Salam sejahtera admin. Di sini saya nak ceritakan tentang peristiwa yang menimpa saya. Kejadian ni berlaku kira-kira dua bulan lalu. Begini ceritanya. Ayah kami pada masa itu terlantar di hospital, sebab nak menjalankan operation batu di hampedu. Jadi, automatik mak akan tinggal di hospital untuk menjaga ayah. Yang tinggal di rumah hanya kami tiga orang adik beradik iaitu abang, kakak dan saya. Abang dan kakak saya sibuk berkerja, jadi tinggal saya seorang sahaja yang belum mempunyai pekerjaan. Secara tidak langsung, saya yang akan menjaga makan minum ibu dan ayah pada masa itu dan menggalas tanggungjawab mengemas rumah. Jam dua petang, saya berada di hospital menjaga ayah bersama ibu kerana bosan duduk di rumah seorang diri. Hahaha! Selalunya saya akan balik ke rumah pada jam 7 malam sebab tak berani nak balik lewat seorang diri. Malam itu saya turun pergi ke parking lot seperti biasa. Sekitar jam 7 petang, selalunya ramai saja orang yang datang melawat dan sememangnya ...