nampak tak boleh nak makan, barangkali lengannya sudah keletihan. Saya dengar dia berkata kepada anak yang paling sulung. 

"Along, tolong ambil adik sekejap," pinta si ibu. Soleh sungguh, laju saja Alongnya minum air dan mengambil adiknya. 

Sedang ibunya makan, Si adik hampir terjatuh dari jagaan Along. Ibunya terus terjerit, "ALONG!!!!". Dengan segera saya terus pergi ke arah mereka. 

"Mari puan, saya jaga dukung baby. Puan makan ya, minum," kata saya. 

Riak muka si ibu nampak terkejut. Selepas itu dia senyum dan mengucap terima kasih. Laju-laju si ibu minum. 

"Tak apa puan, perlahan-lahan," kata saya.

Mungkin dia rasa takut menyusahkan saya. Dia minum cepat-cepat dan kembali mengambil anaknya. Tiba-tiba terdengar bapanya bersuara. 

"Elok diam dia," katanya. 

Tak tahu macam mana saya nak memberikan reaksi terhadap kata-katanya itu. Adakah kerana anak anak diam, boleh biar isteri pegang sepanjang masa? Untung dia mempunyai isteri yang baik begitu. Ini nasihat saya kepada golongan bapa. Isteri ini tak minta banyak. Kalau nak dibandingkan dengan banyak yang telah dia berkorban dan beri untuk memudahkan pihak suami. Tak terbalas dek suami. 

Ehsan suami pada isteri yang beranak kecil yang pasti isteri akan sangat-sangat hargai.

1. Mudahkan waktu makan terutama waktu anak berusia bawah setahun.

Mohon jaga anak bergilir-gilir. Benarkan isteri makan dulu terutama isteri yang menyusu badan. Lapang memang sangat lapar, bukannya lapar yang dibuat-buat. Suami tidak menyusu badan dan perut sedia ada lemak tersimpan itu. Tak lapar mana, boleh tahan. Kalau mampu suap isteri, itu lebih bahagia. 

2. Mudahkan urusan menunggu. 

Contohnya, kalau tengok kedai makan ramai orang dan dapat parking tak jauh, tak payah minta isteri keluar dari kereta lgai. Dia dia tunggu dengan aircond dalam kereta. Bila makanan sudah sampai, pergi ambil anak dan isteri. 

Ini tidak, sudahlah bawa sekali, menunggu dalam keadaan panas. Tolong dukung anak pula tidak mahu, muka pula asyik menghadap telefon. Anak menangis dimarah, makanan sampai, suami yang hadap makanan dulu. Isteri pula terkulat-kulat menahan lapar dan keletihan. Kesian. 

3. Beri masa isteri tidur dengan tenang di luar waktu tidur. 

Ehsankan isteri yang sudah berjaga malam menyusu anak anda. Jadi, kalau nampak isteri lebih, tawarkan diri untuk membantu menjaga anak. Suruh isteri masuk bilik dan kunci pintu, tidur. 

Ini tidak, ramai bapa yang macam cacat pun ya. Anak menangis, tak reti buat apa. Anak berak, tak reti nak buat apa. Anak nak makan, tak reti nak buat apa. Yang suami reti, "Pergi kat ibu" eh teruk sangat cacatnya itu. 

4. Ringan urusan sampingan isteri.

Kalau isteri dah basuh baju, suami tolonglah sidaikan. Kalau makan, basuhkan pinggan anak-anak. Kalau mahu keluarga, tolong salinkan pakaian anak-anak. 

Perkara ini semua nampak kecil sahaja tetapi perkara-perkara ini kalau ditimbun atas bahu isteri sahaja ditambah pula dengan tidak tidur malam menyusu dan lapar, ianya sangat-sangat menyeksakan. 

Suami takkan menjadi pondan jika membantu isterinya membasuh pinggan dan mertua pula, jangan sedap mulut mengomel kata menantu mengkulikan anak jantan awak. Kalau tak nak anak jantan kerja, jangan beri kahwin. Awak bela sampai tua. 


Cukap rasanya empat perkara ini. Mampu buat yang ini pun sudah sangat-sangat membahagiakan isteri. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Suami baik menghasilkan isteri yang solehah dan isteri solehan menghasilkan ibu yang mithali. 

Sumber: Fauzan n Siti

Popular posts from this blog

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa?

Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang, wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebih 300,000 followers.  Walaupun akaun tersebut telah dinyahaktifkan, ada beberapa akaun lain yang menggunakan namanya dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk meraih followers dengan cara mudah. Pengendali akaun palsu berkenaan tanpa takut dengan dosa, memuat naik video wanita terbabit dengan caption yang sengaja mengundang kecaman.  Sementara itu semakan di Facebook, ada beberapa pihak memuat naik video menunjukkan wanita berkenaan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ketika melayani pelanggan yang datang ke premis perniagaannya.  Tidak kurang juga ada golongan isteri memberi 'teguran' kepada pasangan masing-masing agar tidak mengikut sebarang aktiviti konvoi permotoran kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan singgah di restoran tersebut semata...

“Lebih Teruk Dari Pelacur” – Wanita Dedah Muslimah Penggoda Yang Sering Mengganggu Rumahtangganya

Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua. Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya. Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman. Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluargaku. Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya. Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan as...