Skip to main content

'Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan..' - Kanak-kanak diugut bunuh dan dicabul


Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa cabul seorang penunggang motosikal, sebelum berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh orang awam. Menurut wanita yang memuat naik kejadian itu di Facebook, suspek berjaya ditahan dan dipukul sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Difahamkan, mangsa telah didatangi suspek yang berpura-pura bertanya tentang alamat sebelum mengugut menikam mangsa dengan pisau dan mencabulnya. Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak bermain di luar rumah tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.

SEMALAM selepas solat Isyak, ada seorang kawan suami datang ke rumah. TIba-tiba suami ajak kami pergi ke satu lokasi. Sampai di situ, nampak suami dan tiga orang kawannya berada di luar kereta menyoal seorang lelaki. Saya nampak dia berdiri sambil memegang sehelai kertas. Tiba-tiba dia terajang lelaki itu sampai termasuk ke dalam longkang belakang lelaki itu. Dia menjerit suruh lelaki itu bangun sendiri. 

Selama menjadi isteri, tak pernah melihat kemarahan dia memuncak seperti itu. Tangan lelaki yang saban hari membelai anak, mendukung anak. Saya betul-betul tak sangka dia boleh jadi seperti itu. 

Kemudian sebuah kereta peronda tiba dan lelaki itu diserahkan kepada pihak polis. Saya nampak ada seorang lelaki dan seorang budak perempuan kecil berdiri berdekatan suami. Beberapa kali suami belai kepala budak kecil itu. 

Masuk ke dalam kereta, mata suami merah berkaca. Nampak seperti dia baru selepas menahan menangis dan marah. Saya perlahan-lahan bertanya pada dia. Sebenarnya takut sebab ini kali pertama saya melihat suami seperti ini. Dia cuma minta maaf sebab apa yang saya nampak. 

Saya tanya kenapa dan dia beri gambar laporan polis yang dia ambil tadi. Dia suruh saya baca sehingga habis. Sampai di hujung laporan itu ada ayat, "suspek memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut Noor (bukan nama sebenar) dan menarik rambutnya beberapa kali serta mengugut akan menikam dengan pisau kalau Noor menjerit."

Suami cerita, petang semalam Noor bermain di depan kawasan rumah bersama kawan-kawannya. Kemudian ada seorang penunggang motosikal datang dan berpura-pura bertanya tentang alamat rumah. Kemudian lelaki itu mempelawa Noor mengikut dia pergi ke kedai. Tetapi Noor tak nak, sebelum lelaki itu memberitahu dia ada pisau dan mahu menikam Noor.

Jadi, dia bawa Noor ke kawasan sunyi dan Noor turun dan motosikal dan lari. Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan.. Maaf, saya dah tak boleh sebut lagi. 

Kemudian Noor lari lagi dan sampai satu gerai makan dia menjerit. Dia panik dan kata dia diculik. Seorang lelaki India yang ada pada malam itu kemudian membawa Noor pulang ke rumahnya. Sementara itu pencabul itu telah melarikan diri. 

Demi Allah, luluh hati saya bila baca. Macam nak menjerit, patutlah suami saya mengamuk tadi. Kelu lidah saya. Umur Noor lapan tahun dan dia merupakan adik kepada kawan suami saya. Saya nampak Noor dia saja sepanjang malam tadi. 

Hati-hati wahai ibu bapa. Kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana. Jangan lela dan jangan lalai.Sedikit terleka, banyak masalah yang boleh terjadi. Adik kawan suami ini selamat sebab ada seorang pemandu lori yang membantu.

Suami kata Noor masih panik lagi dan tidak mampu mengingati semula situasi kejadian. Jadi, perlu ambil masa. Dan yang paling saya sedih bila suami kata kejadian itu mungkin akan menberikan kesan jangka panjang kepada mangsa. 

Saya faham. Suami kata dah lama sangat masyarakat kita berlembut dalam hal ini. Dia cuma rasa seperti ada raksasa yang mahu keluar dari badannya apabila dia membaca laporan polis itu. Saya sendiri akan naik hantu jika berada di kejadian itu. Saya cuma dengar suami menjerit sebelum dia terajang pencabul itu. 

"Trauma budak itu siapa nak tanggung, bodoh! Kalau dah sangap sangat, pelacur melambak di luar sana! Bukan kau rosakkan emsoi budak ini!" 

Dia cuma kata pada saya pagi tadi. Dia ada anak perempuan yang perlu dilindungi dan semua ayah yang ada dalam dunia ini akan melakukan hal yang sama kepada lelaki itu sebab 'raksasa' ada dalam badan setiap lelaki. 

Jaga anak kita. Ini bukan cerita tahun lepas, ini cerita semalam. Mudah-mudahan Allah melindungi anak dan keluarga kita serta diri kita dari kejahatan jin dan manusia. Amal tiga Qul, fahami makna dan amalkan, baru anda faham.

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...